TECHNOLOGY

PERBELANJAAN PERTAHANAN YANG BIJAK DAN STABIL DIPERLUKAN UNTUK MENJAMIN MASA DEPAN SINGAPURA

02 Mar 2018

Antara inisiatif-inisiatif adalah sistem-sistem pemantauan dan rondaan pangkalan penting serta jalan perairan wilayah tanpa pengawasan manusia, sistem dron untuk penyenggaraan landasan pesawat ketenteraan dan keselamatan pangkalan udara serta penggunaan teknologi simulasi yang lebih meluas untuk melatih tentera dalam operasi keselamatan dalam negeri.

02mar18_news1

// LAPORAN ONG HONG TAT & TEO JING TING

// GAMBAR JURUGAMBAR PIONEER


Perbelanjaan pertahanan yang stabil dan hasrat menjadikan pertahanan sebagai keutamaan negara adalah perlu untuk mempertahankan keselamatan Singapura demi generasi berikutnya, kata Dr Ng. Gambar fail
UWT akan mengurangkan keperluan tenaga manusia sehingga 30 peratus dalam operasi perlindungan pangkalan penting di Pulau Jurong.
Terdapat rancangan untuk menggantikan kapal perang yang dikawal manusia dengan USV yang menjalankan rondaan pantai dan operasi menangkis periuk api. Terdapat tiga jenis USV yang sedang dirancang. USV yang pertama adalah untuk pertahanan pantai, yang kedua adalah untuk pengesanan periuk api dan yang ketiga adalah untuk operasi memusnahkan periuk api.
RSAF sedang menguji penggunaan dron untuk tugas-tugas intensif secara manual seperti pemeriksaan landasan penerbangan dan penangkapan dron pencroboh.
Program Satu-BMT yang dilaksanakan sejak November lalu bertujuan untuk memperkukuhkan kedua-dua identiti unit dan pengalaman NS yang sama.
REC Dineru (tengah) terharu kerana dia sekarang berpeluang untuk menjadi askar keselamatan walaupun mempunyai penyakit asma sejak di zaman kanak-kanak lagi. Sentimennya dikongsi dengan rakan-rakan rekrutnya iaitu REC Hoon Qi Hang (kiri) yang juga mempunyai penyakit asma dan REC Jonathan Papprill yang menderita masalah kesukaran injap mitral berfungsi. Ketiga-tiga mereka telah menunjukkan minat untuk menjadi askar keselamatan.

Antara inisiatif-inisiatif adalah sistem-sistem pemantauan dan rondaan pangkalan penting serta jalan perairan wilayah tanpa pengawasan manusia, sistem dron untuk penyenggaraan landasan pesawat ketenteraan dan keselamatan pangkalan udara serta penggunaan teknologi simulasi yang lebih meluas untuk melatih tentera dalam operasi keselamatan dalam negeri.

Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) dan anggota kerahan sedia beroperasi (NSmen) juga boleh menjangka perubahan dalam cara mereka dilatih dan dikerahkan ketika SAF memanfaatkan teknologi.  Sebagai contohnya, anggota kerahan (NSmen) akan dapat menggunakan alat-alat yang boleh dipakai untuk mencatat masa sesi latihan mereka dalam Latihan persediaan Ujian Kecekapan Jasmani Perseorangan atau IPT. Perkara ini telah dibincangkan di perdebatan Jawatankuasa Bekalan di Parlimen pada 2 Mac mengenai belanjawan pertahanan. Berikut ialah ringkasan penting yang dibangkitkan:

Perbelanjaan pertahanan yang stabil

Kementerian Pertahanan tidak melihat yang perbelanjaan pertahanan akan meningkat dalam dekad berikutnya. "Kita boleh mengekalkan kebolehan SAF dengan perbelanjaan pertahanan yang seiring dengan inflasi (sekitar tiga hingga empat peratus setiap tahun)," kata Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen di perdebatan itu. Ini berlainan dengan negara lain yang meningkatkan perbelanjaan pertahanan mereka dalam tahun-tahun kebelakangan ini untuk memodenkan angkatan tentera mereka daripada ancaman-ancaman keselamatan yang baru. "Singapura tidak perlu meningkatkan perbelanjaan pertahanannya dengan menyeluruh supaya dapat menyusul dengan negara lain (kerana pelaburan yang stabil untuk pertahanan telah dilaksanakan sejak beberapa dekad yang lalu)," kata Dr Ng. 

Menyertai usaha global

Selain melabur dalam keselamatan di tanah air, pasukan pertahanan Singapura akan terus terlibat dalam usaha antarabangsa untuk menangani keganasan sehingga ke akar umbi. SAF akan mengerahkan askar-askar ke Iraq lewat tahun ini untuk membantu melatih Pasukan Keselamatan Iraq dalam menangkis alat letupan yang diubahsuai, mengendalikan senjata-senjata taktikal dan melaksanakan taktik-taktik pertempuran. Lebih dekat di tanah air, SAF memberikan bantuan kepada Perintah Operasi Khas Angkatan Bersenjata Filipina dalam usaha menghentikan pengganas. Tambahan pula, SAF bersiap siaga untuk terlibat dalam rondaan bersama di Laut Sulu yang kini dijalankan bersama oleh negara dari Indonesia, Malaysia dan Filipina.

Meningkatkan keselamatan di tanah air

Ancaman keganasan sangat membimbangkan lebih-lebih lagi sekarang . Untuk menangani cabaran-cabaran ini, SAF telah melakukan tindakan dalam beberapa tahun lepas seperti menyusun semula, melatih dan mempersiapkan pertahanannya untuk bersiap siaga dengan ancaman ini. Dua usaha utama dalam penubuhan Institut Latihan Pertahanan Pulau (IDTI) adalah Pusat Kecemerlangan bagi Latihan Pertahanan Pulau dan latihan kerjasama oleh SAF dan Pasukan Polis Singapura (SPF). Selain melatih anggota kerahan bagi operasi keselamatan dalam negeri, IDTI juga melatih jurulatih-jurulatih Pusat Latihan Asas Tentera yang akan mengajar semua rekrut untuk menjadi anggota pertama yang bertindak semasa krisis mulai tahun ini. Tambahan pula, SAF dan SPF akan menjalankan sesi latihan kerjasama secara rutin dengan satu fokus untuk melengkapkan askar dengan kemahiran bagi menjalankan operasi keselamatan dalam negeri.

Melabur dalam teknologi bijak

Ia bukanlah rahsia yang Singapura akan menghadapi penurunan jumlah tenaga manusia disebabkan oleh kadar kelahiran yang rendah dan populasi yang semakin lanjut usia. Untuk memenuhi tuntutan-tuntutan keselamatan di masa depan, SAF telah memulakan proses menyepadukan teknologi bijak yang baru dalam operasinya. Di darat, tentera darat akan menggunakan Menara Kawalan Tanpa Pengawasan Manusia (UWT) di Pulau Jurong. UWT yang menghadap ke laut itu mempunyai kamera canggih yang mengawasi pantai sehingga ke luar perairan Pulau Jurong dan boleh mengesan ancaman dengan automatik. UWT pertama akan digunakan pada bulan ini dan dua buah menara lagi dijangka akan beroperasi pada bulan September. Dengan adanya UWT, permintaan tenaga manusia untuk askar yang ditempatkan di Pulau Jurong bagi operasi keselamatan akan dikurangkan sehingga 30 peratus. Di laut, Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) sedang membangunkan Kapal Permukaan Tanpa Pemandu (USV) untuk membantu rondaan di dalam perairan wilayah. Terdapat tiga jenis USV tidak lama lagi. USV yang pertama adalah untuk meronda pantai, yang kedua adalah untuk pengesanan periuk api di dalam air dan yang ketiga adalah untuk memusnahkan periuk api.

Apabila beroperasi, USV akan mengurangkan kos dan tenaga manusia yang diperlukan untuk menjalankan rondaan di laut. Peralihan kepada USV juga akan mengurangkan tugas kapal perang yang dikawal manusia untuk tugas yang lebih kompleks. USV Pertahanan Pantai pada akhirnya dijangka akan mengambil alih tugas rondaan di Selat Singapura yang kini dijalankan oleh Kapal Peronda dan Kapal Misi Littoral. Untuk menjaga keselamatan ruang udara dengan lebih baik, Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) telah menguji penggunaan dron untuk pertahanan pangkalan. Suatu masa nanti armada dron akan digunakan untuk pemeriksaan landasan penerbangan dan operasi penangkapan dron bagi menangkap dron penceroboh yang mengganggu ruang udara selamat sekitaran pangkalan-pangkalan udara RSAF.

Fleksibiliti pengerahan tenaga yang lebih meluas

Melalui penggunaan teknologi yang semakin meningkat, lebih banyak anggota kerahan sekarang boleh memainkan peranan yang hanya boleh dimainkan oleh mereka yang memenuhi keperluan-keperluan jasmani yang ketat pada masa lalu. Misalnya, tuntutan fizikal bagi kerjaya seperti askar keselamatan kini berkurang dengan bantuan UWT. Pada masa lalu, seorang askar keselamatan perlu berdiri dengan masa yang panjang di dalam menara dan dijangka bergegas turun ke bawah selepas mengesan ancaman yang mungkin berlaku serta bertindak dengan sewajarnya. Dengan sistem-sistem tanpa pengawasan manusia, askar keselamatan itu boleh ditugaskan dengan tugas pemantauan iaitu melihat skrin komputer dari pusat arahan yang jauh.

"Dengan teknologi, anda tidak boleh lagi membezakan cergas fizikal dan tidak cergas fizikal. Misalnya, kakitangan yang mengendalikan sistem berautonomi di dalam bilik kawalan sedang bertempur walaupun mereka bukannya bertempur secara fizikal. Jadi lebih banyak anggota kerahan sekarang boleh melakukan apa yang hanya boleh dilakukan oleh anggota kerahan yang memenuhi keperluan jasmani yang ketat," jelas Menteri Kedua Pertahanan Ong Ye Kung di perdebatan belanjawan.

Ini ialah satu perubahan yang disambut baik oleh Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) seperti Rekrut (REC) Dineru Priyalal Premasinghe yang menghidap penyakit lelah sejak zaman kanak-kanak lagi.

Dia yang berumur 19 tahun itu telah menunjukkan minatnya untuk menjadi askar keselamatan semasa peringkat pra pendaftaran. Berdasarkan keperluan-keperluan jasmani pada masa lalu, dia tidak mungkin akan layak untuk berkhidmat sebagai askar keselamatan disebabkan keadaan kesihatannya. Akan tetapi hari ini, dia berkemungkinan akan ditugaskan sebagai askar keselamatan. Alumni Kolej Junior Raffles itu berkata: "Ia satu inisiatif yang terbaik kerana saya mampu mendapat kerja yang dahulunya saya tidak layak. Ia sangat menggembirakan saya dan (ini) mendorong saya untuk berkhidmat dengan lebih baik."

Satu-BMT

Semasa Latihan Asas Tentera di Pulau Tekong yang biasanya dilihat sebagai satu laluan penting untuk semua askar Singapura tetapi ramai yang tidak melaluinya. Sebaliknya, mereka dimasukkan secara terus ke dalam unit-unit pertempuran di bawah kelompok pengambilan mono. Pada bulan November yang lepas, SAF melaksanakan program Satu-BMT. Sekarang, boleh dikatakan semua anggota NSF yang cergas fizikal melalui fasa latihan selama sembilan minggu bersama dengan para rekrut lain di Pulau Tekong. Sejak pelancaran pertamanya pada bulan Ogos 2016, lebih daripada 2,500 NSF telah mendapat manfaat daripada program itu. Inisiatif lain untuk mengukuhkan NS termasuklah waktu menunggu yang singkat semasa pemeriksaan pra pendaftaran dan peningkatan fleksibiliti latihan kecergasan bagi anggota kerahan (NSmen). Pemeriksaan pra-pendaftaran  itu akan dijalankan melalui teknologi pengenalpastian wajah dan pengurusan hampir masa nyata manakala latihan kecergasan menggunakan teknologi yang boleh dipakai untuk mengesan kemajuan kecergasan anggota kerahan (NSmen). Daripada ikut mematuhi IPT biasa yang dijalankan oleh SAF, anggota kerahan (NSmen) tidak lama lagi akan dapat memilih latihan mereka seperti berlatih berlari atau melakukan latihan berjeda, mencatat masa kemajuan mereka melalui alat kecergasan dan mencatat masa sesi IPT sahih apabila mereka mencapai intensiti dan pembakaran kalori yang dikehendaki.

Menyebutnya sebagai satu perubahan yang penting, Encik Ong mengatakan bahawa langkah mudah sebegitu akan memberikan kekuatan kepada anggota kerahan (NSmen) supaya bertanggungjawab terhadap kecergasan mereka.

Merangsang ketahanan

Kesemua inisiatif berkaitan pertahanan ini akan menjadi sia-sia jika rakyat Singapura tidak bersedia melakukan peranan mereka demi Pertahanan Mutlak. Memetik berita palsu dan pengalaman rakyat Singapura yang semakin global, Menteri Negara Kanan iaitu Dr Mohamad Maliki Bin Osman mengatakan terdapat keperluan untuk mengukuhkan pertahanan sosial dengan merangsang pertahanan sosial dan psikologi. "Ini bererti meluaskan ruangan kita yang sama dengan berinteraksi bersama orang yang berbeza latar belakang, menentang cubaan menyemai perselisihan dan membantu mereka yang memerlukan," kata Dr Maliki di perdebatan belanjawan.

Satu jalan untuk rakyat Singapura menyumbang kepada pertahanan negara ialah dengan menyertai Kor Relawan SAF yang membenarkankan wanita, warganegara baru dan Penduduk Tetap generasi pertama untuk keluar berkhidmat. Mulai tahun ini, sukarelawan akan dapat memainkan peranan tambahan dalam SAF sekiranya mereka memenuhi syarat-syarat, kata Dr Maliki. Lebih banyak butiran akan diumumkan pada satu tarikh kelak.

Ketika mengakhiri ucapannya, Dr Ng berkata: "SAF yang kuat tidak dibina atau kekal secara kebetulan malahan juga dengan niat baik. Untuk setiap generasi, ia akan memerlukan keputusan yang cermat dan dengan kesedaran.  Ia akan memerlukan pengorbanan untuk menyediakan sumber dengan diri mereka. Generasi terdahulu telah mengambil keputusan sukar itu."

"Jika setiap generasi mengesahkan dan memperbaharui komitmen mereka, maka SAF yang kuat akan terus menjaga Singapura supaya selamat dan bebas dengan jaminan masa depan untuk generasi lain." 

Share this story:

Got a great story to share?
Send it our way — we might feature it!

Share Your Story