TECHNOLOGY

PERALATAN APACHE

01 Oct 2018

Tinjauan mengenai peralatan yang digunakan oleh juruterbang Helikopter Penggempur Apache AH-64D Angkatan Tentera Udara Republik Singapura, di dalam bahagian ke dua siri tiga bahagian mengenai peralatan tentera.

Feature

// Laporan Ong Hong Tat  

// Gambar Chai Sian Liang


English 华文
English 华文

1 Topi keledar

Sememangnya seperti permata pada mahkota, topi keledar adalah alat yang menghubungkan juruterbang dengan pesawat. Dengan menggunakan sensor inframerah yang terletak di dalam pesawat, helikopter boleh mengesan pergerakan kepala juruterbang dan membenarkan pelbagai sistem senjata untuk berpusing sejajar dengan garisan penglihatan juruterbang.

2 Visor

Terdapat dua visor yang boleh digunakan oleh juruterbang sebelum menaiki pesawat – satu yang telah digelapkan untuk melindungi mata dari silau dan satu lagi adalah untuk memerisai daripada pancaran laser daripada sistem laser yang digunakan oleh helikopter dalam operasi pertempuran.

3 Unit Paparan Penglihatan

Dipasang disebelah kanan topi keledar, alat berbentuk L ini,dapat memaparkan informasi pesawat dan imej penglihatan malam. Ianya seperti panel-panel di dalam kereta, tetapi lebih kompleks.

4 Mikrofon yang dipasang pada topi keledar

Mikrofon ini membolehkan juruterbang berkomunikasi di dalam kokpit dan dengan pihak luaran. Terdapat juga lampu yang di aktifkan dengan pergerakan bibir pada mikrofon yang boleh digunakan untuk membaca peta atau dokumen misi semasa penerbangan malam!

5 Cermin Mata Khas

Cermin mata yang diperskripsi khas ini mempunyai kanta kanan yang pendek untuk menampung peralatan HDU (lihat alatan no.3). Visor topi keledar juga mempunyai potongan yang serupa atas sebab yang sama.

6 Topi rangka

Topi nipis dan kalis api dipakai di bawah topi keledar untuk keselesaan.

7 Sarung tangan

Diperbuat daripada bahan kalis api Nomex, sarung tangan ini melindungi tangan juruterbang jika berlakunya kebakaran ketika kecemasan.

8 Senarai semak

Dokumen yang penting ini diperlukan oleh juterbang untuk menjalankan semakan sebelum, semasa dan selepas penerbangan. Atas tujuan keselamatan, juruterbang diharuskan untuk merujuk dokumen ketika fasa kritikal penerbangan untuk memastikan semua semakan telah dibuat secara betul. 

9 Papan lutut

Alat ini adalah meja penerbangan yang mini diikat pada peha juruterbang untuk memegang dokumen atau nota penting. Sesetengah juruterbang menggunakannya untuk memegang gambar keluarga untuk mengingatkan mereka pada orang-orang yang mereka lindungi!

10 Ves Keselamatan

Dipakai di sebelah luar sut penerbangan, vest penerbangan mempunyai kelengkapan kecemasan seperti alat pertolongan cemas, set radio, lampu suluh dan tangki udara yang kecil (lihat alat seterusnya).

11 STASS

Sistem bekalan udara jangka pendek ini boleh menyalurkan udara selama satu minit untuk membantu juruterbang keluar dengan selamat apabila pesawat tenggelam pada waktu kecemasan.

12 Sut Penerbangan

Dipakai oleh juruterbang semasa penerbangan, sut ini menyediakan perlindungan asas daripada elemen-elemen dan juga kalis api. Tampalan-tampalan di atas sut adalah untuk mengenalpasti skuadron juruterbang dan juga nama juruterbang tersebut.

13 Plug telinga Komunikasi

Ini menggabungkan sistem alat dengar di dalam topi keledar dan membenarkan juruterbang untuk mendengar mesej yang sampai melalui sistem perhubungan di atas pesawat. Ia juga mengurangkan bunyi suasana sekeliling. 

14 But

But yang mempunyai plat keluli keselamatan, yang juga kalis api dan membantu melindungi kaki juruterbang.  

Share this story:

Got a great story to share?
Send it our way — we might feature it!

Share Your Story