PENYELAM TENTERA LAUT, KOMANDO MENGETUAI PERARAKAN HARI SAF

24jun22_news1-photo1-thumbnail https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/24jun22_news1-photo1-thumbnail.jpg?sfvrsn=49eb52ae_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PENYELAM-TENTERA-LAUT-KOMANDO-MENGETUAI-PERARAKAN-HARI-SAF
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PENYELAM-TENTERA-LAUT-KOMANDO-MENGETUAI-PERARAKAN-HARI-SAF
PENYELAM TENTERA LAUT, KOMANDO MENGETUAI PERARAKAN HARI SAF
24 Jun 2022 | PEOPLE

PENYELAM TENTERA LAUT, KOMANDO MENGETUAI PERARAKAN HARI SAF

KISAH TEO JING TING // FOTO LIONEL LEE & IHSAN INTERVIEWI

Kenali LTC Roger Cheong dan MWO Eng Yew Kiang, dua askar elit yang akan mengetuai Perarakan Hari SAF tahun ini. Seorang penyelam tentera laut dan seorang lagi dari Formasi Komando.

LTC Cheong (kiri) dan MWO Eng diberi penghormatan untuk mengetuai Perarakan Hari SAF tahun ini.

Ia bagaikan impian ternyata bagi kedua-dua lelaki ini.

Menjelang 1 Jul, Pegawai Waran Master (MWO) Eng akan mengetuai sebagai sarjan rejimen perbarisan di Perarakan Hari SAF – salah satu impian sejak dari kecil lagi.

Impian kedua ialah menerjun semasa Perarakan Hari Kebangsaan (NDP) sebagai Singa Merah Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), yang dipenuhi pada 2013 sebagai anggota pasukan payung terjun.

Inilah sebab-sebabnya untuk menyertai Formasi Komando SAF pada 2002. Lelaki berusia 40 tahun itu kini menyandang jawatan Briged Sarjan Mejar, Briged Infantri Singapura ke-2.

Bagi Leftenan Kolonel (LTC) Cheong, Kursus Penyelam Tempur (CDC) yang dijalani menentukan keputusannya untuk menjadi penyelam tentera laut pada 2002.

Pegawai Pemerintah (CO) Sekolah Frogman dan Kumpulan Perobohan Dalam Laut di Unit Menyelam Tentera Laut, 43 tahun, menikmati keseronokan operasi tentera laut, dan hubungan persaudaraan yang kukuh di kalangan penyelam.

Seperti MWO Eng, Perarakan Hari SAF ini adalah juga kali pertama LTC Cheong menjadi Panglima Perarakan.

Kami menyeru mereka untuk beradu kekuatan antara satu sama lain dan meluahkan perasaan tentang mengetuai Perarakan Hari SAF yang pertama selepas pandemik COVID-19 dan pakah erti perarakan itu kepada mereka.

MWO Eng (tiga dari kanan) menyertai Formasi Komando kerana ingin memenuhi impian kanak-kanaknya untuk terjun payung di NDP sebagai Singa Merah.

Salah seorang daripada anda adalah penyelam tentera laut manakala seorang lagi dari Komando. Manakah formasi yang lebih cergas?

MWO Eng: (bergelak) Saya tidak akan mengatakan formasi mana yang lebih cergas. Setiap kerjaya ada kehebatannya. Maksud saya, itulah sebabnya SAF mempunyai kerjaya-kerjaya yang berbeza, bukan? Jadi kedua-duanya sama hebat.

LTC Cheong: Komando dan penyelam tentera laut adalah mahir dalam bidang yang berbeza – Komando pakar di darat manakala penyelam tentera laut pakar dalam bidang maritim. Kedua-duanya sama cergas dan boleh melakukan segala-galanya.

Jawapan yang tepat dari segi politik. Justeru, di antara anda berdua, siapa yang lebih tegap?

LTC Cheong: (ketawa dan menunjuk ke arah MWO Eng) Dia lebih muda!

MWO Eng: Ya, jika ikut umur, anda sudahpun tahu jawapannya.

LTC Cheong: Meskipun begitu, saya akan sentiasa memastikan standard emas penyelam saya (bagi Ujian Kecekapan Fizikal Individu) dengan berlari bersama askar-askar saya. Ia satu kemestian bagi mengekalkan tahap kecergasan saya – saya berlari tiga hingga empat kali seminggu dari lima hingga 10km.

LTC Cheong semasa menghadiri Kursus Pegawai Selam Pembersihan Lombong United Kingdom pada 2009.
LTC Cheong (kanan, berdiri) mengendalikan taklimat selam selaku penyelia selam kepada Royal Navy Divers semasa menghadiri Kursus Pegawai Selam Pembersihan Lombong United Kingdom.

Adakah anda masih ingat tentang latihan anda semasa muda dahulu?

LTC Cheong: Ia begitu menjerihkan! Semasa kami mula-mula mendaftar terdapat hampir 80 anggota dan hanya separuh daripada kohort tersebut diluluskan sebagai penyelam tentera laut.

MWO Eng: Saya menjalani kursus Perkhidmatan Negara (NS) dengan Pasukan Polis Singapura dan Latihan itu bagai suatu kejutan budaya yang besar bagi saya. Saya pernah terfikir sama ada saya telah membuat keputusan yang betul. Tetapi memandangkan latihan itu dibentukkan secara progresif, saya dapat mengatasinya.

LTC Cheong: Saya betul-betul setuju – latihan progresif memang membantu! Saya masih ingat semasa baru mendaftar, saya tidak berdaya melakukan walaupun satu angkat dagu dan mencatat masa 12 minit untuk larian 2.4km saya. Tetapi pada akhir latihan CDC, saya berjaya melakukan hampir 30 angkat dagu dan masa terbaik peribadi saya ialah 8.22 minit untuk larian 2.4km saya.

Sejak menyertai SAF, kecergasan telah menjadi suatu gaya hidup bagi MWO Eng (kiri).

Apakah masa terbaik bagi 2.4km anda, MWO Eng?

MWO Eng: 7.24 minit.

LTC Cheong: (ketawa) Sekarang anda dah tahu jawapan "siapa yang lebih cergas" anda!

MWO Eng: Eh, tapi semasa mendaftar di NS, saya mencatat 14 minit bagi 2.4km saya.

LTC Cheong (keempat dari kiri) bersama pegawai NDU pada Perbarisan Pentauliahan Kursus Pegawai Kadet mereka pada Jun tahun ini.

Apakah yang anda rindu sekali dari hari-hari awal anda di SAF?

MWO Eng: Semasa kami menjadi askar muda, latihan tertumpu semata-matanya pada kesungguhan dalam latihan dan sentiasa berfokus. Apabila kami beralih kepada pelantikan yang lebih tinggi, terdapat lebih banyak tanggungjawab kami. Anda perlu meluangkan masa peribadi untuk berlatih di antara kerja dan ia bukan mudah. Saya rindukan hari-hari di mana kehidupan adalah lebih ringkas, lebih riang dan hanya berfokus pada latihan.

LTC Cheong: Begitu juga, saya merindui hari-hari di mana saya boleh berada di lapangan dan menghabiskan masa bersama rakan-rakan dengan berlatih atau menjalankan operasi. Kini, sebagai CO sebuah unit, ia mencabar kerana saya perlu menghadiri mesyuarat serta menguruskan pelbagai isu termasuk tenaga kerja, logistik, latihan dan mengekalkan semangat.

Jika saya boleh kembali ke masa lalu, saya akan meluangkan lebih masa di medan lapangan kerana saya sedar saya tidak ada banyak masa untuk melakukannya sekarang.

MWO Eng memenuhi impian pertamanya semasa NDP 2013 (gambar). Beliau juga menganggotai pasukan Singa Merah yang membuat persembahan di NDP 2014 dan 2015.

Oleh itu, apakah kenangan yang paling manis dalam SAF setakat ini?

MWO Eng: Terjun NDP pertama saya pada 2013. Apabila payung terjun dibuka dan saya lihat Platform Terapung di bawah, ia bagaikan mimpi yang nyata bagi saya. Dan semasa saya terjun pada hari yang sebenar dan melihat orang ramai melambai-lambaikan tangan dan bersorak semasa mendarat, tiada perkataan yang dapat meggambarkan perasaan saya.

Menjadi RSM perbarisan bagi Perarakan Hari SAF tahun ini juga sesuatu pengalaman yang dapat dilupakan. Tidak ramai di kalangan kami yang berpeluang untuk mengetuai perarakan berskala besar dan ini kali pertama saya mengetuai perarakan dengan lebih daripada 1,000 peserta.

LTC Cheong: Perarakan Hari SAF ini merupakan salah satu acara paling diingati bagi saya kerana saya belum pernah menjadi panglima perarakan sebelum ini. Saya baru menyandang pelantikan ini tiga bulan lalu kerana anggota simpanan tahun lepas yang sepatutnya menjadi panglima perarakan tahun ini terpaksa mengundurkan diri atas sebab kekangan komitmen kerja. Saya berasa sangat berbangga dipilih.

LTC Cheong berasa berbesar hati kerana morel para peserta adalah tinggi dan yakin ia akan sentiasa kekal tinggi.

Bagaimanakah perasaan anda tentang penglibatan anda dalam perarakan?

MWO Eng: Ada beberapa pepatah lucu dalam SAF yang menyatakan komando dan penyelam tentera laut tidak boleh berarak. Saya ingin tunjukkan sekali sahaja bahawa kami boleh melakukannya!

LTC Cheong: (ketawa) Sebenarnya, pepatah ini timbul kerana komando dan penyelam berbadan tegap dan kelihatan agak lebih kekok apabila kami berarak. Tetapi kami kini berlatih sedaya-upaya untuk membuktikan diri, okey?

Sebenarnya, ia adalah suatu penghormatan untuk menyertai perarakan ini. Semua orang bekerja bersama-sama sebagai satu dan kami melakukan yang terbaik untuk melaksanakan latihan dan arahan dengan terbaik. Slogan perarakan tahun ini daripada MWO Eng ialah "Bersatu Lebih Teguh", dan kami akan sentiasa bekerjasama supaya bersama-sama kami boleh berjaya.

MWO Eng melatih peserta secara progresif sebagai persediaan untuk perarakan.

Bagaimanakah latihannya setakat ini?

MWO Eng: Dengan bimbingan Sarjan Mejar SAF, saya menghasilkan konsep latihan "3S" – bentuk, kukuh dan asah. Ia seakan-akan latihan progresif.

Saya sering mengingatkan diri, walau bagaimanapun hasil latihan pada (satu) hari itu nanti, pasti ada kebaikan yang dilakukan. Saya berfokus pada perkara tersebut dan memberi cadangan untuk menambah baik sesi seterusnya. Saya tidak mahu bersikap keras terhadap para peserta kerana saya tidak mahu melemahkan semangat mereka.

LTC Cheong: MWO Eng sedang melakukan kerja yang menakjubkan untuk memastikan perarakan itu sudah sedia. Peranan saya sebagai Komander Perarakan adalah untuk mengekalkan morel tinggi, oleh itu kami menerima maklum balas sebanyak mungkin dan memastikan keadaan di medan lapangan berjalan lancar.

Berdasarkan beberapa raptai yang lalu, saya dapat melihat komitmen dan ketabahan yang terpapar dalam setiap peserta, dan saya yakin kami akan berjaya menjelang 1 Jul.

LTC Cheong (kiri) dan MWO Eng berasa yakin perarakan akan berjalan lancar dan berjaya pada 1 Jul.

Akhir kata, apakah erti Perarakan Hari SAF bagi anda?

LTC Cheong: Perarakan Hari SAF adalah penting kerana ia menunjukkan SAF telah menguruskan pandemik dengan baik dan muncul lebih kukuh. Tahun ini juga merupakan NS55 (Ulang Tahun ke-55 NS) dan kebanyakan peserta perarakan adalah anggota kerahan perkhidmatan negara sepenuh masa, ia menunjukkan bahawa NS adalah bahagian yang penting dalam pertahanan kita.

MWO Eng: SAF sudah bersedia dan sedang menangani pandemik ini dengan baik. Kami "Bersatu Lebih Teguh" dan inilah mesej yang ingin kami sampaikan.

Suggested Reading
SEMAKIN KUAT UNTUK LULUS SEBAGAI PEGAWAI
PEOPLE
24 Jun 2022

Cover story
ADIK BERADIK TENTERA
PEOPLE
24 Jun 2022

Seorang memijakkan kakinya dengan kukuh pada tanah, seorang lagi dahagakan pengembaraan – CPT Rebekah Abbott dan CPT (Dr) Hannah Abbott berkongsi kegembiraan membesar dan mendaftar dengan tentera.

Cover story
EMPAT WANITA, 4 PERKHIDMATAN, 19 TAHUN PERSAUDARAAN
PEOPLE
24 Jun 2022

Temui ME6 Toh Bao-En, LTC Nah Jinping, LTC Tong Wei Lynn dan SLTC Tung Wanling.

Feature
SAF BERSEDIA UNTUK MEMPERLUASKAN KAWASAN LATIHAN PULAU TEKONG; SAFTI CITY DIBUKA UNTUK LATIHAN
PEOPLE
24 Jun 2022

Pulau Tekong akan diperluaskan hingga 10km, dan merupakan sebahagian daripada pelaburan SAF dalam infrastruktur latihan untuk latihan yang lebih berkesan dan realistik.

Feature
ELAUN NS NAIK DARI 1 JULAI 2025
PEOPLE
24 Jun 2022

Kenaikan itu adalah antara siri pelbagai langkah untuk meningkatkan pengalaman Perkhidmatan Negara (NS) dan mengiktiraf sumbangan anggota kerahan.

PERUBATAN TEMPUR BELAJAR MENYELAMATKAN NYAWA DALAM PENEMPATAN SAF-SCDF
PEOPLE
24 Jun 2022

LCP Chen Anhong melangkah ke atas untuk merawat pesakit dan menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan selama enam bulan bersama SCDF.

Cover story
SAF BAKAL MENDAPATKAN KENDERAAN PERANG INFANTRI BARU, 2 LAGI KAPAL SELAM; MEMBINA KEUPAYAAN TANPA PEMANDU
PEOPLE
24 Jun 2022

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menekankan pendekatan jangka panjang SAF untuk membina pasukan pejuang generasi akan datang, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan mengenai belanjawan pertahanan.

Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
PEOPLE
24 Jun 2022

MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
PEOPLE
24 Jun 2022

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
PEOPLE
24 Jun 2022

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.