MILESTONES

PENUH BERSEMANGAT: KORVET PELURU BERPANDU BERJAYA MENCAPAI UNIT ARMADA TERBAIK

24 Jun 2020

Ini merupakan kali keempat RSS Vigour menggondol penghormatan tertinggi sejak ia ditauliahkan ke dalam perkhidmatan tiga dekad dahulu.

24jun20_news2-1
Anak kapal RSS Vigour bersorak setelah mencapai kemenangan sebagai Unit Armada Terbaik tahun ini di Pertandingan Unit Terbaik SAF.

// BERITA KOH ENG BENG

// FOTO ONG JI XUAN


English 华文
English 华文

Sejak bertahun-tahun lamanya dalam perkhidmatan Tentera Laut Republik Singapura (RSN), RSS Vigour menjadi kuda beban yang boleh diharap yang juga menyaksikan banyak peningkatan berteknologi tinggi.

Tahun ini korvet peluru berpandu kelas Victory telah menggondol Unit Armada Terbaik di Pertandingan Unit Terbaik SAF tahunan.

Anugerah ini diberikan kepada kapal yang mengungguli penilaian pelbagai aspek seperti kesediaan dan kecekapan tempur, logistik, keselamatan dan tenaga manusia. RSS Vigour kali terakhir menggondol penghormatan tertinggi pada 2016.

Sentiasa bersedia untuk misi

RSS Vigour telah membuktikan keupayaan dan kesediaan tempur - ia memenangi anugerah Top Gun RSN semasa pertandingan menembak persenjataan tahunan Tentera Laut.

Ketika berada jauh dari tanah air, ia berjaya memegang kuasa pasukan petugas yang terdiri daripada lapan kapal perang dari lima negara dalam Latihan Bersama Lima, latihan Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPFA) yang dihos oleh Malaysia pada tahun lepas.

Anak-anak kapal RSS Vigour mengendalikan stesen mereka di Pusat Maklumat Tempur sambil mereka bersedia untuk latihan pertempuran.

RSS Vigour juga menjadi pemerintah perang untuk siri latihan anti-darat dan anti-udara semaasa latihan.

Perkongsian tentera kedua tertua di dunia selepas NATO (Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara), FPDA terdiri daripada Australia, Malaysia, New Zealand, Singapura dan United Kingdom.

RSS Vigour juga buat kali pertamanya menyertai Ulang Tahun ke-40 Latihan Pelican, latihan dua hala dengan Tentera Laut Diraja Brunei, tahun lepas. Ia mengerahkan Kenderaan Udara Tanpa Pemandu untuk pertama kalinya dalam siri latihan untuk menyediakan pengawasan taktikal dan maklumat penyasaran.

Rahsia kepada kejayaan

Apakah yang membolehkan RSS Vigour mencapai kedudukan unggul? Pegawai Pemerintah Leftenan Kolonel (LTC) Loy Shing Tong, 39, berkata ia semuanya kerana semangat kekeluargaan yang kukuh.

"Saya percaya faktor insan itu penting. Mereka perlu seronok dengan kerja mereka. (Dan) untuk memastikan mereka seronok bekerja, mereka harus menerima satu sama lain sebagai ahli keluarga."

LTC Loy memberi kelulusannya untuk menyerang "musuh" semasa latihan pertempuran. Dia telah menjadi panglima RSS Vigour selama lebih tiga tahun.

Lagipun, apabila orang menyukai kerja mereka, mereka akan secara semula jadi memberikan yang terbaik dan menunjukkan prestasi cemerlang.

Contoh kes: Bagi menyediakan kapal untuk Latihan Pelican tahun lepas, kesemua anak kapal berjumlah 46 bekerja sehingga lewat malam, menyental setiap papan lantai di dalam bilik kawalan serta mencuci mesin.

"Walaupun sesetengah daripada (mereka) telah menamatkan tugasan mereka lebih awal berbanding yang lain, mereka memilih untuk bersama-sama dengan rakan mereka," kata Pakar Tentera (ME) 1 Jesphne Koh, Operator Sistem Marin.

"Kenangan ini sentiasa membuat saya tersenyum," tambah anggota berusia 25 tahun itu. Salah satu daripada kelasi wanita, ME1 Koh bertanggungjawab memastikan mesin di atas kapal berada dalam keadaan baik.

ME1 Koh membuat pemeriksaan di dalam bilik enjin kapal bagi memastikan mesin berjalan lancar.

Sebahagian daripada keluarga

Anggota perkhidmatan negara Sarjan 3 (3SG) Lim Bing Hong mengakui ikatan teguh dalam kalangan anak kapal serta menggambarkan RSS Vigour sebagai sebuah "kapal yang mempunyai suasana yang sangat prihatin".

Semasa pelayaran sulungnya dalam Latihan Bersama Lima tahun lepas, anggota berusia 22 tahun itu muntah tujuh kali dalam sejam kerana keadaan laut yang bergelora. Semua ini berlaku semasa latihan utama, anak kapal lain paling bimbang melihat keadaannya.

"Mereka benar-benar prihatin dengan keadaan saya serta menunjukkan kebimbangan mereka dengan menawarkan tip bagaimana untuk menguruskan (mabuk laut saya). Dan ini meyakinkan saya bahawa saya berada dalam jagaan yang baik."

3SG Lim (latar depan) bertindak sebagai peninjau di bilik kawalan ketika pasukan menyiasat kemungkinan hubungan berkepentingan.

Memelihara laluan Singapura sebagai sebahagian daripada RSS Vigour telah mengayakan perjalanan Perkhidmatan Negara 3SG Lim.

Dia menyedari bahawa dia memainkan peranan penting dengan mengelakkan gangguan kepada perdagangan maritim dan memastikan aliran bekalan dan keperluan penting ke Singapura.

Operator Sistem Navigasi, 3SG Lim membantu dalam navigasi kapal menggunakan radar di samping carta elektronik dan kertas.

Untuk membantu rekrut baharu sepertinya memahami operasi kapal, anak kapal senior akan membimbing mereka, langkah demi langkah, sehingga mereka yakin menangani tugas sendiri.

"Kami tidak menganggap diri kami sekadar rakan sekerja, yang datang bekerja dari pukul sembilan hingga pukul lima, dan pulang ke rumah. Kami bagaikan keluarga kedua," kata ME2 Navin Kumar, Penyelia Sistem Senjata.

ME2 Navin (depan), bersama-sama dengan rakan pakar senjata, mencuci Meriam OTO Melara selepas penembakan peluru hidup.

Matlamat akhir: untuk mempertahankan Singapura

Anggota berusia 30 tahun ini telah berkhidmat di atas kapal ini sejak lima tahun yang lepas. Dia juga sebahagian daripada anak kapal RSS Vigour yang memenangi Unit Armada Terbaik 2016,

Walaupun memenangi anugerah Unit Armada Terbaik dan Top Gun merupakan pengiktirafan kerja keras anak kapal sepanjang tahun yang lepas, ME2 Navin mendapati bahawa ini adalah produk sampingan kepada berlatih dengan baik.

Motivasi mereka? Untuk mempertahankan Singapura.

Sebahagian daripada angkatan bersenjata serangan RSN, RSS Vigour mengekalkan keupayaan tempur tahap tinggi untuk melaksanakan serangan pantas kepada kapal dan pesawat udara musuh. Ia telah bersiap sedia untuk bertugas untuk sebahagian besar 2020 ini.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, sesetengah daripada anak kapal menawarkan diri menyokong unit-unit lain yang telah dikerah untuk memelihara perairan Singapura semasa tempoh pemutus litar dan Fasa 1 pembukaan semula Singapura.

Bagi memastikan kesediaan operasi di samping kesihatan dan keselamatan rakan kelasi, mereka terpaksa diasingkan di kem sehingga enam minggu.

Apabila ditanya mengenai harapan masa depannya untuk RSS Vigour, LTC Loy berkata: "Sebagaimana yang kita tahu, persahabatan bukan dibina semalaman... Saya benar-benar berharap unit ini akan boleh mengekalkan semangat dan budaya kekeluargaan yang teguh, yang akan mendorong kemajuan kapal ini."

Share this story:

Got a great story to share?
Send it our way — we might feature it!

Share Your Story