PEOPLE
PENGHARGAAN KEPADA PENGURUS YANG MENYOKONG NS
25 Nov 2020
Dia dijadualkan mengikuti kursus selama dua bulan di Switzerland pada awal Februari ini. Tetapi ada satu masalah: tarikhnya bercanggah dengan Latihan Dalam Kem (LDK).
Ia merupakan perjalanan kerja yang penting –Kapten (KPT) (NS) Muhammed Saufi Bin Abdul Rashid ditugaskan untuk belajar mengenai peralatan pembuatan baharu di Switzerland dan untuk memindahkan teknologinya ke Singapura.
Dia merupakan satu-satunya juruteknik pakar di syarikat yang ditugaskan untuk projek ini.
Meskipun begitu, pengurusnya Encik Armando Gabat telah mengaturkan agar KPT (NS) Saufi dapat menangguhkan perjalanan dan menghadiri LDKnya.
"Pada mulanya, saya berasa bimbang kerana kami sudahpun menyediakan jadual latihan bersama dengan rakan kami di Switzerland," kata Encik Gabat, seorang pengurus teknikal di Medtronic Singapore Operations.
"Tetapi setiap negara mempunyai dasar Khidmat Negara yang tersendiri. Kami harus menyokong serta menerapkannya. Kami semua sedar bahawa itu adalah suatu sumbangan kepada negara," kata warga Filipina yang berusia 45 tahun. Dia telah bekerja di Singapura sejak 13 tahun yang lalu.
Sebagai menghargai sokongan padunya kepada NS, Encik Gabat menerima Anugerah Penyokong Khidmat Negara (NS) bagi Individu pada tahun ini.
Sebanyak 148 Anugerah Penyokong NS dipersembahkan kepada 91 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), 34 Syarikat Besar, 15 Organisasi dan 8 Individu.
Anugerah ini merupakan penghargaan tertinggi yang diberikan kepada perniagaan, organisasi dan individu sebagai penghargaan atas sokongan teladan mereka terhadap Pertahanan Menyeluruh dan NS.
Tetamu Kehormat Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, di acara maya tersebut mengucapkan terima kasih kepada para penerima Anugerah Penyokong NS, anggota tentera negara dan majikan atas sokongan berterusan mereka terhadap Pertahanan Menyeluruh dan NS.
Tambah beliau lagi: "Kami tidak tahu hala tuju keadaan global dan serantau pada tahun-tahun dan dekad yang akan datang. Tetapi kami yakin perubahan pasti akan berlaku. Kami perlu memastikan agar kami kekal utuh dan muncul lebih kuat tengah-tengah arus perubahan ini.
"Kami harus berwaspada, memperkuat kemampuan pertahanan kami, membangun kerjasama dengan negara-negara lain yang bersefahaman dan berdiri teguh sebagai satu rakyat untuk Pertahanan Menyeluruh."
Encik Gabat dicalonkan oleh KPT (NS) Saufi untuk anugerah tersebut.
"Banyak pertimbangan diperlukan kerana saya adalah satu-satunya Spesialis Teknologi yang ditugaskan untuk projek ini. Saya amat berterima kasih kerana Encik Gabat memahami kepentingan ICT saya, "kata spesialis yang berusia 32 tahun itu.
Dengan sokongan pengurusnya, KPT (NS) Saufi berjaya menjalani ICT tanpa membimbangkan tentang kerjanya.
Oleh itu, tidak menghairankan bahawa Encik Gabat adalah penyokong kuat NS. Setelah menghadiri Kor Latihan Pegawai Simpanan semasa kuliahnya di Filipina, dia memiliki pemahaman yang mendalam mengenai pertahanan dan keselamatan.
Dia juga dibesarkan dalam keluarga tentera―ayah dan kakaknya adalah pegawai tentera bersara di Filipina.
Apabila ditanya kenapa dia merasakan bahawa Pertahanan Menyeluruh amat kritikal untuk perniagaan, Encik Gabat menjawab: "Pertahanan yang kuat bukan sahaja penting untuk perniagaan; malahan latihan NS juga membantu memupuk disiplin, rasa tanggungjawab dan kerja berpasukan di kalangan warga kerja kami."
ALSO READ IN PEOPLE
MENTOR & TELADAN
01 Sep 2025
Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.
MEMBENTUK ASKAR
29 Aug 2025
Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.
LATIHAN DENGAN TUJUAN
27 Aug 2025
MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

