PENGARAH PERUBATAN, DOKTOR & ANGGOTA KERAHAN PERKHIDMATAN NEGARA

04oct22_news1_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/04oct22_news1_photo1.jpg?sfvrsn=5389e405_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PENGARAH-PERUBATAN-DOKTOR-AMP-ANGGOTA-KERAHAN-PERKHIDMATAN-NEGARA
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PENGARAH-PERUBATAN-DOKTOR-AMP-ANGGOTA-KERAHAN-PERKHIDMATAN-NEGARA
PENGARAH PERUBATAN, DOKTOR & ANGGOTA KERAHAN PERKHIDMATAN NEGARA
04 Oct 2022 | PEOPLE

PENGARAH PERUBATAN, DOKTOR & ANGGOTA KERAHAN PERKHIDMATAN NEGARA

// KISAH TEO JING TING

// FOTO CHAI SIAN LIANG & IHSAN KOL (BERSARA) (DR) MAK

COL (Ret) (Dr) Kenneth Mak wears many hats – he's the Director of Medical Services, a trauma surgeon and has served in the SAF as an NSman for 27 years.

Selain peranannya sebagai DMS dan pakar bedah, KOL (Bersara) (Dr) Mak turut menyumbang kepada SAF secara aktif sebagai Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara selama 27 tahun. Selepas melanjutkan Perkhidmatan Negaranya sebanyak dua kali (selama 14 tahun!), beliau melepaskan pelantikan NSnya pada 1 Mac 2021.

Beliau menjadi wajah yang dikenali di paparan skrin sejak dua tahun lalu di Singapura. Semasa kemuncak pandemik COVID-19, Kolonel (KOL) (Bersara) (Dr) Kenneth Mak menyiarkan kemas kini hampir setiap hari tentang langkah, bilangan dan rancangan untuk memerangi penularan itu.

Sebagai Pengarah Perkhidmatan Perubatan (DMS) di Kementerian Kesihatan, profesor madya itu terpaksa menghadapi tugas berat untuk menasihati Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian dan agensi kerajaan lain dalam merangka strategi menyeluruh untuk menguruskan wabak – peranan yang berlangsung hampir dua setengah tahun dan masih diteruskan.

Semasa tempoh yang mencabar ini, pakar bedah trauma berusia 56 tahun itu barasa amat berterima kasih atas daya usaha Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dalam memerangi COVID-19, serta hubungan dan rangkaian yang terbentuk sepanjang Perkhidmatan Negara (NS) beliau.

"Semasa bekerja dengan SAF (dalam operasi COVID-19), saya mendapati diri saya berinteraksi dengan rakan-rakan dan rakan sekerja yang sering dibawa berbincang dalam konteks Perkhidmatan Negara. Ia menjadikan perbualan lebih mudah – adakalanya, hanya berjabat tangan atau berbual kecil di luar koridor, dan anda tahu semuanya akan dijalankan."

Masa silam yang manis: Seorang KOL muda (Bersara) (Dr) Mak (baris belakang, kedua dari kanan) bersama-sama rakan rekrutnya semasa menjalani latihan menyeberang sungai dalam Latihan Asas Tentera pada 1985.

Kolonel (KOL) (Bersara) (Dr) Mak telah berkhidmat di SAF sebagai Anggota Perkhidmatan Negara Sedia Beroperasi selama 27 tahun.

Antara peranan beliau di Perkhidmatan Negara adalah termasuk menjadi timbalan pegawai perubatan bahagian di Ibu Pejabat Bahagian 3 (HQ 3 Div) dari 1994 hingga 2000. Beliau kemudiannya dipinjamkan ke Ibu Pejabat Armor pada 2001 dan akhirnya menjadi Panglima kumpulan sokongan logistik.

Pada 2020, KOL (Bersara) (Dr) Mak menjadi Ketua Staf di Ibu Pejabat Perkhidmatan Tempur dan perintah sokongan (CSSCOM), yang dilepaskan beliau pada awal 2021.

Ketahui kenapa ayah kepada tiga anak ini melanjutkan kitaran Perkhidmatan Negaranya sebanyak dua kali walaupun bergelut dengan kerjaya yang sibuk dan perkara yang amat dirinduinya sebagai Anggota Perkhidmatan Negara Sedia Beroperasi!

KOL (Bersara) (Dr) Mak (baris belakang, kanan sekali) semasa kursus pegawai kadet perubatannya pada 1991.

KOL (Bersara) (Dr) Mak, anda menyebut bahawa pengalaman NS anda membantu anda dalam menguruskan wabak?

KOL (Bersara) (Dr) Mak: NS mengajar saya kepentingan berdaya tahan. Walaupun kami seringkali melakukan apa yang diperlukan dalam peranan dan kerjaya kami, adakalanya kami perlu berhadapan dengan cabaran dan isu yang melampaui domain tersebut.

Pada masa itulah anda membina fleksibiliti tertentu – tidak kira apa jua masalahnya, anda boleh mengambil langkah dengan tenang dan cuba menyelesaikan masalah yang datang menggolek.

Kesediaan untuk menerima cabaran yang berbeza yang berada di luar zon selesa saya telah banyak membantu saya dalam menguruskan krisis (COVID-19).

KOL (Bersara) (Dr) Mak (tengah) bersama-sama rakan Perkhidmatan Negaranya (kiri) dan Pegawai Pemerintah (CO) di acara Ulang Tahun Ibu Pejabat Armour pada 2014. KOL (Bersara) (Dr) Mak ialah CO Batalion Sokongan Perkhidmatan Tempur Hadapan pada masa itu.

Bolehkah anda berkongsi lebih lanjut tentang pengalaman NS?

KOL (Bersara) (Dr) Mak: Saya bertuah dapat menikmati pengalaman dua formasi berbeza dalam tentera – Ibu Pejabat Bahagian 3 dan Ibu Pejabat Armor – dan saya kini memahami betapa kompleksnya SAF. Peranan saya juga berubah dari semasa ke semasa – saya bermula sebagai pegawai perubatan dan seterusnya mengendalikan operasi logistik.

Saya diberi banyak peluang untuk mengendalikan pelbagai tugasan berbeza dalam Tentera Darat, seperti menjalani latihan dan latihan luar negara di Australia serta menghadiri persidangan perubatan di Jerman dan Afrika Selatan.

Perjalanan Perkhidmatan Negara anda memang amat memberangsangkan! Jadi apakah pengalaman anda yang paling dihayati?

KOL (Bersara) (Dr) Mak: Setiap pelantikan mempunyai detik dan peristiwa pentingnya sendiri, tetapi kegembiraan dan kepuasan terbesar yang saya hayati adalah bekerja bersama-sama unit di medan lapangan. Semasa saya di Ibu Pejabat Bahagian 3, tempo latihannya sentiasa tinggi kerana kami menjalani banyak latihan tempatan dan luar negara. Dan bila saya berada di tengah-tengah kerancakan situasi dan bekerja dengan rakan-rakan askar saya, saya menjadi sangat rapat dengan anggota pasukan.

Ikatan hubungan itu berterusan sehingga ke hari ini. Kami masih lagi saling menghubungi melalui kumpulan sembang Whatsapp, tetapi pertemuan fizikal jarang berlaku kerana masing-masing sibuk. (bergelak)

KOL (Bersara) (Dr) Mak (barisan depan, kedua dari kanan) menawarkan diri sebagai Pengerusi Bersama Jawatankuasa Kecil Perubatan bagi Perbarisan Hari Kebangsaan 2016. Pada masa itu, beliau merupakan Komander Kumpulan Sokongan Logistik ke-22 di Ibu Pejabat Armor.

Jadi saya dapat gambarkan perkara yang paling anda akan rindu tentang Perkhidmatan Negara adalah ikatan hubungan rakan-rakan anda?

KOL (Bersara) (Dr) Mak: Setentunya! Sebagai anggota perkhidmatan negara sepenuh masa, saya hanya berfokus pada ORD (Tarikh Sedia Beroperasi). Apabila saya menjadi Anggota Perkhidmatan Negara Sedia Beroperasi, saya menyedari bahawa saya melakukan lebih banyak perkara untuk saudara saya yang bekerja bersama saya. Bekerjasama sebagai rakan dan teman dari semua lapisan masyarakat menjadikan pengalaman dalam Perkhidmatan Negara begitu menyeronokkan.

Adakah itu juga sebabnya untuk melanjutkan kitaran Perkhidmatan Negara sebanyak dua kali – pada 2008 dan 2016?

KOL (Bersara) (Dr) Mak: (bergelak) Banyak rakan dan rakan sekerja saya bertanya kenapa saya meluangkan banyak masa dalam Perkhidmatan Negara! Tetapi, secara jujur, tidak pernah terfikir untuk menunggu tempoh kitaran 10 tahun Perkhidmatan Negara untuk berlalu.

Setiap kali datangnya pencapaian yang baharu, saya diberi peluang baharu yang memainkan peranan – itulah sebab yang mendorong saya untuk bertahan lama dan berpindah dari satu formasi ke formasi yang lain. Kerana setiap kali saya melakukannya, terdapat cabaran yang baharu dan bermakna, dan ia mendorong saya untuk tampil ke hadapan dan memainkan peranan saya.

KOL (Bersara) (Dr) Mak (tengah) bersama-sama rakan Anggota Perkhidmatan Negara Sedia Beroperasi (kanan) dan Pegawai Pemerintah (CO) di acara Ulang Tahun Perisai Ibu Pejabat pada 2014. KOL (Bersara) (Dr) Mak merupakan CO Batalion Sokongan Perkhidmatan Tempur Hadapan pada masa itu.

Adakah sukar untuk mengimbangi kerja dan komitmen anda terhadap Perkhidmatan Negara?

KOL (Bersara) (Dr) Mak: Memang agak sukar pada mulanya tetapi saya sangat bertuah kerana mempunyai bos yang menyokong dan berfikiran sama, lebih-lebih lagi sejak saya memegang peranan sebagai panglima Perkhidmatan Negara.

Panglima Perkhidmatan Negara mengendalikan lebih banyak tugasan daripada yang disangka, kerana kami merancang keseluruhan pelan hala tuju latihan untuk unit kami. Kami mengadakan mesyuarat di peringkat ibu pejabat yang lebih tinggi di samping juga dengan pasukan markas kami sendiri. Kami juga bekerjasama dengan sub-unit kami untuk menyelaraskan latihan; dan apabila askar masuk, kami perlu memastikan mereka dijaga dengan baik.

Semasa Latihan Dalam Kem, kami bercenderung untuk menjadi masuk dahulu dan keluar kemudian kerana kami ingin memastikan semuanya berjalan dengan licin. Justeru, apabila bos anda memahami perjalanan yang ditempuh, ia amat membantu dan saya amat berterima kasih.

Sejak 1992, KOL (Bersara) (Dr) Mak (baris belakang, keempat dari kanan) telah terlibat dalam Kursus Lanjutan Sokongan Kehidupan Trauma di Sekolah Perubatan Tentera. Ini adalah tahun pertamanya dalam kursus sebagai pegawai perubatan Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen (baris belakang, ketiga dari kanan) adalah rakan kursusnya semasa itu.

Bagaimana pula dengan keluarga anda?

KOL (Bersara) (Dr) Mak: Sejujurnya, ada kalanya saya berharap boleh meluangkan lebih banyak masa bersama-sama keluarga. Sebagai seorang pakar bedah, saya juga perlu menumpukan banyak masa di hospital.

Jadi saya berterima kasih kepada isteri saya kerana memahami dan memberi saya ruang untuk meneruskan semua usaha dalam kerjaya saya serta sepanjang tempoh perjalanan Perkhidmatan Negara saya. Pada mulanya, seorang guru tetapi dengan adanya anak-anak, dia menjadi suri rumah sepenuh masa. Dia betul-betul menyokong dan memahami komitmen Perkhidmatan Negara, dan saya berasa sangat bersyukur dengan adanya dia di sisi saya.

Sesudah melepaskan komitmen Perkhidmatan Negara anda, adakah anda masih terlibat dengan SAF?

KOL (Bersara) (Dr) Mak: Sejak 1992, saya terlibat dengan penganjuran, menjadi instruktor dan kini pengarah kursus untuk kursus sokongan hayat trauma lanjutan yang dikendalikan oleh SAF untuk melatih para doktor untuk menguruskan trauma dengan lebih baik.

Dalam tempoh lima tahun yang lalu, saya juga menganggotai Lembaga Penasihat Perubatan, salah satu lembaga penasihat pakar di mana sukarelawan SAF boleh menyumbangkan kepakaran – jadi jawapannya ialah "ya"!

KOL (Bersara) (Dr) Mak bersyukur kerana terlibat dalam formasi yang berbeza dan menjalankan pelbagai peranan dan tanggungjawab sepanjang 27 tahun sebagai Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa.

Bagaimanakah perasaan anda tentang memperingati ulang tahun Perkhidmatan Negara yang ke-55 serta kepentingan Perkhidmatan Negara?

KOL (Bersara) (Dr) Mak: Setiap kali ada pencapaian penting seperti ini, saya terpegun dengan betapa kukuhnya rangkaian keluarga Perkhidmatan Negara. Ia adalah perkongsian pengalaman dan kisah-kisah menarik untuk generasi seterusnya.

Kami cuba menarik minat dan menerangkan kepada Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa yang muda ini tentang warisan yang perlu dilindungi dan nilai yang mendorong generasi sebelumnya untuk berbuat demikian, dengan harapan mereka akan meneruskan legasi ini.

KOL (Bersara) (Dr) Mak (dua dari kanan), menerima sijil penghargaan daripada Panglima Tentera Darat Mejar Jeneral David Neo (kiri sekali) di Majlis Penghargaan Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa yang berlangsung di Kelab Temasek pada 4 Okt. Turut bergambara adalah KOL (Ret) (Dr) isteri Mak, Yim Peng dan Sarjan Mejar Ketua Pegawai Waran Tentera Yeo Keng Hua.

Mengimbas kembali, saya sedar banyak yang sudah saya pelajari tentang Perkhidmatan Negara sebagai seorang Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa dan Perkhidmatan Negara adalah asas kekuatan angkatan tentera. Kami adalah tentera warganegara – Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa memainkan banyak peranan yang berbeza di angkatan tentera dan memberi rasa kestabilan kepada organisasi kerana kami sering berada dalam unit lebih lama daripada Anggota Tetap dan memori institusi tetap bersama kami.

Kami tahu bagaimana sesuatu dikendalikan dan komitmen untuk memastikan standard terus bertambah baik dari satu tahap ke tahap seterusnya juga terletak pada kami.

Oleh itu saya amat berbesar hati dengan penghormatan SAF memandangkan hakikatnya ramai di kalangan kami melalui perjalanan yang selari – kehidupan awam dan komitmen Perkhidmatan Negara kami – tetapi masih boleh terus menyumbang dalam pelbagai cara yang kaya dan berbeza-beza

Suggested Reading
GRADUAN MAKTAB MARKAS DAN STAF BERSEDIA MENGAMBIL PERANAN KEPIMPINAN KANAN
PEOPLE
04 Oct 2022

Mengimbangi tuntutan keluarga, kerja dan pelajaran adalah sukar, tetapi ia merupakan pengalaman yang memperkayakan bagi kedua-dua MAJ (NS) (Dr) Ramesh Wijaya dan MAJ Muhammad Zacky Bin Razali, yang baru menamatkan pengajian dari Maktab Markas dan Staf Goh Keng Swee.

Cover story
Dua kapal selam kelas Invincible pertama RSN kini beroperasi sepenuhnya
PEOPLE
04 Oct 2022

Kapal selam kelas Invincible ini adalah kapal selam buatan khas pertama Singapura dan akan meningkatkan keupayaan RSN untuk menjaga perairan kita. 

MENYAMBUT 50 TAHUN JASA & PERSAUDARAAN
PEOPLE
04 Oct 2022

NS telah meninggalkan kenangan yang tidak dapat dilupakan untuk perintis SAF ini dari kumpulan Pegawai Kadet Jurutera ke-8, yang menyambut ulang tahun ke-50 mereka sejak mereka ditauliahkan pada 1974.

KISAH PENERBANGAN SUPER PUMA
PEOPLE
04 Oct 2022

Juruterbang helikopter MAJ (Bersara) Robert Tan yang bersara adalah antara beberapa kumpulan pertama juruterbang Super Puma terlatih tempatan. Kereta sukan atau bas lancar – teka kenderaan yang dia ibaratkan pesawat itu?

Pertahanan Mutlak adalah kewajipan setiap perniagaan Singapura
PEOPLE
04 Oct 2022

Setelah mengalami komitmen yang menuntut Perkhidmatan Negara, LTC (NS) Suhaimi Zainul-Abidin dan Encik Gaurav Keerthi berkongsi mengapa penting bagi setiap perniagaan Singapura untuk menyokong NSmen mereka.

Cover story
Dia mendaki gunung berapi bersama rakan OCS & menulis buku tentang NS
PEOPLE
04 Oct 2022

LTC (NS) Leow Kah Shin dan rakan-rakan NSnya pergi ke "Latihan Longwalk" tahunan sebagai komitmen untuk melakukan sesuatu yang mencabar bersama-sama. 

Memetakan laluan mereka di langit
PEOPLE
04 Oct 2022

Dari semangat kepada penerbangan: Pelajar Cherie Goh dan Alexey Cher memenuhi aspirasi zaman kanak-kanak mereka untuk mencapai "sayap" mereka. 

Lawatan perisai Ayah di tempat kerja!
PEOPLE
04 Oct 2022

Dalam acara istimewa PIONEER Kids tahun ini, Mejar Justin Tan membawa tiga anaknya – Danielle, Thaddeus dan Asher – dalam pengembaraan tentera di Home of the Armour.

Feature
PERTAMA DI LATIHAN WALLABY 2024
PEOPLE
04 Oct 2022

Lelaran terbesar latihan luar negara unilateral terbesar SAF juga menandakan kemunculan sulung beberapa aset baharu dan model latihan.

Dia adalah salah seorang anggota kapal selam wanita pertama RSN
PEOPLE
04 Oct 2022