PEMBERIAN MAKANAN KEPADA KOMUNITI KITA, MEMPERTAHANKAN NEGARA KITA

13feb23_news1_thumbnail https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/13feb23_news1_thumbnail.jpg?sfvrsn=80cfabc5_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PEMBERIAN-MAKANAN-KEPADA-KOMUNITI-KITA-MEMPERTAHANKAN-NEGARA-KITA
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PEMBERIAN-MAKANAN-KEPADA-KOMUNITI-KITA-MEMPERTAHANKAN-NEGARA-KITA
PEMBERIAN MAKANAN KEPADA KOMUNITI KITA, MEMPERTAHANKAN NEGARA KITA
13 Feb 2023 | PEOPLE

PEMBERIAN MAKANAN KEPADA KOMUNITI KITA, MEMPERTAHANKAN NEGARA KITA

KISAH THRINA THAM

FOTO KENNETH LIN & IHSAN ENCIK LIM

Pengasas ComCrop Allan Lim bukan sahaja memainkan peranan dalam mengukuhkan daya tahan makanan Singapura, malahan beliau menawarkan diri untuk terus berkhidmat dalam Perkhidmatan Negara untuk mempertahankan negara.

Peranan dual dalam pertahanan: Encik Lim memainkan peranan dalam mengukuhkan daya tahan makanan Singapura, sambil terus berkhidmat dalam Perkhidmatan Negara.

Apabila rantaian bekalan makanan global terganggu, ke manakah Singapura kan berpaling untuk mencari makanan? Encik Allan Lim berharap jawapannya boleh didapati di dalam negara itu sendiri.

Beliau memulakan ComCrop – satu-satunya ladang bumbung urban komersial pertama di Singapura – pada 2011, dengan harapan untuk membina integrasi sosial.

Hari ini, ladang itu menghasilkan hampir 300 tan sayur-sayuran setahun dan merupakan salah satu "pertahanan" negara dalam jaminan makanan.

"Ladang ini menyokong rantaian bekalan makanan kami dan membangunkan daya tahan kami. Kami adalah respons pertama kepada sebarang krisis makanan," jelas Encik Lim.

Anggota Perkhidmatan NegaraSedia Beroperasi (NSman) yang berusia 50 tahun itu memainkan peranan dual dalam pertahanan. Sebagai Pegawai Staf Utama unit Armor NS, Encik Lim membantu dalam perancangan operasi di medan perang.

Pegawai Waran Ketiga masih menawarkan diri secara sukarela dalam pelantikan itu, sejak mencapai umur berkanun 10 tahun lalu.

Berkat dedikasi dan khidmatnya, beliau dianugerahkan Anugerah SAF NSman Tahunan pada tahun lepas.

Encik Lim memeriksa tanamannya di ladang urban ComCrop di Woodlands. Ladang bumbung menempatkan sejumlah lima rumah hijau.

Memberi makan kepada Singapura

ComCrop bermula sebagai ladang komuniti yang kecil di Bukit Panjang. Encik Lim membiayai pembelajaan projek itu bersama seorang rakan untuk menggalakkan interaksi sosial di kalangan penduduk.

"2011 adalah waktu semasa fabrik sosial kami menghadapi tegangan dan ketidakpuasan hati. Jadi, saya pun fikir, bagaimana untuk menyatu-padukan orang ramai? Kenapa tidak mengajak mereka untuk kembali bercucuk-tanam?" jelasnya.

Lama-kelamaan, projek itu berkembang maju daripada pertanian komuniti kepada sebuah syarikat yang berfokus terhadap pengeluaran makanan.

Pada 2020, terdapat gangguan makanan akibat COVID-19, dan ComCrop meningkatkan usaha dan meluaskan rumah hijaunya di ladang bumbung di atas bangunan perindustrian di Woodlands.

Kini, sayur-sayuran berdaun chye sim (sejenis kubis) dan daun salad, serta herba segar seperti rosemary, basil dan pudina ditanam di ladang, ia juga boleh didapati di pasar raya tempatan seperti NTUC Fairprice Finest.

ComCrop telah memberi lebih 1,000 paket sayur-sayuran kepada penduduk di Yuhua pada Januari ini.

Syarikat itu juga berkomited untuk memberi makan kepada komuniti. Kebelakangan ini, mereka memberi lebih 1,000 paket sayuran pada acara akar umbi komuniti di Clementi dan Yuhua, dan kerap menyumbang kepada Food Rescue Sengkang, sebuah organisasi bukan untung.

"Apabila ada lebihan ataupun bila ada permintaan, kami akan mencari sesuatu untuk diberikan. Bagi saya, ia adalah usaha yang hebat dan diamalkan oleh warga kerja kami," kata Encik Lim.

Encik Lim bersama dengan isterinya semasa majlis makan malam penghargaan untuk penerima anugerah NSman Tahunan, yang diadakan di Istana tahun lepas.

Dedikasi terhadap pertahanan negara

Encik Lim menjalani perkhidmatan negara sepenuh masa sebagai pegawai latihan pengajar pakar, pegawai waran dan pakar.

Apabila kembali untuk Latihan Dalam Kem (ICT), beliau dikerah sebagai anggota kumpulan perintis Kumpulan Armor NSmen. Dengan pengalaman dalam operasi udara-darat, beliau menawarkan diri untuk mmenyediakan pelan udara untuk unitnya dan kini masih berkhidmat sebagai Pegawai Staf Utamanya.

"Unit kami lebih mementingkan kebolehan daripada pangkat, dan anggota selepas saya yang juga terus berkhidmat kerana budaya mesranya. Jadi, saya berasa gembira untuk terus menawarkan diri secara sukarela," kata Encik Lim.

Encik Lim (dua dari kiri) melengkapkan perbarisan laluan sejauh 16km bersama-sama rerakan seperjuangan Armornya.

Pada 2016, beliau terlibat dalam Perbarisan Hari Kebangsaan sebagai sebahagian daripada jawatankuasa keterlibatan masyarakat. Encik Lim juga berkhidmat dalam Jawatankuasa Pengukuhan NS dari 2014 hingga 2015, yang memberi syor-syor seperti membenarkan lebih kefleksibelan kepada Anggota Perkhidmatan Negara untuk tingkatkan kecergasan mereka dan lulus Ujian Kecekapan Fizikal Individu.

Encik Lim (depan) bersama rakan ICTnya semasa Latihan Wallaby 2019.

Walau bagaimanapun, pengalaman NS yang paling diingatinya ialah ICT pertamanya di Exercise Wallaby 2007, yang diadakan di Australia.

"Kami mengerekot di luar kenderaan kami pada waktu malam kerana suhu di padang pasir Australia yang dingin adalah di bawah tahap sifar," dia mengimbas kembali misi malam itu.

"Dewan bedah yang luas dan mencabar di luar negara, membina rancangan dan memacu ke hadapan, melihat bagaimana semuanya bergabung… Ia merupakan pengalaman yang tidak boleh diulangi."

Suggested Reading
Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
PEOPLE
13 Feb 2023

MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
PEOPLE
13 Feb 2023

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
PEOPLE
13 Feb 2023

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.

DUA KALI KEKUATAN, GANDAKAN KEBANGGAAN
PEOPLE
13 Feb 2023

3SG Irfan dan 3SG Iryan Hidayat telah menempuh laluan yang hampir sama sepanjang hidup mereka —daripada bersekolah di sekolah yang sama hinggalah mendaftar ke NS dan, kini, menamatkan pengajian sebagai sarjan yang baru dilantik bersama-sama.

Feature
SELEPAS “SELAMA-LAMANYA”
PEOPLE
13 Feb 2023

Daripada kawan baik kepada pasangan kekasih, dan kini ibu bapa kepada dua anak (dengan ketiga dalam perjalanan!): Pasangan tentera CPT Nuraishah dan 3WO Shahibul berkongsi bagaimana cinta mereka masih kukuh.

Feature
SG bersedia untuk gangguan dalam latihan Pertahanan Mutlak di seluruh negara
PEOPLE
13 Feb 2023

Latihan SG Ready kembali untuk edisi kedua, dengan mobilisasi SAF dan fokus pada gangguan kuasa.

Feature
Berlabuh dalam cinta
PEOPLE
13 Feb 2023

Bagi pasangan Tentera Laut ini, cinta bukan hanya tentang gerak isyarat yang hebat. Ia mengenai perkongsian, persefahaman dan mencari kegembiraan dalam detik-detik kecil.

Cover story
PENDAFTAR PERTAMA TAHUN 2025
PEOPLE
13 Feb 2023

Selamat datang ke BMT: Sertai kumpulan pertama pendaftar tahun baru semasa mereka memulakan perjalanan NS mereka di Pulau Tekong

Feature
Kapal tanpa pemandu Tentera Laut meronda perairan S'pura
PEOPLE
13 Feb 2023

Kapal Permukaan Tanpa Pemandu Keselamatan Maritim (USV MARSEC) RSN adalah yang pertama seumpamanya beroperasi secara autonomi di kawasan yang sesak seperti Selat Singapura.

BERKHIDMAT UNTUK TUJUAN YANG LEBIH BAIK
PEOPLE
13 Feb 2023

ME4 Fion Lim Jia Hui dan ME4 Yee Jia Jun kedua-duanya memilih untuk menyahut panggilan untuk berkhidmat dengan cara mereka sendiri – dengan mencurahkan pengetahuan teknikal mereka ke dalam pertahanan Singapura.