TECHNOLOGY

PELAJAR MEMBANGUNKAN KECERDASAN BUATAN DAN KESELAMATAN SIBER DI MAJLIS PERDANA TEKNOLOGI BELIA

14 Jun 2019

Hanya satu daripada empat ahli dalam pasukan mempunyai pengetahuan mendalam tentang Kecerdasan Buatan (AI), tetapi itu tidak menghalang mereka daripada membangunkan model AI yang dapat mengenali dan mengelaskan gerak isyarat dan lagak aksi manusia secara tepat di dalam imej-imej.

14jun19_news2-1

// LAPORAN OLEH KOH ENG BENG
    
// GAMBAR OLEH TAN YONG QUAN


Seorang peserta melakukan percubaan menjadikan model replika bandar pintar berada di dalam kegelapan, dengan mengesan dan mengeksploitasi kelemahan dalam sistem bekalan kuasa.
Encik Heng (kiri) dengan pasukan pemenang Kem TIL, satu pertandingan yang memberi tumpuan kepada AI. Para pelajar berjaya menubuhkan model AI yang dapat mengenali gerak isyarat dan lagak aksi daripada imej-imej manusia dengan ketepatan sebanyak 85 peratus.
Encik Heng bergambar dengan pasukan pemenang Kem TIL - (dari kiri) Cik Teo, Pye Sone Kyaw, Encik Heng, Wong Jun Long, dan Lim Chun Yong - selepas majlis penyampaian anugerah.
Encik Heng dengan pasukan pemenang Kem Discoverers Cyber Defender. Mereka berjaya mengesan kelemahan dalam bekalan kuasa model replika bandar pintar.
Seramai lebih 400 orang pelajar beradu kemahiran mereka terhadap satu sama lain dalam pasukan di Kem Discovery Cyber Defenders.
Para peserta mendapat pemahaman langsung tentang AI dan keselamatan siber melalui pameran interaktif di Pameran Teknologi.

Hanya satu daripada empat ahli dalam pasukan mempunyai pengetahuan mendalam tentang Kecerdasan Buatan (AI), tetapi itu tidak menghalang mereka daripada membangunkan model AI yang dapat mengenali dan mengelaskan gerak isyarat dan lagak aksi manusia secara tepat di dalam imej-imej.

Kuartet dari Universiti Nasional Singapura (NUS) dan Universiti Teknologi Nanyang (NTU) merupakan salah satu pasukan yang memenangi pertandingan perdana BrainHack yang dianjurkan oleh Agensi Sains dan Teknologi Pertahanan (DSTA) dari 13 hingga 14 Jun.

Lebih daripada 1,500 pelajar dari 30 buah sekolah (dari sekolah menengah hingga universiti) mengambil bahagian dalam acara yang merangkumi Kem Today I Learned (TIL), Kem  Cyber Defender Discovery dan Pameran Teknologi.

Peserta Camp TIL diberikan 1000 imej – daripada imej orang sedang berlutut untuk melakukan yoga sehingga imej membuat gerakan "jantung jari" oleh orang Korea yang popular pada masa kini - untuk mencipta model AI mereka. Model-model ini kemudian diuji dengan menggunakan 1,700 imej.

Pasukan pemenang dari NUS dan NTU menghasilkan model AI yang mempunyai ketepatan setinggi 85 peratus.

Anggota pasukan Wong Jun Long, 21, berkata model AI mereka boleh digunakan untuk mengesan tingkah laku yang mencurigakan bagi meningkatkan keselamatan.

"Ia boleh digunakan untuk mengesan penceroboh. Sebagai contoh, jika tindakan mereka mencurigakan, kita boleh menggunakan model ini untuk melakukan pengesanan awal sebelum pengawal keselamatan dimaklumkan," tambah beliau.

Ketiga-tiga ahli pasukan, yang baru mempelajari AI, dengan cepat dapat memperolehi pengalaman melalui pertandingan yang dijalankan. DSTA turut menganjurkan bengkel untuk membantu para peserta bersedia untuk pertandingan.

Mengenai pengalaman yang dperolehi, anggota pasukan Christabel Teo, 21, berkata: " (Pertandingan) ini memberi saya motivasi untuk memperbaiki diri saya dan mendapatkan lebih banyak pengetahuan mengenai teknologi-teknologi yang akan datang dan masa hadapan."

Pasukan yang muncul juara di Kem TIL di kalangan pasukan dari universiti dan politeknik menerima anugerah dari Menteri Kanan Kementerian Pertahanan Heng Chee How pada 14 Jun dalam suatu upacara yang diadakan di Ekspo.

Mengasah Bakat

Dalam ucapan beliau di majlis penyampaian anugerah tersebut, Encik Heng berkata jurutera-jurutera pertahanan sudah mula menggunakan  AI dan teknologi lain untuk membantu mengatasi cabaran tenaga kerja di Singapura.

Beliau berkata bahawa DSTA dan Kementerian Pertahanan komited untuk membangunkan keupayaan ini dengan lebih jauh - dengan mengasah bakat muda dalam AI dan keselamatan siber.

"Melalui pertandingan seperti BrainHack ini, kami berharap dapat memberi inspirasi kepada individu berbakat untuk mengikuti jejak langkah jurutera pertahanan kami, dan menggunakan bakat anda ... untuk kebaikan Singapura."

Mempertahankan Bandar Pintar

Di Kem Discoverers Cyber Defenders, peserta melakukan percubaan menjadikan model replika bandar pintar berada di dalam kegelapan, dengan mengesan dan mengeksploitasi kelemahan dalam sistem bekalan kuasa.

Di dunia nyata, mengesan kerentanan awal akan membolehkan pihak berkuasa untuk membangunkan penyelesaian untuk mencegah orang lain daripada menyerangnya.

Peserta dapat melihat impak dan kemajuan kerja mereka dalam masa nyata dari model bandar pintar: Ini kerana bekalan kuasa di setiap sektor yang mempunyai gangguan, cahaya yang menerangi bangunan akan berubah dari biru menjadi merah.

Mereka juga memainkan peranan "orang baik", berusaha bertindak balas selepas kejadian, forensik digital dan pengauditan risiko keselamatan.

Satu pasukan yang terdiri daripada empat orang pelajar-pelajar Sekolah Anglo-Chinese (Swasta), Universiti Kebangsaan Singapura dan Sekolah Amerika Syarikat Singapura - muncul sebagai pemenang.

Untuk bersedia dalam pertandingan, mereka menjalani latihan selama tiga minggu dalam bulan Mei mempelajari pelbagai topik mengenai keselamatan siber.

Ahli pasukan, Calvin Fong, 18, berkata apa yang mereka pelajari daripada pertandingan itu adalah peluang untuk bekerja pada sistem bekalan kuasa. "Kami mempunyai lebih banyak pendedahan kepada sistem perindustrian yang kami biasanya tidak akan dapat."

Pengalaman Eksklusif

Di Pameran Teknologi, peserta dan pelajar mendapat pemahaman yang mendalam mengenai AI dan keselamatan siber melalui pameran interaktif dari DSTA serta rakan industri seperti Amazon dan IBM.

Pameran bertema eSports menampilkan dron, kenderaan pengedalian berautonomi dan pelbagai aplikasi AI.

Cik Gayle Chan, Pengerusi Bersama BrainHack 2019 dan Pengarah Hub Digital, DSTA, berkata tujuan Pameran Teknologi itu adalah untuk menarik perhatian orang ramai.

"Kami juga ingin melibatkan lebih ramai pelajar - bukan hanya mereka yang mendaftar untuk pertandingan, tetapi juga ... pelajar lain, (yang mungkin) pemerhati teknologi yang lebih kasual, untuk masuk dan mendapatkan (pendedahan) secara praktikal dan melihat bagaimana kecerdasan buatan dan keselamatan siber boleh membantu mereka. "

Share this story:

Got a great story to share?
Send it our way — we might feature it!

Share Your Story