MILESTONES
PEGAWAI BARU ANGKATAN BERSENJATA SINGAPURA (SAF) BERAZAM UNTUK MEMIMPIN
15 Sep 2018
Menjadi Pegawai Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) adalah cita-cita Leftenan Muda Lucas Lim apabila dia mendaftar untuk Perkhidmatan Negara (NS) pada Oktober 2016.
Menjadi Pegawai Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) adalah cita-cita Leftenan Muda Lucas Lim apabila dia mendaftar untuk Perkhidmatan Negara (NS) pada Oktober 2016.
"NS adalah sesuatu yang dinanti-nanti oleh setiap lelaki di dalam keluarga saya. Secara peribadi, aktif dalam melakukan aktiviti luar, saya merasa saya boleh memberi sumbangan yang bermakna semasa NS."
Impiannya musnah apabila dia mengalami kecederaan mata semasa menjalani Latihan Asas Tentera (BMT) mengakibatkan dia dihantar ke Batalion Pengangkutan Pertama untuk menjalankan tugas-tugas pentadbiran.
"Saya tidak kisah berada di sana (Batalion Pengangkuta Pertama), dan suka kerja saya sepanjang masa saya berada di sana," kata Leftenan Muda Lim. "Tetapi saya berasa saya boleh buat lebih dari itu."
Kesabaran dan ketabahan beliau akhirnya terbalas – selepas 6 bulan, keadaan beliau telah dinilai sebagai stabil. Beliau memasuki semula BMT pada bulan Oktober 2017 dan seterusnya menjadi Rekrut Terbaik Kompeni dan kemudiannya dipilih untuk Sekolah Pegawai Kadet (OCS).
Sokongan keluarga sangat kritikal di dalam kejayaan beliau, kata 22 tahun itu. "Ibu-bapa saya banyak memberi sokongan-mereka bersama saya sepanjang perjalanan saya dan sangat berterima kasih (kerana menyokong saya)."
Pada 15 Sep, Leftenan Muda Lim adalah di antara 250 kadet yang ditauliahkan di Perbarisan Pentauliahan Latihan Pegawai Kadet yang diadakan di Institut Ketenteraan SAFTI. Perbarisan itu menandakan berakhirnya latihan ketat yang telah dijalankan selama 38 minggu. Kohort tersebut mengandungi 184 Pegawai Kadet daripada angkatan tentera darat, 34 daripada angkatan tentera laut dan 32 daripada angkatan tentera udara.
Dalam ucapan beliau, Menteri Negara Kanan bagi Pertahanan Dr Mohamad Maliki Bin Osman, yang mengulas acara perbarisan tersebut, mengingatkan pegawai-pegawai yang baru bertauliah ini akan tanggungjawab mereka.
Kata beliau: "Memimpinlah dengan penuh keyakinan, keberanian dan belas kasihan…tanpa menghiraukan sama ada kamu memakai uniform atau tidak, kamu tidak pernah berhenti menjadi pegawai."
"Tunjukkan ketabahan dan daya tahan kamu, yakin dengan latihan yang telah kamu perolehi dan gunakan nilai teras SAF sebagai panduan."
Ucapan beliau dipegang oleh Leftenan Ashruff Bin Muhammad Ibrahim. Pemuda berumur 21 tahun menyatakan pengalaman beliau di OCS banyak melatih beliau untuk menjadi lebih berdaya tahan. "Ia (latihan di OCS) sangat mencabar mental dan fizikal," kata Leftenan Muda Ashruff. "Untuk kami menghabiskan latihan yang mencabar itu, kami perlu tolong-menolong sesama sendiri."
Mengingati semula bila beliau dilantik sebagai Panglima Platun semasa latihan di luar Negara. Leftenan Muda Ashruff berkata: "Saya mengambil peranan saya dengan serius-ini adalah peluang untuk saya menyiapkan diri untuk tanggungjawab sebagai seorang pegawai." Dia muncul sebagai salah seorang graduan terbaik dan menerima Anugerah Pedang Kehormatan.
Juga memperoleh epaulet Pedang Merit penerima Leftenan Muda Naveen s/o Gunasakaram yang telah mendaftar untuk berkhidmat sebagai Pegawai Perang Udara dengan Angkatan Udara Republik Singapura.
Dia menyatakan penghargaan kepada abang sulungnya, seorang askar di dalam Angkatan Laut Republik Singapura, yang mempengaruhi beliau di dalam pemilihan kerjaya. "Setiap kali beliau pulang ke rumah, abang saya akan berkongsi cerita yang menarik tentang pengalaman beliau semasa belayar dengan kami." Kata Leftenan Muda Naveen.
"Saya mempunyai minat yang mendalam terhadap penerbangan dan saya tahu saya ingin memasuki RSAF untuk menyumbang dalam pertahanan Singapura."
ALSO READ IN MILESTONES
APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
14 Oct 2025
Pangkalan Pusat Tenaga Manusia (CMPB) baharu di Bukit Gombak dibuka secara rasmi pada 14 Okt, mengalu-alukan pra-pendaftar, anggota askar dan orang ramai ke hab sehenti terkini untuk semua perkara Perkhidmatan Negara (NS).
APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI PEGAWAI PERUBATAN
07 Oct 2025
Pada bulan Oktober ini, kita meraikan graduan kumpulan ke-100 dari Kursus Kadet Pegawai Perubatan. Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang doktor tentera? Kami membongkar sorotan!
60 TAHUN, KOMITMEN MEREKA KEKAL KUAT
01 Jul 2025
SAF meraikan ulang tahunnya yang ke-60 pada 1 Julai dengan Perbarisan Hari SAF khas dan Majlis Dedikasi Semula Gabungan di seluruh Singapura.





