PEGAWAI BAHARU PENUH INSPIRASI UNTUK BERKHIDMAT

10jun23_news1-thumbnail https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/10jun23_news1-thumbnail.jpg?sfvrsn=482cef2f_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PEGAWAI-BAHARU-PENUH-INSPIRASI-UNTUK-BERKHIDMAT
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PEGAWAI-BAHARU-PENUH-INSPIRASI-UNTUK-BERKHIDMAT
PEGAWAI BAHARU PENUH INSPIRASI UNTUK BERKHIDMAT
10 Jun 2023 | PEOPLE

PEGAWAI BAHARU PENUH INSPIRASI UNTUK BERKHIDMAT

//KISAH DR TAN GUAN WEI / FOTO AMOS CHEW & IHSAN 2LT DANIEL ELFIAN

Perjalanan ke Pangkalan Tentera Laut Changi semasa Latihan Asas Tentera (BMT) merupakan detik yang menentukan hala tuju kehidupan Leftenan 2 (2LT) Daniel Elfian Bin Mohd Nasir.

Dia masih ingat lagi lawatan ke kapal frigat RSS Stalwart semasa perjalanan – di sinilah mulanya minatnya dengan persenjataan kapal perang itu serta peranan yang dimainkan oleh Angkatan Tentera Laut Republik Singapura (RSN) dalam mempertahankan perairan Singapura.

Adalah harapan 2LT Daniel Elfian untuk menjadi pegawai yang sentiasa mengutamakan kebajikan warga negaranya sambil mengekalkan standard yang tinggi.

Pengalaman yang membuka mata itu menginspirasikannya untuk mendaftar dengan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) sebagai pegawai tentera laut. "Mengawal perairan kita dan melindungi negara daripada ancaman luar memberi kepuasan kepada diri saya, itulah yang saya inginkan daripada kerjaya saya," kata pemain berusia 22 tahun itu.

Menharungi tempoh sukar

Ia tidak begitu lancar bagi Pegawai Tentera Laut yang baru berjinak-jinak dalam bidangnya kerana dia terpaksa mengimbangi bebanan teori dan pelajaran praktikal yang mencabar semasa menjalani Kursus Pegawai Kadet, terutamanya semasa Penggal Asas Tentera Lautnya.

Dia mengimbau kembali: "Ia melibatkan banyak teori, penilaian dan kajian... Kami terpaksa mempelajari segalanya tentang kapal, navigasi dan Peraturan Jalan Raya, yang pada asasnya adalah seumpama Kod Lebuhraya tetapi untuk kapal.

"Tambahan pula, kami juga harus melakukan latihan fizikal. Ia benar-benar menjerihkan dari segi fizikal dan mental."

Ini berterusan dalam pelayaran sulungnya semasa Pengerahan Latihan Laut Pegawai Kadet Kanan(MSTD), apabila dia belayar di Kereta Kebal Kapal Pendarat RSS Persistence selama 26 hari.

2LT Daniel merupakan di kalangan kumpulan MIDS ke-98/MDEC1 ke-31, yang digambarkan di sini Bersama instruktor mereka dan kapal RSS Persistence di Pelabuhan Antarabangsa Teluk Cam Ranh, Vietnam sebagai sebahagian daripada Pelabuhan persinggahan semasa MSTD mereka. [Foto: RSN]
2LT Daniel belajar tentang asas peperangan laut dan mengamalkan pengetahuannya dalam pelbagai peranan di Pusat Maklumat Tempur, seperti Pegawai Peperangan Utama, semasa bertugas di MSTD. [Foto: RSN]

Umpamanya, dia terpaksa menghadiri pelajaran yang dijadualkan selain menjalankan tugas pengawasan 4 jam di jambatan, di mana pegawai kadet kanan memainkan peranan yang berbeza dalam pasukan jambatan. Sering berjauhan daripada orang yang disayangi juga memberi kesan terhadap keadaan mentalnya, kata 2LT Daniel lagi.

Dia dapat menangani cabaran-cabaran ini dengan sokongan daripada panglima dan rakan kabinnya. "Kami saling mendorong satu sama lain, kami bergelak ketawa semata-mata untuk menggirangkan suasana... Kami cuba saling membantu sesama sendiri seberapa banyak mungkin kerana semua orang melalui keadaan yang sama."

"Kami semua (secara literal) berada dalam bot yang sama, ia setentunya suatu pengalaman manis yang sukar dilupakan."

Belajar memimpin

Mengimbas kembali perjalanannya sebagai seorang pegawai, pengajaran terbesar menurut 2LT Daniel ialah belajar memimpin.

Semasa Penggal Latihan Tentera Laut, dia diberi peluang untuk memegang peranan sebagai Pegawai Bertugas dalam kapal misi littoral RSS Sovereignty, di mana beliau dipertanggungjawabkan dengan aspek-aspek seperti penyelenggaraan dan keselamatan kapal sepanjang hari. Dari sana, dia belajar menjalankan tugasannya daripada Pegawai Bertugas kapal itu.

2LT Daniel bersama dengan ibunya, yang mengalu-alukannya kepulangannya selepas MSTD, di kapal RSS Persistence.

Tentang jenis pemimpin yang ingin diteladani selepas ditauliahkan sebagai pegawai pada 10 Jun, 2LT Daniel berkata: "Saya berharap untuk menjadi pemimpin yang mengutamakan orang ramai dan mudah didekati, di samping memastikan piawaian kapal dikekalkan dan misi berjaya diselesaikan."

Ibu bapa LTA Daniel, menyemat epaulet pangkat pegawai pada pakaian seragamnya semasa perbarisan pentauliahannya.

Mengatasi cabaran

Rakan graduan dan pegawai jurutera tempur LTA Nastassha Tan Lee Ann juga menyuarakan sentimen yang sama tentang pelajaran kepimpinan yang ditekankan padanya.

Pegawai Pelupusan Ordnans Bahan Letupan (EOD) berkongsi cabaran fizikal yang dihadapinya dan bagaimana panglimanya memberi dorongan kepadanya sepanjang kursus.

LTA Tan (kiri) berkongsi bagaimana sepupunya, SLTC Soh, menggalakkannya untuk menyertai SAF dan menentusahkan keputusannya untuk menyertai jurutera tempur.

"Dalam barisan kerja kami, adakalanya kami terpaksa memakai sut bom yang seberat hampir 27kg, dan kami perlu mengendalikan pelbagai tugasan sambil memakai sut tersebut. Ia agak berat tetapi jurulatih saya akan sentiasa berada di sisi untuk memastikan saya masih dapat meneruskan latihan, dan sering memikirkan tentang keselamatan saya.

"Daripada mereka, saya belajar menjaga kesejahteraan rakan-rakan jurutera tempur saya," kata pegawai berusia 26 tahun itu.

LTA Tan (dua dari kanan) bersama dengan orang yang disayangi di perbarisan pentauliahan.

Berinspirasi untuk berkhidmat

Dia menceritakan tentang bagaimana sepupunya, Leftenan Kolonel Kanan (SLTC) Elizabeth Soh Yen Chu, menggalaknya untuk menyertai SAF dan membantunya memilih kerjayanya.

"Apabila saya menyenarai pendek dua kerjaya Tentera, sepupu saya mendekati mentor Formasi khusus yang merupakan sebahagian daripada Rangkaian Anggota Wanita Tentera untuk berkongsi dengan saya tentang jenis kerjaya dan laluan kerjaya mereka... dan itulah yang menimbulkan minat saya dalam unit EOD dan menyertai mereka."

SLTC Soh turut menyuarakan kegembiraannya apabila LTA Tan membuat keputusan untuk menyertai SAF sebagai kerjaya. "Saya berasa gembira dan bangga mendapat tahu hasrat Nastassha apabila dia menyuarakan keinginannya untuk menyertai Angkatan Tentera Darat. Lagipun, itu bukan satu pilihan yang mudah; dia boleh memilih laluan kerjaya lain yang kurang menjerihkan dari segi fizikal."

Pegawai-pegawai yang baru dilantik melambungkan topi mereka untuk menandakan tamat pengajian mereka dari Sekolah Pegawai Kadet.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Lawrence Wong (tengah, dalam saman), pegawai pemeriksa perbarisan, mengingatkan para graduan supaya mengambil berat tentang peranan mereka sebagai pemimpin masa depan SAF, dan menjaga anggota lelaki dan wanita di bawah tanggungjawab mereka dengan baik.

Pada 10 Jun, 2LT Daniel dan LTA Tan adalah di kalangan 370 kadet yang ditauliahkan sebagai pegawai dalam satu perbarisan yang berlangsung di SAFTI MI. Daripada para graduan, 269 adalah daripada Tentera Singapura, 50 daripada Tentera Laut Republik Singapura dan 51 daripada Tentera Udara Republik Singapura.

Selepas ditauliahkan sebagai pegawai, 2LT Daniel akan melanjutkan pengajian di peringkat ijazah dalam Kerja Sosial di Universiti Nasional Singapura, sedangkan LTA Tan akan berkhidmat sebagai Panglima Platun di Batalion Ke-36, Jurutera Tempur Singapura.

Suggested Reading
SEMAKIN KUAT UNTUK LULUS SEBAGAI PEGAWAI
PEOPLE
10 Jun 2023

Cover story
ADIK BERADIK TENTERA
PEOPLE
10 Jun 2023

Seorang memijakkan kakinya dengan kukuh pada tanah, seorang lagi dahagakan pengembaraan – CPT Rebekah Abbott dan CPT (Dr) Hannah Abbott berkongsi kegembiraan membesar dan mendaftar dengan tentera.

Cover story
EMPAT WANITA, 4 PERKHIDMATAN, 19 TAHUN PERSAUDARAAN
PEOPLE
10 Jun 2023

Temui ME6 Toh Bao-En, LTC Nah Jinping, LTC Tong Wei Lynn dan SLTC Tung Wanling.

Feature
SAF BERSEDIA UNTUK MEMPERLUASKAN KAWASAN LATIHAN PULAU TEKONG; SAFTI CITY DIBUKA UNTUK LATIHAN
PEOPLE
10 Jun 2023

Pulau Tekong akan diperluaskan hingga 10km, dan merupakan sebahagian daripada pelaburan SAF dalam infrastruktur latihan untuk latihan yang lebih berkesan dan realistik.

Feature
ELAUN NS NAIK DARI 1 JULAI 2025
PEOPLE
10 Jun 2023

Kenaikan itu adalah antara siri pelbagai langkah untuk meningkatkan pengalaman Perkhidmatan Negara (NS) dan mengiktiraf sumbangan anggota kerahan.

PERUBATAN TEMPUR BELAJAR MENYELAMATKAN NYAWA DALAM PENEMPATAN SAF-SCDF
PEOPLE
10 Jun 2023

LCP Chen Anhong melangkah ke atas untuk merawat pesakit dan menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan selama enam bulan bersama SCDF.

Cover story
SAF BAKAL MENDAPATKAN KENDERAAN PERANG INFANTRI BARU, 2 LAGI KAPAL SELAM; MEMBINA KEUPAYAAN TANPA PEMANDU
PEOPLE
10 Jun 2023

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menekankan pendekatan jangka panjang SAF untuk membina pasukan pejuang generasi akan datang, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan mengenai belanjawan pertahanan.

Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
PEOPLE
10 Jun 2023

MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
PEOPLE
10 Jun 2023

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
PEOPLE
10 Jun 2023

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.