TECHNOLOGY
PASUKAN RSN-DSTA UJI CARA LEBIH PINTAR MASUK PANGKALAN
25 Oct 2017
Dalam masa yang terdekat ini, kakitangan yang sah akan dapat memasuki kem Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) hanya menggunakan aplikasi mudah alih.
Dalam masa yang terdekat ini, kakitangan yang sah akan dapat memasuki kem Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) hanya menggunakan aplikasi mudah alih. Aplikasi yang dinamakan "Akses Pangkalan Pintar " inidikonseptualisasikan oleh pasukan kakitangan Tentera Laut Republik Singapura (RSN) dan saintis pertahanan daripada Agensi Sains & Teknologi Pertahanan (DSTA) akan menamatkan penantian yang lama untuk pelepasan diluluskan dan barisan panjang di pintu masuk pejabat.
Pasukan tersebut telah diberikan pembiayaan pada Cabaran Inovasi Perkhidmatan Awam, yang dilangsungkan di *SCAPE pada 24 Okt, untuk mengusahakan prototaip terhadap idea mereka yang membuktikan keupayaan yang akan dilaksanakan di kem-kem SAF malah mungkin boleh dipindah milik di seluruh sektor awam.
Bertemakan "#DareToTry" (Berani Mencuba), Cabaran tersebut bermatlamat untuk menggalakkan pegawai perkhidmatan awam untuk melahirkan idea berani dan inovatif. Ia juga berusaha untuk memupuk perkongsian ilmu dan kolaborasi rentas kementerian dan rentas lembaga berkanun dengan menyediakan dana untuk projek yang bermaya agar dibangunkan lebih lanjut.
Bercakap tentang idea, ketua projek, Pakar Tentera (ME) 6 Joses Yau menonjolkan proses pemeriksaan keselamatan yang semakin rumit dan memakan masa yang sedang diamalkan untuk mempertahankan diri daripada pengganas.
"Setiap pelawat perlu diperiksa dengan teliti dan mereka perlu mengisi maklumat peribadi sebelum menunggu dalam barisan untuk menukar (kad pengenalan) bagi mendapatkan pas masuk (kem) mereka. Proses pentadbiran yagn panjang tersebut telah menyebabkan masa berharga dibazirkan begitu sahaja dan kami percaya bahawa sistem in akan menjadi tidak cekap dalam jangka panjang kerana lebih banyak langkah keselamatan akan dilaksanakan."
Ekoran masalah ini, pasukan mula mengendalikan projek Akses Pangkalan Pintar. Melalui sistem ini, pelawat yang dibenarkan boleh memuat turun satu aplikasi mudah alih ringkas di mana mereka akan menyerahkan maklumat pelawat, butiran peribadi dan gambar bagi tujuan pengecaman wajah.
Token elektronik, yang berfungsi sebagai pas kem elektronik, kemudiannya akan dihantar kepada telefon pintar pelawat sebaik sahaja selepas sistem melakukan pemeriksaan keselamatan latar belakang automaik dan hos telah meluluskan permintaan pelawat. Apabila pelawat sampai di pondok pengawal, sistem akan mengesahkan pengguna secara automatic dengan token elektronik dan pengecaman wajah yang dikeluarkan bagi mengimbas wajah (Dua Faktor Pengesahan: "apa yang anda ada " dan "siapa diri anda").
Menyentuh tentang faedah sistem sedemikian, ME6 Yau menyatakan: "Sistem ini boleh membawakan banyak faedah dari segi penjimatan tenaga kerja. Sebagai contoh, pasukan keselamatan yang bertanggungjawab untuk melaksanakan pemeriksaan keselamatan sedemikian boleh ditugaskan semula ke kawasan lain bagi meningkatkan keselamatan di tempat tersebut.
"Pelawat juga boleh memasuki kem dengan lebih mudah dan pembaziran masa akan dikurangkan."
Ketua Pejabat Inovasi Pintar Masa Depan dan seluruh pasukan berharap dapat menguji sistem mereka pada bulan Januari 2018 dengan memasang prototaip di RSS Singapura - Pangkalan Tentera Laut Changi. Beliau menambah: "RSS Singapura menerima ratusan pelawat setiap hari, lantas ia menyediakan asas ujian yang sempurna bagi sistem kami."
Anggota pasukan ME3 Cathsy Chue sangat gembira melihat usaha beliau telah membuahkan hasil dan sebagai Pengurus Program Cawangan 1 Frigat kelas Luar Biasa, beliau mendapatinya mencabar untuk bersaing dengan teknologi kerana ia melibatkan perkara menukar pemikiran ramai orang.
ME3 Chue menambah: "Pasukan projek adalah sangat pelbagai kerana ia terdiri daripada anggota daripada pelbagai unit RSN dan kakitangan daripada DSTA dengan komitmen kerja dan peribadi yang berbeza. Ini menyukarkan untuk menetapkan tarikh di mana semua anggota berkelapangan bagi menghadiri mesyuarat projek. Di samping itu, banyak produk baru hari ini menggunakan teknologi baru dan sukar bagi kami untuk memilih teknologi yang terbaik atau paling berjaya."
Walau bagaimanapun, meskipun dengan cabaran yang dihadapi, beliau teruja menjadi sebahagian daripada projek. Beliau menyatakan: "Menjadi sebahagian daripada pasukan projek telah …membuka mata saya kepada jenis langkah-langkah inovatif yang boleh kami hasilkan untuk menjadikan proses tertentu lebih cekap. Ia telah membuatkan saya percaya bahawa seseorang individu itu boleh mengubah kehidupan ratusan orang lain."
Bersetuju dengan pendapat ME3 Chue ialah ME2 Gerald Thong, yang juga rasa bahawa beliau telah banyak belajar daripada rakan projek yang lain. Penyelia Sistem Kejuruteraan Hadapan bagi kapal selam kelas Archer mengulas lanjut: "Saya telah belajar tentang cara melihat perkara dari perspektif orang lain dan membezakan masalah dari sudut yang berbeza. Pada masa ini, saya juga cuba untuk bersikap terbuka terhadap cara baru melakukan sesuatu dan mengalu-alukan idea semua orang."
ME2 Thong berharap pencapaian hebat pasukan beliau dalam Cabaran akan memberikan inspirasi kepada anggota baru di dalam SAF bagi membina asas dan mencetuskan idea-idea yang berevolusi bagi meningkatkan keupayaan SAF.
"Saya harap untuk menyaksikan kumpulan anggota perkhidmatan negara masa hadapan menerapkan tema Cabaran tahun ini - #DareToTry (Berani Untuk Mencuba) - dan melaksanakan projek-projek yang berani dan menyegarkan yang boleh memanfaatkan SAF, malah seluruh Singapura."
ALSO READ IN TECHNOLOGY
AI sertai perjuangan dalam latihan pertahanan siber kebangsaan
12 Nov 2025
AI dan kerjasama erat antara agensi dan industri menjadi tumpuan utama dalam Latihan Pertahanan Infrastruktur Kritikal (CIDeX) tahun ini.
MEREKA MEMBINA BANDARAYA INI
01 Oct 2025
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
22 Aug 2025
Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.





