PASUKAN BAPA DAN ANAK TERULUNG

28sep20_news1_photo1a https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/28sep20_news1_photo1a9ddbdfcb-3a13-4de3-85e0-924a491cf0b1.jpg?sfvrsn=b9ea72_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PASUKAN-BAPA-DAN-ANAK-TERULUNG
PASUKAN BAPA DAN ANAK TERULUNG https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PASUKAN-BAPA-DAN-ANAK-TERULUNG
28 Sep 2020 | PEOPLE

PASUKAN BAPA DAN ANAK TERULUNG

Sarjan 3 (3SG) Stefan Tan berpeluang menghidupkan semula pengalaman Rim of the Pacific (RIMPAC) – dari kapal sama yang pernah dipimpin oleh bapanya dahulu!

// BERITA BENITA TEO

// FOTO IHSAN 3SG TAN, SLTC (B) TAN & RSN

English 华文
English 华文
Keluarga yang sehati sejiwa: kedua-dua 3SG Tan (tengah) dan bapanya SLTC (B) Tan mengambil bahagian dalam latihan RIMPAC, selang 10 tahun, di atas kapal yang sama. Di sini, dia bergambar dengan bapa dan ibunya, Puan Linda Tan bagi meraikan Perbarisan Tamat Kursus Kadet Pakar pada 20 Februari.

Sepuluh tahun dahulu, Leftenan Kolonel Kanan (SLTC) (B) Tan Wei Min, Pegawai Pemerintah (CO) pertama kapal frigat RSS Supreme kelas Formidable, berlayar untuk menyertai latihan RIMPAC di luar pesisir Hawaii, Amerika Syarikat.

Kerahan ini mencoretkan dua peristiwa "julung kali": ia merupakan kali pertama Tentera Laut Republik Singapura (RSN) melancarkan misil Permukaan ke Udara Aster semasa latihan tentera laut pelbagai pihak; kapal dan anak kapalnya juga mencipta sejarah sinematik RSN apabila bahagian filem anak kapal semasa latihan digunakan dalam filem blockbuster 2012, Battleship.

3SG Tan telah ditugaskan ke RSS Supreme sebagai Operator Sistem Marin pada Februari tahun ini.

Sedekad selepas itu, anak lelakinya, 3SG Tan, pula berlayar dengan RSS Supreme untuk mengambil bahagian dalam RIMPAC. Kerahan Anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa (NSF) ini juga tidak boleh dilupakan: bukan sahaja ia diadakan di tengah-tengah pandemik COVID-19, ia juga merupakan pelayaran RSN yang paling lama tanpa pelepasan - anak-anak kapal berada di atas kapal selama 67 hari berturut-turut!

Kami berbual dengan 3SG Tan, 20, untuk mengetahui mengenai pengalamannya, dan bagaimana bapanya SLTC (B) Tan, 53, membantu dia menyediakan diri untuk kerahan yang lama ini.

SLTC (B) Tan (kanan), sebelum ini Leftenan Kolonel, ialah CO pertama RSS Supreme yang mengetuai kapal tersebut untuk latihan RIMPAC pertamanya pada 2010.

3SG Tan, apakah yang diceritakan oleh bapa anda mengenai pengerahan RIMPAC-nya?

3SG Tan: Bagaimana teruknya keadaan laut pada satu-satu masa - dia berkata ia bagaikan menaiki rollercoaster, dan dia pernah tercampak dari katil semasa tidur! Saya tidak pernah memahami apa yang dia maksudkan sehingga saya berlayar. Satu malam, semasa jejak dari Guam ke Hawaii, laut sangat bergelora. Saya terbangun dan berasa seperti sedang terbang kerana kapal sedang dilambung ombak (terumbang-ambing)!

Satu lagi cerita menarik ialah RSS Supreme membuat kameo dalam filem Battleship - ada sesetengah daripada anak kapalnya juga difilemkan dalam babak pembukaan filem tersebut!

SLTC (B) Tan: Saya memang tidak dapat melupakan RIMPAC 2010 kerana itulah kali pertama RSN melancarkan misil Aster semasa latihan tersebut. Ia mempamerkan keupayaan kami kepada rakan-rakan peserta (daripada angkatan tentera lain) dan membolehkan anak-anak kapal saya menanda aras diri mereka terhadap rakan sejawat mereka. Ia juga pertama kali anak kapal kami muncul dalam filem Hollywood.

RSS Supreme merupakan frigat RSN pertama yang melancarkan misil Aster di RIMPAC.

Apakah peranan anda di atas kapal?

3SG Tan: Saya bertugas sebagai Operator Sistem Marin sebagai sebahagian daripada Jabatan Kejuruteraan yang menjaga sistem kejuruteraan. Sistem ini memainkan peranan penting dalam kebolehan kapal untuk bertempur dan bertahan di laut. Sistem ini merangkumi enjin dan gear steering yang menyediakan pendorongan, dan penjanaan air tawar.

Saya masih agak baharu dalam tugas ini, jadi saya membantu senior saya dalam operasi kejuruteraan harian. Saya baru sahaja lulus Kursus Pengkhususan Asas 1 di Institut Tentera Laut pada awal tahun ini, dan hanya ditugaskan ke RSS Supreme pada Februari.

3SG Tan melakukan pemeriksaan ke atas sistem kejuruteraan kapal semasa pengerahan RIMPAC.

Apakah bahagian yang paling sukar dalam pengerahan ini?

3SG Tan: Dikurung di dalam ruang yang sama selama 67 hari! Saya tidak pernah melakukan perkara seperti ini dalam hidup saya. Sebaik sahaja kami meninggalkan pelabuhan, ketika itulah saya berasa sangat rindukan kampung halaman, kerana pada waktu itu saya akan menelefon rumah dan bercakap dengan orang-orang yang saya sayangi.

Saya perlu banyak menyesuaikan diri, tetapi akhirnya saya belajar mengira hari-hari yang saya telah lalui dan bukan berapa hari sehingga penghujung pelayaran. Peluang melihat negara-negara lain walaupun secara sekilas dari kapal (semasa dia berlabuh di Guam dan Pearl Harbor untuk menerima bekalan) memberi sinar harapan kepada saya.

Kapal juga menganjurkan pertandingan Supreme Super Sailor (menguji kemahiran kepelautan anak kapal) dan permainan antara rumah seperti bola sepak meja manusia, yang membolehkan kami berinteraksi dan melepaskan tekanan. Kami juga memupuk ikatan dengan bermain permainan papan semasa waktu lapang dan berborak semasa waktu makan.

RSS Supreme berlabuh di Pearl Harbor, Hawaii, sebelum RIMPAC 2020 bermula. Walaupun anak-anak kapal tidak dibenarkan turun dari kapal, mereka diberi masa untuk membuat panggilan video dan telefon ke rumah mereka.

SLTC (B) Tan, adakah anda risaukan 3SG Tan, kerana pengerahannya berlaku di tengah-tengah pandemik COVID-19 dan dia terpaksa berada jauh dari kampung halaman untuk masa yang sangat lama?

SLTC (B) Tan: Saya sudah biasa dengan cara tentera laut beroperasi, jadi saya tahu terdapat langkah-langkah untuk memastikan keselamatan anak kapal di tengah-tengah wabak ini. Berada jauh dari kampung halaman adalah sebahagian daripada pengalaman berkhidmat dalam tentera laut dan terpilih untuk menyertai RIMPAC. Malahan, kerahan RIMPAC saya pada 2010 lebih lama dari yang dialaminya (tetapi dengan pelepasan).

Keluarga Tan – (dari kiri) ibu, Puan Tan, adik perempuan, Sarah, 3SG Tan dan SLTC (B) Tan – kini mempunyai lebih banyak kisah RIMPAC untuk dikongsi.

Apakah perasaan anda apabila dia sudah pulang dan telah menamatkan kerahan yang sangat luar biasa ini?

SLTC (B) Tan: Saya berbangga dengan dia kerana berjaya menamatkan pengerahan ini dengan selamat. Sekarang ada dua orang dalam keluarga ini yang akan berkongsi kisah RIMPAC!

3SG Tan: Ini sememangnya pengalaman yang istimewa. Peluang untuk menyertai pengerahan luar negara semasa NS jarang ditemui. Tidak banyak dalam kalangan NSF dalam Tentera Laut, apatah lagi Angkatan Bersenjata Singapura, yang mendapat peluang seperti ini.

Suggested Reading
Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
PEOPLE
28 Sep 2020

MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
PEOPLE
28 Sep 2020

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
PEOPLE
28 Sep 2020

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.

DUA KALI KEKUATAN, GANDAKAN KEBANGGAAN
PEOPLE
28 Sep 2020

3SG Irfan dan 3SG Iryan Hidayat telah menempuh laluan yang hampir sama sepanjang hidup mereka —daripada bersekolah di sekolah yang sama hinggalah mendaftar ke NS dan, kini, menamatkan pengajian sebagai sarjan yang baru dilantik bersama-sama.

Feature
SELEPAS “SELAMA-LAMANYA”
PEOPLE
28 Sep 2020

Daripada kawan baik kepada pasangan kekasih, dan kini ibu bapa kepada dua anak (dengan ketiga dalam perjalanan!): Pasangan tentera CPT Nuraishah dan 3WO Shahibul berkongsi bagaimana cinta mereka masih kukuh.

Feature
SG bersedia untuk gangguan dalam latihan Pertahanan Mutlak di seluruh negara
PEOPLE
28 Sep 2020

Latihan SG Ready kembali untuk edisi kedua, dengan mobilisasi SAF dan fokus pada gangguan kuasa.

Feature
Berlabuh dalam cinta
PEOPLE
28 Sep 2020

Bagi pasangan Tentera Laut ini, cinta bukan hanya tentang gerak isyarat yang hebat. Ia mengenai perkongsian, persefahaman dan mencari kegembiraan dalam detik-detik kecil.

Cover story
PENDAFTAR PERTAMA TAHUN 2025
PEOPLE
28 Sep 2020

Selamat datang ke BMT: Sertai kumpulan pertama pendaftar tahun baru semasa mereka memulakan perjalanan NS mereka di Pulau Tekong

Feature
Kapal tanpa pemandu Tentera Laut meronda perairan S'pura
PEOPLE
28 Sep 2020

Kapal Permukaan Tanpa Pemandu Keselamatan Maritim (USV MARSEC) RSN adalah yang pertama seumpamanya beroperasi secara autonomi di kawasan yang sesak seperti Selat Singapura.

BERKHIDMAT UNTUK TUJUAN YANG LEBIH BAIK
PEOPLE
28 Sep 2020

ME4 Fion Lim Jia Hui dan ME4 Yee Jia Jun kedua-duanya memilih untuk menyahut panggilan untuk berkhidmat dengan cara mereka sendiri – dengan mencurahkan pengetahuan teknikal mereka ke dalam pertahanan Singapura.