MILESTONES
PARA ANGGOTA MERAIKAN HARI SAF DI TENGAH-TENGAH COVID-19
01 Jul 2020
Untuk pertama kalinya, Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) mengadakan majlis sambutan maya pada pagi ini bagi memperingati Hari SAF.
Untuk pertama kalinya, Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) mengadakan majlis sambutan maya pada pagi ini bagi memperingati Hari SAF.
Acara ini termasuk majlis sambutan yang diadakan di Institut Tentera SAFTI (SAFTI MI) - menggantikan perarakan yang biasa diadakan - bersama-sama dengan 60 organisasi awam dan unit SAF yang menyertai persidangan video dan strim langsung media sosial. Ini mengambil kira keadaan COVID-19 tahun ini.
Ketika menyampaikan Perutusan Hari SAF di majlis sambutan tersebut, Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menyatakan bahawa SAF memainkan "peranan penting dalam jalan menuju pemulihan negara kita" daripada pandemik COVID-19.
Beliau menyebut tentang usaha SAF membungkus dan mengedarkan topeng muka; mengesan kenalan; pengawasan kesihatan; dan menguruskan kemudahan kuarantin untuk pesakit, Dr Ng berkata "bahawa ini bukanlah tugas yang askar-askar SAF dilatih untuk, namun anggota-anggota lelaki dan wanita berjaya menghadapi keadaan dan berjaya menyiapkan setiap misi yang ditugaskan".
"Kerana profesionalisme dan dedikasi mereka, serta kolaborasi rapat dengan agensi menyumbang yang lain, sistem penjagaan kesihatan awam Singapura telah dipelihara dan banyak nyawa rakyat Singapura telah diselamatkan," beliau menambah.
Dr Ng juga menyatakan bahawa "dalam masa-masa yang tidak menentu ini, SAF mesti menjadi kuat dan sentiasa berjaga-jaga dalam melindungi kepentingan Singapura dan memelihara rakyat Singapura daripada bahaya".
"Sebagaimana kita bertindak terhadap COVID-19, SAF mesti memberi respons pantas dan tegas terhadap ancaman baharu dan yang tidak dijangka yang bakal kita hadapi...SAF yang kuat menyediakan asas yang kukuh (untuk rakyat Singapura) untuk memandang ke hadapan ke arah masa depan yang lebih cerah."
Semasa majlis sambutan tersebut, Dr Ng telah menyampaikan State Colours kepada Unit Tempur Terbaik - Batalion Komando Pertama - sementara Panglima Pasukan Pertahanan, Leftenan-Jeneral (LG) Melvyn Ong, memimpin anggota SAF dalam melafazkan ikrar SAF.
Pengerusi jawatankuasa penganjur bagi majlis sambutan Hari SAF, Brigadier-Jeneral (BG) Ho Yung Peng, menyatakan bahawa persidangan video dan penstriman langsung media sosial membolehkan anggota-anggota di mana sahaja menyertai acara tersebut.
"Walaupun kami dipisahkan secara fizikal, semoga kita sentiasa bersatu dalam dedikasi kami untuk berkhidmat dan memelihara negara kami," kata BG Ho, 47, yang juga Panglima, Markas Penjana Kuasa Udara.
Di Persatuan Syarikat Kecil dan Sederhana (ASME), Encik Eric Tan memimpin majlis sambutan dedikasi semula kecil, yang beliau anggap bermakna dalam menerapkan kepentingan pertahanan dalam kalangan perniagaan.
"Kami mendapati siaran tahun ini segar dan berbeza sama sekali. Tetapi (tentunya,) kami masih berharap (negara) boleh melalui cabaran menghadapi COVID-19 dan kami akan kembali menganjurkan majlis sambutan biasa kita," dia berkata.
ASME telah menganjurkan Majlis Dedikasi Semula Gabungan SAF sejak 2008, yang menyaksikan 400 peserta di acara tahun lepas.
Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif GSK Global, Encik Tan, 52, berkata bahawa syarikat mesti mengintegrasikan Perkhidmatan Negara (NS) sebahagian daripada strategi dan budaya perniagaan mereka.
Contohnya, GSK Global membenarkan ibu mengambil cuti jika anak lelaki menghadapi isu di NS yang memerlukan pertolongan mereka. Ini adalah sebahagian daripada usaha dalam menggalakkan anggota lelaki dan wanita mengambil perhatian serius terhadap NS, kata Encik Tan.
Untuk Cik Sunitha M, 30, yang menyertai rakan-rakan sekerja dalam Dewan Perniagaan Perdagangan dan Perindustrian Singapura untuk majlis dedikasi semula buat pertama kali, acara itu merupakan pengalaman yang memperkaya.
Pengurus Penasihat Perniagaan itu berkata: "Saya berpendapat NS sangat penting di Singapura."
"Kita tahu kenapa (NS) sangat penting untuk negara yang kecil seperti negara kita ini; (dengan) memiliki keselamatan dan pertahanan, segalanya berfungsi dengan baik."
ALSO READ IN MILESTONES
APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
14 Oct 2025
Pangkalan Pusat Tenaga Manusia (CMPB) baharu di Bukit Gombak dibuka secara rasmi pada 14 Okt, mengalu-alukan pra-pendaftar, anggota askar dan orang ramai ke hab sehenti terkini untuk semua perkara Perkhidmatan Negara (NS).
APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI PEGAWAI PERUBATAN
07 Oct 2025
Pada bulan Oktober ini, kita meraikan graduan kumpulan ke-100 dari Kursus Kadet Pegawai Perubatan. Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang doktor tentera? Kami membongkar sorotan!
60 TAHUN, KOMITMEN MEREKA KEKAL KUAT
01 Jul 2025
SAF meraikan ulang tahunnya yang ke-60 pada 1 Julai dengan Perbarisan Hari SAF khas dan Majlis Dedikasi Semula Gabungan di seluruh Singapura.

