PEOPLE
PAKAR SELINAP
16 Apr 2021
KOL Teo Chin Leong telah mengukir karier yang berjaya bertugas di salah satu platform Tentera Laut yang penuh misteri – kapal selam.
Ini adalah salah satu platform tersembunyi Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) –kebanyakan orang tidak pernah melihatnya dari dekat.
Kolonel (KOL) Teo, Komander Flotila ke-7, bagaimanapun, bukan sahaja bekerja dengan tiga generasi kapal selam RSN, tetapi juga memainkan peranan penting dalam pembangunan setiap jenis.
Anggota kapal selam generasi pertama
Bagai menyahut takdirnya, beliau mula menjadi anggota kapal selam semasa ke Sweden untuk menjalani latihan sebagai anggota anak kapal perintis RSS Centurion. Kapal ini merupakan kapal selam terakhir daripada empat kapal selam kelas Challenger RSN, kapal selam generasi pertama yang diperolehi Singapura.
Tugas latihan selama tiga setengah tahun, di mana beliau mempersiapkan diri untuk menjadi Pegawai Operasi, menandakan permulaan kariernya sebagai anggota kapal selam. Ia juga suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan di Tentera Laut Reuplik Singapura.
"Pada masa itu, boleh dikatakan kami baru mula berjinak-jinak dalam perihal kapal selam. Kami menjalani latihan yang amat menjerihkan dan keluk pembelajarannnya begitu curam. Kami perlu bergantung kepada kerja berpasukan kami yang begitu mantap untuk melalui tempoh itu," katanya.
Singapura baru saja melancarkan kapal selam pertamanya, RSS Challenger, tiga tahun sebelum itu pada 1997.
Dari sudut peribadi, ia juga merupakan tempoh yang istimewa baginya: anak sulungnya, Glenda, dilahirkan di Sweden.
KOL Teo meraikan kejayaan seterusnya dengan kapal selam kelas Challenger apabila beliau dilantik sebagai Pegawai Pemerintah (CO) RSS Conqueror pada 2007.
Ini merupakan detik yang paling bermakna dalam kariernya: "Adalah aspirasi setiap pegawai kapal selam untuk memerintah sebuah kapal selam. Dari sudut inilah, saya benar-benar melihat peranan kapal selam dalam keseluruhan ekosistem pertahanan. Dan ia merupakan suatu detik yang penting bagi diri saya."
Membina keupayaan selinap RSN
Pada 2010, KOL Teo menjadi Pegawai Operasi 171 Skuadron (kini dikenali sebagai Flotila ke-7). Semasa dua kapal selam kelas Archer yang diperoleh RSN pada 2005 dikembalikan ke Singapura dari 2011, beliau merancang dan menyelaraskan operasi mereka.
Baru-baru ini pada Februari 2019, Singapura melancarkan kapal selam pertama yang disesuaikan sepenuhnya: kelas Invincible binaan Jerman atau Jenis 218SG. Pada masa ini, RSN mengendalikan empat kapal selam yang diperbaharui — dua kapal kelas Challenger dan dua kapal kelas Archer — yang diperoleh dari Sweden.
Setelah mengecapi pengalaman bekerja dengan kapal selam yang melangkau lebih daripada dua dekad, KOL Teo telah menyaksikan pertumbuhan RSN dalam mengendalikan aset-aset dalam air ini.
"Keupayaan kami telah berkembang. Kami kini sudah memperoleh pengetahuan tempatan yang mencukupi untuk mensuaikan Jenis 218SG bagi persekitaran tempatan kami."
Mencari hala tuju
Pada 16 April, KOL Teo dianugerahkan Pingat Bakti Setia oleh Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen dalam upacara Majlis Anugerah Hari Kebangsaan, menandakan 25 tahun berkhidmat di RSN.
Sambil mengimbas kembali masa lampaunya, beliau berterima kasih kepada isterinya Lynna, yang tetap berada di sisinya sejak beliau mula menjadi anggota kapal selam. Mereka dikurniakan dua cahaya mata: anak perempuan Glenda, yang berusia 18 tahun, dan anak lelaki Gavyn, 14 tahun.
"Saya ingin menegaskan bahawa saya amat berterima kasih atas sokongan padu isteri saya terhadap tugasan saya. Ia memang lebih sukar baginya, lebih-lebih lagi bila anak-anak saya masih kecil lagi.
"Seperti yang kamu tahu, kapal selam adalah tersembunyi. Semasa berada di dalam air, kami tidak ada cara untuk berkomunikasi dengan mereka. Isteri saya terpaksa memikul tanggungjawab menjaga anak-anak dan keluarga. Itulah masa-masa yang susah."
Apa yang mendorongnya untuk terus berkhidmat selama ini? Semangat kekeluargaan anggota Angkatan Laut, jelas KOL Teo.
"Anggota Angkatan Lautlah yang membentuk punca perbezaannya, kerana bukan sahaja mereka menjelaskan bagaimana organisasi berfungsi malahan juga suasana persekitaran bekerja – bos dan rakan-rakan sejawat saya di kawasan lapangan juga banyak menolong, menjadikan Angkatan Laut suatu organisasi yang amat kondusif."
ALSO READ IN PEOPLE
Saya sentiasa menyokong anda
11 Feb 2026
Dia seorang pegawai Tentera Darat, dan dialah anggota (NS) yang menyokong impiannya. CPT Koh Xinci dan 3SG (NS) Nitro Chan berkongsi kisah cinta mereka dengan kami – termasuk perkahwinan mereka yang unik!
Beliau seorang Komando NSF & pemain lawan pedang yang memenangi pingat
28 Jan 2026
Pasukannya memenangi pingat emas di Sukan SEA 2025, dan beliau berharap dapat mewakili Singapura dalam lebih banyak pertandingan akan datang. Temui pemain lawan pedang CPL Samuel Elijah Robson, yang berkhidmat sebagai Komando semasa NS sepenuh masanya.
Membawa kepakaran awam mereka untuk menyumbang lebih banyak dalam NS
22 Jan 2026
Pada 21 Januari, SAF mengalu-alukan kumpulan terbesar anggota NS atau NSmen yang menamatkan pengajian di bawah Skim Pengerahan Kepakaran Dipertingkat. Temui ME4 (NS) Muhammad Arief Aditya dan ME4 (NS) Mohamed Najid Bin Mohamed Sultan, yang merupakan antara pakar tentera yang baru dilantik ini.

