MILESTONES

NDP 2019 AKAN DIADAKAN DI PADANG

17 Aug 2018

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Han telah mengumumkan, sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun hadapan akan berlangsung di, sempena meraikan ulang tahun Singapura yang ke-200.

17aug18_news1

// LAPORAN OLEH CHIA CHONG JIN

// GAMBAR OLEH TAN YONG QUAN


Gambar Perbarisan Hari Kebangsaan 2019 akan diadakan di Padang kerana banyak peristiwa penting dan yang tidak dapat dilupakan di dalam sejarah Singapura berlaku di sana, menurut Dr.Ng.
Di dalam ucapan beliau, Dr.Ng mengucapkan terima kasih kepada ribuan peserta daripada Angkatan Tentera Singapura, pasukan Home Team dan sektor awam dan swasta yang telah memastikan kejayaan yang hebat Perbarisan Hari Kebangsaan 2018.
LG Ong (kiri) menyampaikan anugerah kepada salah satu perwakilan rakan NDP.
Dr Ng menyampaikan Anugerah Emas kepada Brigadier-Jeneral Alfred Fox, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif NDP.
Dr Ng bersama penerima anugerah di dalam foto berkumpulan.
Salah seorang dari lapan Penyelam Tempur Tentera Laut melaksanakan terjunan payung terjun NDP perdana dari paras ketinggian 6,000 kaki dengan pakaian dan peralatan tempur yang lengkap.
Jet pejuang RSAF50-liveried F-15SG meluncur membelah langit Singapura apabila ia melakukan pergerakan yang tajam sebelum mendaki sehingga ke paras 8,000 kaki.

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Han telah mengumumkan, sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun hadapan akan berlangsung di, sempena meraikan ulang tahun Singapura yang ke-200.

" Perbarisan Hari Kemerdekaan yang ke-200 akan diadakan di Padang, sebagai tapak yang telah menyaksikan pelbagai peristiwa penting di dalam sejarah Singapura.

Padang menjadi tempat utama acara sambutan Hari Kemerdekaan sehingga tahun 1975, dan sejak tahun 1995, perarakan tahunan diadakan di sana setiap lima tahun. 

Dr Ng berucap pada Majlis Apresiasi Hari Kemerdekaan 2018 di Flower Dome, Gardens by the Bay pada 17 Ogos, di mana beliau memberi penghargaan terhadap kerja keras para peserta, organisasi dan penaja bagi memastikan kejayaan yang hebat Perbarisan Hari Kemerdekaan tahun ini.

"NDP 2018 mencerminkan sejauh mana Singapura sudah mencapai kemajuan dan aspirasi Singapura untuk masa hadapan… menerusi kaedah ujian sepanjang zaman dan penceritaan yang baik mengenai  kehidupan rakyat yang telah melakukan tindakan yang luar biasa," terang Dr. Ng. 

"Ramai orang menyatakan kepada beliau yang mereka tersentuh dan sedih… kerana NDP mengingatkan mereka terhadap kesukaran di masa lampau, dan mereka boleh menjadi kuat apabila bantu membantu di dalam komuniti; ia memberi harapan ke arah pembentukan satu Negara bangsa pada masa hadapan.

Menyentuh tema lagu NDP pada tahun ini, yang membawa aspirasi golongan muda, Dr. Ng menambah: "Meneruskan pembangunan yang telah dilakukan oleh generasi yang terdahulu… tetapi dengan mengemaskini dan menambah suara mereka kepada Singapura… Singapura kini adalah milik (generasi muda) perlu bersatu bagi membentuk Singapura yang lebih maju pada masa hadapan."

NDP 2018 mempunyai banyak acara baru, seperti terjunan pertama payung terjun penyelam Angkatan Tempur Tentera Laut, pada ketinggian 6000 kaki, terjunan wingsuit Kumpulan Red Lions' pada ketinggian 12,500 kaki, dan juga jet pejuang RSAF50-liveried F-15SG di mana telah melakukan pergerakan udara kelajuan tinggi sempena ulang tahun ke-50 Angkatan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF50)

Perbarisan pada tahun ini juga memasukkan satu segmen baru seperti "Cabaran Kertas Pelekat", di mana setiap penonton menulis sesuatu yang unik tentang diri mereka, "Saya adalah…." di atas kertas pelekat.

Pada majlis ini, Dr. Ng telah menyampaikan Anugerah Emas kepada 20 penerima dan juga 76 penaja utama kerana menghargai kerja keras dan sumbangan mereka dalam menjayakan NDP 2018.

Panglima Pasukan Pertahanan Leftenan-Jeneral (LG) Melvyn Ong turut menyampaikan anugerah kepada 47 penaja utama dan 200 rakan kongsi bersama pada NDP 2018. 

LG Ong juga menyampaikan 316 Anugerah Perak kepada organisasi dan penaja yang mengambil bahagian di majlis lain pada minggu hadapan. 

Share this story:

Got a great story to share?
Send it our way — we might feature it!

Share Your Story