MODEL PERANAN, BAPA, PENGAWAL
PADA HARI BAPA INI, PIONEER MENDAPAT TAHU BAGAIMANA BEKAS SARJAN MEJAR FORMASI PENGAWAL SECARA TIDAK LANGSUNG MENGINSPIRASIKAN ANAKNYA UNTUK MENDAFTAR, DAN BAGAIMANA DIA MENGAMALKAN REJIM YANG KETAT DI DALAM KEM DAN DI RUMAH.
Semasa bertugas bersama-sama di Pengawal Singapura, pasangan bapa-anak ini berkelakuan seolah-olah mereka tidak saling mengenali.
Pada satu ketika, Pegawai Waran Kanan (SWO) Saravanan S/O Shatiannathan –Sarjan Mejar Formasi pada masa itu – mengetuai pemeriksaan persediaan pasukan terhadap Batalion Ketiga, Pengawal Singapura (3 Gds), yang merupakan unit anaknya.
Mereka tidak menegur satu sama lain pada masa Sarjan Ketiga (3SG) Vishva S/O Saravanan berlutut di hadapan bapanya untuk pemeriksaan senjatanya. Keadaan tersebut berasa agak ganjil juga bagi SWO Saravanan.
Tetapi kesemuanya adalah untuk memastikan agar 3SG Vishva tidak diberi layanan yang berbeza daripada rakan-rakan sebayanya.
Sebenarnya, SWO Saravanan akan sentiasa menemu bual secara peribadi setiap Regular yang berdaftar dalam Pengawal tetapi menjauhkan diri dalam pemilihan anaknya pada Jun lalu.
Sebaliknya, katanya sibuk dan memohon agar Briged Sarjan Mejarnya mengambil alih untuk menemu bual seluruh kumpulan itu.
“Untuk berlaku adil kepada sistem, saya tidak melibatkan diri dan saya tidak memberitahu mereka yang terlibat. Hanya sesudah tamatnya temu bual tersebut dan mereka memberikan penerimaan, pada masa itulah, saya mengatakan kepada mereka: 'Itu anak saya'," jelas Pengawal berusia 51 tahun itu.
Kini seorang Pegawai Pemerintah di Sekolah Kepimpinan SAFWOS, SWO Saravanan melihat dirinya menyerahkan baton kepada anak lelakinya yang berusia 22 tahun, seorang Pengawal muda yang baru memulakan perjalanannya.
Memakai beret khaki
Pada mulanya, perasaan SWO Saravanan bercampur-baur apabila anaknya menyuarakan hasratnya untuk berdaftar dengan Pengawal, selepas menamatkan Kursus Kadet Pakarnya.
"Secara senyap-senyap saya berasa gembira kerana dia memilih keluarga tersebut di kalangan semua formasi yang lain. Tetapi juga khuatir kerana saya memahami keadaan menjerihkan yang akan dilaluinya," kata SWO Saravanan.
Sepanjang tempoh lebih 30 tahun bertugas sebagai Pengawal, beliau telah berkhidmat selama tiga tahun dengan Pasukan Kerahan Tentera, dan merupakan Rejimen Sarjan Mejar (RSM) untuk Gds ke-3 pada 2012.
Selain dihantar ke East Timor pada 2002, beliau juga teleh melanjutkan pengajiannya di luar negara sebanyak tiga kali. Ia termasuk Kursus Sarjan Mejar di Texas, Amerika Syarikat pada 2013, yang diiktiraf sebagai kejayaan tertinggi bagi pegawai tidak bertauliah. Keluarganya tinggal bersamanya sepanjang kursus setahun, dan 3SG Vishva yang berusia 13 tahun pada masa itu, belajar di sebuah sekolah menengah di sana.
"Saya menikmati kerjaya yang hebat sekali; saya bertugas dalam setiap peranan daripada Panglima Seksyen kepada Sarjan Mejar Formasi," kata SWO Saravanan.
Meskipun begitu, dia menegaskan pencapaian terbesarnya ialah apabila anak-anak buahnya menegur sapa dengannya di jalan raya.
"Kepimpinan bukan semata-matanya perlumbaan individu anda – tetapi tentang semua orang berlari bersama-sama anda. Bolehkah anda menjadikan diri anda tekad untuk semua orang?"
Mengikut jejak langkah ayahnya
Anak-anak buah SWO Saravanan yang memberi inspirasi kepada anaknya.
Semasa kecil, 3SG Vishva sering bertemu dan bersembang dengan askar-askar bapanya semasa majlis dan lawatan memancing yang dirancang oleh SWO Saravanan.
Mereka berkongsi bagaimana ayahnya membantu mereka membaiki diri – dengan tidak menghukum mereka sewenang-wenangnya bagi kesilapan, sebaliknya, mengubah kesilapan mereka kepada poin pembelajaran.
"Mereka memujinya, menceritakan bagaimana dia mengubah hidup mereka, menunjukkan kepimpinannya dan memberi galakan kepada mereka. Saya pun terfikir sendiri, 'Jika ayah boleh mengubah kehidupan orang lain, saya pun patut melakukan yang sama?'" kata 3SG Vishva.
Dalam peranan terkininya sebagai Panglima Seksyen mengetuai enam orang dalam Kompeninya, dia berhasrat untuk mengikuti jejak langkah ayahnya dengan memimpin melalui teladan.
"Itulah satu-satu cirinya yang membuat saya betul-betul kagum dengannya. Adalah penting untuk mengamalkan apa yang dipertuturkan, untuk memahami anak-anak buah dan juga mengambil berat tentang kebajikan mereka."
Mengamalkan rejim yang ketat
Seorang RSM yang tulen, SWO Saravanan mengamalkan pengurusan yang ketat baik di kem mahupun di rumah. Dia mengadakan perintah berkurung yang ketat untuk tiga-tiga anaknya (3SG Vishva ialah anak tengah di antara dua beradik perempuan) dan mengharapkan semua orang pulang ke rumah pada hari Ahad untuk masa keluarga.
Dia juga sangat tegas dengan 3SG Vishva, dan akan bersuara tentang perawakannya – seperti memotong kuku dan bercukur – sebelum kembali ke kem.
"Saya memahami kesakitan yang dialaminya; saya tidak ingin menjadi anak Pegawai Waran," akui SWO Saravanan.
Meskipun begitu, 3SG Vishva sedar ayahnya selalu mengutamakan keluarganya.
"Ada banyak kerja yang perlu diuruskan. Walaupun pada hujung minggu, telefonnya tidak berhenti berdering. Tetapi tidak pernah ada masa saya menghubunginya dan dia mengatakan tidak dapat hadir," kata 3SG Vishva sambil mengenang kembali.
Menyedari pengorbanan ayahnya, dia berkata: "Setelah berada dalam Angkatan Tentera sekian lama ini, ramai rakannya mengajak 'Jom keluar makan malam, keluar minum', tetapi dia tidak pernah melakukannya.
"Dia akan sentiasa meluangkan masa bersama keluarga dan saya amat menghargainya."
Bersedia untuk meluahkan "awww" pada mesej Hari Bapa 3SG Vishva kepada SWO Saravanan di sini: