MILESTONES

MINDEF & SAF KUMPUL LEBIH $3J UNTUK COMCHEST

13 Oct 2017

13oct17_news-1.JPG

// Laporan oleh Benita Teo 

// Gambar oleh Chai Sian Liang


Keinginan untuk berkhidmat dan membantu mereka yang memerlukannya. Perkara ini ialah apa yang mengilhamkan Unit Selam Tentera Laut (NDU) Tentera Laut Republik Singapura (RSN) mengumpul lebih daripada $10,000 untuk Community Chest (ComChest) sepanjang tahun lalu. 

"NDU ialah satu unit kecil yang beroperasi dalam pasukan dan dalam budaya pasukan, kami menyokong dan membantu satu sama lain …jadi ia adalah lanjutan semula jadi ke arah menyumbang kepada Community Chest," ujar Komander NDU Kolonel (COL) Foong Kok Pun. 

Unit ini tidak asing kepada acara-acara amal dan aktif mengambil bahagian dalam acara tahunan "Swim for Hope" dan "Walk the Extra Mile With Me @ Orchard". 

Tambah COL Foong: "Kami mahu anggota lelaki dan wanita perkhidmatan negara kami untuk mengetahui bahawa, berada dalam pasukan elit, kami juga mempunyai tanggungjawab berat terhadap komuniti." 

Atas usaha mereka, NDU telah dipersembahkan dengan anugerah "10-year Outstanding SHARE" dan "SHARE Platinum" pada majlis Anugerah ComChest yang telah dilangsungkan pada 13 Okt. di Istana. Unit itu juga merupakan pemenang utama di kalangan penerima RSN. 

Tahun ini, sejumlah 406 anugerah telah diberikan kepada penyumbang utama yang menyumbang hampir $35 juta pada tahun 2016. 

Pada majlis anugerah tersebut, Pengerusi ComChest Phillip Tan menzahirkan rasa terima kasih beliau kepada penerima anugerah: "Terima kasih kerana menyumbang masa, bakat dan khazanah anda bagi membina sebuah masyarakat yang lebih penyayang dan terangkum pada tahun lalu. Sumbangan anda telah membolehkan sebahagian 80 pertubuhan perkhidmatan sosial yang disokong oleh Community Chest menyediakan pelbagai jenis program penting untuk memberi khidmat yang lebih baik kepada golongan yang kurang bernasib baik dalam komuniti kita." 

Seramai seratus empat puluh dua unit dan jabatan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Kementerian Pertahanan (MINDEF) telah menerima Anugerah SHARE tahunan sebagai mengiktiraf sumbangan mereka melalui program SHARE. Mereka berjaya mengumpul lebih daripada $3 juta untuk ComChest sepanjang tahun lalu. 

SHARE ialah satu program sumbangan bulanan yang menyediakan sumber dana khas untuk benefisiari ComChest. Anugerah SHARE - Platinum, Gold, Silver, atau Bronze - mengiktiraf organisasi yang mana pekerja mereka membuat sumbangan bulanan melalui program SHARE. Pelbagai anugerah diberikan bergantung pada kadar dan sumbangan penyertaan organisasi. 

"Outstanding SHARE Award" diberikan kepada organisasi yang telah mengekalkan kadar penyertaan pekerja mereka pada peringkat tinggi selama beberapa tahun berturut-turut. 

Untuk layak menerima Anugerah Gold SHARE, unit-unit ketenteraan mesti membuat sumbangan tahunan sekurang-kurangnya $1,000 dan mencatatkan kadar penyertaan di antara 40 hingga 94 peratus bergantung pada jumlah kakitangan mereka. 

Bagi Anugerah Platinum SHARE, ia memerlukan sumbangan tahunan sekurang-kurangnya $1,000 dan kadar penyertaan di antara 70 hingga 100 peratus. 

Pada majlis anugerah tahun ini, pihak Askar juga menerima "Special Events Gold Award" (Anugerah Emas Acara Khas) kerana berjaya mengumpul jumlah sumbangan yang banyak untuk ComChest melalui usahanya iaitu "Army Charity Drive" (Usaha Amal Askar). Pihak Askar juga menganjurkan usaha amal ini selama lebih daripada 20 tahun. 

"Kami percaya dalam memberi sumbangan kepada masyarakat dan golongan yang kurang bernasib baik. Usaha amal mengumpul dana untuk ComChest dan beberapa benefisiari lain seperti SAF Benevolent Fund. Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan keapda semua anggota perkhidmatan negara yang telah banyak menyumbang sepanjang dua dekad yang lalu ", ujar COL Tan Tiong Keat, Penolong Ketua Kakitangan Umum (Personel). 

Beliau menerima anugerah 20-Year Outstanding SHARE dan SHARE Gold bagi pihak unit pemenang Askar iaitu Batalion Komando 1 (1 CDO). 

Bagi penerima terbaik Tentera Udara Republik Singapura - penerima SHARE Gold Ibu Pejabat Pangkalan Udara Paya Lebar - ianya tentang berusaha di luar kehidupan harian mereka dan memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan. 

"Kami mempunyai program untuk membangunkan pekerja di peringkat peribadi dan profesional. Ia mendorong unit untuk memberikan penekanan pada apa yang kami boleh lakukan di luar masa operasi bagi membantu orang lain," ujar COL Lim Kok Siong (Ketua Tenaga Kerja Udara). 

"Perkara ini sangat penting kerana kami bukan sahaja mahu melatih askar; kami mahu mereka mempunyai kesedaran. Saya sangat gembira menerima (anugerah ini) bagi pihak unit, prestasi mereka sangat cemerlang."

COL Tan menerima anugerah quot20-Year Outstanding SHAREquot dan quotSHARE Goldquot bagi pihak pemenang iaitu unit 1 CDO. Mempersembahkan anugerah tersebut ialah Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, Setiausaha Kanan Parlimen bagi Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga.
COL Foong percaya bahawa menyumbang kepada komuniti ialah lanjutan budaya kerja berpasukan NDU dan membantu satu sama lain.
COL Lim (kiri) mahu melihat lebih ramai askar sepenuh hati berusaha di luar bidang tugas mereka bagi membantu komuniti yang lebih luas.
Share this story:

Got a great story to share?
Send it our way — we might feature it!

Share Your Story