MENYELAMI MINAT YANG LAIN

28aug21_news1_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/28aug21_news1_photo1.jpg?sfvrsn=3a9033b7_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MENYELAMI-MINAT-YANG-LAIN
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MENYELAMI-MINAT-YANG-LAIN
MENYELAMI MINAT YANG LAIN
28 Aug 2021 | PEOPLE

MENYELAMI MINAT YANG LAIN

// KISAH BENITA TEO

// FOTO CHUA SOON LYE & IHSAN RSN

Penerima Biasiswa SAF ini menunaikan impiannya sebagai penyelam tentera laut. Tetapi ia bukanlah sesuatu yang dianggap akan dilakukanya.

Penyelam tentera laut 3SG Poon adalah salah sseorang penerima Biasiswa SAF tahun ini.

Menjadi penyelam tentera laut bukanlah pilihan kerjaya yang paling ketara bagi penerima Biasiswa Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) Sarjan ke-3 (3SG) Poon Cheng Jun. Alumni Sekolah Tinggi Universiti Nasional Singapura (NUS) yang berusia 19 tahun lebih berminat dalam bidang biologi, dan selalu membayangkan dirinya bekerja dalam bidang tersebut.

Sebaliknya, setelah menghadiri kursus penyelaman anjuran Unit Penyelam Tentera Laut (NDU) Republik Singapura (RSN) pada usia 16 tahun, semangat baharu untuk pertahanan dan angkatan tentera mula membara. Menyertai NDU menjadi matlamatnya.

Apabila dia menerima surat pendaftarannya tiga tahun kemudian, menyatakan dia akan menjalani Perkhidmatan Negara di NDU, ia seumpama mimpi yang menjadi kenyataan! "Saya masih lagi ingat, 'Wow, NDU! Sekarang saya tidak perlu risau memikirkan tentang menjadi penyelam tentera laut setelah mendaftar kerana saya sudahpun berada di sini!" katanya dengan penuh gembira. Dia kini sedang menjalani Kursus Penyelam Tempur (CDC) dan akan berpindah ke Sekolah Pegawai Kadet pada Oktober.

3SG Poon (kiri) menerima biasiswa daripada Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen, pada Majlis Anugerah Biasiswa Pertahanan pada 28 Ogos di Temasek Club.

3SG Poon juga merupakan penyelam tentera laut pertama yang menerima anugerah biasiswa yang berprestij ini. "Saya bersyukur menerima biasiswa ini kerana terdapat banyak permohonan daripada mereka yang layak pada setiap tahun. Dengan adanya pemegang biasiswa SAF dari NDU menunjukkan kami ini bukan sahaja bertenaga tetapi juga terpelajar. Lebih-lebih lagi dengan dunia kini yang semakin kompleks. Ini bukan semata-mata tentang keupayaan fizikal, tetapi juga kekuatan mental dan kemahiran yang anda miliki dan menerapkannya secara berbeza untuk mengubah keadaan menjadi lebih baik," katanya.

Ketahui lebih lanjut tentang 3SG Poon dan perjalanannya untuk menjadi penyelam tentera laut!

3SG Poon (kanan) bersiap sedia untuk selam skuba dengan rakan sepasukannya. Dia mula sekali menikmati pengalaman menjadi penyelam tentera laut ketika mengikuti kursus penyelaman NDU sebagai pelajar.

1) Perjalanan NDUnya bermula lebih awal

3SG Poon mula merasai hidup sebagai penyelam tentera laut semasa menuntut di Tahun 4 di Sekolah Tinggi NUS. Dia telah mendaftar untuk kursus penyelaman selama dua minggu anjuran NDU sebagai sebahagian daripada kegiatan kokurikulumnya di Kor Kadet Negara (NCC) (Darat).

Sepanjang kursus, dia terdorong dengan komitmen jurulatihnya, yang akan bangun pada awal 4.30 pagi untuk melengkapkan latihan fizikal mereka sebelum mengadakan kelas untuk pelatih.

Tetapi talian persaudaraan yang erat di kalangan penyelam yang membuatnya sedar ini adalah seruannya: "Kursus ini telah membuka mata saya, bukan sahaja dari segi kemahiran menyelam, tetapi juga sifat yang diperlukan untuk menjadi pemimpin dan ahli pasukan yang baik. Penyelam tentera laut selalu menyelam dengan seorang kawan, dan walaupun anda seorang penyelam yang mahir, ada banyak perkara yang perlu anda lakukan bersama dengan kawan anda. Dan anda perlu menjalinkan ikatan yang tidak dinyatakan kerana anda tidak boleh bercakap antara satu sama lain di dalam air. Anda perlu mempercayainya. Tahap keakraban dan kepercayaan itu adalah amat penting untuk bekerja sebagai satu pasukan, dan ia adalah sesuatu yang saya betul-betul hargai."

3SG Poon (paling kiri) menjalani latih tubi dalam air. Minggu Neraka NDU adalah antara sesi latihan yang paling sukar perlu dilalui, tetapi ia membantu mendalami dirinya sebagai seorang anggota tentera.

2) Dia mengingati pengalamannya dalam Minggu Neraka "dengan gembira"

3SG Poon menganggap Minggu Neraka sebagai detik-detik terbaik dan terburuk semasa tempohnya di NDU. Dia mengenang semula kejadian pada hari pertama atau kedua, apabila para pelatih dibangunkan pada pukul dua pagi dan terpaksa berlari sejauh 8km, masing-masing mengangkat dua dayung untuk membentuk rantai manusia.

"Ia memang amat menjerihkan kerana kami kelaparan dan tidak cukup tidur. Pada saat-saat itu, saya berasa seolah-olah saya sedia menyerah kalah. Tetapi bila saya memandang ke kiri dan kanan, saya melihat mereka semua melakukan yang terbaik. Kenapa pula saya tidak boleh? Apabila saya melintasi garisan, kesemuanya menjadi kabur. Tetapi saya berasa gembira sekali kerana berjaya mengatasi rintangan mental saya dan mengatakan kepada diri bahawa saya mampu melakukannya. Saat kejayaan itu menetapkan nada untuk Hari Neraka yang seterusnya dan perjalanan CDC saya kerana saya sedar jika anda benar-benar mendorong diri anda, anda berpotensi untuk melakukan lebih banyak lagi."

Minat yang mendalam dalam bidang biologi hampir mendorong 3SG Poon untuk memilih kerjaya dalam bidang perubatan. Tetapi dia bertukar fikiran setelah mengetahui perjalanan panjang yang harus ditempuhi untuk menjadi doktor.

3) Dia hampir menjadi doktor

Panggil dia Dr Poon– jika NDU tidak datang menyerunya. Sejak di bangku sekolah, 3SG Poon memang berminat dalam bidang biologi dan mengambil bahagian secara aktif dalam pertandingan Biologi Olympiad. Menjadi doktor perubatan adalah pilihan yang ketara baginya. Tetapi perjalanan panjang untuk menjadi doktor telah menawarkan hatinya: "Saya dengar banyak kisah seram tentang bekerja sehingga jam 4 pagi dan kemudian bangun pada pukul 8 pagi untuk menghadiri kelas. Juga perlu menjalani latihan selama enam tahun. Saya sedar saya tidak ingin untuk menjadi doktor lagi!" Seorang yang gemar aktiviti rumah luar, dia juga pernah terfikir untuk menjadi penyelidik biologi dan menjalankan tugasan di medan lapangan.

Tetapi setelah berbincang dengan senior NCC dan jurulatih NDU tetap di SAF, dia dapati dirinya lebih sesuai dengan kerjaya di angkatan tentera. Tetapi ada satu lagi rintangan...

3SG Poon dan ibunya, Puan Ten Kee Yoon, di Majlis Anugerah Biasiswa Pertahanan. Walaupun, ibunya bimbang bila dia memutuskan untuk menyertai SAF, tetapi dia akhirnya berjaya memenangkan ibunya dan meredakan kebimbangannya dengan keghairahannya.

4) Pada awalnya, ibu bapanya tidak menyokong pilihan kerjayanya.

3SG Poon mengakui dengan jujur harapan ibu bapanya agar dia akan menjadi doktor, dan terkejut bila memilih kerjaya dengan angkatan tentera. "Ibu saya tidak dapat memahami kenapa saya sanggup melepaskan kerjaya dalam bidang perubatan untuk kerjaya yang dianggap lebih berisiko tinggi, dan menggalakkan saya untuk mempertimbangkan semula," katanya. Demi membuktikan kesungguhannya untuk mencapai matlamatnya, dia menunjukkan kepada ibu bapanya hala tuju kariernya sebagai pegawai tentera laut. Mereka kemudian mengerti bahawa keputusan yang diambilnya telah dipertimbangkan dengan teliti dan tidak dibuat dengan sewenang-wenangnya. Hari ini, mereka adalah penyokongnya yang paling kuat.

"Saya amat tertarik dengan idea di mana pekerjaan anda bukan sahaja boleh meningkatkan kemajuan diri anda malahan ia juga boleh memberi impak langsung terhadap pertahanan negara anda. RSN beroperasi 24/7, dan semasa anda menjalani perondaan setiap hari, anda akan menyedari bahawa apa yang anda lakukan benar-benar membawa perbezaan."

3SG Poon menjalani latihan pemulihan kawan. Dia bercadang untuk menuntut pengajian biologi alam sekitar dan berharap dapat memanfaatkan pengetahuan dan kemahirannya dalam meneruskan usaha SAF untuk menjadi lebih hijau.

5) Dia berharap dapat menimbulkan minatnya dalam bidang biologi dan alam sekitar semula di RSN

3SG Poon telah memohon untuk kemasukan ke University of California di Berkeley di Amerika Syarikat (AS) di mana dia berharap dapat meneruskan minatnya dalam bidang biologi alam sekitar. "Saya berharap dapat memanfaatkan pengetahuan saya dan membantu Kementerian Pertahanan dan SAF dalam usaha untuk menjadi lebih mesra alam. Dan dengan pendedahan kepada teknologi mesra alam baharu di AS, mungkin kami dapat memperkenalkan kepada Singapura teknologi yang paling bermanfaat untuk kami."

Suggested Reading
SEMAKIN KUAT UNTUK LULUS SEBAGAI PEGAWAI
PEOPLE
28 Aug 2021

Cover story
ADIK BERADIK TENTERA
PEOPLE
28 Aug 2021

Seorang memijakkan kakinya dengan kukuh pada tanah, seorang lagi dahagakan pengembaraan – CPT Rebekah Abbott dan CPT (Dr) Hannah Abbott berkongsi kegembiraan membesar dan mendaftar dengan tentera.

Cover story
EMPAT WANITA, 4 PERKHIDMATAN, 19 TAHUN PERSAUDARAAN
PEOPLE
28 Aug 2021

Temui ME6 Toh Bao-En, LTC Nah Jinping, LTC Tong Wei Lynn dan SLTC Tung Wanling.

Feature
SAF BERSEDIA UNTUK MEMPERLUASKAN KAWASAN LATIHAN PULAU TEKONG; SAFTI CITY DIBUKA UNTUK LATIHAN
PEOPLE
28 Aug 2021

Pulau Tekong akan diperluaskan hingga 10km, dan merupakan sebahagian daripada pelaburan SAF dalam infrastruktur latihan untuk latihan yang lebih berkesan dan realistik.

Feature
ELAUN NS NAIK DARI 1 JULAI 2025
PEOPLE
28 Aug 2021

Kenaikan itu adalah antara siri pelbagai langkah untuk meningkatkan pengalaman Perkhidmatan Negara (NS) dan mengiktiraf sumbangan anggota kerahan.

PERUBATAN TEMPUR BELAJAR MENYELAMATKAN NYAWA DALAM PENEMPATAN SAF-SCDF
PEOPLE
28 Aug 2021

LCP Chen Anhong melangkah ke atas untuk merawat pesakit dan menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan selama enam bulan bersama SCDF.

Cover story
SAF BAKAL MENDAPATKAN KENDERAAN PERANG INFANTRI BARU, 2 LAGI KAPAL SELAM; MEMBINA KEUPAYAAN TANPA PEMANDU
PEOPLE
28 Aug 2021

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menekankan pendekatan jangka panjang SAF untuk membina pasukan pejuang generasi akan datang, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan mengenai belanjawan pertahanan.

Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
PEOPLE
28 Aug 2021

MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
PEOPLE
28 Aug 2021

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
PEOPLE
28 Aug 2021

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.