MENYAJIKAN HIDANGAN YANG LAZAT DI TENGAH-TENGAH LAUTAN

20nov23_news1_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/20nov23_news1_photo170c37352-6a44-4dd3-b0a7-4d44958f7b01.jpg?sfvrsn=129b81b1_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MENYAJIKAN-HIDANGAN-YANG-LAZAT-DI-TENGAH-TENGAH-LAUTAN
MENYAJIKAN HIDANGAN YANG LAZAT DI TENGAH-TENGAH LAUTAN https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MENYAJIKAN-HIDANGAN-YANG-LAZAT-DI-TENGAH-TENGAH-LAUTAN
20 Nov 2023 | PEOPLE

MENYAJIKAN HIDANGAN YANG LAZAT DI TENGAH-TENGAH LAUTAN

Daripada seorang yang baru memasak kepada ketua chef: Temui ME2 Eugene Yeo yang telah memuaskan selera anak kapal frigat selama 15 tahun!

//KISAH TEO JING TING // FOTO KENNETH LIN & IHSAN ME2 YEO

ME2 Yeo sedang menyediakan salah satu hidangan kepakarannya – hokkien mi – untuk makan tengah hari.
English 华文
English 华文

Dia mengambil masa dua tahun untuk menguasai seni memasak nasi ayam.

Terutamanya, kemahiran menyediakan ayam rebus yang lembut daripada ayam sejuk beku – satu pencapaian yang amat penting kerana semasa di laut, hanya ada ayam sejuk beku.

"Rakan-rakan anak kapal saya semua kelihatan terkejut dengan rasa ayam rebus saya yang seakan-akan hidangan yang dijual di gerai penjaja, walaupun saya menggunakan ayam sejuk beku," kata Pakar Tentera (ME) 2 Eugene Yeo sambil ketawa.

"Itulah saat-saat yang paling manis dalam hidup saya!"

Chef berusia 32 tahun itu jelas mengambil berat tentang kerjanya.

Lagipun, gelaran ketua chef datang dengan tanggungjawab yang berat – dia perlu mengisi perut dan menaikkan semangat lebih 70 pelaut di kapal frigat Angkatan Tentera Laut Republik Singapura (RSN) RSS Intrepid setiap hari.

ME2 Yeo menggoreng belacan sebagai hidangan sampingan untuk hokkien mi, manakala kuah udang sedang mendidih di sebelahnya.

Menyahut seruannya

Kini, ME2 Yeo kini boleh menyediakan pelbagai hidangan masakan, berbanding 15 tahun yang lalu.

Ketika itu, dia seorang penuntut berusia 17 tahun yang baru menamatkan peringkat N-nya, dia mempunyai pilihan sama ada untuk melanjutkan pelajaran di Institut Pendidikan Teknikal atau menyertai tenaga kerja.

Dia memilih yang bekerja selepas menerima brosur tentang kerjaya dalam angkatan tentera laut. Pekerjaan –chef tentera laut – menarik perhatiannya. Dengan restu ibu bapanya, dia mendaftar dengan RSN dan tidak pernah menyesal dengan keputusannya.

"Sebelum ini, saya tidak pernah memasak! Tetapi saya memang berminat memasak jadi saya mengambil keputusan untuk menyertai sebagai chef tentera laut," kata ME2 Yeo, yang dihantar ke Pusat Pendidikan Hotel dan Pelancongan Singapura (SHATEC) selama tiga bulan untuk menjalani kursus kemahiran asas masakan.

Sesudah tamat pengajian, dia ditugaskan ke kapal RSS Intrepid sebagai chef junior (atau chef 2 mengikut gelaran mereka sekarang), dan bertuah menjadi anak buah ketua chef ketika itu ME2 Ng Say Chwee.

ME2 Ng memberi tunjuk ajar dan, dengan bimbingannya, ME2 Yeo dinaikkan pangkat kepada chef leading (atau chef 1 gelaran yang dikenali sekarang) dalam tempoh tiga tahun.

Pada 2015, dia menjadi ketua chef kapal RSS Intrepid.

ME2 Yeo bersiap untuk memasukkan udang ke dalam hokkien mi sambil diperhatikan oleh pembantunya, ME1 Bryan Ng.

Merancang menu untuk seminggu

Sebagai ketua chef, salah satu tanggungjawab terbesarnya ialah merancang menu. Dia dan ahli pasukannnya sering berbincang tentang hidangan untuk minggu ini yang sering bergantung pada bahan mudah rosak, keadaan laut dan semangat anak kapal.

"Sebaik-baiknya kami akan cuba mengelak daripada mengulangi sesuatu menu dalam tempoh dua bulan, jadi kami perlu berfikir panjang dan merancang menu dengan lebih awal," jelas ME2 Yeo.

"Adakalanya, kami juga perlu menukar menu kami dengan spontan – contohnya kami merancang untuk masak sup tetapi keadaan laut bergelora, kami akan tukar sup kepada hidangan lain untuk mengelakkan tumpahan."

Hidangan yang disajikan ME2 Yeo untuk majlis koktel di Qingdao adalah termasuk (dari kiri atas) pelbagai jenis sayuran dengan cendawan; kentang bakar; daging babi panggang dengan bir Tsingtao; dan aneka sayur bakar.

Salah satu pengalamannya yang paling sukar dilupakan setakat ini ialah apabila kapal RSS Intrepid menganjurkan majlis koktel untuk rakan sejawat mereka di China di pelabuhan persinggahan Qingdao semasa Pengerahan Latihan Kapal Midshipmen pada 2018.

ME2 Yeo ingin mempamerkan budaya silang makanan di antara kedua-dua angkatan tentera laut, dia menggunakan bir Tsingtao, kepakaran Qingdao, untuk memanggang hidangan daging babi. Masakan itu mendapat sambutan terutama di kalangan anggota tentera laut China.

"Mereka terkejut mendengar kami mengguna bir untuk memasak daging babi dan mereka menikmati hidangan itu dengan penuh selera."

Semua tersenyum melihat anggota tentera laut China memuaskan selera mereka dengan hidangan daging babi panggang bir Tsingtao ME2 Yeo.

Resipi kejayaan

Untuk memuaskan selera anak-anak kapal, ME2 Yeo dan pasukannya sering menyediakan resipi dan hidangan baharu.

Pada masa lapang, mereka kerap menonton video memasak di YouTube dan cuba menyediakan hidangan yang ditonton di galei. Sesekali, mereka juga akan mengunjungi gerai-gerai penjaja terkenal untuk mencari inspirasi.

Contohnya, ME2 Yeo mendedahkan dia dan chefnya melawat penjaja berbintang Michelin di Jalan Maxwell untuk tahu rahsia menyediakan ayam kicap yang lazat.

"Kami dapat tahu mereka akan merebus ayam dengan kacang soya, jadi kami pun mencubanya, ditambah dengan beberapa herba Cina dan rasanya memang amat menakjubkan!"

Penolong chef ME1 Ng (kanan) dan ME1 Aloysius Leong bersama-sama memecah telur untuk hokkien mi. Sejumlah 60 biji telur digunakan untuk hidangan tersebut.

Kerja galei

Semasa penempatan, hari ME2 Yeo bermula pada 4.30 pagi. Bersama-sama dengan dua penolong chefnya, dia menyediakan sarapan pagi yang dihidangkan segera pada pukul 5.30 a.m.

Santapan paginya terdiri daripada bubur dan sup makaroni kepada mi hun  yang ringkas, sandwic tuna atau mayo telur.

Persediaan untuk makan tengah hari bermula pada 7.45 a.m. dan siap disajikan pada 11.30 a.m. Agar tidak membuang masa, ME2 Yeo akan memulakan penyediaan ramuannya untuk makan malam pada pukul 2 p.m., mula memasak pada pukul 4.30 p.m. dan menghidangkan juadah makan malam pada 5.30 p.m.

Pasukan itu akan menyediakan makanan terakhir mereka untuk hari itu pada pukul 7 p.m. sebelum menyediakan snek malam untuk anak kapal pada pukul 8.30 malam.

Snek malam atau lebih tepatnya, makan lewat malam, mungkin sesuatu yang berat dan berselera tempatan seperti prata, mi siam kering atau laksa. Pada hari lain, mereka akan menghidangkan manisan yang lazat seperti penkek atau kek keju.

ME2 Yeo (dua dari kanan) gemar memasak untuk rakan-rakan pelautnya.

Rasa kepuasan

Seperti juga semua pelaut lain di kapal, ME2 Yeo memainkan pelbagai peranan. Selain menjadi ketua chef, dia adalah juga anggota pasukan perubatan.

Jika diaktifkan, dia akan menilai dan merawat mangsa sebelum memindahkan mereka ke pusat perubatan dalam kapal, untuk mangsa dirawat oleh pegawai perubatan dan doktor.

Bila ditanya apa yang dia gemar tentang pekerjaannya, ME2 Yeo terus tersenyum lebar.

"Saya suka sekali memasak dan apabila melihat anak kapal saya menjamah makanan yang saya masak, saya berasa puas hati.

"Saya juga suka mencuba resipi baharu kerana tidak ada titik henti dalam masakan. Anda hanya boleh menjadi lebih baik, lebih-lebih lagi bila ada ramai orang dalam kapal yang menjadi tukang rasa makanan saya! Ini adalah antara pekerjaan yang terbaik bagi saya."

ME2 Yeo mencedok hokkien mi ke dalam dulang sebelum dihidangkan untuk makan tengah hari.

Resipi ME2 Yeo untuk Hokkien Mi (hidangan untuk 4 orang)

 

Bahan-bahan:

Udang - 200g

Kolar babi - 150g

Perut babi - 100g

Sotong – 100g

Telur - 3

Daun bawang - 40g

Mi kuning - 270g

Mi hun  putih - 150g

 

 

  1. Tumis kepala udang, bawang putih dan halia. Masukkan bahan-bahan ke dalam periuk, tuangkan air, kayu manis dan bunga lawang. Rebus stok atas api yang kecil selama 40 minit.
  2. Goreng telur. Keluarkan dari kuali dan ketepikan untuk digunakan kemudian.
  3. Tumis bawang putih. Masukkan perut babi, diikuti dengan daun bawang dan kolar babi. Goreng sehingga perang keemasan sebelum masukkan telur hancur. Perasakan dengan sos tiram, sos ikan, kicap cair dan lada putih.
  4. Tuangkan stok tadi ke dalam ramuan dan biarkan mendidih. Perasa mengikut rasa.
  5. Masukkan mi hun putih, diikuti dengan mi kuning. Masak selama hampir 10 minit sebelum menambah udang.
  6. Goreng mi selama 5 minit lagi sebelum dibiarkan merenih selama 5 minit lagi untuk menyerap stok.
  7. Keluarkan daripada periuk dan tutup selama 10 minit sebelum menghidang.
Suggested Reading
Cover story
BAWAAN UDARA!
PEOPLE
20 Nov 2023

Mencapai 10 tahun Disember ini: Kemudahan latihan unik Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) mempersiapkan pelatih untuk menjadi askar bawaan udara yang cekap dan yakin.

SEMUANYA WARISAN KELUARGA
PEOPLE
20 Nov 2023

Anak keempat dalam set kembar lima pertama Singapura, LTA Annabelle Chin Li En membuat perubahan di pertengahan kerjayanya untuk mengikut jejak langkah ibu bapanya dan berkhidmat untuk negara.

Terbang Tinggi dengan Inovasi Pertahanan
PEOPLE
20 Nov 2023

Sebuah UAV hibrid dengan keupayaan penerbangan yang dipertingkatkan dan sistem perisian yang menganalisis data daripada Internet untuk mengesan ancaman keganasan dalam talian – inilah antara projek yang diketengahkan pada majlis anugerah Hadiah Teknologi Pertahanan tahun ini. 

Cover story
TENTERA LAUT SINGAPURA TAMATKAN PERKHIDMATAN KAPAL SELAM KELAS CHALLENGER YANG TERAKHIR
PEOPLE
20 Nov 2023

RSS Conqueror dan RSS Chieftain telah ditamatkan perkhidmatannya hari ini di Pangkalan Tentera Laut Changi, menutup lembaran sejarah lebih dua dekad perkhidmatan kapal selam pertama Singapura.

MENGATASI KEHILANGAN UNTUK BERKHIDMAT DENGAN KUAT
PEOPLE
20 Nov 2023

Kenangan terhadap arwah ibunya menjadi sumber kekuatan terbesar 3SG Reshma a/p Pulanthiradas apabila dia mengatasi cabaran untuk berjaya sebagai Pakar Logistik di dalam Angkatan Bersenjata Singapura SAF.

克服失去亲人的悲伤,坚强的服役
PEOPLE
20 Nov 2023

对已故母亲的记忆成为Reshma d/o Pulanthiradas三级上士最大的力量源泉,她克服了挑战并在新加坡武装部队以一名后勤专业军士的身份毕业。

BERSEDIA UNTUK LATIHAN MELEPASKAN DIRI DARI KAPAL SELAM
PEOPLE
20 Nov 2023

Dapatkan pandangan dalaman bagaimana Tentera Laut melatih kru kapal selamnya dengan teknik kelangsungan hidup, untuk melepaskan diri, sebagai persediaan menghadapi kecemasan.

PEMBELA SIBER MENGHADAPI ANCAMAN BARU DALAM CLOUD DAN AI DALAM LATIHAN KEBANGSAAN
PEOPLE
20 Nov 2023

Latihan Pertahanan Infrastruktur Kritikal (CIDeX) ketiga menghimpunkan pembela siber dari seluruh Singapura untuk menghadapi cabaran ancaman digital yang sentiasa berkembang.

Cover story
SELAMAT DATANG KE KEM TILPAL
PEOPLE
20 Nov 2023

Bagaimanakah anda menempatkan kira-kira 6,000 orang dan memberi mereka makan selama tiga bulan? Anda membina "bandar" pop timbul - lengkap dengan penginapan dan keselesaan asas rumah - untuk beribu-ribu askar SAF yang berlatih setiap tahun di Queensland, Australia.

GRADUAN MAKTAB MARKAS DAN STAF BERSEDIA MENGAMBIL PERANAN KEPIMPINAN KANAN
PEOPLE
20 Nov 2023

Mengimbangi tuntutan keluarga, kerja dan pelajaran adalah sukar, tetapi ia merupakan pengalaman yang memperkayakan bagi kedua-dua MAJ (NS) (Dr) Ramesh Wijaya dan MAJ Muhammad Zacky Bin Razali, yang baru menamatkan pengajian dari Maktab Markas dan Staf Goh Keng Swee.