MENYAHUT SERUAN MULIA UNTUK BERKHIDMAT

12aug21_news1-photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/12aug21_news1-photo1.jpg?sfvrsn=646d85cb_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MENYAHUT-SERUAN-MULIA-UNTUK-BERKHIDMAT
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MENYAHUT-SERUAN-MULIA-UNTUK-BERKHIDMAT
MENYAHUT SERUAN MULIA UNTUK BERKHIDMAT
12 Aug 2021 | PEOPLE

MENYAHUT SERUAN MULIA UNTUK BERKHIDMAT

// KISAH BENITA TEO

// FOTO CHAI SIAN LIANG & IHSAN AN RSN

LTA Ang adalah salah satu daripada dua pemegang biasiswa Presiden tahun ini.

Penerima Biasiswa Presiden Leftenan (LTA) Ang Zyn Yee adalah Pegawai Muda di kapal Littoral Mission Vessel (LMV) RSS Fortitude, menjalankan rutin kapal sebagai Pegawai Hari Ini dan menyertai anak-anak kapal dalam perondaan.

Tetapi tahukah anda bahawa anak kapal berusia 20 tahun ini juga seorang pencinta alam sekitar yang pernah menjayakan kempen menggalakkan gerai-gerai F&B untuk mengurangkan penggunaan straw pakai buang mereka?

Pada 25 Ogos, dia akan melanjutkan pengajian ijazahnya dalam bidang ekonomi dan statistik di Brown University, Amerika Syarikat. Dia berharap untuk mengguna kemahirannya dalam analisis data dan seni liberal untuk menyumbang kepada transformasi generasi Angkatan Laut yang seterusnya.

Berikut adalah empat perkara yang perlu anda tahu tentang pencapai tinggi ini:

Memahami kepentingan keselamatan maritim yang kukuh di rantau ini, LTA Ang memilih untuk berkhidmat di LMV untuk memahami lebih lanjut tentang operasi perondaan kapal.

1) Dia tidak pernah terfikir akan menjadi anggota tentera kerjaya

Menyertai angkatan tentera tidak pernah terlintas dalam fikiran LTA Ang sehingga dia mengikuti Program Pengalaman Kementerian Pertahanan (MINDEF) pada 2018, sebagai pelajar Junior College. Sepanjang acara tiga hari yang diadakan oleh Pusat Biasiswa MINDEF, dia bertemu dengan anggota perkhidmatan negara lelaki dan wanita yang telah menginspirasikannya dengan keghairahan mereka terhadap pekerjaan mereka.

"Saya melihat sinaran di mata mereka, dan saya juga terdorong untuk menyertai mereka. Setelah memahami lebih mendalam tentang Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), saya sedar tujuan organisasi itu amat secucuk dengan diri saya. Saya mahu memainkan peranan dalam pertahanan negara dan melindungi mereka yang saya sayangi," katanya.

Kenapa Tentera Laut? "Semangat Tentera Laut. Sepanjang hidup, saya terlibat dalam sukan berpasukan dan saya mahu bekerja dalam persekitaran yang serupa, di mana anggota pasukannya sangat rapat dan saling menyokong.

"Saya berasa begitu serasi dengan Tentera Laut," tambah bekas pemain ragbi sentuhan sekolah dari Hwa Chong Institution.

Semangat akrab di Tentera Laut mendorong LTA Ang (barisan kedua, ketiga dari kiri) untuk memulakan kerjayanya dengan RSN. Fotonya semasa mengendalikan pengawasan MSTD mereka di kapal RSS Persistence. Anak kapal diasingkan dan diuji negatif untuk COVID-19 sebelum berlayar.

2) Dia seorang pencinta alam sekitar yang penuh bersemangat.

Apa yang anda lakukan pada usia 17? Pada usia itu, LTA Ang menerajui kempen " Singapura Bebas Straw " untuk mengurangkan penggunaan straw plastik sekali pakai di gerai-gerai F&B untuk memelihara alam sekitar.

Kempen ini mencapai kejayaan yang besar, dan LTA Ang bertemu dengan ahli-ahli perniagaan dan membuat lawatan ke sekolah-sekolah untuk menyebarkan mesej kepada golongan pelajar muda.

"Pengajaran terbesar yang saya perolehi adalah kepentingan semangat yang tidak mudah luntur –semasa saya baru memulakan projek ini, saya menghadapi banyak penolakan. Ia tidak berjalan lancar selama beberapa bulan pertama, dan saya bertanya diri sendiri kenapa saya melakukannya dengan bersungguh-sungguh?

"Tetapi saya tidak mengalah dan akhirnya, saya tampil dalam media, dan barulah ia dibesar-besarkan. Adalah penting untuk terus mencuba, walaupun ia kelihatan amat menakutkan. Bukan sahaja matlamat anda tercapai malahan anda dapat melepasi zon selesa anda dan akan terus berkembang dari situ."

Sejak tamat persekolahan dan mendaftar di SAF, LTA Ang telah melepaskan peranannya dalam projek ini. Meskipun begitu, dia berharap dapat meneruskan misinya dengan menggalakkan masyarakat untuk memainkan peranan masing-masing dalam memelihara alam sekitar.

"Saya tidak perlu ada platform media sosial atau kempen yang aktif untuk menjadi penyokong alam sekitar; saya boleh bermula dengan anggota di kapal saya sendiri," kata LTA Ang. Menurutnya lagi, ia boleh bermula dengan perkara-perkara yang remeh seperti menggalak mereka mengguna cawan, pinggan dan perkakas sendiri dan bukan bahan pakai buang.

LTA Ang menerima surat penghargaan daripada Komander Kursus Mejar Tan Yi Jun, atas peranannya sebagai Pegawai Pemerintah Sayap Midshipman semasa Tempoh Yayasan Angkatan Laut di OCS pada 2020.

3) Dia pernah terfikir untuk berhenti, tetapi sekarang sedar inilah kerjaya yang diminatinya.

LTA Ang menjawab dengan terus terang apabila ditanya pernahkah berasa ragu-ragu tentang menyertai angkatan Tentera Laut. "Ya, tentu sekali. Apabila anda mendaftar sebagai orang muda yang baru tamat persekolahan, anda tidak tahu apa yang perlu dijangka."

"Dalam beberapa bulan pertama di OCS (Pegawai Kadet Sekolah), saya terpaksa merentasinya dengan susah payah. Ini adalah gabungan faktor-faktor seperti belajar bahan baharu dan pemeriksaan ketat daripada para komander kami. Ditambah dengan (tanggungjawab saya sebagai) Pegawai Pemerintah Sayap Midshipman, saya berasa betul-betul terharu," dia mengakui.

Walau bagaimanapun, titik perubahannya datang apabila dia menyertai Latihan Midshipman Training Deployment (MSTD).

"Saya sedar ada banyak lagi yang perlu saya belajar untuk menjadi pegawai tentera laut selain sesi latihan simulator yang telah kami lalui. Dan apabila anda mengemudi kapal, anda betul-betul faham betapa beratnya tanggungjawab anda.

"Setelah menjadi Pegawai Muda dan melatih untuk Sijil Kompetensi (COC), saya sedar inilah tugasan yang akan saya lakukan (sebagai kerjaya)."

Sijil COC melayakkan pegawai tentera laut untuk bertugas sebagai Pegawai Hari Ini ketika kapal berlabuh di pelabuhan.

LTA Ang (kiri) berharap kemahiran dan pengetahuan yang diperolehi dari Brown University boleh membantunya menyumbang kepada transformasi generasi RSN yang seterusnya.

4) RSS Fortitude sentiasa megah dalam hatinya

Kapal LMV bukan sahaja kapal pertamanya setelah kembali daripada MSTD, malahan ia telah memberinya pengalaman yang tidak ternilai dalam operasi Keselamatan Maritim (MARSEC).

"Selepas tamat latihan MSTD, kami akan ditempatkan di suatu platform untuk menerima COC kami. Saya memilih Kapal LMV kerana saya ingin mengalami operasi MARSEC. Pada masa kini, MARSEC adalah bahagian terpenting dalam peranan yang dimainkan oleh SAF (dalam mempertahankan Singapura)."

LTA Ang bersyukur diberikan masa belayar yang amat berharga ketika berada di kapal RSS Fortitude. "Oleh kerana saya belayar, saya dapat melihat dengan mata sendiri bagaimana anak-anak kapal bekerja dan operasi yang mereka jalankan semasa perondaan di laut."

Sepanjang tempoh lapan bulan di kapal, dia telah mengalami kemesraan anak kapal dan semangat tentera laut: "Kami semua bekerja dalam ruangan yang sama bukan di bilik atau kompartmen yang berlainan dan ia membolehkan kami menjalin ikatan persahabatan yang mesra. Saya mengimbas kembali setiap perondaan dengan rasa gambira.

"Kami juga meraikan hari jadi saya di kapal. Saya suka membuat kek dan kuih, dan bila saya berada di kapal, saya akan bekerja dengan chef untuk menyediakan tart telur, kek keju dan ondeh ondeh. Dan anak-anak kapal akan selalu makan juadah yang dihidangkan, walaupun adakala rasanya kurang enak!"

Suggested Reading
Cover story
Selamat datang ke BMT: Sertai kumpulan pertama pendaftar tahun baru semasa mereka memulakan perjalanan NS mereka di Pulau Tekong !
PEOPLE
12 Aug 2021

Saat seorang rekrut melangkah ke Pulau Tekong menandakan permulaan perjalanan Perkhidmatan Negara (NS).

MEWUJUDKAN IKATAN MELALUI MEMORABILIA TENTERA
PEOPLE
12 Aug 2021

Sesetengah pengumpul mengumpul setem, yang lain, pelekat. Tetapi ME2 (NS) Lim Geng Qi mempunyai koleksi memorabilia tentera yang unik dengan lebih 1,200 item! 

Peguam pada siang hari, artis tentera pada waktu malam
PEOPLE
12 Aug 2021

Foto atau lukisan? Pada Pesta Hobi Ketenteraan tahun ini, kami bertemu dengan 1SG (NS) Samuel Ling Ying Hong, seorang pelukis minyak penerbangan otodidak yang menghabiskan sehingga 50 jam untuk setiap karya seni yang realistik. 

Cover story
BAWAAN UDARA!
PEOPLE
12 Aug 2021

Mencapai 10 tahun Disember ini: Kemudahan latihan unik Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) mempersiapkan pelatih untuk menjadi askar bawaan udara yang cekap dan yakin.

SEMUANYA WARISAN KELUARGA
PEOPLE
12 Aug 2021

Anak keempat dalam set kembar lima pertama Singapura, LTA Annabelle Chin Li En membuat perubahan di pertengahan kerjayanya untuk mengikut jejak langkah ibu bapanya dan berkhidmat untuk negara.

Terbang Tinggi dengan Inovasi Pertahanan
PEOPLE
12 Aug 2021

Sebuah UAV hibrid dengan keupayaan penerbangan yang dipertingkatkan dan sistem perisian yang menganalisis data daripada Internet untuk mengesan ancaman keganasan dalam talian – inilah antara projek yang diketengahkan pada majlis anugerah Hadiah Teknologi Pertahanan tahun ini. 

Cover story
TENTERA LAUT SINGAPURA TAMATKAN PERKHIDMATAN KAPAL SELAM KELAS CHALLENGER YANG TERAKHIR
PEOPLE
12 Aug 2021

RSS Conqueror dan RSS Chieftain telah ditamatkan perkhidmatannya hari ini di Pangkalan Tentera Laut Changi, menutup lembaran sejarah lebih dua dekad perkhidmatan kapal selam pertama Singapura.

MENGATASI KEHILANGAN UNTUK BERKHIDMAT DENGAN KUAT
PEOPLE
12 Aug 2021

Kenangan terhadap arwah ibunya menjadi sumber kekuatan terbesar 3SG Reshma a/p Pulanthiradas apabila dia mengatasi cabaran untuk berjaya sebagai Pakar Logistik di dalam Angkatan Bersenjata Singapura SAF.

克服失去亲人的悲伤,坚强的服役
PEOPLE
12 Aug 2021

对已故母亲的记忆成为Reshma d/o Pulanthiradas三级上士最大的力量源泉,她克服了挑战并在新加坡武装部队以一名后勤专业军士的身份毕业。

BERSEDIA UNTUK LATIHAN MELEPASKAN DIRI DARI KAPAL SELAM
PEOPLE
12 Aug 2021

Dapatkan pandangan dalaman bagaimana Tentera Laut melatih kru kapal selamnya dengan teknik kelangsungan hidup, untuk melepaskan diri, sebagai persediaan menghadapi kecemasan.