PEOPLE
MENTOR BERHATI MULIA SEDIA BERKHIDMAT
21 Feb 2023
Dia merupakan satu-satunya anggota tentera wanita dalam Kursus Perubatan Tempurnya yang dianugerahkan dengan gelaran pelatih terbaik platun. Dia percaya betapa pentingnya membangunkan bakat anggota tenteranya supaya mereka boleh membuat sumbangan yang penuh bermakna.
Dia merupakan satu-satunya anggota tentera wanita dalam Kursus Perubatan Tempurnya yang dianugerahkan dengan gelaran pelatih terbaik platun. Dia percaya betapa pentingnya membangunkan bakat anggota tenteranya supaya mereka boleh membuat sumbangan yang penuh bermakna.
Kini, Pakar Tentera (ME) 3 Jayanthi A/P Armugam dan Pegawai Waran Kanan (SWO) Omar Bin Osman kedua-duanya memainkan peranan aktif sebagai mentor kepada anggota tentera muda dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF). Pada 21 Feb, mereka menerima penghargaan atas sumbangan mereka kepada SAF dan tahun perkhidmatan berdedikasi di upacara pengurniaan Anugerah Hari Kebangaan (NDAI).
Ketua Instruktor Perubatan Tentera Laut Republik Singapura (RSN) ME3 Jayanthi sememangnya ingin meneruskan kerjaya dalam bidang kejururawatan. Selepas menghadiri ceramah tentang Skim Diploma Politeknik-SAF Bersama, pengaku pencari kembara ini mengambil keputusan untuk mengambil halatuju kerjaya penjagaan kesihatan yang luar biasa.
Walaupun dia sedar dirinya akan memasuki persekitaran majoriti lelaki, dia terkejut apabila mendapati dirinya pelatih wanita tunggal dalam Kursus Perubatan Tempurnya!
"Pada mulanya saya berasa agak janggal. Ia memang mencabar memandangkan beban yang perlu dipikul, dan pada masa itu, saya pula kurang cergas dari segi fizikal. Tetapi dengan bantuan, dorongan dan motivasi rakan sekelas saya, saya muncul sebagai platun terbaik!" kata anggota tentera yang berusia 44 tahun itu.
ME3 Jayanthi (kiri) menerima Pingat Kecekapan daripada Menteri Negara Kanan Pertahanan Zaqy Mohamad di majlis upacara itu pada 21 Feb. Dia juga dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Lama, menandakan perkhidmatan 25 tahun di SAF.
"Semasa saya baru mendaftar, saya bukanlah seorang yang cukup yakin. Tetapi setelah berada di sini selama 25 tahun, saya dapat melihat diri saya kini sudah lebih matang, bijak dan yakin," jelasnya.
Hari ini, dia merupakan sebahagian daripada program mentor, di mana dia telah menjadi mentor kepada beberapa medik wanita baharu semenjak lapan tahun yang lepas. "Saya membimbing mentee saya untuk mengatasi batasan yang mereka fikir mereka ada, sesetengahnya bersifat psikologi, seperti terlalu malu untuk membuka hati. Saya menasihatkan mereka bagaimana untuk menjadi lebih berterus-terang dan melepasi had diri mereka."
Dan nasihatnya untuk wanita muda lain yang ingin menyertai SAF: "Usah gentar dengan angkatan tentera. Langkah keluar daripada zon selesa anda, kerana anda mempunyai kelebihan berbanding apa yang anda sangkakan."
Semasa kecil lagi, arwah datuk SWO Omar akan mengisahkan tentang kisah hidup semasa pendudukan Jepun. Mendengar tentang kesusahan yang dialami keluarganya, menekadkannya untuk menjalankan tanggungjawab dalam mempertahankan negara.
Kini, Sarjan Mejar 9 Divisyen/Infantri, dia terus menekankan mesej ini tentang kepentingan pertahanan kepada askar-askar muda dan Pegawai Waran dan Pakar yang ditemui. "Saya berkongsi petikan kisah datuk saya, dan beritahu mereka sekiranya kita tidak teguh, kita akan dibuli," katanya.
SWO Omar (kiri) menerima Pingat Khidmat Lama daripada Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen. Sepanjang kerjayanya selama 25 tahun di Tentera Darat, beliau telah bekerja dengan banyak anggota tentera merentasi semua peringkat umur dan pangkat.
Pementoran dan membina askar-askar muda adalah sesuatu yang terpahat di hatinya. "Setiap individu mempunyai keunikan masing-masing dan kita perlu memahami latar belakang mereka supaya kita dapat mencari pekerjaan yang paling sesuai dengan diri mereka. Kami ada banyak bakat dan ramai orang, dan jika anda menyesuaikan bakat mereka dengan pekerjaan, ia setentunya suatu kemenangan bagi mereka dan organisasi," kata mentor yang berusia 48 tahun itu.
Dia mengimbas kembali insiden baru-baru ini semasa melawat Anggota Perkhidmatan Negara Sedia Beroperasi yang sedang menjalani penilaian mereka semasa Latihan Dalam Kem: "Saya adalah Sarjan Mejar Rejimen mereka (semasa mereka menjadi Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa tujuh tahun lalu). Seronok melihat batalion itu, yang dibangunkan oleh Pegawai Komandan Brigedier Jeneral Wilson Low pada ketika itu dan saya, terus mengekalkan standard dan prestasi mereka dengan baik. Ini merupakan testimonial kerja kami dalam membentuk dan membimbing mereka pada suatu masa dahulu."
Dr Ng (kiri) sedang berbual mesra dengan beberapa penerima anugerah NDAI. Seramai 792 warga kerja Kementerian Pertahanan dan SAF menerima anugerah Pingat Kepujian/Kecekapan dan Pingat Khidmat Lama, sebagai pengiktirafan prestasi cemerlang, dedikasi menjalankan tugas dan perkhidmatan mereka kepada negara.
ALSO READ IN PEOPLE
Membawa kepakaran awam mereka untuk menyumbang lebih banyak dalam NS
22 Jan 2026
Pada 21 Januari, SAF mengalu-alukan kumpulan terbesar anggota NS atau NSmen yang menamatkan pengajian di bawah Skim Pengerahan Kepakaran Dipertingkat. Temui ME4 (NS) Muhammad Arief Aditya dan ME4 (NS) Mohamed Najid Bin Mohamed Sultan, yang merupakan antara pakar tentera yang baru dilantik ini.
Penjaga warisan
15 Dec 2025
Beliau membantu membina pesawat pertama RSAF. Beliau pula merupakan antara wanita pertama yang menyertai tentera laut. Beliau menguruskan krisis komunikasi ketika bunyi bip pager membawa masalah. Temui veteran-veteran ini yang melihat Singapura melalui zaman pergolakan untuk membina SAF yang kuat.
Bangkit mengatasi arus & melangkah ke hadapan untuk memimpin
13 Dec 2025
Mereka antara kumpulan graduan pegawai SAF yang terbaru tahun ini. Temui 2LT Mohamad Wira Kuriniawan dan 2LT Ryan Ong, yang masing-masing akan mengetuai Skuadron 180 Tentera Laut dan Batalion Pertama, Pengawal Singapura.

