PEOPLE
MENJAGA KESIHATAN MENTAL PARA ANGGOTA DALAM PERJUANGAN MEMERANGI COVID-19
12 Jun 2020
Bergelut memerangi COVID-19 dan bertugas dalam giliran 12 jam meletihkan dari segi fizikal juga mental.
Bergelut memerangi COVID-19 dan bertugas dalam giliran 12 jam meletihkan dari segi fizikal juga mental.
Namun ia tidak menghalang 100 anggota Kor Perubatan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) mencurahkan segalanya demi merawat pesakit-pesakit COVID-19 di Kemudahan Penjagaan Masyarakat (CCF) di Singapore Expo. Maka apabila mereka perlu menenangkan diri atau memerlukan seseorang untuk mencurahkan perasaan, Cik Emily Kwek bersedia meminjamkan telinganya.
Anggota berusia 24 tahun itu antara dua ahli psikologi yang telah dikerah ke CCF sejak 27 April. Peranannya? Untuk memantau kesihatan psikologi dan semangat para anggota yang dikerah melalui pemerhatian semasa mereka melaksanakan tugas, membuat temu bual berhadapan, di samping menjalankan kaji selidik.
"Ini membolehkan saya benar-benar mengetahui apa yang sedang berlaku di lapangan serta mengenali komander yang berkenaan juga kepada siapa yang saya patut tumpukan perhatian. Di samping itu, memahami cabaran dan kebimbangan yang dihadapi oleh orang kita membantu saya menyampaikan maklum balas kepada komander dan mencadangkan langkah-langkah bagi mengatasi masalah," terangnya.
Cik Kwek ialah Ahli Psikologi Pertahanan (Kesihatan Psikologi) di Ibu Pejabat Kor Perubatan SAF.
Bersedia mendengar luahan
Sebagaimana mereka yang dikerah, dia menghabiskan hujung minggu dan cuti umumnya bekerja agar "operasi berjalan lancar 24 jam 7 hari".
Sepanjang hari, dia mendekati para anggota SAF (selalunya semasa waktu rehat agar tidak mengganggu jadual kerja mereka) untuk memastikan mereka berada dalam keadaan yang baik. Dia juga membuat kaji selidik untuk mendapatkan maklum balas bagi menilai semangat dan kesediaan psikologi pasukan.
Disebabkan tempo operasi yang pantas, antara kesukaran yang dialami oleh para anggota SAF termasuk menyesuaikan diri dengan jadual yang berubah-ubah, menyesuaikan jam badan antara giliran siang dan malam, dan mengalami keletihan terkumpul, kongsi Cik Kwek.
Dia akan menyokong dan menaikkan semangat mereka dengan mendengar kebimbangan mereka.
"Saya akan mendengar segala luahan serta menyampaikan maklum balas yang sewajarnya (kepada komander) jika perlu. Saya juga akan berkongsi teknik melegakan tekanan dan amalan kebersihan tidur untuk membantu mereka dalam menghadapi masalah mereka.
Berbangga menjadi sebahagian daripada perjuangan ini
Ketika perjuangan memerangi COVID-19 berterusan, apa yang menggalakkan Cik Kwek adalah bagaimana semangat para anggota SAF kekal tinggi.
Contohnya, sesetengah medik Anggota Perkhidmatan Negara memanjangkan tempoh perkhidmatan negara untuk terus menyertai kerahan ini.
"Mereka merasakan kerahan ini bermakna dan sanggup meluangkan masa tambahan dan melabur usaha agar kemahiran berharga mereka boleh digunakan dengan baik, walaupun tugasan ini berisiko tinggi. Hati kita gembira melihat sikap mereka."
Dan contoh-contoh yang tidak mementingkan diri sendiri inilah yang meniup semangatnya untuk terus membantu.
"Saya mendapat motivasi daripada menyaksikan para anggota mengorbankan masa dan mempertaruhkan kesihatan mereka untuk membantu dalam kerahan ini, dan bagaimana mereka amat terdorong untuk menyumbang kepada usaha memerangi COVID-19," kata Cik Kwek.
"Saya berbangga terlibat dalam usaha ini,"
ALSO READ IN PEOPLE
GRADUAN MAKTAB KOMAND & STAF BERSEDIA MENGHADAPI CABARAN BARU
23 Oct 2025
Keluarga, kerja dan pelajaran – menguruskan tuntutan ini adalah sukar, tetapi semua kerja keras itu berbaloi untuk MEJ Ikhtiaruddin Iman Bin Mustafa dan SWO Seck Wai Kong, dua graduan baru-baru ini dari Maktab Komand dan Staf Goh Keng Swee.
DUO DOKTOR AYAH & ANAK
13 Oct 2025
COL (Dr) (Bersara) Tan Peng Hui merupakan tokoh perintis dalam Kor Perubatan SAF. Kini, beberapa dekad kemudian, anak lelaki CPT (Dr) Caleb Tan mengikuti jejaknya sebagai sebahagian daripada Kursus Kadet Pegawai Perubatan ke-100.
SEHARI KELUAR BERSAMA AYAH TENTERA SAYA
06 Oct 2025

