MENGIKTIRAF SUKARELAWAN AWAM YANG MEMAINKAN PERANAN DALAM PERTAHANAN

27oct23_news1-thumbnail_1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/27oct23_news1-thumbnail_1.jpg?sfvrsn=b0554c70_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MENGIKTIRAF-SUKARELAWAN-AWAM-YANG-MEMAINKAN-PERANAN-DALAM-PERTAHANAN
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MENGIKTIRAF-SUKARELAWAN-AWAM-YANG-MEMAINKAN-PERANAN-DALAM-PERTAHANAN
MENGIKTIRAF SUKARELAWAN AWAM YANG MEMAINKAN PERANAN DALAM PERTAHANAN
27 Oct 2023 | PEOPLE

MENGIKTIRAF SUKARELAWAN AWAM YANG MEMAINKAN PERANAN DALAM PERTAHANAN

//LAPORAN OLEH THRINA THAM / FOTO OLEH CHUA SOON LYE

Sejumlah 362 sukarelawan diiktiraf di majlis makan malam tahunan MINDEF untuk menghargai sumbangan mereka.

(Dari kiri) Timbalan Presiden Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura Azhar Othman, Puan Tan dan Ustazah Dr. Siti adalah dalam kalangan sukarelawan yang diiktiraf pada 26 Oktober.

Memahami bahawa Kementerian Pertahanan (MINDEF) mempunyai peranan penting untuk dimainkan dalam kelestarian, Puan Emily Tan telah menyertai panel luarannya untuk memberi nasihat tentang dasar dan inisiatif yang berkaitan.

Ini termasuk pengesyoran tentang pengeluaran tenaga boleh baharu melalui penggunaan panel suria; menggunakan sistem pendinginan semula jadi dan bukannya tenaga elektrik; dan mengurangkan pembaziran makanan.

"Terdapat seluruh lingkungan bidang yang MINDEF dapat terokai menuju kelestarian," kata Puan Tan, yang berumur kira-kira 50-an.

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat teknologi Thales Solutions Asia Pte Ltd ini memantau pelbagai lingkungan bidang – dari aeroangkasa dan pertahanan, hinggalah keselamatan.

Puan Tan berharap dapat menyumbang kepada usaha MINDEF menuju kelestarian.

"Kami memahami bahawa pelanggan kami perlu merendahkan jejak karbon… oleh itu sepanjang keseluruhan proses di Thales, kami sedang mencari penyelesaian menuju kelestarian," kata Puan Tan.

"Saya rasa dapat menterjemahkan pengalaman ini kepada usaha yang dilakukan oleh MINDEF – dari segi dasar pemerolehan, kajian mereka terhadap kadar penggunaan tenaga... (serta) kaedah penggunaannya."

Puan Tan menyertai Panel Penasihat Luar untuk Kelestarian Alam Sekitar (EAPES) MINDEF apabila ia ditubuhkan pada Februari yang lalu.

Selain mesyuarat suku tahunan, panel ini juga membuat lawatan tapak ke kem dan pangkalan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF). Dalam salah satu lawatan itu, mereka melawat kapal frigat tentera laut RSS Supreme pada April yang lalu.

"Wawasan terhadap persekitaran operasi tersebut membantu panel. (Kami kemudiannya dapat) membawa idea baharu yang sesuai dengan model operasi mereka… dalam kekangan operasi mereka."

Puan Tan (baris pertama, ketiga dari kiri) bersama ahli EAPES lain ketika lawatan mereka ke Pangkalan Tentera Laut Changi dan di atas RSS Supreme pada April yang lalu.

Puan Tan adalah dalam kalangan 362 sukarelawan yang dihargai pada Majlis Makan Malam Sukarelawan MINDEF pada 26 Oktober.

Sukarelawan tersebut berkhidmat pada 38 lembaga dan jawatankuasa MINDEF, dan menyumbangkan kepakaran dalam membantu kementerian agar tidak ketinggalan berhubung dengan amalan terbaik industri. Ini merangkumi bidang seperti perubatan, hingga perundangan dan kejuruteraan.

Majlis makan malam tersebut, yang diadakan di Goodwood Park Hotel pada tahun ini, merupakan acara tahunan sejak 1998 untuk menghargai sukarelawan.

Menteri Pertahanan Dr. Ng Eng Hen juga menyampaikan 50 sijil untuk menandakan pelantikan baharu atau pelantikan semula sukarelawan.

Dr. Siti (kiri) menerima surat pelantikan semula daripada Dr. Ng. Ini merupakan penggal ketiga beliau berkhidmat sebagai sukarelawan MINDEF.

Dr. Siti Nur Alaniah Binte Abdul Wahid, yang telah berkhidmat pada Lembaga Pelawat ke Berek Tahanan (DB) SAF sejak 2017, melawat orang tahanan dan mendengar perkara yang membimbangkan mereka.

"Saya rasa lawatan turun ke lapangan adalah penting untuk mengetahui keadaan sebenar dalam masyarakat. Saya menganggap ini sebagai peluang saya untuk memainkan peranan dan berkhidmat," kata sukarelawan berumur 41 tahun ini, yang melakukan kerja perundingan dan penyelidikan dalam pengajian agama.

Dia menyatakan bahawa orang tahanan telah semakin kurang membangkitkan kebimbangan berkenaan dengan kesejahteraan mereka sejak beberapa tahun ini, yang dia anggap sebagai tanda bahawa mereka dijaga dengan baik.

Dr. Siti menambah bahawa dia gemar bekerjasama dengan pasukan berdedikasi di DB SAF sepanjang bertahun-tahun ini, menyatakan: "Mereka menangani dan memberi respons terhadap kebimbangan dan pertanyaan kami serta menjemput kami menyertai sesi penglibatan atau program yang berkaitan dengan peranan kami.

"Ini membuatkan pengalaman (sukarelawan) tersebut lebih bermakna."

Berucap di majlis makan malam tersebut, Dr. Ng menyatakan bahawa sukarelawan awam telah membantu memastikan jentera SAF kekal "berjalan lancar dan berfungsi dengan berkesan".

Sukarelawan awam harus terlibat dalam semua aspek SAF, dari perancangan misi hingga latihan dan tugas harian, kata Dr. Ng.

Menujukan ucapan kepada sukarelawan, dia menambah bahawa SAF ialah jentera kompleks yang telah kekal "berjalan lancar dan berfungsi dengan berkesan" kerana sukarelawannya.

"Jentera ini hanya berfungsi kerana kita ada warga berkaliber tinggi yang dapat dipercayai, komited dan bermotivasi secara peribadi untuk berkhidmat. Kerana setiap seorang (daripada mereka) mempercayai bahawa Singapura, tanah air kita, adalah berbaloi dipertahankan."

"Bahawa jika kita sebagai rakyat tidak mempertahankan Singapura, tiada siapa akan berbuat demikian. Bahawa tanpa keselamatan, kita tidak boleh menikmati kemajuan atau kestabilan."

Suggested Reading
Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
PEOPLE
27 Oct 2023

MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
PEOPLE
27 Oct 2023

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
PEOPLE
27 Oct 2023

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.

DUA KALI KEKUATAN, GANDAKAN KEBANGGAAN
PEOPLE
27 Oct 2023

3SG Irfan dan 3SG Iryan Hidayat telah menempuh laluan yang hampir sama sepanjang hidup mereka —daripada bersekolah di sekolah yang sama hinggalah mendaftar ke NS dan, kini, menamatkan pengajian sebagai sarjan yang baru dilantik bersama-sama.

Feature
SELEPAS “SELAMA-LAMANYA”
PEOPLE
27 Oct 2023

Daripada kawan baik kepada pasangan kekasih, dan kini ibu bapa kepada dua anak (dengan ketiga dalam perjalanan!): Pasangan tentera CPT Nuraishah dan 3WO Shahibul berkongsi bagaimana cinta mereka masih kukuh.

Feature
SG bersedia untuk gangguan dalam latihan Pertahanan Mutlak di seluruh negara
PEOPLE
27 Oct 2023

Latihan SG Ready kembali untuk edisi kedua, dengan mobilisasi SAF dan fokus pada gangguan kuasa.

Feature
Berlabuh dalam cinta
PEOPLE
27 Oct 2023

Bagi pasangan Tentera Laut ini, cinta bukan hanya tentang gerak isyarat yang hebat. Ia mengenai perkongsian, persefahaman dan mencari kegembiraan dalam detik-detik kecil.

Cover story
PENDAFTAR PERTAMA TAHUN 2025
PEOPLE
27 Oct 2023

Selamat datang ke BMT: Sertai kumpulan pertama pendaftar tahun baru semasa mereka memulakan perjalanan NS mereka di Pulau Tekong

Feature
Kapal tanpa pemandu Tentera Laut meronda perairan S'pura
PEOPLE
27 Oct 2023

Kapal Permukaan Tanpa Pemandu Keselamatan Maritim (USV MARSEC) RSN adalah yang pertama seumpamanya beroperasi secara autonomi di kawasan yang sesak seperti Selat Singapura.

BERKHIDMAT UNTUK TUJUAN YANG LEBIH BAIK
PEOPLE
27 Oct 2023

ME4 Fion Lim Jia Hui dan ME4 Yee Jia Jun kedua-duanya memilih untuk menyahut panggilan untuk berkhidmat dengan cara mereka sendiri – dengan mencurahkan pengetahuan teknikal mereka ke dalam pertahanan Singapura.