MENGHARUNGI SEGALA RINTANGAN

26aug22_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/26aug22_photo174ac88b2-7b1f-4525-bf0a-6db9e9818b37.jpg?sfvrsn=aadf60d2_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MENGHARUNGI-SEGALA-RINTANGAN
MENGHARUNGI SEGALA RINTANGAN https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MENGHARUNGI-SEGALA-RINTANGAN
26 Aug 2022 | PEOPLE

MENGHARUNGI SEGALA RINTANGAN

Anggota Perubatan Perkhidmatan Negara (NSF) Sepenuh Masa ini tidak membiarkan keadaan menghalang kejayaannya dalam sukan.

// KISAH KOH ENG BENG

// FOTO KENNETH LIN & IHSAN MAJLIS OLIMPIK NEGARA SINGAPURA (SNOC), PERSEKUTUAN KANU SINGAPURA, DAN RSAF

KPL Jovi kini sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Negara sebagai seorang penuntut perubatan di Pusat Perubatan Tentera Laut Changi.
English 华文
English 华文
KPL Jovi kini sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Negara sebagai seorang penuntut perubatan di Pusat Perubatan Tentera Laut Changi.

Jatuh tujuh kali, bangun lapan kali— inilah perjalanan hidup Koperal (KPL) Jovi Jayden Kalaichelvan.

Ayahnya meninggal dunia pada pagi peperiksaan pertamanya untuk O levels. Dia mengulangi pengajian selepas gagal dalam peperiksaan tahun pertama di kolej rendah. Dan dia terkandas dalam halangan terakhir dalam usahanya untuk menjadi juruterbang tentera udara.

Tetapi KPL Jovi sentiasa bertungkus-lumus untuk bangkit semula. Dan awal tahun ini, pendayung kanu kebangsaan ini mencatat kemenangan besar - dengan menggondol pingat gangsa dalam kemunculan buat kali pertamanya di Sukan Asia Tenggara (SEA).

KPL Jovi (pertama dari kiri) bersama-sama rakan sepasukannya melepasi garis penamat dalam masa 1 min 32.025s untuk meraih pingat gangsa dalam acara 500m K4 lelaki di Sukan SEA Vietnam. [Foto: SNOC]
KPL Jovi (1 dari kiri) dan rakan sepasukannya selepas menerima pingat gangsa di Sukan SEA ke-31 di Vietnam. [Foto: SNOC]

Mengenang semula tentang jatuh bangun hidupnya, KPL Jovi berkata keluarganya menghadapi masalah kewangan selepas kematian ayahnya. Mereka juga terpaksa berurusan dengan seorang saudara dalam pertikaian undang-undang yang berlarutan yang melibatkan harta arwah bapanya.

Pada masa itu, ibunya seorang suri rumah. Dia ada dua adik lelaki – seorang yang kurang upaya dan tidak boleh berjalan atau bertutur –dan seorang adik perempuan.

Masalah di rumah menjejaskan pengajian KPL Jovi, dan dia terpaksa mengulangi tahun pertamanya di National Junior College.

"Saya menghabiskan banyak masa membantu ibu dengan kes mahkamah. Fikiran saya bercelaru dan tidak tertumpu pada sekolah dan pada ketika itu, saya masih belum menerima kematian ayah saya," kata lelaki yang berusia 21 tahun itu.

Tetapi kehidupan bertambah baik apabila dia mendaftar untuk Perkhidmatan Negara (NS) pada 2021 – dia menyertai Sekolah Pegawai Kadet dan mengejar impiannya untuk menjadi juruterbang dengan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF).

Malangnya, dia akhirnya gagal untuk dipilih semasa penerbangan ujian akhir kursus penggredan udara.

Pegawai Kadet Jovi ketika itu (baris kedua, pertama dari kiri) bersama rakan pelatih juruterbang RSAF di Pusat Penggredan Udara di Perth, Australia pada 2021.

Tetapi apabila satu pintu ditutup, pintu yang lain akan terbuka. Penangguhan Sukan SEA 2021 yang disebabkan oleh penularan COVID-19, membuka peluang bagi KPL Jovi – yang merupakan ahli pasukan kanu negara –untuk mencuba melayakkan diri ke pertandingan itu.

Dan sementara dia tidak menjadi juruterbang, dia telah ditempatkan di Institut Latihan Perubatan Angkatan Bersenjata Singapura (SMTI) di mana dia menjalani latihan untuk menjadi seorang anggota perubatan tempur.

Ahli pasukan kanu remaja kebangsaan sejak 2016, KPL Jovi menyertai pasukan kebangsaan pada akhir 2020. [Foto: SNOC]

Di sana, KPL Jovi memberi tumpuan kepada latihan perubatan tempurnya yang begitu pesat. Selepas melengkapkan fasa tersebut, dia menyertai latihan berkanu pada waktu petang selama empat hari dalam seminggu.

Dia melayakkan diri semasa kelayakan dan dipilih untuk menyertai skuad Sukan SEA. Kemudiannya, dia merangkul pingat gangsa bersama rakan sepasukannya dalam acara 500m K4 lelaki pada Sukan SEA Mei tahun ini.

Acara kanu ditanda dengan "C" untuk kanu, dan "K" untuk kayak; nombor yang menyusul menunjukkan sama ada ia acara individu atau pasukan.

"Apabila saya melepasi garisan penamat, terdapat perasaan lega kerana kerja keras yang saya lakukan – untuk mengimbangi Perkhidmatan Negara dan latihan –sudahpun berbaloi," kata KPL Jovi.

"Tetapi saya tidak menguar-uarkan pencapaian itu untuk sekian lama, dan cepat saya beralih menuju ke pertandingan seterusnya."

Semasa temu bual, KPL Jovi sedang berlatih untuk Kejohanan Dunia Pecut Kanu di Halifax, Kanada, yang berlangsung dari 3 hingga 7 Ogos.

Dia memaparkan persembahan yang membanggakan, dan mara ke separuh akhir acara 500m MK4 dan 1000m MK2 bersama rakan sepasukannya.

KPL Jovi (baris hadapan, memakai topi putih) bersama rakan sepasukannya di Kejohanan Dunia Pecut Kanu di Halifax, Kanada. [Foto: Persekutuan Kanu S'pura]

Tempoh latihan yang mendesak

Rutin latihannya amat menjerihkan – KPL Jovi bangun seawal 4.45 am untuk latihan pagi di Pusat Sukan Air.

Selepas latihan, yang lazimnya berlangsung hampir satu setengah jam, dia bergegas ke Pangkalan Tentera Laut Changi untuk melaporkan diri.

Sebahagian daripada tugasan KPL Jovi sebagai anggota perubatan adalah menjalankan pemeriksaan perubatan untuk pesakit.

Pada waktu petang, dia akan kembali ke Pusat Sukan Air untuk latihan selanjutnya. Dan setentunya, latihan akan berterusan pada hujung minggu.

"Mengimbangi latihan dan Perkhidmatan Negara bukanlah mudah," katanya. "Tetapi jika anda menjaga badan anda sendiri – cukup rehat dan makan dengan baik – dan melakukan perkara kecil dengan sewajarnya anda akan sedar anda mampu melakukannya."

KPL Jovi (kiri) menghargai sokongan rakan sekerjanya di pusat perubatan Tentera Laut Changi.

Sokongan daripada rakan sekerja

KPL Jovi memberikan penghargaan kepada rakan sekerja dan atasannya bagi pencapaian Sukan SEAnya "Saya menganggap diri saya amat bertuah. Bukan setiap hari anda bertemu orang yang sanggup membantu anda," katanya.

"Saya melengkapkan tugasan saya dan melakukan apa yang saya mampu untuk membantu rakan sekerja saya. Dan mereka akan melakukan tugasan saya apabila saya menyertai pertandingan.

"Apa yang pihak atasan dan rakan sekerja saya lakukan sekarang...(ialah) membantu saya mencapai matlamat saya (mengharumkan nama Singapura dalam bidang sukan) dengan lebih pantas."

KPL Jovi, yang akan melengkapkan Perkhidmatan Negara sepenuh masanya pada Februari 2023, telah memberi tumpuan untuk memenangi lebih banyak pingat untuk Singapura pada Sukan Asia dan Sukan SEA yang akan datang.

Dengan pingat perak dari Sukan SEA Vietnam.

Berkenaan pembelajaran yang diperoleh daripada pengalamannya dari Perkhidmatan Negara setakat ini, KPL Jovi berkata selain menikmati keseronokan menerbangkan pesawat CT-4B semasa latihan juruterbangnya sebelum ini, ia juga menghancurkan pandangannya yang terhad.

"Saya sedar, saya mampu melakukan lebih daripada yang difikirkan boleh."

Suggested Reading
SEMAKIN KUAT UNTUK LULUS SEBAGAI PEGAWAI
PEOPLE
26 Aug 2022

Cover story
ADIK BERADIK TENTERA
PEOPLE
26 Aug 2022

Seorang memijakkan kakinya dengan kukuh pada tanah, seorang lagi dahagakan pengembaraan – CPT Rebekah Abbott dan CPT (Dr) Hannah Abbott berkongsi kegembiraan membesar dan mendaftar dengan tentera.

Cover story
EMPAT WANITA, 4 PERKHIDMATAN, 19 TAHUN PERSAUDARAAN
PEOPLE
26 Aug 2022

Temui ME6 Toh Bao-En, LTC Nah Jinping, LTC Tong Wei Lynn dan SLTC Tung Wanling.

Feature
SAF BERSEDIA UNTUK MEMPERLUASKAN KAWASAN LATIHAN PULAU TEKONG; SAFTI CITY DIBUKA UNTUK LATIHAN
PEOPLE
26 Aug 2022

Pulau Tekong akan diperluaskan hingga 10km, dan merupakan sebahagian daripada pelaburan SAF dalam infrastruktur latihan untuk latihan yang lebih berkesan dan realistik.

Feature
ELAUN NS NAIK DARI 1 JULAI 2025
PEOPLE
26 Aug 2022

Kenaikan itu adalah antara siri pelbagai langkah untuk meningkatkan pengalaman Perkhidmatan Negara (NS) dan mengiktiraf sumbangan anggota kerahan.

PERUBATAN TEMPUR BELAJAR MENYELAMATKAN NYAWA DALAM PENEMPATAN SAF-SCDF
PEOPLE
26 Aug 2022

LCP Chen Anhong melangkah ke atas untuk merawat pesakit dan menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan selama enam bulan bersama SCDF.

Cover story
SAF BAKAL MENDAPATKAN KENDERAAN PERANG INFANTRI BARU, 2 LAGI KAPAL SELAM; MEMBINA KEUPAYAAN TANPA PEMANDU
PEOPLE
26 Aug 2022

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menekankan pendekatan jangka panjang SAF untuk membina pasukan pejuang generasi akan datang, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan mengenai belanjawan pertahanan.

Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
PEOPLE
26 Aug 2022

MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
PEOPLE
26 Aug 2022

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
PEOPLE
26 Aug 2022

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.