MILESTONES
MENGEJAR IMPIAN YANG SUDAH LAMA DITUNGGU
16 Sep 2017
Impian akan menjadi kenyataan, jika anda bersungguh-sungguh mengejarnya.
Menjadi juruterbang Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) telah sentiasa menjadi impian Leftenan ke-2 (2LT) Ng Wei Jie. Walau bagaimanapun, hanya setahun sebelum mendaftar, tulang selangka beliau patah semasa kejohanan Frisbee. Keadaan ini memaksa beliau menurun taraf status Piawai Pekerjaan Peribadi (PES) beliau - meleburkan impian beliau selama ini.
Selepas sebulan menjalani Latihan Ketenteraan Asas (BMT) bag rekrut PES E, beliau telah ditempatkan di Batalion ke-8, Rejimen Infantri Singapura (SIR 8), di mana beliau berkhidmat sebagai pembantu peribadi kepada Mejar Sarjan Rejimen.
"Waktu saya di SIR 8 adalah menyeronokkan, tetapi saya mahu melakukan lebih lagi," ujar Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) yang berumur 20 tahun. "Ia adalah sesuatu yang sentiasa saya mahu lakukan dan tidak mahu terhenti setakat itu dan berpuas hati dengan pencapaian itu. Jadi saya menaik taraf PES saya, untuk mencapai tahap lebih tinggi dan mendaftar untuk OCS (Sekolah Kadet Pegawai)."
Selepas melengkapkan BMT selama lapan minggu, beliau akhirnya berjaya memenuhi impian zaman persekolahannya untuk menjadi OCS. Namun begitu beliau berhadapan dengan kekecewaan lain: beliau gagal menjadi juruterbang. Walau bagaimanapun, beliau masih berjaya diserapkan ke dalam RSAF - sebagai seorang Pegawai Radar Tuju Jitu/Aerodrom.
"Saya kecewa apabila saya mendapati saya gagal menjadi juruterbang, tetapi saya faham bahawa syarat-syaratnya sangat ketat," ujar beliau.
"Tetapi saya berpuas hati menjadi Pegawai Radar Tuju Jitu/Aerodrom. Ia adalah peranan yang sangat khusus dan hanya terdapat 15 orang daripada kami dalam setiap kumpulan. Saya belajar cara bekerja di bawah tekanan. Sebagai sebahagian daripada krew kawalan trafik udara, apabila sesuatu tidak berjalan seperti yang dirancang, terpulang kepada kami sebagai pengawal untuk memberikan reaksi kepadanya dan melakukan sebaik mungkin dan kekal tenang dan mengawal diri."
Beliau juga menggalakkan NSF lain untuk berpegang pada impian mereka: "Kepada orang lain seperti saya, apa yang mahu saya sampaikan ialah anda mesti mengetahui keadaan (fizikal) diri anda terlebih dahulu. Dan jika anda tahu yang anda boleh melakukannya, berusahalah untuk mencapainya."
Pada 16 Sep, 2LT Ng akhirnya menerima epaulet yang sudah lama ditunggu-tunggu, dan juga Pedang Kehormatan yang terkenal, pada Majlis Perbarisan Pentauliahan Kadet Pegawai. Beliau merupakan salah seorang daripada 260 kadet yang akan ditauliahkan pada majlis yang dilangsungkan di Institut Ketenteraan SAFTI. Pada tahun ini, seramai 208 kadet daripada Askar, 14 orang daripada Tentera Laut Republik Singapura (RSN) dan 38 orang daripada RSAF telah ditauliahkan sebagai pegawai Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).
Berucap di hadapan kadet pegawai pada perbarisan dengan kehadiran insan tersayang, Tetamu Kehormat Menteri Tenaga Kerja menekankan persekitaran keganasan yang semakin meningkat di Singapura dan dunia, serta keperluan untuk kekal bersatu: "Ancaman keganasan kepada negara kita, rantau dan dunia adalah jauh lebih besar hari ini berbanding pada masa lalu. Kita mestilah bersatu dalam perpaduan dan tidak membiarkan kuasa yang memecahbelahkan melepaskan ikatan kita sebagai satu rakyat dan sebagai satu negara. SAF telah menjalankan tugasnya dengan baik dalam menangani cabaran keselamatan kita.
"Perkhidmatan Negara telah mengukuhkan rasa bangga dan kesepakatan unik kita dalam masyarakat; di mana seseorang itu belajar untuk mempercayai orang di sebelah beliau tanpa mengira bangsa, bahasa, atau agama. Modal sosial ini, diperkukuhkan oleh Pasukan SAF dan Home, adalah apa yang akan menyaksikan kita melepasi ancaman keselamatan yang semakin berkembang pada zaman ini."
Beliau juga mengingatkan mereka untuk menjadi contoh ikutan yang baik kepada anggota di bawah pimpinan mereka: "Anda akan menetapkan tanda aras tentang apa yang boleh dicapai dalam pasukan anda. Adalah sangat penting anda mempunyai keberanian, ketabahan dan jangan sekali-kali berputus asa. Sentiasa percaya bahawa anda boleh membawa perbezaan positif, meningkatkan keberkesanan dan kesediaan SAF kita."
Seperti 2LT Ng, Pegawai Tentera Laut 2LT Gugan Krishnan juga bersyukur kerana menerima peluang kedua. RSN Regular tersebut telah dilanda dengan penyakit yang berpanjangan, yang menyebabkan beliau tertinggal pelajaran dan ketinggalan di belakang dalam pengajian Naval Advanced Term di OCS. Setelah gagal sebahagian daripada ujiannya, beliau telah dipanggil oleh Lembaga Kajian Prestasi.
"Ia adalah peringatan buat saya," ujar anggota yang berumur 21 tahun ini. "Saya telah berjanji (kepada Lembaga) untuk berusaha sedaya upaya untuk belajar dan membuktikan kepada mereka bahawa saya boleh mengguna pakai apa yang telah saya belajar. Dan saya betul-betul mengotakan apa yang saya janjikan. Saya berusaha sedaya upaya dan belajar sendiri."
Beliau juga mendapat sokongan daripada pegawai atasan yang memberikan beliau peluang untuk membuktikan kemampuan diri beliau: "Semasa saya menjalankan tugas pemantauan di jambatan kapal pada satu hari, komander kursus memberitahu saya, 'Saya memberikan kamu satu masalah dan saya mahu lihat cara kamu menyelesaikannya.'Saya sedikit takut, namun kemudian saya ingat ada sesuatu yang telah belajar sendiri di luar bilik darjah. Beliau melihat saya telah mempelajarinya dan rasa sangat gembira."
Bagi 2LT Jang Wook, sokongan daripada rakan platun telah menjadikan pengalaman OCS beliau sangat bermakna. Sebagai Penduduk Tetap dari Republik Korea, beliau tinggal keseorangan di Singapura dan menikmati keselesaan dengan dikelilingi oleh rakan-rakan OCS beliaus.
"Ibu bapa saya tidak tinggal bersama saya di Singapura, jadi ianya benar-benar sukar apabila saya balik ke rumah dan mereka tiada di sana. Namun di OCS, saya mendapat sokongan padu daripada semua kawan dan rakan platun. Jadi saya menikmati setiap saat di OCS dan orang di sekeliling saya menjadikannya hebat," ujar Pegawai Infantri yang berumur 22 tahun ini. Beliau telah menetap di Singapura sejak berumur dua tahun dan telah berkeras untuk terus menetap untuk berkhidmat dalam Perkhidmatan Negara dan menjadi warga negara Singapura.
"Pada mulanya ibu baya saya menentang hasrat saya untuk menetap di sini, terutamanya ibu saya, kerana beliau mahu saya kembali ke Korea bersama beliau. Tetapi Singapura benar-benar tempat tinggal utama bagi saya. Saya menyumbang kepada Singapura, kerana negara ini telah banyak menyumbang kepada diri saya. Jadi saya memilih untuk mempertahankan Singapura," katanya dalam nada tegas.
Menambah bahawa ibu bapa beliau telah terbang semata-mata untuk menyaksikan upacara perbarisan, beliau menyatakan bahawa ada kejutan untuk ibu beliau: "Saya tidak memberitahu mereka bahawa saya akan dikurniakan Pedang Kecemerlangan (Sword of Merit)! Saya akan memaklumkan kepada mereka apabila mereka berada di sini, supaya ibu saya tidak menyesali pilihan yang telah dibuat untuk meninggalkan saya keseorangan di sini dan beliau akan tahu bahawa saya telah mencatatkan prestasi yang cemerlang."
ALSO READ IN MILESTONES
Menyahut seruan untuk mempertahankan Singapura
21 Jan 2026
Upacara Penyerahan Senjata mewakili detik yang penuh bermakna apabila rekrut diamanahkan dengan senapang mereka dan mula memikul beban pertahanan negara.
TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
21 Oct 2025
APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
14 Oct 2025
Pangkalan Pusat Tenaga Manusia (CMPB) baharu di Bukit Gombak dibuka secara rasmi pada 14 Okt, mengalu-alukan pra-pendaftar, anggota askar dan orang ramai ke hab sehenti terkini untuk semua perkara Perkhidmatan Negara (NS).






