MILESTONES

MENERUSKAN TANGGUNGJAWAB PERTAHANAN

08 Feb 2024

SALAH SATU PERISTIWA PALING PENTING DALAM PERJALANAN SEORANG REKRUT ADALAH SAAT MEREKA DIBERI TANGGUNGJAWAB UNTUK MELINDUNGI NEGARA.

08feb24_news1_thumbnail

Story by

Photos by


Suatu lautan berwarna hijau di sepanjang Pantai Changi bukanlah pemandangan yang biasa.

Rekrut Kompeni Raven daripada Sekolah 3 Pusat Latihan Asas Tentera (BMTC) telah berhimpun di pasir yang terbentang, dan di sana mereka akan mengambil langkah besar seterusnya sebagai askar – iaitu menerima senapang mereka dalam Upacara Penyampaian Senjata.

Upacara ini menandakan peristiwa yang sangat penting bagi para rekrut. Apabila diamanahkan dengan Raifal Gempur Singapura – Abad ke-21 (SAR 21), mereka juga diberi tanggungjawab untuk mempertahankan Singapura dan rakyatnya.

Menjadi peringatan

Terdapat banyak sebab yang membuat upacara pada 14 Jan itu istimewa.

Tidak banyak Upacara Penyampaian Senjata lain yang dianjurkan di luar kem tentera, membolehkan keluarga rekrut serta orang awam menyaksikan acara terhormat ini.

Lokasi upacara ini juga amat bermakna.

Bagi kebanyakan pemuda warga Singapura zaman kini, kisah Pantai Changi mungkin hanya satu bab dalam buku teks sejarah mereka, tempat yang dikenali sebagai salah satu tapak Pembunuhan Beramai-ramai Sook Ching ketika Perang Dunia Kedua (WWII).

Namun, terbenam di dalam pasir dan lautan ialah ingatan zaman gelap ketika moyang mereka menderita di bawah genggaman tentera Jepun.

Dengan memikul tanggungjawab pertahanan Singapura di tapak bersejarah ini, para rekrut berikrar untuk tidak sekali-kali akan membenarkan kedahsyatan perang untuk diulangi. Mereka juga akan berpegang teguh dalam mendukung cara hidup Singapura demi orang tersayang.

1-UP-B-caption
1-UP-B-caption

Rekrut Kompeni Raven berkawat ke Pantai Changi dari Pelabuhan Feri Angkatan Bersenjata Singapura (SAF). Mereka telah bertolak dari fajar, melalui jalan laut dari BMTC di Pulau Tekong.

Upacara tersebut diadakan pada waktu pagi, sebagai penghormatan terhadap moyang kita yang terkorban nyawa ketika mempertahankan tanah air dan tidak dapat menyaksikan matahari terbit lagi.

Keluarga dan rakan-rakan membuat ribut untuk mencari orang tersayang mereka yang berpakaian hijau dan tidak dapat dijumpai sejak Hari Masuk Tentera pada 10 hari yang lalu. Walaupun pada pagi hari Ahad, mereka masih datang awal untuk menunjukkan sokongan.
1-UP-B-caption

Leftenan Kolonel Kanan Mohd Nizam Bin Yahya (digambarkan di atas, di podium), Pegawai Pemerintah Sekolah 3 BMTC, mengingatkan rekrut tentang tanggungjawab berat yang mereka kini akan pikul sebagai askar SAF.

"Pada hari ini, anda akan menerima lebih daripada sekadar senjata; anda akan mewarisi tanggungjawab yang menjangkaui medan tempur… Dengan memahiri aspek teknikal alatan ini, anda bertanggungjawab untuk menerapkan prinsip yang mewakili kewajipan, kehormatan dan komitmen yang teguh."

1-UP-B-caption
Para rekrut melafazkan Ikrar SAF sementara pembawa panji berkawat dengan bendera Singapura. Jarang sekali Upacara Penyampaian Senjata dianjurkan di luar kem, yang memberi orang awam peluang untuk menyaksikan upacara murni ini dari dekat.
1-UP-B-caption

"Dengan senjata ini, saya akan mempertahankan tanah air saya, Tuan!" Rekrut (REC) Muhammad Danial Husaini Bin Mohammed Nafis (digambarkan di atas, latar depan, kiri) menerima senapangnya daripada Komander Platun (PC) Leftenan Kedua (2LT) Muhammad Izzat Bin Ranlee.

Apabila dipersembahkan dengan senapang mereka, para rekrut menunjukkan azam dan komitmen mereka terhadap pertahanan tanah air dengan menjawab menggunakan suara yang lantang dan mengambil senapang daripada komander mereka dengan tangan yang teguh.

1-UP-B-caption

"Senapang ini merupakan lambang tanggungjawab kami untuk mendukung keselamatan dan perlindungan negara ini. Sekarang, dengan senapang ini dalam tangan, saya rasa bangga. Kini masanya untuk saya tampil ke hadapan dan mempertahankan negara," kata REC Hang Yi Zhen (digambarkan di atas, latar depan, kanan).

1-UP-B-caption

"Oleh sebab Singapura pernah jatuh ke tangan musuh kita, kita tidak boleh lalai; kita mesti lakukan apa sahaja yang boleh dilakukan untuk memelihara kebebasan kita," kata REC Muhammad Dani Amsyar Bin Abdul Rahman (digambarkan di atas, kiri), 19.

Memperingati sejarah tragik Pantai Changi juga akan memotivasikan dirinya ketika mengharungi latihan yang menggerunkan, katanya.

"Setiap seorang daripada kami menyedari suatu rasa tanggungjawab yang lebih untuk mendukung kewajipan kami (kepada negara). Walaupun (perjalanan Perkhidmatan Negara kami) kadangkala meletihkan dan kami mungkin tersesat dan terlupa sebab kami melakukannya, ini akan membantu mengingatkan kami bahawa kami di sini untuk memelihara masa depan Singapura."

Saudara sepasukan tentera bermula dari sekarang: Kini ditugaskan dengan kewajipan melindungi Singapura dan cara hidup kita, para rekrut melafazkan Ikrar Senjata dan berikrar untuk menjaga senapang mereka dengan baik.

REC Grizelda Sng (digambarkan di atas) memegang Bendera Negara sambil mengetuai kompeni dalam Ikrar Senjata. Askar lain meletakkan tangan mereka pada bahu satu sama lain (digambarkan di bawah), membentuk rantaian tanpa putus ke bendera yang mereka hadapi ketika membuat ikrar taat setia.

1-UP-B-caption
Upacara Penyampaian Senjata ialah saat yang membanggakan bukan hanya untuk rekrut, tetapi juga untuk komander mereka seperti 2LT Izzat (memakai beret hijau), yang telah membimbing mereka sejak masuk tentera.

"Ini peristiwa penting yang besar dalam peralihan mereka daripada orang awam kepada anggota tentera. Kini mereka mesti belajar berdikari dan menjaga senapang mereka," kata 2LT Izzat. Anggota tentera berumur 22 tahun ini ialah PC bagi Platun 2.

Dia juga mempunyai nasihat ini untuk anggota muda di bawah jagaannya: "Harapan saya untuk mereka adalah harapan yang sama untuk diri saya ketika saya seorang rekrut: ambil peluang yang diberikan, belajar sesuatu yang baharu, kenali diri anda dengan lebih mendalam.

"Dan hidup bahagia, kerana jika anda menggemari tugas yang anda lakukan, perjalanan ini akan menjadi lebih mudah."

1-UP-B-caption

"Senapang ini merupakan lambang tanggungjawab kami untuk mendukung keselamatan dan perlindungan negara ini. Sekarang, dengan senapang ini dalam tangan, saya rasa bangga. Kini masanya untuk saya tampil ke hadapan dan mempertahankan negara," kata REC Hang (digambarkan di atas, tengah).

Anggota tentera berumur 24 tahun ini telah berminat untuk menyertai SAF sejak zaman politekniknya. Selepas tamat pengajian daripada Universiti Teknologi Nanyang, di mana dia telah mengambil Psikologi sebagai mata pelajaran utama, dia membuat keputusan untuk mengambil risiko dan mengejar impiannya.

"Ayah, bapa saudara dan adik lelaki saya semua telah berkhidmat dalam SAF – malah, bapa saudara saya ialah seorang juruterbang Kenderaan Udara Tanpa Manusia yang bersara. Mereka berkongsi pengalaman positif mereka dan memberitahu saya cara pengalaman itu dapat membantu saya dalam perkembangan diri.

"Saya ingin mengalami segala itu sendiri suatu hari. Selepas universiti, saya tahu itu peluang terakhir untuk saya masuk tentera. Jika saya tidak lakukannya sekarang, saya mungkin menyesal."

1-UP-B-caption

Hadir bersama di Pantai Changi untuk menyaksikan upacara tersebut ialah (digambarkan di atas, dari kiri) sepupu REC Hang iaitu Chung Ting Ting, adik lelaki Hang Hao Kuang, ibu Feng Xue Yuan, bapa Hang Fu Juan, ibu saudara Hang Yoke Juan dan bapa saudara Chung Seng Chua.

Bapanya berkongsi sedikit kata-kata hikmah dengannya: "Menjadi askar dan membawa senapang akan diiringi dengan saat gembira dan saat sukar. Sekarang anda telah memikul tanggungjawab ini, berusaha sedaya upaya untuk melindungi negara. Dan nikmati pengalamannya!"

1-UP-B-caption

Bagi REC Dani (digambarkan di atas, kedua dari kanan), memiliki senapang adalah seperti mempunyai teman yang boleh diharapkan: "Senapang ialah salah satu bahagian kelengkapan yang paling penting bagi seorang askar. Saya bertanggungjawab untuk melindunginya dan memanfaatkannya dengan betul. Saya harus menjaga senapang ini sama seperti saya menjaga rakan saya."

Hadir bersama untuk menunjukkan sokongan mereka ialah bapanya Abdul Rahman Bin Hussain (kanan), ibu Napsiah Nordin (kedua dari kiri) dan adik lelaki Muhammad Nazriel Asyraaf (kiri), yang bergembira mengambil gambar ketika upacara.

1-UP-B-caption

REC Kowshik Renganathan (digambarkan di atas, kedua dari kiri), 19, mengakui bahawa dia berasa gemuruh tentang memasuki tentera, tetapi rakannya telah membantu dia membiasakan diri dengan kehidupan tentera.

"Setelah saya mula kenal rakan sebilik saya, keadaan mula menjadi lebih baik dan saya menjadi lebih selesa. Sekarang saya bangun setiap pagi sambil menantikan aktiviti hari tersebut."

Pertumbuhannya juga jelas sekali kepada keluarganya, kesemuanya tersenyum-senyum selepas melihatnya dalam pakaian seragam No. 4 buat kali pertama dan menyaksikan Upacara Penyampaian Senjata.

"Kami sangat berbangga dengan dia, kami dapat lihat dia sudah berubah! Dalam satu minggu, dia sudah lebih matang," kata ibunya, Meena Sangumani (kiri).

"Saya bangga dan rasa diberkati kerana dia berkhidmat demi negara – kami telah menjadi warganegara selama 20 tahun, dan dia yang pertama sekali menyertai Perkhidmatan Negara. Kami gembira untuk dia, dan teruja dapat bersamanya hari ini," katanya.

Bersama mereka ialah bapa REC Kowshik iaitu Renganathan Govindasamy (kanan) dan kakaknya Preethi Renganathan (kedua dari kanan).

1-UP-B-caption

Adakah anda sangka Latihan Asas Tentera seperti yang digambarkan dalam filem, iaitu sarjan sentiasa menjerit-jerit kepada semua orang? REC Danial (digambarkan di atas, kedua dari kiri) ingin menjelaskan perkara sebenar.

"Para sarjan memang memarahi jika kami membuat kesilapan, tetapi bukan seperti yang digambarkan filem!" katanya sambil tertawa.

"Saya menikmati pengalaman ini setakat ini. Ia merupakan pengalaman yang membuka mata, iaitu berubah daripada menjalani hidup sendiri kepada kini perlu mematuhi jadual ketat yang ditetapkan oleh para komander – masa yang kita perlu bangun dan tidur, masa perlu makan, cara berbaris.

"Ini merupakan pengalaman yang mengubah hidup kita, tetapi kepada sesuatu yang lebih baik, kerana kita mempelajari pelbagai nilai penting dan kemahiran yang akan berguna dalam kehidupan seharian kita," katanya.

Bersamanya ialah bapanya Mohammed Nafis (tengah), abangnya Muhammad Hazwani Danish (kedua dari kanan) dan ibunya Mariah Amri (kanan), serta Penolong Pegawai Waran Kompeni iaitu Pegawai Waran Ketiga Tan Yao Long (kiri).

Apabila kami menyatakan bahawa seluruh keluarga datang, kami memang memaksudkan seluruh keluarga – termasuk adik-beradik berbulu pelepah!

Share this story:

Got a great story to share?
Send it our way — we might feature it!

Share Your Story