MENEMUI HALA TUJU BAHARU DALAM KEHIDUPAN

05feb21_news1-1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/05feb21_news1-1.jpg?sfvrsn=21c7c50_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MENEMUI-HALA-TUJU-BAHARU-DALAM-KEHIDUPAN
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MENEMUI-HALA-TUJU-BAHARU-DALAM-KEHIDUPAN
MENEMUI HALA TUJU BAHARU DALAM KEHIDUPAN
05 Feb 2021 | PEOPLE

MENEMUI HALA TUJU BAHARU DALAM KEHIDUPAN

// Kisah Benita Teo

// Foto Kenneth Lim & ihsan RSAF

3SG Shane Lim, yang kembali ke Singapura dari Australia untuk menjalani perkhidmatan NSnya, berasa dirinya telah menemui seruan baharu dalam hidupnya sebagai penyelamat setelah bertugas sebagai doktor tempur. Ketahui lebih lanjut tentang pengalamannya dalam siri kedua "Kembali untuk Berkhidmat" PIONEER.

Salah satu pengalaman 3SG Lim yang paling manis sebagai doktor tempur adalah ketika dia membantu merawat seorang anggota NS yang cedera bahagian dahinya.

Sarjan ke-3 (3SG) Shane Lim tidak menyangka dia akan belajar suatu kemahiran penting dalam keselamatan nyawa.

Sejak menjadi doktor tempur di Angkatan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF), dia telah memanfaatkan kemahirannya dengan baik. Kini pula, dia bercita-cita untuk menjadi paramedik!

Panggilan baharu untuk merawat dan menyelamat

3SG Lim, 20, berpindah ke Australia pada usia dua tahun, setelah ibu bapanya mendapat pekerjaan di sebuah syarikat alat ganti kereta di sana. Semasa di bangku sekolah, dia gemar bermain pelbagai sukan dan seni pentas. Pada masa itu, dia juga berfikir untuk menjadi juruterbang.

Pada usia dua tahun, 3SG Lim berpindah ke Australia bersama keluarganya. Ayahnya (dua dari kiri) berkhidmat di NS sebagai pegawai perisai, dan berkongsi kisahnya tentang latihan di medan lapangan yang dijalaninya.

Apabila dipanggil untuk menjalani Perkhidmatan Nasional (NS), dia kembali ke Singapura dengan sendirinya pada 2019, dan menetap dengan pak cik dan mak ciknya. Dia mendaftar pada 4 April tahun yang sama dan kemudian dipilih untuk menjadi doktor tempur―sesuatu yang baharu baginya.

"Semasa mendaftar tanpa sebarang pengetahuan perubatan. Sebaliknya setelah memutuskan untuk pulang berkhidmat, saya bersedia untuk mencuba pelbagai bidang dan meluaskan lagi pengetahuan saya," jelasnya.

"Sekarang, saya telah belajar kemahiran yang boleh digunakan di luar (angkatan tentera). Saya bertekad untuk memberi pengalaman positif yang luar biasa kepada para pesakit saya."

3SG Lim kini berminat untuk menjadi paramedik setelah menamatkan NSnya dalam bulan Februari. Dia juga ingin kembali ke Singapura setelah menamatkan pengajian ijazah sains kesihatan di Victoria University di Melbourne, Australia, dan memanfaatkan kemahirannya untuk kembali ke rumahnya di Singapura.

"Pengalaman NS adalah amat menyeronokkan, memperkayakan dan bermakna bagi diri saya. Saya yakin kami semua mampu membawa perbezaan, sama ada kami anggota NSF (Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa) atau NSmen (Anggota Perkhidmatan Negara yang Sedia Beroperasi). Kami dilengkapi atau dilahirkan dengan personaliti atau kekuatan yang berbeza, dan sifat-sifat ini boleh menyumbang kepada apa jua tugasan yang dijalankan demi kebaikan sejagat."

3SG Lim (kanan) menunjukkan bagaimana mengambil sampel nasal daripada anggota RSAF.

Bersedia untuk melawan pandemik

3SG Lim kini bekerja di pusat perubatan di Pengkalan Tengah Air, di mana dia menjalankan tugasan harian seperti merawat anggota yang cedera, memberi vaksinasi dan melakukan pemeriksaan peralatan resusisasi di pusat tersebut. Pusat ini dibuka secara rasmi pada 4 Nov 2020.

Bertugas di sebuah pusat perubatan di tengah-tengah pandemik merupakan suatu pengalaman yang mencabar, tetapi dia berasa gembira dengan pasukannya yang rapat di Skuadron 705.

"(Pada masa itu, untuk bersedia menghadapi situasi COVID-19 yang semakin memudaratkan,) kami merancang (untuk pusat perubatan) sedia beroperasi untuk COVID-19. Saya memantapkan diri dari segi mental dan fizikal untuk mula beroperasi.

"Bukan mudah menjadi doktor tempur sepanjang COVID-19 kerana perubahan (dalam proses kerja kami), seperti pengasingan personel kepada pasukan yang berbeza. Sebagai pusat perubatan 24/7, adalah sukar untuk menguruskan tempat dengan tenaga kerja yang minimum. Tetapi, kami berjaya melakukannya dengan berkesan sebagai satu pasukan, kerana sifat disiplin kami yang kuat."

3SG Lim menganggotai pasukan yang bertungkus-lumus menyediakan pusat perubatan Pangkalan Tengah Air untuk menangani pandemik.

Dia terkenang kejadian pada akhir tahun lalu, di mana dia diseru merawat anggota NS yang jatuh di tempat kerja dan berdarah dari dahinya.

"Kami memberi respons yang pantas dan membantu pegawai perubatan dalam proses rawatan sebelum menghantar pesakit ke hospital. Walaupun kami risau tentang keadaannya, pada masa yang sama, kami berasa lega kerana berjaya menstabilkannya," katanya.

"Bak kata pepatah bahawa 'masa itu emas'. Itulah sebabnya kami selaku petugas perubatan perlu sentiasa menjalani latihan untuk menangani situasi seperti ini, dan juga untuk menjaga prestasi kami untuk mencari dan menyelamatkan nyawa."

Melihat ahli-ahli pasukannya saling membantu, lebih-lebih lagi apabila mereka menghadapi kekangan tenaga kerja dalam manangani wabak, menyedarkan 3SG Lim (kiri) agar lebih bersyukur atas pengalaman NSnya.

Rakan baharu, kemahiran baharu

Apabila 3SG Lim kembali ke Singapura pada tahun 2019 buat kali pertamanya, dia menghadapi masalah bahasa. Meraka akan bertutur dengannya dalam bahasa Mandarin, tidak menyedari bahawa dia tidak fasih dalam bahasa itu.

"Ada rakan sekerja saya yang hanya boleh memahami sedikit bahasa Inggeris, dan selalu berbual dalam bahasa Mandarin. Pada mulanya, saya mendapatkan rakan sekerja lain untuk menterjemahkan niat saya kepadanya. Tetapi setelah setahun di sini, saya boleh bertutur sedikit dalam bahasa Mandarin, terima kasih kepada rakan-rakan saya. Mereka membantu saya mengatasi rintangan bahasa saya," jelasnya.

"Semua orang sudi membantu dan kami semua mesra sesama kami. Dan bagi saya, sikap inilah yang menyerlahkan kehebatan pasukan kami― saling membantu dengan cara tersendiri."

Suggested Reading
SEMAKIN KUAT UNTUK LULUS SEBAGAI PEGAWAI
PEOPLE
05 Feb 2021

Cover story
ADIK BERADIK TENTERA
PEOPLE
05 Feb 2021

Seorang memijakkan kakinya dengan kukuh pada tanah, seorang lagi dahagakan pengembaraan – CPT Rebekah Abbott dan CPT (Dr) Hannah Abbott berkongsi kegembiraan membesar dan mendaftar dengan tentera.

Cover story
EMPAT WANITA, 4 PERKHIDMATAN, 19 TAHUN PERSAUDARAAN
PEOPLE
05 Feb 2021

Temui ME6 Toh Bao-En, LTC Nah Jinping, LTC Tong Wei Lynn dan SLTC Tung Wanling.

Feature
SAF BERSEDIA UNTUK MEMPERLUASKAN KAWASAN LATIHAN PULAU TEKONG; SAFTI CITY DIBUKA UNTUK LATIHAN
PEOPLE
05 Feb 2021

Pulau Tekong akan diperluaskan hingga 10km, dan merupakan sebahagian daripada pelaburan SAF dalam infrastruktur latihan untuk latihan yang lebih berkesan dan realistik.

Feature
ELAUN NS NAIK DARI 1 JULAI 2025
PEOPLE
05 Feb 2021

Kenaikan itu adalah antara siri pelbagai langkah untuk meningkatkan pengalaman Perkhidmatan Negara (NS) dan mengiktiraf sumbangan anggota kerahan.

PERUBATAN TEMPUR BELAJAR MENYELAMATKAN NYAWA DALAM PENEMPATAN SAF-SCDF
PEOPLE
05 Feb 2021

LCP Chen Anhong melangkah ke atas untuk merawat pesakit dan menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan selama enam bulan bersama SCDF.

Cover story
SAF BAKAL MENDAPATKAN KENDERAAN PERANG INFANTRI BARU, 2 LAGI KAPAL SELAM; MEMBINA KEUPAYAAN TANPA PEMANDU
PEOPLE
05 Feb 2021

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menekankan pendekatan jangka panjang SAF untuk membina pasukan pejuang generasi akan datang, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan mengenai belanjawan pertahanan.

Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
PEOPLE
05 Feb 2021

MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
PEOPLE
05 Feb 2021

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
PEOPLE
05 Feb 2021

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.