MILESTONES
MENCORAK PERBEZAAN DALAM KEHIDUPAN ANGGOTA TENTERANYA
30 Jun 2022
SLTC Muhammad Helmi Bin Khaswan, salah seorang daripada 778 MINDEF dan SAF yang akan dinaikkan pangkat tahun ini, gemar mencorak kehidupan orang ramai – inilah yang pendorongnya sebagai pegawai SAF.
Beliau adalah di kalangan pengawal berjaga di upacara kematian Encik Lee Kuan Yew pada 2015. Ia adalah syif 24 jam dan Leftenan Kolonel Kanan (SLTC) Helmi perlu menundukkan kepalanya ketika ratusan orang datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada perdana menteri pengasas Singapura.
Walaupun peranan itu mencabar tetapi ia membuatnya memikir dengan mendalam, lebih-lebih lagi, selepas menyaksikan tangisan beberapa pelawat generasi tua kerana mereka menghargai sumbangan Encik Lee kepada Singapura.
"Ia menguatkan rasa tanggungjawab dan perkhidmatan kepada negara... (Dan) pada penghujung profesion perkhidmatan awam saya, saya akan berusaha untuk mencorak perubahan dalam kehidupan orang ramai, walau apa pun."
Memberi impak positif kepada kehidupan orang ramai, memimpin dan mendidik mereka – inilah sifat-sifat yang mendorong SLTC Helmi menjadi Pegawai Tetap dalam Angkatan Tentera pada 2004.
Sebagai panglima platun muda semasa Perkhidmatan Negaranya (NS), dia sedar betapa seronoknya membimbing anak-anak buahnya – dan itu yang menjadi pegangannya.
Semenjak itu, pegawai berusia 38 tahun itu telah menyandang pelbagai jawatan, termasuk menjadi pegawai staf di kedua-dua Angkatan Tentera Darat G6 dan Briged Infantri Ke-3 Singapura (3 SIB) serta Pegawai Pemerintah (CO) Batalion Ke-4, Rejimen Infantri Singapura (4 SIR).
Bapa kepada seorang cahaya mata ini, juga telah berkhidmat sebagai adikong selama 11 tahun dengan tiga Presiden, termasuk mendiang Encik S. R. Nathan, Encik Tony Tan dan Presiden Halimah Yacob.
Pada April 2020, SLTC Helmi telah dipinjamkan ke Kementerian Komunikasi dan Penerangan (MCI), di mana beliau memegang dua peranan sebagai timbalan pengarah bahagian industri dan timbalan pengarah bahagian perancangan strategik.
Dalam tempoh dua tahun di sana, beliau berpeluang membentuk dasar infokomunikasi, teknologi dan media MCI, serta membina bakat teknologi di Singapura.
Beliau juga belajar menduga dan meneliti trend teknologi digital yang memuncul seperti data keselamatan siber dan kecerdasan buatan, dan melihat bagaimana ia diterjemahkan kepada keupayaan yang perlu disediakan oleh Singapura.
Menjelang 7 Jul, SLTC Helmi akan mengambil pelantikan baharunya sebagai Panglima Briged Infantri Singapura Kedua (2 SIB), di mana beliau akan melatih kedua-dua unit NS yang aktif dan sedia beroperasi.
Memberi kesan positif
Walaupun dia telah menaiki pangkat sejak bertahun-tahun, SLTC Helmi tidak pernah melupakan cinta pertamanya – berinteraksi dan memberi impak kepada kehidupan orang ramai.
Mengenangkan kembali kejadian pada 2009, beliau berkongsi bagaimana beliau menggalakkan salah seorang anggota perkhidmatan negara sepenuh masanya (NSF) untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi kerana dia tidak tahu apa yang harus dilakukan selepas kursus Perkhidmatan Negaranya
"Saya bertanya sama ada dia berminat untuk belajar kejuruteraan kimia dan selepas berbincang tentang hal-hal kewangan, kami melalui proses permohonan NITEC yang lebih tinggi bersama-sama," kata SLTC Helmi, yang merupakan panglima platun (PC) di 1 SIR pada masa itu.
Mereka bersua muka selepas beberapa tahun kemudian, dan anggota tentera itu meminta nasihat SLTC Helmi sekali lagi – kali ini adakah perlu melanjutkan pelajarannya ke tahap diploma politeknik. Akhirnya, dia melanjutkan pelajaran, dan kini bekerja sebagai pengendali dalam syarikat tenaga dan petrokimia Shell.
"Apabila saya melihat perkembangannya, dan bagaimana dia kini bapa kepada dua orang anak, saya terkenang kembali perbualan kami dan saya berharap saya telah memberi tunjuk ajar kepadanya dalam membuat keputusan hidup tertentu yang telah membawanya ke tahap sekarang."
Dalam suatu kejadian lain, SLTC Helmi menemui anggota NSF yang ibu bapanya didiagnos dengan kanser Tahap 4. Sebagai anak sulung daripada tiga adik-beradik, askar itu tidak mampu untuk membayar bil dan menyara keluarganya.
SLTC Helmi, yang merupakan CO 4 SIR pada masa itu, mengumpulkan pasukan pegawainya untuk membantu anggota tentera tersebut untuk mendapatkan bantuan kewangan.
Walaupun anggota tentera itu tidak lagi menjadi tanggungjawabnya, SLTC Helmi masih mengambil tahu tentangnya dari semasa ke semasa untuk mengetahui keadaannya.
"Apabila saya melihat anggota tentera seperti mereka, ia memberi inspirasi kepada saya. Walaupun mereka mungkin menghadapi banyak cabaran, namun mereka masih menjalani kursus Perkhidmatan Negara tanpa sebarang rungutan. Sebaliknya, mereka masih memberikan usaha yang terbaik," kata SLTC Helmi.
Walaupun beliau berasa seronok berinteraksi dengan anggota tenteranya, SLTC mengakui dirinya seorang panglima yang tegas.
"Saya percaya pada kasih sayang yang tegas dan saya bersikap agak keras terhadap mereka tetapi saya berharap mereka memahami hasrat sebenar saya. Saya rasa inilah sebabnya mereka tidak akan melupakan saya juga," kata SLTC Helmi sambil bergelak.
Bapa kepada seorang anak lelaki berusia 10 bulan, SLTC Helmi kini pula mendapatkan nasihat kebapaan daripada anggota tentera sama yang pernah dibimbingnya untuk melanjutkan pelajaran ke pendidikan peringkat tinggi.
"Ia bagaikan satu keluarga besar di Angkatan Tentera Darat. Saya mungkin pernah menjadi panglima anda tetapi sebenarnya, kami telah menjadi rakan baik dan saling menganggap mereka sebagai ahli keluarga tambahan. Sebenarnya, saya menganggap semua anak buah lelaki saya sebagai saudara saya."
Meletakkan asas bagi anggota NSF masa depan
Menjelang 1 Jul, SLTC Helmi akan dinaikkan pangkat ke pangkat Kolonel.
Beliau adalah di kalangan 778 anggota beruniform dari Markas Kementerian Pertahanan (MINDEF), Tentera Darat, Tentera Laut, Tentera Udara dan Gabungan yang dinaikkan pangkat di majlis yang diadakan di MINDEF pada 30 Jun. Perubahan dalam pangkat itu akan berkuat kuasa pada 1 Jul.
SLTC Helmi melihat kenaikan pangkatnya sebagai peluang untuk melaksanakan perubahan pada tahap yang lebih besar dan meletakkan asas bagi generasi NSF yang akan datang.
Contohnya, dalam peranan yang akan datang sebagai Panglima 2 SIB, beliau melihat bagaimana boleh membantu menambah baik pengalaman anggota tenteranya, terutamanya kerana beliau telah terdedah kepada pelbagai transformasi digital semasa berkhidmat di MCI.
"Saya berhasrat untuk membentuk budaya inovasi asas untuk meningkatkan pengalaman anggota tentera. Saya mahu meninjau semula cara kami menjalankan operasi setiap hari, dan memanfaatkan teknologi digital untuk memudahkan proses ringkas seperti mendaftar masuk dan keluar."
SLTC Helmi juga teruja untuk berinteraksi dengan Anggota Perkhidmatan Negara (NSmen) Sedia Beroperasi buat kali pertamanya dalam pelantikan baharunya.
"Semasa saya dipinjamkan ke MCI, saya melihat bagaimana rakan-rakan NSman saya terpaksa mengimbangkan masa untuk kerja, keluarga dan Perkhidmatan Negara. Walaupun berhadapan dengan semua tanggungjawab ini, komitmen mereka terhadap Perkhidmatan Negara dan pertahanan Singapura adalah sangat tinggi, oleh itu, saya benar-benar menghargai usaha mereka."
Itulah sebabnya SLTC Helmi ingin mencorak perubahan, membimbing dan menggalakkan anggota tentera NSFnya secara positif sebanyak mungkin – kerana mereka mewakili Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara generasi seterusnya.
"Semasa menjalani Perkhidmatan Negara, mereka berada di tengah-tengah persimpangan kritikal dalam kehidupan mereka, justeru saya mahu melatih mereka dengan bersungguh-sungguh, menyemaikan nilai-nilai yang betul dan meletakkan asas sewajarnya supaya Perkhidmatan Negara akan kekal relevan dan penting," kata SLTC Helmi.
"Saya sangat menghargai tugasan saya sebagai panglima dan saya menghargai setiap peluang untuk mencorak kehidupan anggota-anggota tentera saya secara positif."
ALSO READ IN MILESTONES
Menyahut seruan untuk mempertahankan Singapura
21 Jan 2026
Upacara Penyerahan Senjata mewakili detik yang penuh bermakna apabila rekrut diamanahkan dengan senapang mereka dan mula memikul beban pertahanan negara.
TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
21 Oct 2025
APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
14 Oct 2025
Pangkalan Pusat Tenaga Manusia (CMPB) baharu di Bukit Gombak dibuka secara rasmi pada 14 Okt, mengalu-alukan pra-pendaftar, anggota askar dan orang ramai ke hab sehenti terkini untuk semua perkara Perkhidmatan Negara (NS).

