TECHNOLOGY
MENCETUS INOVASI
01 Nov 2018
Pada hari ini, jurutera di dalam skuadron beliau menggunakan plastik yang tahan lasak yang disesuaikan bagi memuatkan dan melindungi penampan peluru. Dihasilkan dengan teknologi pencetakan 3D, bekas tersebut boleh di skru dengan ketat dan mempunyai permukaan yang berulir untuk mengelakkan kegelinciran.
Kreativiti dan inovasi bukan sesuatu yang sering dikaitkan dengan organisasi yang besar seperti Angkatan Bersenjata Singapura (SAF). Tetapi anggota perkhidmatannya – dari yang berpangkat rendah hinggalah yang berpangkat tinggi – menyokong dan menghasilkan inovasi yang menggunakan teknologi terkini seperti analisis data, kecerdasan buatan, percetakan 3D dan banyak lagi.
Rahsianya terletak pada budaya kerja yang menggalakkkan pemikiran dan tindakan yang berani. Berikut adalah beberapa projek yang menang pada tahun ini:
Dicipta untuk mengukur

Menyediakan pesawat pejuang seperti F-15SG untuk misi adalah operasi jangka tinggi. Jurutera perlu memuatkan peluru berpandu ke pesawat dalam masa yang singkat.
Ia adalah satu tugas yang rumit yang melibatkan beberapa komponen; beberapa daripadanya perlu di uruskan dengan berhati-hati. Salah satu komponennya adalah penampan peluru berpandu – penyambung 30-pin yang menghubungkan peluru kepada pesawat.
Ia disimpan dalam sarung plastik nipis yang menawarkan sedikit perlindungan; jika terjatuh ia boleh menyebabkan pin kehilangan sambungan di antara peluru dan sistem elektronik di dalam pesawat. Ringkasnya, juruterbang tidak akan dapat menembak peluru berpandu itu
"Jika ini berlaku, kamu terpaksa membatalkan misi," kata Pakar Tentera 2 Aaron Chew, Jurutera Angkatan Tentera Udara dari Skuadron 142 (SQN).
"Tidak ada cara kru darat boleh melihat pin yang bengkok atau rosak itu sehingga mereka menghidupkan pesawat. Dan walaupun itu, kita mungkin tidak dapat mengenal pasti punca masalah itu dengan segera."
Dalam tempoh dua tahun yang lalu, pemuda berumur 34 tahun ini telah melihat beberapa contoh potensi kerosakan kepada penimbal peluru berpandu.
Tetapi tidak lagi.
Mengenai sarung
Pada hari ini, jurutera di dalam skuadron beliau menggunakan plastik yang tahan lasak yang disesuaikan bagi memuatkan dan melindungi penampan peluru. Dihasilkan dengan teknologi pencetakan 3D, bekas tersebut boleh di skru dengan ketat dan mempunyai permukaan yang berulir untuk mengelakkan kegelinciran.
Sarung baru ini adalah cetusan idea daripada Pakar Tentera 2 Chew dan rakan jurutera Pakar Tentera 3 Chua Chin Heng.
Mereka berdua menghasilkan idea ini pada 2015 semasa bekerja di detasmen Peace Carvin V di Amerika Syarikat.
Dalam tempoh satu setengah tahun seterusnya, mereka telah menghasilkan 10 jenis reka bentuk untuk di uji. Pakar Tentera 3 Chua, peminat pencetakan 3D, menghasilkan prototaip. "Kami cuma mahu memudahkan tugas kami dan pasukan," kata pemuda berumur 44 tahun itu.
Tanpa membuang masa dengan penyelesaian masalah, kos menggantikan penampan peluru, dan pembatalan misi, sarung penampan peluru berpandu telah membantu Angakatan Tentera Udara Republik Singapura dalam penjimatan sebanyak $34,000 setiap tahun.
Insiatif dasar ini telah memberi manafaat kepada rakan sejawatan dari Angkatan Tentera Udara Amerika Syarikat yang akan menerima pakai idea sarung peluru berpandu ini.
Pembuatan Sarung
Cabaran yang dilalui oleh pasangan ini adalah meyakinkan jurutera-jurutera lain mengenai kebolehlaksanaan idea ini. Ketika itu, pencetakan 3D baru saja diperkenalkan dan hanya untuk penggemar hobi.
Tetapi kedua mereka yakin yang idea mereka boleh memberi manafaat kepada RSAF, jadi mereka menghasilkan prototaip untuk di uji. Yakin dengan keberkesanan idea itu, ketua-ketua mereka menyokong mereka untuk membuat ujian rasmi dan implementasi.
"Apabila kami mempunyai idea-idea, jika ianya berguna dan praktikal, pihak pengurusan akan memberi kemudahan dan tunjuk ajar," kata Pakar Tentera 2 Chew.
"Ia hanya satu idea untuk memperbaiki kehidupan kita – mendapat pengiktirafan bukanlah niat kami. Tetapi kami sangat teruja apabila mendengar daripada pegawai kanan yang idea kami akan diguna pakai pada pesawat lain seperti F-16 atau sebarang peluru berpandu lain yang digunakan oleh RSAF," tambah beliau.
Penyesuaian untuk kebaikan
Pesawat pejuang F-16 baru sahaja mendarat, dan kru darat bergesa untuk menyediakan pesawat untuk misi seterusnya. Ini kadang-kadang termasuk melengkapi pesawat dengan tangki minyak tambahan dan pod sasaran (alat seberat 200kg yang boleh mengesan target dan memandu arah peluru berpandu dan bom.
Menggunakan alat seperti troli yang dikenali sebagai pemuat, mereka menggerakkan tangki bahan api 370-galon (kira-kira 1,400 liter) ke pesawat untuk dipasang. Kemudian mereka memasang pod sasaran.
Operasi kompleks yang melibatkan penyingkiran bolt dan pin, memerlukan tiga anak kapal lebih dari 20 minit untuk menukar penyesuai tangki bahan api pada loader ke yang lebih kecil yang sesuai dengan diameter pod sasaran.
Tetapi ini tidak lama lagi akan menjadi satu perkara yang lepas: Pasukan jurutera angkatan tentera udara telah menghasilkan adapter yang baru – hanya mengambil masa lima saat untuk memasangnya.
Kru darat hanya perlu memasukkan adapter pod sasaran yang baru di atas tangki minyak, seperti memasang plag pelbagai pada soket dinding.

Peralatan yang Cepat dan Selamat
Pakar Tentera 3 Thia Daoli, 36, dan Pakar Tentera 1 Lai Yongshun, 30, adalah sebahagian daripada pasukan lima anggota yang menghasilkan adapter tersebut.
"Pada masa lalu, terdapat peluang kecil untuk mendapatkan kecederaan ringan jika kami tidak menyelaras dengan betul apabila menukar adapter. Dengan adapter baru, kami menghilangkan proses mengeluarkan pin keselamatan dan membawa barangan berat, "kata ME3 Thia.
Pakar Tentera 1 Lai menambah: "Untuk jangka masa panjang, ia membantu mengurangkan risiko kecederaan; adapter baharu lebih ringan - anda hanya boleh memasukkannya dalam masa lima saat dan bukan memegang selama 10 hingga 20 minit."
Kini digunakan oleh 143 SQN, adapter baru itu juga akan digunakan oleh skuadron lain yang mengendalikan pesawat F-16. Galakan dalam produktiviti dan peningkatan dalam kecekapan misi yang berkesan dijangka membantu RSAF menjimatkan $ 119,000 setiap tahun.
Kumpulan ini memulakan projek ini pada 2017. Mereka diberikan dua jam dua kali seminggu untuk menghasilkan adapter baru. Skuadron mereka juga memberi pembiayaan sebanyak $2,200 untuk menghasilkan prototaip.
Budaya Inovasi
Oleh kerana sokongan yang kuat yang telah diberikan kepada inovator seperti kumpulan di belakang pencetakan 3D untuk bekas penampan peluru berpandu dan adapter pod sasaran, Markas Tempur Udara RSAF (ACC) telah diberi anugerah Anugerah Pertahanan (Inovasi) pada tahun ini.
"Adalah sangat penting untuk menyediakan sokongan yang diperlukan oleh kakitangan untuk bereksperimen," kata Pakar Tentera 5 Chuang Tze Shiung, 35, pegawai yang bertanggugjawab untuk inovasi dan pergerakan produktiviti di dalam ACC untuk dua tahun lepas.
Sebagai contoh, ACC telah menganjurkan lawatan ke syarikat seperti 3M, syarikat pembuatan global, bagi anggota perkhidmatan untuk belajar cara yang betul daripada sektor swasta.
"Kami menghargai anggota-anggota perkhidmatan kami sanggup mengambil risiko. Jika mereka tidak berani untuk mengambil risiko untuk berinovasi dan melangkaui sempadan, inovasi ini mungkin tidak akan wujud. Kita akan menggunakan proses yang lama dan kekal," tambah Pakar Tentera 5 Chuang, Panglima Penerbangan logistic di dalam Skuadron 143.
Mengaudit tanpa pengaudit

Ia hampir tengah malam. Pakar Tentera 5 Vincent Ong, Ketua Seksyen di Pusat Kejuruteraan Kesediaan Platform (PREC), masih bersama kumpulan beliau, menyemak laporan-laporan yang menimbun.
Meneliti setiap transaksi, garis demi garis – lebih dari 2,000 – mereka mencari penyelewengan dalam transaksi yang berkemungkinan satu penipuan. Tugas penyemakan ini selalunya memakan masa selama tiga minggu.
Tetapi daripada tahun ini, kakitangan angkatan tentera laut seperti Pakar Tentera 5 Ong akan mempunyai masa yang lebih mudah. Kini, proses ini boleh diselesaikan dengan hanya menekan butang – terima kasih kepada alat pemeriksaan yang baru, dikenali sebagai Tolok Penilaian Logistik Kewangan (FLAG), yang boleh mengesan kelewatan transaksi secara automatik.
Kumpulan dari Angkatan Tentera Laut Republik Singapura (RSN) menghasilkan alat, dengan kerjasama dengan staf dari Cawangan Audit Dalaman Kementerian Pertahanan dan Agensi Pertahanan, Sains dan Teknologi (DSTA).
Kesan inovasi mereka adalah besar: kira-kira $ 1.5 juta dalam penjimatan kos tenaga manusia.
RSN kini mempunyai 200 kontrak untuk penyelenggaraan kapal perang dengan pelbagai kontraktor pertahanan; secara purata, sebanyak 200 transaksi dilakukan bagi setiap kontrak setiap tahun.
Pasukan kini sedang berusaha untuk bekerjasama dengan Bahagian Perkhidmatan Awam untuk memperkenalkan FLAG kepada ementerian yang lain. Audit adalah proses di mana setiap pegawai am perlu lalui setiap tahun, untuk memastikan duit pembayar cukai diambil kira dan dibelanjakan mengikut peraturan.
Memandang ke depan, kumpulan ini meningkatkan alat untuk mengesan dan memberi amaran tentang penyelewangan transaksi dalam masa sebenar.
"Ia seperti sistem pengurusan lalu lintas untuk memberi amaran kepada pengguna. Ia mengesan penyelewangan sebelum transaksi selesai," jelas ketua kumpulan Pakar Tentera 6 Lim Chee Leong.
"Kami mahu membuat semakan audit lebih mudah dan (projek ini) telah melebihi semua jangkaan kami," tambah Ketua Cawangan Logistik di Pasukan Petugas Keselamatan Maritim.
Mengiktiraf Inovasi & kreativiti di dalam SAF
Sebanyak $158 juta – jumlah penjimatan tahun lepas oleh Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Angkatan tentera Bersenjata Republik Singapura (SAF) bantuan daripada inovasi yang digunakan. Untuk projek-projek yang cemerlang, sebanyak 67 pemenang telah diiktiraf di Simposium PRoductiviti dan Inovasi dalam Usaha Harian (PRIDE) yang diadakan di Politeknik Nanyang pada 4 Oktober.
Di dalam ucapan beliau, Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen telah menekankan kepentingan inovasi bagi angkatan tentera, terutama digitalisasi dan pengumpulan data. "Bagi SAF untuk berada di hadapan kita mesti pandai mengeksplotasi data dengan pintar untuk kegunaan kita.
PITCH
Aplikasi telefon pintar yang dikenali sebagai PITCH (Platform untuk Inovasi, Transformasi dan Perubahan) telah dilancarkan pada Oktober untuk menyediakan tempat dimana anggota perkhidmatan boleh berkongsi idea-idea untuk inovasi.

PayNow untuk IPPT
SAF akan menggunakan PayNow untuk membayar anugerah insentif Ujian Kecekapan Fizikal Individu (IPPT) kepada juruterbang mulai awal 2019 di Pusat Penyesuaian Kecergasan Maju. Sebalik dari menunggu selama 14 hari untuk menerima anugerah insentif melalui GIRO, mereka akan menerima bayaran dengan serta merta selepas IPPT mereka tamat melalui PayNow.

"Membina" modem sendiri
Untuk menghantar suara dan data sesame sendiri, kapal laut dan pusat arahan di darat bergantung kepada modem MDM3001.
Enam tahun yang lalu, pengeluar telah memberitahu RSN yang ia akan memberhentikan produksi modem-modem tersebut. Ini bermaksud jika modem-modem yang sedia ada tidak boleh dibaiki, ia tidak ada pengganti.
Pengeluar telah menawarkan model baru sebagai alternative. Apakah masalahnya? Ia tidak serasi dengan kamar komunikasi RSN yang sedia ada. Menukar semua modem-modem dan sistem komunikasi akan menelan kos lebih $ 6 juta.
Ia bukanlah satu penyelesaian yang menjimatkan kos kerana kamar komunikasi dan modem yang sedia ada masih berfungsi dengan baik.
Encik Wong Kok Leong, dulu Ketua Perintah, Kawalan, Komunikasi dan Komputer, Cawangan Sistem Perisikan dan Rangkaian (C4INSBr) di dalam Jabatan Logistik Laut, melemparkan cabaran kepada pasukan jurutera tentera lautnya: Jika kita boleh mengubahsuai sistem elektronik kita untuk disesuaikan dengan kehendak kita, kenapa kita tidak boleh melakukan perkara yang sama untuk menyelesaikan masalah ini?
Diketuai oleh Pakar Tentera 4 Michael Ong, Jurutera kanan dalam C4INSBr, dan Pakar Tentera 5 Terrence Siah, Ketua, Bahagian Pengurusan Kontrak, kumpulan telah menyahut cabarannya.
Mereka mengkaji pasaran komersial bagi modem alternative, bekerjasama dengan pengeluar untuk mengubahsuai perisian tegar supaya alat boleh "bercakap" pada kamar komunikasi RSN.
Galakan untuk menjalankan eksperimen
Pakar Tentera 4 Ong suka pendekatan kumpulan ini untuk membina komputer sendiri.
"Ketika kami masih muda, cara yang paling kos efektif untuk memiliki komputer ialah membeli bahagian-bahagian dan memasangnya sendiri. Tetapi ini juga bermakna banyak penyelesaian masalah di rumah untuk menyelesaikan masalah integrasi, "kata pemuda berusia 36 tahun itu.
"Pasukan ini mendirikan sebuah makmal di Tuas Angkatan Laut untuk menguji modem baru. "Makmal membenarkan kami menjalankan ujian di pantai tanpa perlu membawa modem yang berbeza ke kapal. Kami memendekkan keseluruhan usaha ujian dari beberapa bulan hingga hanya dua minggu," Kata Pakar Tentera 4 Ong.
Cubaan penggunaan laut atas kapal akan di lakukan untuk memastikan modem yang telah diubahsuai beroperasi dengan berkesan. Cubaan ini melibatkan suara dan data yang dihantar ke Pangkalan Laut Singapura sejauh lebih 4,200km.
Walaupun modem baru menjadi usang di masa depan, RSN boleh menggunakan pendekatan Do-It-Yourself yang sama untuk menggantikannya dengan cara yang kos efektif, kata Pakar Tentera 4 Ong.
Encik Wong, sekarang Ketua Pejabat Pengurusan Kontrak, mengkredit kejayaan kepada kumpulan beliau di atas kesanggupan kumpulan beliau untuk berusaha dengan kuat, dan juga budaya inovasi RSN yang kuat.
"Apabila pasukan ingin mencuba projek ini, pihak pengurusan menyokong mereka dengan pembiayaan dan sumber untuk makmal."
Dihantar ke RSN dalam bulan September, set yang baru akan menggantikan modem yang lama – pendekatan ini akan membantu angkatan tentera laut dengan penjimatan sebanyak $1.57 juta.
Untuk usaha mereka, pasukan ini telah menerima Anugerah Penjimatan dan Peningkatan Nilai (SAVE) MINDEF.
Memanjangkan jangka hayat amunisi

Ia hanya semulajadi untuk menyingkirkan sesuatu jika ia telah tamat tempoh. Begitu juga untuk stok amunisi Angkatan Tentera Singapura.
Walau bagaimanapun, Markas Peluru SAF (SAFAC) dan DSTA, telah menghasilkan cara baru untuk memperluaskan jangka hayatnya - dengan mengambil komponen peluru secara berasingan.
Sebagai contoh, dengan menukar komponen letupan yang luput dalam masa 10 tahun, jangka hayat bom tangan boleh dipanjangkan ke 30 tahun.
Pendekatan yang sama juga digunakan untuk melanjutkan jangka hayat 40mm bom tangan dari 10-20 tahun.
"Ia serupa dengan telefon pintar, di mana terhad kepada jangka hayat baterinya. Dari membuang terus telefon itu, sebaliknya kita boleh terus menggunakannya dengan menukar bateri," jelas Pakar Tentera 5 Andy Ong, Ketua Bahagian Pengurusan Peluru, SAFAC.
Dengan jangkaan penjimatan $13.5 juta untuk SAF, sistem simpanan peluru telah memenangi Anugerah Projek Inovasi MINDEF.
"Kami sentiasa mencari idea yang bagus untuk menguruskan simpanan peluru kami. Dengan sumber yang terhad, kita perlu berbuat lebih banyak dengan sumber yang terhad dengan duit pertahanan yang ada," kata Pakar Tentera 4 Chea Wei Tien, seorang pegawai staf SAFAC.
Pemasangan yang pantas
Terkini, angkatan tentera mempunyai simpanan bom tangan yang dipasang sepenuhnya, sedia untuk digunakan dalam latihan dan di dalam penggunaan operasi. Utuk simpanan, badan dan komponen letupan disimpan dengan tentera dan kontraktor pertahanan tempatan.
Dari April tahun ini, tangan robotik telah diuji secara progresif untuk digunakan di fasiliti pengeluaran untuk mengautomasikan pemasangan peluru. Sensor juga digunakan memeriksa peluru untuk memastikan kebolehpercayaan.
Maju ke depan, kenderaan tanpa pemandu akan digunakan untuk mengalihkan bahan letupan di antara stesen kerja dengan cepat dan selamat.
"Tangan robotik telah menggantikan operator semasa proses pemasangan, di mana kesilapan manusia boleh dikurangkan dan meningkatkan keselamatan dan kebolehpercayaan. Dengan adanya robotik untuk mengoptimumkan tenaga manusia dan produktiviti, kadar pengeluaran boleh meningkat dua kali ganda," jelas Cik Leow Jing Zhi, Pengurus Project DSTA.
Magazin yang sedia untuk digunakan
Tentera yang bertugas sebagai unit tunggu sedia perlu melalui proses yang lama untuk memuat masuk magazin ke dalam Rifel Penggempur Singapura 21. Kebiasaan, ia akan mengambil masa selama 2 minit untuk mengisi penuh magazin dengan 30 peluru. Dan bergantung dengan keadaan misi, tentera perlu mengisi penuh dua hingga empat magazin.
Pada hari ini, tentera daripada unit tunggu sedia diisukan magazin pra-muat yang sedia untuk digunakan. Dibungkus dengan bag plastic jernih, tentera boleh melakukan pemeriksaan pada jumlah pusingan peluru dengan mudah.
Mereka yang terlibat di dalam inisiatif ini adalah Pakar Tentera 5 Lim Seng Kiat, Ketua Bahagian Peluru Konvensional, SAFAC; dan pegawai staf Pakar Tentera Png Wee Chun. Mereka telah dianugerahkan dengan projek WITS (Skim Pasukan Peningkatan Kerja) dan Anugerah Cadangan untuk usaha mereka.
"Magazin pra-muat ini telah dikonseptualisasikan untuk meningkatkan melengkapi-operasi. Kami faham daripada askar-askar, memasukkan pusingan peluru secara manual banyak memakan masa, jadi ini adalah proses yang kami hendak hapuskan," kata Pakar Tentera 5 Lim.
Lans Koperal Wong Westley, penolong pegawai mortar di dalam Batalion pertama, Rejimen Infantri Singapura, sangat terkejut apabila menerima magazin pra-muat semasa tugasan kawalan pertama beliau pada May tahun ini.
"Saya berpendapat magazine pra-muat banyak menjimatkan masa. Sebagai tentera, kita mahu memfokus masa untuk menjalankan tugas penting seperti latih tubu just-in-time untuk memastikan kecekapan kami semasa menjalankan operasi.
Kerjasama Berpasukan
Cabaran utama yang dihadapi oleh Pakar Tentera 5 Lim dan pakar Tentera 4 Png adalah memastikan spring magazin kekal berfungsi selepas diberi tekanan yang lama daripada 5.56mm pusingan.
Unit mereka menyokong dengan memperkenalkan mereka dengan jurutera mekanikal Pakar tentera 4 Eugene Wong, professor madya di Universiti Newcastle di Singapura.
Dengan pertolongan beliau, mereka dapat menjalankan ujian makmal pada spring magazin. Keputusan ujian adalah spring tersebut boleh digunakan selama tiga tahun.
Ke semua magazin yang dimuatkan telah diperbaharui dengan spring yang baru, dan ujian dilakukan secara berkala untuk memastikan ia boleh berfungsi dengan baik. Mereka kini meneroka kegunaan konsep magazin yang dimuatkan untuk peluru jenis lain yang digunakan oleh RSAF.

ALSO READ IN TECHNOLOGY
AI sertai perjuangan dalam latihan pertahanan siber kebangsaan
12 Nov 2025
AI dan kerjasama erat antara agensi dan industri menjadi tumpuan utama dalam Latihan Pertahanan Infrastruktur Kritikal (CIDeX) tahun ini.
MEREKA MEMBINA BANDARAYA INI
01 Oct 2025
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
22 Aug 2025
Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.














