Finding their bearings amid choppy seas

https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/15jun20news1_photo1e5a9c9f8-b2ef-4c37-a0b1-488533d2cebd.jpg?sfvrsn=d96cbebc_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MENCARI-MENYELAMAT-DAN-BERKHIDMAT-DALAM-PERJUANGAN-MENENTANG-COVID-19
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MENCARI-MENYELAMAT-DAN-BERKHIDMAT-DALAM-PERJUANGAN-MENENTANG-COVID-19
MENCARI, MENYELAMAT DAN BERKHIDMAT DALAM PERJUANGAN MENENTANG COVID-19
15 Jun 2020 | PEOPLE

MENCARI, MENYELAMAT DAN BERKHIDMAT DALAM PERJUANGAN MENENTANG COVID-19

INI BUKAN LATIHAN DALAM KEM (ICT) YANG BIASA ANDA ALAMI: PAKAR TENTERA (ME) 4A (NS) MUHAMMAD NURHAFIZ BIN JUMA’AT, 32, BERKONGSI KISAHNYA SEBAGAI PETUGAS BARISAN HADAPAN DALAM PERJUANGAN MENENTANG COVID-19. PEGAWAI JURURAWAT DI HOSPITAL BANTUAN TEMPUR KE-8 (8 CSH), TELAH DIKERAH BERSAMA-SAMA RAKAN-RAKAN ANGGOTA UNTUK MENJAGA PESAKIT DI KEMUDAHAN PENJAGAAN MASYARAKAT (CCF) SINGAPORE EXPO.

ME4A (NS) Nurhafiz (memakai Peralatan Perlindungan Peribadi berwarna kuning) mengambil bacaan tekanan darah pesakit di dalam zon merah (di mana pesakit ditempatkan) di Expo CCF.

Menjawab panggilan tugas

Saya dimotivasikan oleh Pegawai Pemerintah - Leftenan Kolonel (NS) (Dr) Bernard Lim - yang menggalakkan kami menyertai operasi ini (di CCF Singapore Expo) semasa ICT sebagai sebahagian daripada usaha nasional memerangi COVID-19.

Komander saya yang lain dan rakan anggota NS (Anggota-anggota Perkhidmatan Negara) bangkit menyahut panggilan walaupun mengetahui risikonya.

Saya merupakan Pengurus Jabatan Sokongan Hayat Kecemasan di Institut Sains Kesihatan-HMI, dan bos-bos saya - Encik Tee Soo Kong, Pengarah Eksekutif dan Encik David Tay, Pengarah Latihan dan Pembangunan, yang dahulunya pegawai kanan daripada Institut Latihan Perubatan SAF (Angkatan Bersenjata Singapura) - juga banyak memberi sokongan semasa pengalaman ICT saya. Rakan sekerja saya, PTE (NS) Soh Zi Wei, yang juga daripada 8 CSH, turut serta sebagai salah seorang daripada anggota kerahan ke Expo.

ME4A (NS) Nurhafiz (atas kanan, dua dari kanan) "melawat" keluarganya semasa Hari Raya melalui panggilan video Zoom.

Hari Raya yang berbeza tahun ini

Melawat ahli keluarga dan saudara-mara sambil menikmati hidangan enak yang biasa dilakukan bukanlah satu pilihan tahun ini. Tempoh ICT kami berjalan dari 26 Mei hingga 14 Jun, dan saya terasa kehilangan suasana bulan Ramadan kerana kerahan saya berlaku pada minggu pertama Hari Raya.

Tetapi saya mahu menjawab seruan yang lebih besar. Pengorbanan ini memang berbaloi kerana ia bukan sahaja untuk orang tersayang kita dan negara, tetapi juga untuk menjaga pekerja asing yang memerlukan penjagaan perubatan dan sokongan kita dalam masa yang genting ini.

Keluarga - sokongan & inspirasi saya

Ibu bapa saya ialah model peranan saya. Mereka memberi saya motivasi untuk menyertai operasi ini.

Bapa saya, ME4 (Bersara) Juma'at, baru sahaja bersara daripada SAF selepas berkhidmat selama lebih 35 tahun. Dia seorang medik dan membesar dengan inspirasi pengalaman pasukan menjaga keamanan PBB di samping juga bantuan kemanusiaan dan misi bantuan bencana.

Ibu saya, Puan Suzana, menjadi jururawat semasa penularan wabak SARS pada 2003.

Ahli keluarga, saudara mara dan kawan-kawan saya yang lain semuanya memberikan saya semangat dan mereka juga diinspirasikan oleh kesanggupan saya untuk pergi ke barisan hadapan. Pada masa yang sama, mereka berkongsi kebimbangan tentang keselamatan saya dan meminta saya menjaga diri semasa operasi ini.

ME4A (NS) Muhd Nurhafiz sedang menyarung Peralatan Perlindungan Peribadinya, yang merangkumi topeng, perlindungan mata, gaun dan sarung tangan.

Ketakutan itu sentiasa ada apabila anda memerangi musuh yang kita tidak nampak. Tentunya, saya tidak mahu membawa jangkitan ini pulang kepada orang yang tersayang.

Kami sentiasa diingatkan tentang kepentingan mengekalkan kebersihan peribadi. Sebelum kerahan, kami menjalani latihan ulang kaji tentang menggunakan peralatan resusisasi, di samping memakai topeng dan prosedur Peralatan Perlindungan Peribadi.

Langkah berjaga-jaga seperti sesekat plastik diletakkan di tempatnya di kawasan tempat makan CCF untuk meminimumkan potensi penyebaran virus.

Sebelum pulang ke rumah, wajib bagi kami untuk mandi dahulu. Di pintu pagar, saya akan menyembur disinfektan pada kasut saya. Sebaik memasuki rumah, saya akan menukar pakaian, membasuhnya dan mandi untuk kali kedua.

Sebagai langkah berjaga-jaga, saya terpaksa meminimumkan interaksi rapat dan tidak berkongsi hidangan dengan isterinya. Saya makan menggunakan pinggan dan sudu garpu plastik. Dia seorang jururawat am kanan yang bekerja di hospital yang disusun semula, jadi kami berdua memahami kepentingan langkah-langkah ini.

Saya menetap di Punggol dan rumah saya sekarang ini menghadap asrama S11. Ia mengingatkan saya bagaimana saya boleh memainkan peranan yang lebih besar untuk membantu pekerja asing yang telah banyak menyumbang kepada Singapura.

Pasukan perubatan menjalani giliran 12 jam pagi atau malam semasa kerahan mereka.

Ucapan 'terima kasih' sahaja sudah cukup menggembirakan saya.

Saya berbangga dikerah di barisan hadapan dan menyumbang kepada seruan yang lebih tinggi. Sebagai jururawat berdaftar yang sebelum ini bekerja di Jabatan Kecemasan di Sistem Kesihatan Universiti Nasional, saya berpeluang menggunakan kemahiran saya untuk menilai keadaan dan triaj (menentukan keutamaan rawatan) untuk mereka.

Sebagai pemudah cara di HMI-Institute, saya mengambil peluang untuk menyampaikan pengalaman dan kemahiran saya kepada rakan-rakan medik saya. Menyaksikan pesakit pulih daripada gejala yang mereka alami, dan ucapan semudah 'terima kasih' sudah cukup menggembirakan saya.

Saudara Sepasukan: anggota-anggota 8 CSH yang menawarkan diri untuk berjuang memerangi COVID-19 di CCF Expo.

Pasukan kami sentiasa berjaga-jaga dan komited untuk bertindak balas kepada sebarang kecemasan. Pada 30 Mei, ketika kami sedang merawat seorang pesakit di ruang sakit, dia tiba-tiba mengalami rasa sakit yang mencucuk-cucuk pada rusuk kanan (antara tulang rusuk dan pinggul).

Selepas memanjangkan kes ini kepada Pegawai Perubatan kami, pesakit diberikan analgesia intraotot namun walaupun telah menerima penahan sakit, dia masih mengerang kesakitan.

Kami mengaktifkan ambulans Pasukan Pertahanan Awam Singapura. Keadaan di luar hujan lebat ketika saya menyerahkan pesakit kepada kakitangan SCDF. Saya mengagumi usaha semua barisan hadapan melakukan yang terbaik semasa tempoh ini.

Menyumbang kepada perjuangan

Saya berterima kasih kepada SAF, 8 CSH, keluarga dan tempat kerja saya kerana membenarkan saya menyumbang kemahiran untuk operasi ini.

Pada penghujung hari, saya berpuas hati dapat menyumbang kepada perjuangan yang lebih besar. Satu perkara yang saya akan sentiasa ingat mengenai menjadi sebahagian daripada kerahan ini ialah bagaimana kami semua telah sedikit sebanyak menyumbang dengan cara kami sendiri untuk memerangi fasa sukar ini bersama-sama.

 

Suggested Reading
Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
PEOPLE
15 Jun 2020

She used to serve on the MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
PEOPLE
15 Jun 2020

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
PEOPLE
15 Jun 2020

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.

DUA KALI KEKUATAN, GANDAKAN KEBANGGAAN
PEOPLE
15 Jun 2020

3SG Irfan dan 3SG Iryan Hidayat telah menempuh laluan yang hampir sama sepanjang hidup mereka —daripada bersekolah di sekolah yang sama hinggalah mendaftar ke NS dan, kini, menamatkan pengajian sebagai sarjan yang baru dilantik bersama-sama.

Feature
SELEPAS “SELAMA-LAMANYA”
PEOPLE
15 Jun 2020

She used to serve on the Daripada kawan baik kepada pasangan kekasih, dan kini ibu bapa kepada dua anak (dengan ketiga dalam perjalanan!): Pasangan tentera CPT Nuraishah dan 3WO Shahibul berkongsi bagaimana cinta mereka masih kukuh.

Feature
SG bersedia untuk gangguan dalam latihan Pertahanan Mutlak di seluruh negara
PEOPLE
15 Jun 2020

She used to serve on the Latihan SG Ready kembali untuk edisi kedua, dengan mobilisasi SAF dan fokus pada gangguan kuasa.

Feature
Berlabuh dalam cinta
PEOPLE
15 Jun 2020

She used to serve on the Bagi pasangan Tentera Laut ini, cinta bukan hanya tentang gerak isyarat yang hebat. Ia mengenai perkongsian, persefahaman dan mencari kegembiraan dalam detik-detik kecil.

Cover story
PENDAFTAR PERTAMA TAHUN 2025
PEOPLE
15 Jun 2020

Selamat datang ke BMT: Sertai kumpulan pertama pendaftar tahun baru semasa mereka memulakan perjalanan NS mereka di Pulau Tekong

Feature
Kapal tanpa pemandu Tentera Laut meronda perairan S'pura
PEOPLE
15 Jun 2020

She used to serve on the Kapal Permukaan Tanpa Pemandu Keselamatan Maritim (USV MARSEC) RSN adalah yang pertama seumpamanya beroperasi secara autonomi di kawasan yang sesak seperti Selat Singapura.

BERKHIDMAT UNTUK TUJUAN YANG LEBIH BAIK
PEOPLE
15 Jun 2020

ME4 Fion Lim Jia Hui dan ME4 Yee Jia Jun kedua-duanya memilih untuk menyahut panggilan untuk berkhidmat dengan cara mereka sendiri – dengan mencurahkan pengetahuan teknikal mereka ke dalam pertahanan Singapura.