MENCABAR DIRI AGAR LEBIH MANTAP

17sep21_news2_photo1a https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/17sep21_news2_photo1a5e81e4c4-0c89-44d6-8ea8-4bb941b33158.jpg?sfvrsn=a5194cbc_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MENCABAR-DIRI-AGAR-LEBIH-MANTAP
MENCABAR DIRI AGAR LEBIH MANTAP https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MENCABAR-DIRI-AGAR-LEBIH-MANTAP
17 Sep 2021 | PEOPLE

MENCABAR DIRI AGAR LEBIH MANTAP

Mudah, fleksibel dan kelaka – begitulah gaya latihan 2WO Suraindran Sanjeev ketika memberi arahan kepada Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara (NSmen)

// KISAH TEO JING TING

// FOTO KENNETH LIN & IHSAN 2WO SANJEEV

2WO Sanjeev gemar melatih Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara kerana mereka mencabarnya untuk menjadi jurulatih yang lebih baik.
English 华文
English 华文

Dia bersifat kelaka dan senang didekati. Dia adalah jurulatih yang akan memberi anda kefleksebelan untuk menjalani latihan mengikut cara anda sendiri asalkan ia menepati prosedur yang betul, dan hanya akan melibatkan diri sekiranya terserempak dengan teknik yang salah.

Pegawai Waran ke-2 (2WO) Sanjeev bagaikan jurulatih impian tetapi sebahagian besar gayanya adalah bergantung pada siapa kumpulan pelatihnya. Jurulatih platun Infantri Perisai dari Pusat Latihan Pasukan Tempur di Institut Latihan Perisai mengarahkan platun Anggota Perkhidmatan Negara Sedia Beroperasi (NSman).

Jelasnya: "Apabila NSmen kembali menjalani latihan, kebanyakannya adalah latihan ulangkaji kerana mereka sudahpun menjadi pegawai berkelayakan. Peranan saya adalah untuk menambahbaik tahap mereka ke tahap mereka sebelum ini."

Setiap kali NSmen kembali untuk Latihan Dalam Kem (ICT), 2WO Sanjeev akan mengadakan kursus ulangkaji senjata dan latihan platform untuk meningkatkan kemahiran mereka.

Pegawai berusia 36 tahun itu juga menjalankan pengajaran memandu terkini untuk pengendali Kenderaan Perang Infantri Bionix II dan komander kenderaan NSman supaya mereka menepati standard keselamatan sebelum membawa kenderaan keluar untuk latihan olah gerak.

Walaupun dia mengambil langkah ke belakang semasa latihan mereka, 2WO Sanjeev akan meluangkan masa untuk melibatkan panglima NSman, agar mereka semua tahu apakah aktiviti hari berikutnya.

Dia juga berkongsi pengalamannya dan memberi cadangan untuk menambah nilai dalam sesi latihan NSmen – suatu sifat yang dihargai oleh pelatih Sarjan Ketiga (3SG) (NS) Ken Soh. Panglima pasukan basikal berusia 33 tahun berada dalam ICT kelapan dari 16 hingga 31 Ogos; inilah kali pertama dia bekerja dengan 2WO Sanjeev.

Kami bersembang sejenak dengan 2WO Sanjeev dan 3SG (NS) Soh.

2WO Sanjeev (paling kiri) memberi taklimat kepada 3SG (NS) Soh (dua dari kiri) dan pasukannya setelah menjalani latihan.

Hai 2WO Sanjeev, kenapa anda memberi NSmen banyak kelonggaran dalam sesi latihan mereka? Dan bagaimana anda membina hubungan dengan mereka?

2WO Sanjeev: Mereka ada struktur pasukan komando mereka sendiri – Kompeni Sarjan Mejar (CSM), Panglima Platun (PC) dan Sarjan Platun (PSes) – justeru kami biarkan pasukan perintah mereka sendiri memikul tanggungjawab terhadap batalion mereka manakala kami pula merapatkan jurang.

Pada hari pertama mereka masuk untuk diproses dan menjalani ujian swab, saya akan memperkenalkan diri saya kepada pasukan perintah, berikan nombor saya dan membuka ruang untuk mereka bertanya saya apa-apa. Saya melayan mereka seperti orang dewasa dan memberi mereka arahan yang jelas tentang apa yang harus dilakukan.

Ia bersifat komunikasi dua-hala. Umpamanya, jika aktiviti hari esok adalah berkaitan ulangkaji senjata dan dijalankan oleh PC, saya akan memberi dia ruang dan membiarkannya menegaskan perintahnya sambil memastikan apa yang dia lakukan adalah selaras dengan rancangan latihan saya.

Pada akhir setiap hari, saya akan berbincang dengan pasukan perintah dan memberitahu mereka tentang aktiviti hari berikutnya seperti pemasaan dan pergerakan. Walaupun saya boleh menghantar maklumat melalui mesej tetapi saya lebih suka bersua muka dengan mereka dan untuk mengetahui sekiranya ada sebarang pertanyaan. Ia semata-mata untuk memastikan agar kami semua saling memahami.

Apakah perbezaannya dengan latihan NSmen?

2WO Sanjeev: Apabila saya menghampiri mereka dengan sesuatu yang baharu yang lain daripada hari aktif mereka, saya akan menerangkan sebab perubahan tersebut kerana mereka ingin tahu apakah perbezaannya. Dan mereka akan berasa lebih yakin setelah mendengar penjelasan anda, jika tidak, mereka akan menganggap bahawa anda berborak kosong dengan mereka.

Saya juga lebih suka menambah nilai, menyampaikan apa sahaja pengetahuan saya dan pengalaman semasa lawatan saya dan memberi cadangan untuk melakukan perkara-perkara tertentu dengan lebih baik. Apabila mereka mengambil baik nasihat saya dan sedar ia memanfaatkan, mereka akan kembali dan beritahu saya: "Eh encik, yah hor." Itu pun bila mereka tahu anda memang mempunyai pengetahuan dan mereka akan mudah menerimanya.

3SG (NS) Soh: Dia tahu sebagai NSmen, kami ini agak pelupa. Walaupun dia mengingatkan kami tentang prosedur yang betul dari semasa ke semasa, dia tidak memegang tangan kami – sebaliknya membiarkan kami mencuba sendiri asalkan ia selamat. Dia juga kerap memberi maklum balas kepada kami dan berkongsi pandangan berdasarkan pengalamannya sendiri.

Umpamanya, dia akan mencadangkan kaedah yang lebih berkesan untuk menerokai kawasan tertentu, apakah kaedah penyusupan yang lebih baik dan bagaimana melindungi kawasan yang kurang diketahui sambil memastikan keselamatan kami terjaga, segala perkongsiannya adalah amat penting.

2WO Sanjeev (berdiri, kiri) memantau unit perisai NS pada Jun semasa mereka menjalani latih tubi senjata untuk tembakan secara langsung.

2WO Sanjeev, kami dengar anda tidak akan teragak-agak untuk menegur NSmen sekiranya mereka bersikap buruk?

2WO Sanjeev: Saya boleh bersikap baik tetapi bila saya perlu menegur, saya akan melakukannya. Ada juga di antara mereka yang bersikap pelemah semangat dan memperlekehkan ICT mengatakan ia membuang masa sahaja. Pada masa itulah saya akan bawa mereka ke tepi dan bertanya kenapa mereka hadir untuk ICT sekiranya mereka tidak berminat. Saya juga akan menyatakan saya boleh menggagalkan ICT mereka kerana mereka perlu memberi sumbangan. Pada masa itulah, mereka akan sedar.

Jika ada masa, saya ingin tahu dengan lebih mendalam apakah alasan di sebalik sikap mereka, dan saya akan bertanyakan PC dan PS mereka jika mereka selalu bersikap begitu. Dan bila saya menyusuli seorang demi seorang, barulah NSmen akan meluahkan perasaan mereka.

Sekiranya saya dapat mempengaruhi seorang askar dalam ICT itu, saya pasti apabila dia kembali dan berjumpa saya, dia tidak akan berbalik kepada sikap asalnya. Sekurang-kurangnya saya tahu ia adalah berdasarkan detik pertemuan terakhir dia dengan saya.

3SG (NS) Soh (bergambar) seronok menjalani latihan bersama jurulatih yang berpengetahuan seperti 2WO Sanjeev semasa tempoh ICTnya.

Apakah perkara yang mengemarkan anda semasa melatih NSmen?

2WO Sanjeev: Anda tidak perlu melakar kanvas yang baharu – ini bukan perkara baharu bagi mereka, ini hanya ulangkaji. Dalam kes ini, anda tidak boleh menipu tentang keupayaan anda. Sekiranya anda tidak pasti dan memberi tunjuk ajar, mereka akan tahu dengan segera.

Jika anda tidak tahu apa yang anda ajar atau apa yang anda lakukan, mereka juga akan tahu dan akan menegur anda. Ini yang menggalakkan saya untuk memantapkan lagi pengetahuan saya. Sekiranya tidak, saya perlu berusaha untuk mencari ilmu kerana saya tidak mahu kelihatan bodoh di hadapan mereka semua. Itu adalah faktor pendorong sebenarnya,

Bagi saya, ini adalah satu cara untuk mengukur prestasi saya sebagai jurulatih dan cara terbaik adalah untuk mencari para hadirin yang neutral, iaitu orang NSmen. Apabila mereka sedar anda mengajar dengan bersungguh-sungguh, anda akan tahu daripada bahasa gerak-geri mereka. Mereka akan melihat dan mendengar, dan saya boleh melihat reaksi mereka dari tempat saya berada.

Akhir kata, apakah kepuasan anda sebagai jurulatih?

2WO Sanjeev: Bagi saya, adalah memadai bila mereka mengucapkan terima kasih sesudah tamat kursus ICT mereka. Mereka akan berkata "Tuan, kita jumpa lagi tahun depan!" Pada masa itulah, anda tahu mereka telah menikmati latihan yang dijalankan dan impak anda ke atas mereka sehingga mereka tidak sabar untuk kembali.

3SG (NS) Goh: Dia yang menyeronokkan kursus ICT saya! Sebagai pengakap, kami menghabiskan banyak masa menunggu misi dan dia akan menghiburkan kami semasa kami menunggu. Daripada berkongsi kisah dan pengalamannya yang lucu dan bertanya tentang kehidupan kami, dia bersembang lama sehingga kami hilang rasa bosan. Walaupun hanya dua minggu kami bersamanya dalam kursus ICT tetapi impaknya kepada kami adalah agak mendalam.

Suggested Reading
SEMAKIN KUAT UNTUK LULUS SEBAGAI PEGAWAI
PEOPLE
17 Sep 2021

Cover story
ADIK BERADIK TENTERA
PEOPLE
17 Sep 2021

Seorang memijakkan kakinya dengan kukuh pada tanah, seorang lagi dahagakan pengembaraan – CPT Rebekah Abbott dan CPT (Dr) Hannah Abbott berkongsi kegembiraan membesar dan mendaftar dengan tentera.

Cover story
EMPAT WANITA, 4 PERKHIDMATAN, 19 TAHUN PERSAUDARAAN
PEOPLE
17 Sep 2021

Temui ME6 Toh Bao-En, LTC Nah Jinping, LTC Tong Wei Lynn dan SLTC Tung Wanling.

Feature
SAF BERSEDIA UNTUK MEMPERLUASKAN KAWASAN LATIHAN PULAU TEKONG; SAFTI CITY DIBUKA UNTUK LATIHAN
PEOPLE
17 Sep 2021

Pulau Tekong akan diperluaskan hingga 10km, dan merupakan sebahagian daripada pelaburan SAF dalam infrastruktur latihan untuk latihan yang lebih berkesan dan realistik.

Feature
ELAUN NS NAIK DARI 1 JULAI 2025
PEOPLE
17 Sep 2021

Kenaikan itu adalah antara siri pelbagai langkah untuk meningkatkan pengalaman Perkhidmatan Negara (NS) dan mengiktiraf sumbangan anggota kerahan.

PERUBATAN TEMPUR BELAJAR MENYELAMATKAN NYAWA DALAM PENEMPATAN SAF-SCDF
PEOPLE
17 Sep 2021

LCP Chen Anhong melangkah ke atas untuk merawat pesakit dan menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan selama enam bulan bersama SCDF.

Cover story
SAF BAKAL MENDAPATKAN KENDERAAN PERANG INFANTRI BARU, 2 LAGI KAPAL SELAM; MEMBINA KEUPAYAAN TANPA PEMANDU
PEOPLE
17 Sep 2021

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menekankan pendekatan jangka panjang SAF untuk membina pasukan pejuang generasi akan datang, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan mengenai belanjawan pertahanan.

Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
PEOPLE
17 Sep 2021

MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
PEOPLE
17 Sep 2021

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
PEOPLE
17 Sep 2021

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.