MEMUPUK PEMIMPIN BAHARU SAF

11dec23_news1-photo1-thumbnail https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/11dec23_news1-photo1-thumbnail.jpg?sfvrsn=75a8e7cd_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MEMUPUK-PEMIMPIN-BAHARU-SAF
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MEMUPUK-PEMIMPIN-BAHARU-SAF
MEMUPUK PEMIMPIN BAHARU SAF
11 Dec 2023 | PEOPLE

MEMUPUK PEMIMPIN BAHARU SAF

//CERITA THRINA THAM / FOTO CHUA SOON LYE & IHSAN MEREKA YANG DITEMU DUGA

Semua usaha mereka dalam sembilan bulan yang lalu membuahkan hasil apabila 2LT Shafiq dan 2LT Jasmine Ong menamatkan pengajian sebagai pegawai yang baru ditauliahkan pada 9 Dis.

2LT Shafiq (tengah) menerima epaulet daripada ibu bapanya semasa perbarisan pentauliahannya pada 9 Dis.

Ia merupakan detik pahit manis bagi Leftenan 2 (2LT) Mohammad Shafiq Bin Mohd Karmin semasa menyaksikan rakan sekelompoknya menerima pentauliahan awal tahun ini.

Walaupun dia bangga dengan kawan-kawannya, namun dia tidak berdiri di kalangan mereka.

Pegawai berusia 21 tahun itu mengalami saraf tersepit semasa menjalani Kursus Pegawai Kadet (OCC) Penggal Profesional - yang menjejaskan tangan dan lengan kirinya - sehingga terpaksa menarik diri daripada kursus tersebut. Bagi 2LT Shafiq, yang berketinggian 1.59m dan berat badannya hanya 50kg, Pesanan Pertempuran Penuh mungkin hampir separuh berat badannya.

"Saya berasa agak sedih dan kecewa, dan berasa tidak larat langsung dari segi fizikal dan mental," katanya.

Pegawai infantri mengambil keputusan untuk bangkit dan naikkan berat badannya. Dia membina daya ketahanannya melalui larian dan berbasikal; dan menambah lebih kurang 7kg.

Walaupun 2LT Shafiq berasa ragu dengan keupayaannya untuk menjadi pegawai infantri kerana bentuk badannya yang lebih kecil, dia mendapat keyakinan melalui latihan dan sokongan daripada keluarganya.
2LT Shafiq (tengah) menyertai duathlon sebagai sebahagian daripada peningkatan rejim latihan larian dan berbasikalnya. [Foto ihsan 2LT Shafiq]

Dia juga berterima kasih kepada keluarganya atas dorongan mereka terhadapnya.  Dia menimba inspirasi daripada bapanya yang berkhidmat sebagai Anggota Tetap dalam Pasukan Polis Singapura; dan ingin ditauliahkan sebagai satu penghormatan kepada arwah datuknya, yang meninggal dunia pada awal tahun ini.

"Datuk saya sering menasihatkan saya untuk berusaha dengan sebaik-baiknya dalam apa jua yang saya lakukan dalam kehidupan," kata 2LT Shafiq.

Dia mengambil masa tiga bulan untuk pulih dan menyertai semula OCC pada Jun ini – setahun selepas mendaftar.

Pada 9 Dis, dia berada di kalangan 460 kadet yang akan ditauliahkan sebagai pegawai Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) di Institut Tentera SAFTI.

Pegawai-pegawai OCC 131/23 yang baru dilantik melambungkan kep birai mereka ke langit semasa meraikan pentauliahan mereka.

"Saya berasa cukup bangga berdiri di dataran kawad SAFTI selepas setahun lamanya... bersama dengan rakan platun saya dan berdepan dengan keluarga dan presiden kami," kata 2LT Shafiq, yang akan menyertai Batalion Ke-8, Rejimen Infantri Singapura.

Para graduan merangkumi 368 daripada Angkatan Tentera Singapura, 60 daripada Angkatan Tentera Laut Republik Singapura dan 32 daripada Angkatan Tentera Udara Republik Singapura.

Presiden Tharman Shanmugaratnam memeriksa perbarisan buat kali pertama sebagai ketua negara.

Encik Tharman (tengah) memeriksa perbarisan pentauliahan.
Dalam ucapannya kepada kadet, Encik Tharman berkata mereka memikul tanggungjawab yang berat untuk membina sifat tujuan dalam diri anggota-angota di bawah jagaan mereka.

Berucap di hadapan kadet, Encik Tharman mengatakan cabaran keselamatan hari ini adalah kompleks dan boleh diselesaikan dengan baik melalui pengukuhan hubungan pertahanan.

Menurut beliau lagi, kekuatan tentera Singapura terletak pada rakyatnya: "Sebagai bakal Pegawai muda, anda memikul tanggungjawab yang berat di bahu anda.

Anda harus membina sifat tujuan yang kuat di kalangan lelaki dan wanita yang berada di bawah jagaan anda, dan menimbulkan inspirasi mereka agar yakin pada negara dan angkatan bersenjata kita."

Walaupun 2LT Shafiq pernah berasa ragu tentang keupayaannya semasa dia menyertai semula OCC, dia berjaya memperoleh keyakinan dalam gaya kepimpinannya sendiri.

"Saya belajar daripada tenaga pengajar, seorang pemimpin harus mempengaruhi (rakan sebaya) dengan cara tersendiri. Saya akan cuba memimpin melalui teladan dan sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh," katanya.

2LT Ong terpaksa mengimbangi kedudukan kepimpinan sambil menyesuaikan diri dengan ketegasan Angkatan Tentera Laut sepanjang tempoh kursusnya.

Menurut rakan graduan 2LT Jasmine Ong, Penggal Yayasan Tentera Laut permulaan kursusnya merupakan tugas yang paling mencabar kerana pada masa itu juga, dia mengetuai pucuk pimpinan.

"Kami diajar pelbagai kemahiran dan pengetahuan, termasuk pelayaran dan kepelautan. Di samping memahami kesemua maklumat baharu dan menyesuaikan diri dengan ketegasan kursus itu adalah pengalaman yang baharu bagi saya," kata pegawai berusia 19 tahun itu.

2LT Ong (baris pertama, keempat dari kanan) bersama dengan rakan divisyennya semasa pelayaran MSTD awal tahun ini. [Foto ihsan 2LT Ong]

Segala kerja kerasnya semasa Penggal Yayasan Tentera Laut dan Kerahan Latihan Laut Midshipmen (MSTD) 33-hari itu telah membuahkan hasil apabila dia memandang ke atas pada langit malam yang penuh bintang sambil melaporkan diri untuk tugasan menjaga jambatan.

Pada saat itulah saya sedar saya mahu berada di sini," kata 2LT Ong, yang bapanya juga bekas Anggota Tetap Tentera Laut.

"Walaupun apa yang saya lakukan sekarang mungkin kelihatan remeh kerana kami masih dalam peringkat latihan kami, belayar di MSTD menyedarkan saya tentang gambaran yang lebih besar dan peranan Angkatan Tentera Laut.

"Barulah saya memahami apakah yang dimaksudkan dengan memilih kerjaya sebagai pegawai tentera laut."

Suggested Reading
Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
PEOPLE
11 Dec 2023

MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
PEOPLE
11 Dec 2023

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
PEOPLE
11 Dec 2023

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.

DUA KALI KEKUATAN, GANDAKAN KEBANGGAAN
PEOPLE
11 Dec 2023

3SG Irfan dan 3SG Iryan Hidayat telah menempuh laluan yang hampir sama sepanjang hidup mereka —daripada bersekolah di sekolah yang sama hinggalah mendaftar ke NS dan, kini, menamatkan pengajian sebagai sarjan yang baru dilantik bersama-sama.

Feature
SELEPAS “SELAMA-LAMANYA”
PEOPLE
11 Dec 2023

Daripada kawan baik kepada pasangan kekasih, dan kini ibu bapa kepada dua anak (dengan ketiga dalam perjalanan!): Pasangan tentera CPT Nuraishah dan 3WO Shahibul berkongsi bagaimana cinta mereka masih kukuh.

Feature
SG bersedia untuk gangguan dalam latihan Pertahanan Mutlak di seluruh negara
PEOPLE
11 Dec 2023

Latihan SG Ready kembali untuk edisi kedua, dengan mobilisasi SAF dan fokus pada gangguan kuasa.

Feature
Berlabuh dalam cinta
PEOPLE
11 Dec 2023

Bagi pasangan Tentera Laut ini, cinta bukan hanya tentang gerak isyarat yang hebat. Ia mengenai perkongsian, persefahaman dan mencari kegembiraan dalam detik-detik kecil.

Cover story
PENDAFTAR PERTAMA TAHUN 2025
PEOPLE
11 Dec 2023

Selamat datang ke BMT: Sertai kumpulan pertama pendaftar tahun baru semasa mereka memulakan perjalanan NS mereka di Pulau Tekong

Feature
Kapal tanpa pemandu Tentera Laut meronda perairan S'pura
PEOPLE
11 Dec 2023

Kapal Permukaan Tanpa Pemandu Keselamatan Maritim (USV MARSEC) RSN adalah yang pertama seumpamanya beroperasi secara autonomi di kawasan yang sesak seperti Selat Singapura.

BERKHIDMAT UNTUK TUJUAN YANG LEBIH BAIK
PEOPLE
11 Dec 2023

ME4 Fion Lim Jia Hui dan ME4 Yee Jia Jun kedua-duanya memilih untuk menyahut panggilan untuk berkhidmat dengan cara mereka sendiri – dengan mencurahkan pengetahuan teknikal mereka ke dalam pertahanan Singapura.