MILESTONES
MEMPERINGATI 20 TAHUN PENDIDIKAN & LATIHAN PERTAHANAN
06 Sep 2021
Institut Sistem Pertahanan Temasek (TDSI) sedang menyambut ulang tahun ke-20 dan berikut adalah sumbangannya kepada sektor pertahanan.
Institut Sistem Pertahanan Temasek (TDSI) sedang menyambut ulang tahun ke-20 dan berikut adalah sumbangannya kepada sektor pertahanan.
Keperluan untuk memahami dan membaca teknologi pada tahap sistem – inilah asas penubuhan TDSI.
Pada awal 2000-an, Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) sedar tentang keperluan untuk mengintegrasikan teknologi pertahanan dan operasi secara lancar merentasi pelbagai sistemnya.
Lebih penting lagi, warga negaranya perlu memahami dan memanfaatkan teknologi dan operasi ini untuk membuat keputusan yang termaklum.
Justeru, TDSI ditubuhkan pada Julai 2001 dengan tujuan tunggal untuk mendidik warga kerjanya dengan keupayaan untuk melakukannya sambil menangani cabaran keselamatan yang semakin meningkat.
"TDSI adalah platform pendidikan untuk mengintegrasikan tiga komuniti – pejabat ketenteraan, jurutera pertahanan dan teknologi pertahanan – demi mewujudkan gabungan kuasa tentera untuk abad ke-21," kata Pengarah TDSI Profesor Yoon Soon Fatt.
Beliau yang berusia 59 tahun, mengatakan bagaimana semasa menghadapi ancaman, dron dan sistem tinjauan lain akan dihantar terlebih dahulu untuk menilai keadaan dan menghantar maklumat kembali ke pangkalan. Tetapi, personel di sana perlu mentafsir maklumat dan memahami bagaimana sistem ini adalah saling berkaitan, untuk membolehkan mereka membuat keputusan yang berkesan.
"Inilah sebabnya mempunyai pemikiran bertahap sistem adalah sangat penting," kata Prof Yoon.
Membina rangkaian & bahasa sepunya
Kursus pengenalan TDSI adalah program berprestij Sarjana Teknologi dan Sistem Pertahanan (MDTS) selama 18 bulan.
Dalam enam bulan pertama, penuntut dilengkapi dengan pelbagai pengetahuan tentang kejuruteraan sistem di Universiti Nasional Singapura.
Kemudiannya, mereka akan melanjutkan pengajian ke luar negara di salah satu daripada tiga institusi rakan TDSI – Naval Postgraduate School (NPS), Air Force Institute of Technology atau Cranfield University – untuk mengkhusus bidang yang spesifik dalam teknologi pertahanan. Para penuntut boleh memilih lebih daripada 20 bidang pengkhususan, termasuk peperangan dalam laut, sistem senjata dan elektro-optik.
Program ini juga membolehkan mereka bekerja bersama dan menjalin talian persahabatan dengan personel daripada beberapa sektor pertahanan – daripada personel tentera kepada jurutera pertahanan dan saintis. Jalinan persahabatan dan mempelajari "bahasa sepunya" merentasi pelbagai disiplin dan organisasi terbukti memanfaatkan para graduan.
Contohnya, Encik Teo Tiat Leng mengatakan beliau memahami dengan lebih mendalam perspektif dan keprihatinan para saintis dan anggota tentera setelah tamat program MDTS pertama pada 2002 dan kembali menjalankan tugasan di Agensi Sains dan Teknologi Pertahanan (DSTA).
"Pada dewasa ini, kami mengendalikan suatu rangkaian sistem, bukan sahaja satu komponen tunggal. Sesudah tamat pengajian di TDSI, saya berasa lebih selesa berurusan dengan rakan sekerja daripada pasukan pengurusan program berintegrasi daripada disiplin-disiplin yang berbeza," jelas Pengarah (Pembangunan Keupayaan) Pusat Kejuruteraan Sistem dan Perintah, Kawalan dan Komunikasi (C3) yang berusia 54 tahun.
"Saya lebih memahami semasa mereka cuba menjelaskan kekangan atau keperluan untuk menukar ganti sesuatu sistem... (Mempunyai bahasa yang sama juga bererti) semasa kami mengerjakan projek, adalah lebih mudah untuk membuat panggilan telefon dan menjelaskan sebarang masalah yang dihadapi dan ini boleh mempercepatkan pergerakan kami."
Felow alumni MDTS, Mike Lee, 39, bersetuju: "TDSI adalah pencetus perubahan. Banyak perbincangan telah diadakan dengan rakan sejawat dan personel DSTA dan ini telah membantu saya untuk memahami perspektif mereka."
Penyelidik Pertahanan Kanan daripada DSO National Laboratories (DSO) tamat program MDTS pada 2016.
Meluaskan perspektif
Selain membina rangkaian, para penuntut perlu mengusahakan projek kemuncak sepanjang tempoh mereka menjalani program MDTS. Ia melibatkan pemahaman tentang suatu senario ancaman dan menyediakan pelbagai sistem untuk memerangi ancaman di samping mempertimbangkan analisis kos dan faktor risiko.
Projek Encik Lee, misalnya, adalah berkaitan dengan keselamatan maritim. Bekerja bersama pegawai tentera asing dari Amerika Syarikat (AS) di NPS memperluas perspektifnya untuk memikirkan sistem berlainan yang diperlukan dalam senario-senario yang berbeza.
"Di kalangan kami semua, kami sering membincangkan tentang Selat Singapura. Tetapi di AS, mereka menggunakan Lautan Pasifik sebagai contoh dan ini mendorong saya untuk meneliti sistem dan komponen mana yang sesuai untuk kedua-dua perairan itu."
Sebaliknya, Encik Teo melaksanakan projek kejuruteraan sistem berskala besar yang melibatkan pelbagai pasukan merentasi pelbagai disiplin di NPS. Projek itu mendorongnya untuk memikir lebih lanjut kerana beliau perlu mempertimbangkan bagaimana sistemnya dapat bertahan sehingga 20 tahun di samping memenuhi faktor-faktor seperti evolusi ancaman dan kos.
Mengasah kemahiran berfikir masa depannya telah memberinya keyakinan untuk mengambil projek berskala besar di tempat kerja. Umpamanya, semasa dia menyandang jawatan pengurus program utama bagi projek Changi C2 Center pada 2005, yang ditubuhkan untuk memudahkan kerjasama multi-agensi dan perkongsian maklumat keselamatan maritim serantau.
Sebagai jurutera pertahanan yang khusus dalam C3, Encik Teo mendapati projek tersebut melibatkan banyak kerja pembinaan dengan kekangan infrastruktur, teknologi dan polisi, malahan mengatasi cabaran seperti itu adalah "apa yang kami pelajari semasa di TDSI".
"Kami perlu mempertimbang risiko dan berfikir ke hadapan di tahap sistem. Ia memang memuaskan hati, walaupun saya tidak dapat meninjau projek tersebut sehingga siap."
Mengikuti perkembangan teknologi
Selaras dengan perkembangan ancaman dan teknologi, kurikulum TDSI juga perlu berubah secara beransur-ansur. Institut ini sering mengkaji semula dan mengemas kini modulnya untuk meninjau teknologi yang baharu dan kian berkembang seperti kecerdasan buatan, analisis data dan keselamatan siber.
TDSI juga telah menganjurkan seminar teknologi tentang topik seperti teknologi ruang dan kuantum sejak 2017.
"Dalam peperangan moden ini, kami memiliki banyak teknologi moden dan komponen baharu yang akan terus dibangunkan. Meskipun dilengkapi teknologi canggih, warga negaralah yang perlu membuat keputusan. Di situlah latihan pertahanan warga negara dilaksanakan," kata Prof Yoon.
"Memiliki warga kerja yang berkualiti merupakan kelebihan daya saing terbesar kami– justeru, adalah amat penting bagi kami untuk mengendalikan program pendidikan pertahanan yang baik yang berupaya mendidik warga kerja yang cemerlang sehingga mereka boleh diintergrasikan sebagai satu pasukan."
ALSO READ IN MILESTONES
Menyahut seruan untuk mempertahankan Singapura
21 Jan 2026
Upacara Penyerahan Senjata mewakili detik yang penuh bermakna apabila rekrut diamanahkan dengan senapang mereka dan mula memikul beban pertahanan negara.
TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
21 Oct 2025
APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
14 Oct 2025
Pangkalan Pusat Tenaga Manusia (CMPB) baharu di Bukit Gombak dibuka secara rasmi pada 14 Okt, mengalu-alukan pra-pendaftar, anggota askar dan orang ramai ke hab sehenti terkini untuk semua perkara Perkhidmatan Negara (NS).

