MILESTONES
MELAHIRKAN PEMIMPIN YANG KUAT PADA HARI ESOK
21 Oct 2017
Sebelum saya memulakan perjalanan ini, saya telah memberitahu diri saya supaya mesti melakukan yang terbaik.
Sebelum saya memulakan perjalanan ini, saya telah memberitahu diri saya supaya mesti melakukan yang terbaik.
Inilah yang mendorong Mejar (MAJ) Mohammad Raihan bin Hussaini menghadapi waktu-waktu paling sukar. Bagi meluangkan masa demi isteri dan anak perempuannya yang berumur empat tahun, Pegawai Infantri dari Inspektorat Keselamatan Tentera yang berumur 37 tahun itu hanya akan memulakan kerja sekolah selepas isteri dan anaknya tidur . Kemudian, dia akan bekerja sehingga pukul 3 pagi dan tidur selama tiga jam sebelum kembali semula ke sekolah.
Ia juga tidak mudah bagi isterinya iaitu Siti Jasrina. Walaupun dia mengambil ijazah secara sambilan dalam tempoh yang sama dia belajar, isterinya masih menjaga urusan isi rumah dan keluarga seperti memasak sarapan untuk Mejar (MAJ) Raihan setiap pagi, merancang masanya mengikut jadual suaminya, dan membawa anak mereka keluar supaya (MAJ) Raihan boleh menumpukan perhatian terhadap tugasan-tugasannya.
"Saya amat berterima kasih kepada isteri saya atas rasa cinta dan sokongannya. Kami boleh menjadi satu pasukan yang baik dan ini adalah satu sebab mengapa saya memberitahu diri saya sendiri yang saya mesti melakukan yang terbaik," kata Mejar (MAJ) Raihan.
Usahanya telah berhasil. Puan Jasrina kelihatan bangga ketika suaminya menerima anugerah graduan cemerlang daripada Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen di Upacara Graduasi Kursus Markas dan Staf (CSC) 2017, Maktab Markas dan Staf Goh Keng Swee (GKS CSC) pada 20 Oktober.
Upacara itu diadakan di Istana. Dr Ng menganugerahkan sijil-sijil dan anugerah kepada graduan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang cemerlang dan juga pegawai-pegawai antarabangsa CSC yang ke-48,ke-18 (NS) serta CSC (Eksekutif) ke-8 dan 9.
Sebelum itu, Panglima Pasukan Pertahanan Leftenan Jeneral Perry Lim menganugerahkan sijil-sijil graduasi kepada semua graduan-graduan SAF di Institut Ketenteraan SAFTI.
Kohort pada tahun ini merangkumi 123 orang pegawai tetap dari SAF, 56 orang pegawai Perkhidmatan Negara (NS), 31 orang Pakar Tentera (ME), seorang Pegawai Waran, dan 14 orang Pegawai Antarabangsa (IO) dari 11 buah negara.
Ketika berucap kepada graduan-graduan, Dr Ng menitikberatkan tentang kepentingan pemimpin yang bagus di tengah-tengah ancaman transnasional. Beliau berkata, "Kepimpinan kuat adalah yang paling utama iaitu pemimpin yang memahami risiko dan pemimpin yang membuat penilaian bagus tentang cara menangani ancaman secara efektif dengan sumber-sumber yang ada. Dalam persekitaran ini, kita perlu pemimpin-pemimpin yang peka dan cerdas. Kita juga perlu pemimpin-pemimpin yang boleh menyelesaikan masalah dengan sendiri dan mempunyai naluri kuat untuk menjaga Singapura dan warga Singapura supaya selamat."
Kata-kata beliau tidak dilupakan oleh Mejar (MAJ) Benson Chian yang merupakan pelajar terbaik dan penerima anugerah graduan cemerlang.
Dalam kursus 10 bulan itu, dia berpeluang untuk bekerjasama secara erat dengan Pegawai Maklumat Arab (IO) ketika merancang operasi melawan lanun maritim di Teluk Aden. Ini telah membuka matanya.
"Sebagai IO dari rantau (Teluk Aden), dia menawarkan banyak wawasan tentang bagaimana kita boleh mengeksploitasikan geografi operasi melawan lanun. Maklumat ini tidak mudah didapati dan ia meningkatkan kualiti latihan," jelas pegawai tentera laut dari Skuadron 185 yang berumur 32 tahun itu.
Kehadiran IO itu juga membantunya memahami isu-isu dengan melihat dari sudut geopolitik dan strategik terutamanya bagaimana pelbagai negara melihat dan bertindak dengan berbeza terhadap masalah yang sama.
Bagi ME5 Ang Lay Fang, rakan-rakan sehaluannya yang menolong dia melalui waktu-waktu sukar. Sebagai rakan IO warga Australia, kedua-dua wanita itu sentiasa mendorong di antara satu sama lain. Persahabatan mereka amat membantu semasa beban kerja yang berat seperti dalam bacaan, tugasan, dan penyelidikan.
"Kali terakhir saya mengambil kursus adalah pada 15 tahun lepas!" kata Jurutera Tentera Udara yang berumur 38 tahun itu dari Kumpulan Kejuruteraan Udara dan Logistik, Ibu Pejabat Angkatan Udara Republik Singapura sambil tertawa.
"Mujurlah kami membahagikan dan mengatasi masalah beban kerja dengan rakan pasukan dan ini membantu memudahkan keluk pembelajaran kami."
Pada umur 46 tahun, Mejar (MAJ) (NS) Shanmugam Ramalingam adalah yang tertua di dalam kohortnya. Akan tetapi, ini tidak menghalangnya daripada belajar dan mahu berjasa terhadap Singapura. Beliau ialah warganegara India yang datang ke Singapura semasa berumur 12 tahun. Dia merasakan yang dia amat bertuah dalam pendidikan, pekerjaan, dan keluarga apabila tinggal di Singapura. Ini menyebabkan dia melanjutkan perkhidmatan NSnya selama lapan tahun.
"Hadiah terbaik yang saya dapat dari Singapura adalah mempunyai kehidupan yang bertuah dan inilah saya mahu berjasa kepada Singapura dalam cara yang bermakna," kata pengurus rantau pembangunan perniagaan di syarikat teknologi Apple Singapura.
Bapa kepada dua orang anak perempuan itu juga merasakan bahawa kursus itu telah membuka matanya tentang ancaman-ancaman geopolitik dan perubahan yang dihadapi oleh negara. Ini telah mendorongnya untuk membangkitkan semangat anggota-anggotanya supaya berkhidmat dengan semangat yang berkobar-kobar apabila dia kembali ke latihan dalam kem sebagai penyelaras bantuan tembakan Briged Pengawal NS.
"Saya berharap untuk berkongsi keghairahan berkhidmat demi negara dengan anggota-anggota saya dan menggalakkan mereka untuk melanjutkan perkhidmatan mereka juga. Singapura ialah rumah kita dan kita semua perlu mempertahankannya."
ALSO READ IN MILESTONES
Menyahut seruan untuk mempertahankan Singapura
21 Jan 2026
Upacara Penyerahan Senjata mewakili detik yang penuh bermakna apabila rekrut diamanahkan dengan senapang mereka dan mula memikul beban pertahanan negara.
TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
21 Oct 2025
APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
14 Oct 2025
Pangkalan Pusat Tenaga Manusia (CMPB) baharu di Bukit Gombak dibuka secara rasmi pada 14 Okt, mengalu-alukan pra-pendaftar, anggota askar dan orang ramai ke hab sehenti terkini untuk semua perkara Perkhidmatan Negara (NS).







