PEOPLE
MAKAN BERSIH, TEKUN BERLATIH, SKOR DENGAN CEMERLANG
17 Oct 2022
LTC Twelve Lim telah memperoleh 100 mata untuk IPPTnya sebanyak empat kali! Apakah rahsianya? Sajian sihat dan latihan tetap.
Semasa pemeriksaan kesihatan tahunan pada 2012, Leftenan Kolonel (LTC) Twelve Lim mendapati kolesterolnya agak tinggi – hasil pemeriksaan kesihatan benar-benar menakutkannnya lantas mendorongnya untuk menukar diet dan meningkatkan rejim kecergasannya.
"Sebenarnya saya berasa agak terkejut kerana saya seseorang yang aktif! Tetapi dengan diagnosis ini, saya tahu saya perlu bersenam dengan lebih banyak lagi untuk mengekalkan kolesterol saya dalam julat yang sihat," kata LTC Lim dengan sinis.
Pegawai Pemerintah Pangkalan Bekalan Timur yang berusia 39 tahun itu juga menjaga kebersihan pemakanannya – seboleh-bolehnya dia mengelak daripada makan kway chap kegemarannya, tidak makan daging merah dan hanya makan tiga hidangan sayuran apabila memesan cai png (nasi ekonomi).
Pada hujung minggu, dia akan dapatkan salad daripada rangkaian sup tempatan The Soup Spoon atau makan poke bowl.
Usaha LTC Lim sudah berbaloi. Dia mencapai 100 mata untuk IPPT (Ujian Kecekapan Fizikal Individu) sebanyak empat kali – dalam tahun 2016, 2019, 2021 dan 2022.
Bagi mereka yang belum tahu, IPPT terdiri daripada tiga stesen: tekan tubi, sit-up dan larian sejauh 2.4km. Skor maksimum untuk kedua-dua stesen tekan tubi dan sit-up adalah 25 manakala skor tertinggi untuk larian sejauh 2.4km ialah 50 mata. Mendapat 100 mata untuk IPPT bermakna mendapat markah penuh, sesuatu yang bukan mudah.
Ketahui bagaimana bapa kepada dua anak ini mengekalkan gaya hidup sihat dan rejim latihan, serta rahsianya di sebalik mendapat skor terbaik!
LTC Lim, apakah skor IPPT anda yang terbaik setakat ini?
KPT Lim: (bergelak) Wah, saya berlari dalam masa 9.14 minit untuk jarak 2.4km dan mencatat mata tertinggi (di Divisyen Ke-3) bagi stesen sit-up – saya melakukan 70 sit-up dalam satu minit. Kedua-duanya dalam tahun 2019.
Sungguh menakjubkan! Jadi saya rasa anda akan cuba mengekalkan skor anda pada setiap tahun?
KPT Lim: Ya, saya menganggap setiap tahun sebagai cabaran yang baharu. Tetapi sukar untuk mengekalkannya kerana ia bergantung pada jadual saya. Jika saya sangat sibuk menjelang tempoh IPPT saya atau saya berasa kurang sihat, saya tidak boleh banyak berlatih dan saya tidak akan memaksa diri saya untuk mendapat markah penuh.
Sebenarnya, saya tidak yakin boleh mendapat 100 mata tahun ini kerana saya dijangkiti COVID-19 dalam bulan Februari. Saya mula berlatih pada bulan Januari tetapi terpaksa memulakan semula latihan saya selepas saya pulih, oleh itu saya tangguhkan ujian IPPT saya (ujian lazimnya diadakan pada bulan April) hingga Mei untuk memberi saya lebih masa untuk bersedia.
Bagimanakah corak rejim latihan anda biasanya?
KPT Lim: Pada bulan Disember, saya akan mula melatih untuk membina ketahanan saya. Ini memberi saya asas untuk membina kecergasan saya.
Menjelang bulan-bulan Februari dan Mac, saya akan memberi lebih tumpuan pada latihan kelajuan. Jadi saya akan bermula dengan enam pusingan 400m, di mana saya akan berlari selama 1.30 minit dan berehat untuk 1.30 minit lagi antara pusingan. Kemudian saya akan beralih ke larian 8 x 400m, 4 x 800m dan akhirnya 3 x 1.2km.
Pasca-IPPT, saya akan berlari dua kali seminggu dan meneruskan latihan fizikal seperti senaman teras, tekan tubi dan sit-up. Saya akan berlari sekurang-kurangnya 25 minit pada kadar yang kurang lasak. Saya bermain bola sepak sebulan sekali dan kadangkala berbasikal dengan rakan-rakan saya, meliputi jarak purata 50km setiap perjalanan.
Apa yang mendorong anda untuk kekal cergas dan mendapat skor yang baik?
KPT Lim: Ada dua faktor pendorong bagi saya – pertamanya ialah untuk mengekalkan tahap kolesterol saya. Kedua pula, supaya saya boleh bermain bola sepak. Saya suka kekal cergas, berlari di keliling padang tanpa berasa sesak nafas semasa bermain bola sepak. (bergelak)
Ceritakan kenapa anda suka bola sepak!
KPT Lim: Semasa di sekolah menengah, saya ingin menyertai bola sepak sebagai CCA (Aktiviti Kokurikulum) tetapi saya kurang cekap. Kemudian saya mengambil keputusan untuk menyertai badminton tetapi masih tidak dipilih. Akhirnya, saya menyertai kelab magis. Tetapi saya masih kekal aktif dan terus bermain bola sepak untuk suka-suka sahaja.
Di Menengah 2, saya disuruh menyertai pasukan merentas desa dan saya menganggotai pasukan sehingga Menengah 4. Saya tidak memenangi apa-apa pingat dalam pertandingan antara sekolah tetapi saya sering ditempatkan dalam lingkungan 20 terbaik untuk sekolah saya.
Jadi bermain bola sepak adalah cara anda menebus impian anda yang tidak tercapai?
KPT Lim: (ketawa) Yah, mungkin begitu.
Justeru, adakah petua anda untuk mendapat markah yang lebih baik bagi IPPT?
KPT Lim: Jangan cuba benda baharu beberapa hari sebelum atau pada hari ujian seperti memakai kasut baharu atau menguji gel kuasa baharu. Jika anda tidak pernah melakukannya sebelum ini, usah lakukan sesuatu yang baharu atau berbeza.
Selain itu, jauhi makanan pedas dan mala, terutamanya sehari sebelum ujian anda. Kerana anda akan merasakan kesemua ini dalam perut anda semasa anda berlari. Sebaliknya, makan makanan ringan seperti roti atau mil oat dua jam sebelum ujian anda untuk memastikan badan anda ada cukup tenaga.
ALSO READ IN PEOPLE
Membawa kepakaran awam mereka untuk menyumbang lebih banyak dalam NS
22 Jan 2026
Pada 21 Januari, SAF mengalu-alukan kumpulan terbesar anggota NS atau NSmen yang menamatkan pengajian di bawah Skim Pengerahan Kepakaran Dipertingkat. Temui ME4 (NS) Muhammad Arief Aditya dan ME4 (NS) Mohamed Najid Bin Mohamed Sultan, yang merupakan antara pakar tentera yang baru dilantik ini.
Penjaga warisan
15 Dec 2025
Beliau membantu membina pesawat pertama RSAF. Beliau pula merupakan antara wanita pertama yang menyertai tentera laut. Beliau menguruskan krisis komunikasi ketika bunyi bip pager membawa masalah. Temui veteran-veteran ini yang melihat Singapura melalui zaman pergolakan untuk membina SAF yang kuat.
Bangkit mengatasi arus & melangkah ke hadapan untuk memimpin
13 Dec 2025
Mereka antara kumpulan graduan pegawai SAF yang terbaru tahun ini. Temui 2LT Mohamad Wira Kuriniawan dan 2LT Ryan Ong, yang masing-masing akan mengetuai Skuadron 180 Tentera Laut dan Batalion Pertama, Pengawal Singapura.

