LICIK DI PERMUKAAN AIS

07nov19pnr-photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/07nov19pnr-photo1af54cefb-45f6-45bf-a845-59e2183a0f71.jpg?sfvrsn=34b1a42b_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/LICIK-DI-PERMUKAAN-AIS
LICIK DI PERMUKAAN AIS https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/LICIK-DI-PERMUKAAN-AIS
08 Nov 2019 | PEOPLE

LICIK DI PERMUKAAN AIS

Rakan sepasukan Lans Korporal (LCP) Ryan Tan dan Sarjan 3 (3SG) (NS) Darren Goh duduk bersama-sama PIONEER dan menceritakan kepada kami usaha serta nilai-nilai yang diperlukan untuk menjadi atlet kebangsaan ketika berkhidmat dengan Perkhidmatan Negara (NS).

// BERITA OLEH CHIA CHONG JIN

// FOTO OLEH KENNETH LIN & JAMES NG

Rakan sepasukan Lans Korporal (LCP) Ryan Tan dan Sarjan 3 (3SG) (NS) Darren Goh duduk bersama-sama PIONEER dan menceritakan kepada kami usaha serta nilai-nilai yang diperlukan untuk menjadi atlet kebangsaan ketika berkhidmat dengan Perkhidmatan Negara (NS).
English 华文
English 华文

Pasangan ini adalah sebahagian daripada pasukan Hoki Ais Kebangsaan yang berjaya meraih pingat gangsa yang bersejarah untuk Singapura dalam Bahagian Lelaki teratas bagi Piala Cabaran Asia 2019 anjuran Persatuan Hoki Ais Antarabangsa awal tahun ini pada Mac – pencapaian pasukan yang paling tinggi setakat ini.

Peranan 3SG (NS) Goh sebagai Platun Pakar Polis Tentera adalah untuk memastikan keselamatan Pangkalan Udara Changi (Barat).
Sebagai pembantu bekalan peluru dalam 605 Skuadron, LCP Tan menjalankan pemeriksaan bagi memastikan segalanya berada dalam keadaan yang terbaik. Dia juga mengendalikan logistik skuadron setiap hari.

Bagaimanakah anda membahagikan masa untuk Perkhidmatan Negara (NS) dan hoki ais pada waktu yang sama?

LCP Tan: Latihan hoki ais kami selalu dijalankan lewat waktu malam pada hari-hari biasa (kadang-kadang sehingga tengah malam), jadi ia meletihkan secara mental dan fizikal, terutamanya dalam bulan-bulan menjelang Perarakan Hari Kebangsaan (NDP).

(Dia terlibat dalam NDP pada tahun ini, yang memerlukan dia membantu pada setiap hari Sabtu.) Latihan hoki pada setiap Jumaat selalunya akan berakhir lewat malam. Terus terang, ia amat mencabar bagi saya untuk menghadapi komitmen ini

Bagaimanapun, saya bersyukur kerana pegawai-pegawai atasan saya, iaitu Ketua Markas, Pegawai Waran Master Denesh, pegawai atasan terdekat saya, Pegawai Waran 3 Kishore, S3, Mejar (MAJ) Jason Huang dan Pegawai Pemerintah, MAJ Marcus Wong, yang selama ini memahami dan menyokong komitmen sukan saya. Mereka memastikan saya diberi rehat yang diperlukan dan masa untuk berlatih selepas saya menyelesaikan tugas saya di kem.

3SG (NS) Goh: Bagi saya, cabaran utama membahagikan masa untuk kedua-dua NS dan hoki ais adalah mencari kekuatan untuk menjalankan tugas saya selepas latihan sukan lewat malam. Sebagaimana yang dinyatakan oleh LCP Tan, berlatih yang berlangsung sehingga lewat malam, dan perjalanan dari Jurong ke Changi menambah keletihan.

Begitu pun, saya sungguh berterima kasih kepada pegawai-pegawai atasan yang memberi sokongan dan membenarkan saya bercuti untuk menghadiri latihan hoki ais. Komander platun saya, Leftenan Muda Caleb Chia, akan membantu saya merancang tugas saya agar saya mendapat rehat yang mencukupi di antara latihan dan tugas saya. Pegawai Pemerintah saya, Leftenan Kolonel Alvin Phua, membenarkan saya ke luar negara untuk menyertai IIHF Piala Cabaran Asia, di mana kami muncul naib juara.

LCP Tan beraksi atas ais.

Apakah antara pelajaran hidup yang anda peroleh semasa NS?

LCP Tan:  Disiplin: merupakan ciri ketenteraan yang bagus. Terutamanya dalam sukan berpasukan seperti hoki ais, disiplin adalah kritikal kepada kejayaan pasukan dari segi latihan, komitmen dan tindakan di atas permukaan ais. Yang pastinya, NS telah menjadikan saya seorang yang lebih berdisiplin, dan juga memperbaiki sikap saya sebagai pemain hoki.

3SG (NS) Goh (berbaju putih) sedang berjuang di gelanggang.

3SG (NS) Goh: Saya mempelajari bagaimana untuk membina semangat yang tidak mudah luntur melalui kem di lapangan di Sekolah Kadet Pakar (SCS); Saya memberitahu diri saya jika saya boleh bertabah menghadapi keadaan yang sukar semasa kem di lapangan, saya boleh bertabah mengharungi latihan hoki ais, tidak kira betapa teruk atau meletihkan latihan tersebut.

Kerja berpasukan adalah satu lagi nilai penting yang saya pelajari dalam tentera. Untuk berjaya dalam tentera atau dalam hoki ais, semua orang kena bekerja keras bersama-sama. Asalkan semua orang memainkan peranannya dengan tekun, tiada apa pun yang tidak boleh diatasi.

LCP Tan merupakan sebahagian daripada pasukan peluru untuk logistik semasa NDP 2019, di mana dia telah ditugaskan untuk mengeluarkan dan menyimpan rekod berapa banyak butir peluru telah digunakan semasa perarakan.

Apakah antara pengalaman anda yang tidak dapat dilupakan dalam NS?

LCP Tan: Setiap peranan dan individu dalam Angkatan Tentera Udara memainkan bahagian untuk memastikan kejayaan secara keseluruhan. Berupaya bekerja dalam satu pasukan untuk menyelesaikan operasi harian Skuadron, dan masa yang diluangkan dengan rakan-rakan di jabatan peluru membuatkan NS lebih menyeronokkan dan tidak dapat dilupakan. Walaupun selepas waktu bekerja, kami masih berjumpa di luar kem untuk lepak bersama-sama.

Berpeluang menjadi sebahagian daripada Pasukan Perlindungan bukan satu pencapaian yang mudah untuk 3SG (NS) Goh, kerana dia perlu bersiap sedia pada setiap masa untuk melindungi Pangkalan Udara Changi, anggota serta peralatannya.

3SG (NS) Goh: Kem di lapangan selama tujuh hari di Pulau Tekong semasa musim hujan ketika saya berada di SCS tahun lepas sememangnya tidak dapat dilupakan. Hujan yang tidak henti-henti sepanjang minggu mencabar ketahanan mental saya dan memaksa keseluruhan bahagian saya untuk bekerjasama dan berusaha dengan gigih bagi mencapai objektif kami.

Sekarang, apabila berada di Pangkalan Udara Changi, saya berasa amat bangga menjadi sebahagian daripada Pasukan Perlindungan yang  bertanggungjawab menjaga pangkalan udara. Kami ditugaskan memastikan keselamatan pangkalan kami, dan memastikan anggota dan peralatan di pangkalan kami dilindungi dengan baik agar mereka boleh bertindak balas kepada ancaman udara dengan efisien.

LCP Tan (kiri) dan 3SG (NS) Goh percaya bahawa pasukan ini akan menunjukkan prestasi cemerlang semasa Sukan SEA tahun ini.

Apakah perasaan anda selepas meraih pingat Gangsa pada Piala Cabaran Asia IIHF pada bulan Mac?

LCP Tan: Keputusan tersebut adalah tanda yang bagus bahawa kita sedang bergerak ke arah yang betul, dan ia menunjukkan bahawa kejayaan boleh menjadi kenyataan berbekalkan kerja keras di tempat yang betul. Kami harus terus bekerja keras dan memperbaiki diri untuk pertandingan akan datang. 

3SG (NS) Goh: Ia merupakan antara detik yang paling menggembirakan saya. Memperoleh pingat selepas kerja keras bertahun lamanya serta berkat dedikasi yang ditunjukkan oleh semua pemain pasukan kebangsaan memang mendatangkan kepuasan. Saya sungguh berbangga apabila mereka memainkan lagu kebangsaan semasa upacara menyampaikan hadiah, dan saya tidak akan melupakan detik itu.

Suggested Reading
GRADUAN MAKTAB MARKAS DAN STAF BERSEDIA MENGAMBIL PERANAN KEPIMPINAN KANAN
PEOPLE
08 Nov 2019

Mengimbangi tuntutan keluarga, kerja dan pelajaran adalah sukar, tetapi ia merupakan pengalaman yang memperkayakan bagi kedua-dua MAJ (NS) (Dr) Ramesh Wijaya dan MAJ Muhammad Zacky Bin Razali, yang baru menamatkan pengajian dari Maktab Markas dan Staf Goh Keng Swee.

Cover story
Dua kapal selam kelas Invincible pertama RSN kini beroperasi sepenuhnya
PEOPLE
08 Nov 2019

Kapal selam kelas Invincible ini adalah kapal selam buatan khas pertama Singapura dan akan meningkatkan keupayaan RSN untuk menjaga perairan kita. 

MENYAMBUT 50 TAHUN JASA & PERSAUDARAAN
PEOPLE
08 Nov 2019

NS telah meninggalkan kenangan yang tidak dapat dilupakan untuk perintis SAF ini dari kumpulan Pegawai Kadet Jurutera ke-8, yang menyambut ulang tahun ke-50 mereka sejak mereka ditauliahkan pada 1974.

KISAH PENERBANGAN SUPER PUMA
PEOPLE
08 Nov 2019

Juruterbang helikopter MAJ (Bersara) Robert Tan yang bersara adalah antara beberapa kumpulan pertama juruterbang Super Puma terlatih tempatan. Kereta sukan atau bas lancar – teka kenderaan yang dia ibaratkan pesawat itu?

Pertahanan Mutlak adalah kewajipan setiap perniagaan Singapura
PEOPLE
08 Nov 2019

Setelah mengalami komitmen yang menuntut Perkhidmatan Negara, LTC (NS) Suhaimi Zainul-Abidin dan Encik Gaurav Keerthi berkongsi mengapa penting bagi setiap perniagaan Singapura untuk menyokong NSmen mereka.

Cover story
Dia mendaki gunung berapi bersama rakan OCS & menulis buku tentang NS
PEOPLE
08 Nov 2019

LTC (NS) Leow Kah Shin dan rakan-rakan NSnya pergi ke "Latihan Longwalk" tahunan sebagai komitmen untuk melakukan sesuatu yang mencabar bersama-sama. 

Memetakan laluan mereka di langit
PEOPLE
08 Nov 2019

Dari semangat kepada penerbangan: Pelajar Cherie Goh dan Alexey Cher memenuhi aspirasi zaman kanak-kanak mereka untuk mencapai "sayap" mereka. 

Lawatan perisai Ayah di tempat kerja!
PEOPLE
08 Nov 2019

Dalam acara istimewa PIONEER Kids tahun ini, Mejar Justin Tan membawa tiga anaknya – Danielle, Thaddeus dan Asher – dalam pengembaraan tentera di Home of the Armour.

Feature
PERTAMA DI LATIHAN WALLABY 2024
PEOPLE
08 Nov 2019

Lelaran terbesar latihan luar negara unilateral terbesar SAF juga menandakan kemunculan sulung beberapa aset baharu dan model latihan.

Dia adalah salah seorang anggota kapal selam wanita pertama RSN
PEOPLE
08 Nov 2019