MILESTONES
LALUAN YANG LAIN DARIPADA YANG LAIN
08 Jul 2020
Memang impiannya untuk menyertai perkhidmatan awam.
Memang impiannya untuk menyertai perkhidmatan awam.
Namun tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk menceburkan diri dalam karier dengan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) sehinggalah dia mengunjungi pameran kerjaya Tentera pada 2017 dengan seorang kawan yang mahu menyertai perkhidmatan tentera.
Semasa inilah Pakar Tentera (ME) 4 Lim Sheen Yu mendapat tahu mengenai Skim Pakar Bidang Tentera (MDES) dan memutuskan untuk menyertai formasi Perisikan Tentera.
"Saya memilih skim MDES kerana ia direka bentuk untuk mendalamkan kepakaran anda dalam bidang tertentu dan saya menyukai kerja yang berat dan mencabar."
Hari ini, anggota berusia 25 tahun itu menjadi Pakar Perisikan Pemerintah, Kawalan, Perhubungan, Komputer dan Risikan (C4I) SAF di bawah Bersama. Dia juga menerima Pedang Kehormatan selepas melengkapkan Skim Pakar Bidang Tentera (MDES).
ME4 Lim merupakan antara 96 anggota lelaki dan wanita yang dilantik sebagai ME kanan pada 8 Jul. Daripada jumlah graduan tersebut, 20 adalah daripada Angkatan Tentera Singapura, 21 daripada Angkatan Laut Republik Singapura, 38 daripada Angkatan Udara Republik Singapura dan 17 daripada Bersama.
Dengan mengambil kira situasi COVID-19, mereka menerima pedang kehormatan dan skrol di majlis-majlis terpencar yang dianjurkan di peringkat Perkhidmatan. Majlis ini diadakan di Markas Latihan Tentera Udara.
Sambil berucap kepada para graduan dalam video yang dirakamkan semasa majlis-majlis tersebut, Menteri Negara Kanan, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Ehwal Luar Negeri, Dr Mohamad Maliki Bin Osman berkata bahawa cabaran baharu yang tidak dijangka pasti muncul, dan SAF mesti menyesuaikan kepada normal baharu pasca COVID dan kekal berkesan dalam menentang ancaman yang timbul daripada bidang bukan konvensional.
"Pakar Tentera Kanan seperti anda akan berada di barisan hadapan perubahan ini. Anda akan diminta untuk menerapkan kepakaran dan profesionalisme anda dalam banyak situasi dan cabaran, untuk melaksanakan kepimpinan dan pertimbangan bagi menggerakkan organisasi serta para anggota kita agar melalui lintasan yang betul," kata Dr Maliki.
"(Anda) mesti berusaha untuk membangunkan penyelesaian yang lebih baik dan tepat dalam bidang masing-masing, dan dengan melakukan ini, meningkatkan kecekapan dan keupayaan operasi SAF."
Laluan ME4 Lim untuk menjadi pakar perisikan C4I bukan tanpa cabaran.
Semasa dia menyertai tentera dan memulakan Latihan Asas Tentera pada Januari 2019, latihan fizikal yang sukar adalah sesuatu yang dia terpaksa hadapi kerana dia tidak begitu aktif sebelum ini.
"Saya (sebenarnya) berusaha untuk bersenam larian sebelum memasuki tentera. Dan kerana SAF mempunyai latihan progresif, ia membantu saya menyesuaikan diri, jadi ia tidaklah begitu menakutkan daripada apa saya sangkakan (akan terjadi)," kata ME4 Lim.
Dia menambah bahawa sokongan dan galakan daripada seksyen dan rakan platunnya juga membantu.
Persahabatan serta kesetiakawanan juga menjadikan MDEC menyeronokkan, kerana dia bertemu anggota daripada pelbagai latar belakang dan pengalaman. Contohnya, buddy kursusnya dua kali usianya namun ia tidak menghalang mereka daripada mempelajari daripada satu sama lain dan menjadi kawan rapat.
"Kami hampir sama dalam pelbagai segi walaupun ada jurang umur. Dia juga seorang yang tulus dan terbuka dalam berkongsi pengalamannya. Dia menunjukkan kepada saya apa yang dimaksudkan dengan memimpin melalui teladan dan tidak pernah teragak-agak untuk memberi maklum balas yang jujur untuk saya memperbaiki diri," terang ME4 Lim.
Dia juga ingin mendedikasikan anugerah Pedang Kehormatan kepada rakan sekumpulan dan pengajar.
"Ia bukanlah pengiktirafan bagi diri saya tetapi untuk rakan sekumpulan saya juga, di samping masa dan usaha yang dilaburkan ke atas kami oleh pengajar," kata ME4 Lim.
"Saya bersyukur kerana sepanjang keseluruhan perjalanan ini, saya mempunyai orang yang menyokong dan membenarkan saya mengembangkan perspektif dan nilai yang saya ingin tegakkan sebagai komander pada masa hadapan – untuk memimpin, membangun dan menyediakan peluang kepada anggota-anggota bawahan untuk berkembang."
ALSO READ IN MILESTONES
Menyahut seruan untuk mempertahankan Singapura
21 Jan 2026
Upacara Penyerahan Senjata mewakili detik yang penuh bermakna apabila rekrut diamanahkan dengan senapang mereka dan mula memikul beban pertahanan negara.
TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
21 Oct 2025
APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
14 Oct 2025
Pangkalan Pusat Tenaga Manusia (CMPB) baharu di Bukit Gombak dibuka secara rasmi pada 14 Okt, mengalu-alukan pra-pendaftar, anggota askar dan orang ramai ke hab sehenti terkini untuk semua perkara Perkhidmatan Negara (NS).

