MILESTONES

KOMANDO MEMENANGI UNIT TEMPUR TERBAIK UNTUK 17 TAHUN BERTURUT-TURUT

24 Jun 2020

USAH DIULANGI KESILAPAN ANDA, JADIKAN DIRI ANDA VERSI YANG TERBAIK-INILAH RAHSIA DI SEBALIK KEMENANGAN BATALION KOMANDO PERTAMA (1 CDO BN) MENGGONDOL UNIT TEMPUR TERBAIK.

24jun20_news1-1

Story by

Photos by


Operasi di udara, kemahiran menembak tepat, misi peninjauan dan serbuan - mereka terkenal dengan kecekapan operasi khusus.

Ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana 1 Cdo Bn telah sekali lagi menggondol anugerah Unit Tempur Terbaik secara keseluruhan dalam Pertandingan Unit Terbaik (BUC) Pasukan Bersenjata Singapura (SAF). Ini menandakan kejayaan berturut-turut ke-17 dan kemenangan ke-34 sejak pertandingan ini dimulakan pada 1969.

Pengesan (kiri) dan penembak hendap (kanan) menyembunyikan diri mereka di dalam belukar semasa latihan malam komando. Mereka bekerja secara berpasangan untuk memastikan ketepatan bagi setiap tembakan.

Tetap unggul

Apakah yang diperlukan untuk meraih kemenangan berturut-turut?

"Kami menumpukan kepada belajar daripada pengajaran dan memastikan kita tidak melakukan kesilapan yang sama. Ini memastikan kita akan menjadi lebih baik berbanding semalam dan tahun ini akan menjadi lebih baik berbanding tahun lepas," terang Pegawai Pemerintah Leftenan Kolonel (LTC) Fabian Pwi.

LTC Pwi menganggap kemenangan 1 Cdo Bn adalah disebabkan oleh budaya sentiasa memberikan yang terbaik dan tidak mengulangi kesilapan.

Anggota berusia 37 tahun ini menambah bahawa dengan tumpuan unit kepada latihan selamat dan sebenar, ia sudah menjadi budaya yang sebati bagi komando untuk memberikan yang terbaik dalam setiap tugasan.

"Walau apa tugasan yang diberikan kepada kami, baik tempur mahupun pentadbiran saya yakin kita boleh memenuhi standard menjadi yang terbaik bagi SAF di mana kita bukan sahaja bersikap profesional, tetapi juga sedia beroperasi dan berupaya (melaksanakan) keseluruhan spektrum operasi."

Operasi di udara merupakan pengkhususan Red Berets, yang memang dilatih agar cekap di udara, darat dan laut. [Foto fail]

Boleh menyesuaikan diri dengan mana-mana operasi

Bagi Sarjan 2 (2SG) Timothy Prakash, berpeluang menjadi sebahagian daripada unit yang mencapai kemenangan ini merupakan salah satu daripada momen yang bermakna dalam Perkhidmatan Negaranya (NS).

"Memenangi BUC adalah bukti kerja keras kami. Formasi komando merupakan pasukan elit dalam tentera dan saya berbangga dan bertuah menjadi sebahagian daripadanya."

Ketua Komando berusia 22 tahun ini malahan melanjutkan NS-nya untuk membantu dengan operasi COVID-19. ORD (Tarikh Sedia Beroperasi) asalnya ialah Mei.

2SG Prakash melakukan rondaan sebagai sebahagian daripada peranannya dalam pasukan keselamatan di Kem Amoy Quee untuk operasi COVID-19.

"Saya memilih untuk menjadi sukarelawan kerana saya percaya usaha bekerjasama ke arah membantu negara kita adalah sesuatu yang terpuji," said 2SG Prakash.

Dia menawarkan diri untuk menjadi sebahagian daripada pasukan keselamatan yang dikerah di Kem Amoy Quee, salah satu daripada enam kem yang ditukar menjadi Kemudahan Pemulihan Masyarakat bagi menyediakan perumahan dan penjagaan untuk pekerja asing.

Walaupun operasi ini berbeza daripada latihan yang dia pernah terima, dia masih memberikan yang terbaik.

"Melaksanakan (operasi) keselamatan bukanlah sesuatu yang kami biasa lakukan, jadi saya risau jika kita tidak boleh memenuhi keperluan mereka."

"Tetapi latihan saya dalam 1 Cdo Bn telah mengajar saya untuk menyesuaikan diri bagi apa-apa jenis operasi atau tugasan, jadi saya berupaya untuk memenuhi peranan saya dengan yakin."

Bersatu ketika Berjuang

Bagi rakan NSF Korporal Kelas Pertama (CFC) Marcus Hooi, kesetiakawanan dan kerja berpasukan membuatkan perjalanan menjadi komando sungguh bermakna.

Pejuang Komando berusia 20 tahun ini berkongsi yang walaupun latihannya mencabar dari segi fizikal dan mental, namun dia boleh bertahan kerana dia tidak melaluinya seorang diri. Pegawai, sarjan dan kawan-kawannya berada di sisinya - merangkak dalam lumpur, mengharungi paya dan berjalan jauh bersama-sama.

CFC Hooi berbangga menjadi sebahagian daripada unit yang meraih kemenangan Unit Tempur Terbaik tahun ini.

"Bila kita berada di luar sana, saya melihat pegawai-pegawai saya turut merangkak di dalam lumpur untuk memimpin kami dalam misi," kata CFC Hooi.

"Tindakan mereka untuk berjuang bersama-sama (menjadikan) misi ini amat memuaskan serta menggalakkan. Bagi kami, semangat untuk bersatu ketika berjuang menjadikan pengalaman menyertai komando ini sesuatu yang tidak boleh dilupakan."

Share this story:

Got a great story to share?
Send it our way — we might feature it!

Share Your Story