KOMANDO, DOKTOR & PELARI LOMPAT PAGAR NEGARA

06jun22_photo1cropped https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/06jun22_photo1croppedc9e0fed0-f4b9-4661-b198-cd201cbef4d1.jpg?sfvrsn=127dc5c7_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/KOMANDO-DOKTOR-AMP-PELARI-LOMPAT-PAGAR-NEGARA
KOMANDO, DOKTOR & PELARI LOMPAT PAGAR NEGARA https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/KOMANDO-DOKTOR-AMP-PELARI-LOMPAT-PAGAR-NEGARA
06 Jun 2022 | PEOPLE

KOMANDO, DOKTOR & PELARI LOMPAT PAGAR NEGARA

Pegawai perubatan komando berusia 27 tahun ini membanggakan Singapura dengan memenangi pingat perak dalam acara 110m lari lompat pagar di Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-31 di Vietnam dalam bulan Mei – ini adalah pingat pertama Singapura di acara itu sejak 1989.

// KISAH KOH ENG BENG

// FOTO AMOS CHEW & IHSAN SPORT SINGAPORE/JEREMY LEE & 1 CDO

English 华文
English 华文

Berikut adalah lima perkara yang anda perlu kenali tentang Kapten (KPT) (Dr) Ang Chen Xiang, anggota perkhidmatan negara sepenuh masa.

1. Dia memecah rekod kebangsaan sebanyak sembilan kali

Kali keempat menyertai Sukan SEA ini, pelari lompat pagar negara itu mencatat masa 13.94s untuk memenangi pingat perak. Di samping itu, dia berjaya memecah rekod kebangsaan untuk kali yang kesembilan dalam karier olahraganya.

Pada awal Januari tahun ini, dia mencatat masa 13.97s di Kejohanan Trek & Padang Singapura 2022 — di bawah 14 s untuk kali pertamanya.

KPT (Dr) Ang memenangi pingat pertamanya, iaitu pingat perak, dalam perlawanan keempat Sukan SEA. [Foto: Sport Singapore/Jeremy Lee]

2. Dia mula sejak dari bangku sekolah

Dalam usia 12 tahun, ayahnya mengajar dia dan adik lelakinya (kini jurulatihnya) cara lari lompat pagar.

"Ayah saya membuat dua pagar dengan kaki meja belajar lama, dan itulah cara dia mengajar kami asas-asas lari lompat pagar," kata KPT (Dr) Ang.

3. Dia seorang doktor komando

Pada 2013, KPT (Dr) Ang mendaftar untuk Perkhidmatan Negara (NS) dan menyertai Latihan Asas Tentera, sama seperti setiap anak lelaki Singapura.

Dua setengah bulan setelah menjalani latihan Pegawai Kadet, dia terpaksa menghentikan Perkhidmatan Negaranya untuk memulakan pengajian perubatannya di Universiti Kebangsaan Singapura.

KPT (Dr) Ang (kanan) bersama rakan pegawai perubatan komando di majlis Penyampaian Beret Merah mereka pada Oktober 2021.

Pada Januari 2021, dia menyambung semula Perkhidmatan Negara dan mengikuti Kursus Penukaran Pegawai Perubatan. Hentian seterusnya? Institut Latihan Komando.

Di sana, dia menjalani latihan seperti Kursus Asas Bawaan Udara, Kursus Penukaran Pegawai Komando serta X72 yang begitu menjerihkan – perbarisan laluan 72km khusus Komando yang memakan masa beberapa jam untuk selesai.

"Sebagai pegawai perubatan, kami dikehendaki menyelit dan bergerak bersama-sama rakan Komando. Oleh itu, kami perlu menjalani latihan yang sewajarnya untuk menjadi Komando juga," katanya.

KPT (Dr) Ang (kiri) merawat seorang askar di pusat perubatan di kem Pasir Ris.

Selain memberi sokongan perubatan dalam bidang itu, KPT (Dr) Ang juga menguruskan pusat perubatan di Kem Pasir Ris. Kem ini merupakan kawasan utama bagi pelbagai sekolah seperti Institut Latihan Komando.

Dia menyifatkan peranannya di sana sebagai seorang doktor yang menjaga kesihatan dan keperluan perubatan pelatih.

4. Dia berfokus pada peningkatan diri

Falsafah latihan sukannya adalah mudah: hanya fokus untuk menambahbaik masanya.

KPT (Dr) Ang menjelaskan: "Saya menumpukan matlamat pada pemasaan saya kerana itu adalah dalam kawalan saya. Apabila saya meningkatkan latihan dan keupayaan saya, pemasaan saya juga akan bertambah baik.

"Dari segi kedudukan dan memenangi pingat di pertandingan pula, ia di luar kawalan anda— jika pelari lain membaiki prestasi anda, itu anda tidak boleh kawal."

KPT (Dr) Ang (tengah) bertanding di Sukan SEA awal tahun ini. [Foto: Sport Singapore/Jeremy Lee]

Ketika disoal tentang kejayaan mempamerkan prestasi baik dalam Sukan SEA semasa bertanding di NS, dia berkata ada sedikit unsur tuah.

"Saya bersyukur kerana Sukan SEA ditangguhkan dari November tahun lalu (kerana COVID-19). Jika tidak, setentunya saya akan terkandas (di tengah-tengah) medan lapangan," kata KPT (Dr) Ang.

Sepanjang tahun yang lalu, dia menjalani latihan kadet pegawai perubatan dan komando.

"Sebaik sahaja tamat latihan Tentera Darat yang wajib, saya pun mengikuti latihan trek sambil mengimbangkan kerja sebagai pegawai perubatan," katanya sambil menambah Kementerian Pertahanan juga memberinya cuti untuk bertanding di luar negara.

Dia juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan pegawai perubatan dari Batalion Pertama Komando (1 CDO) dan Institut Perubatan Tentera kerana membantu menyempurnakan tugasannya sewaktu dia menyertai pertandingan. "Saya memang amat berterima kasih kepada rakan sekerja atas kerja berpasukan dan sokongan sepanjang latihan Perkhidmatan Negara saya."

5. Dia akan terus berusaha untuk membanggakan Singapura

Sesudah menamatkan latihan Perkhidmatan Negara sepenuh masa lewat Jun ini, KPT (Dr) Ang akan mula tugasnya di Hospital Universiti Kebangsaan Dia juga akan meneruskan latihan treknya, dan ingin bertanding dalam Sukan SEA 2023 dan Sukan Asia yang akan datang.

Dengan pingat perak dari Sukan SEA Vietnam.

Ditanya apakah iktibarnya berkhidmat sebagai komando NS, katanya: "Kekuatan mental yang dibina semasa latihan komando adalah sesuatu yang saya amat hargai. Ia mendidik saya walaupun anda fikir tangki anda kosong, anda masih boleh menggali lebih dalam dan pergi lebih jauh."

Saksikan aksi KPT (Dr) Ang di Sukan SEA baru-baru ini di sini:

Suggested Reading
SEMAKIN KUAT UNTUK LULUS SEBAGAI PEGAWAI
PEOPLE
06 Jun 2022

Cover story
ADIK BERADIK TENTERA
PEOPLE
06 Jun 2022

Seorang memijakkan kakinya dengan kukuh pada tanah, seorang lagi dahagakan pengembaraan – CPT Rebekah Abbott dan CPT (Dr) Hannah Abbott berkongsi kegembiraan membesar dan mendaftar dengan tentera.

Cover story
EMPAT WANITA, 4 PERKHIDMATAN, 19 TAHUN PERSAUDARAAN
PEOPLE
06 Jun 2022

Temui ME6 Toh Bao-En, LTC Nah Jinping, LTC Tong Wei Lynn dan SLTC Tung Wanling.

Feature
SAF BERSEDIA UNTUK MEMPERLUASKAN KAWASAN LATIHAN PULAU TEKONG; SAFTI CITY DIBUKA UNTUK LATIHAN
PEOPLE
06 Jun 2022

Pulau Tekong akan diperluaskan hingga 10km, dan merupakan sebahagian daripada pelaburan SAF dalam infrastruktur latihan untuk latihan yang lebih berkesan dan realistik.

Feature
ELAUN NS NAIK DARI 1 JULAI 2025
PEOPLE
06 Jun 2022

Kenaikan itu adalah antara siri pelbagai langkah untuk meningkatkan pengalaman Perkhidmatan Negara (NS) dan mengiktiraf sumbangan anggota kerahan.

PERUBATAN TEMPUR BELAJAR MENYELAMATKAN NYAWA DALAM PENEMPATAN SAF-SCDF
PEOPLE
06 Jun 2022

LCP Chen Anhong melangkah ke atas untuk merawat pesakit dan menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan selama enam bulan bersama SCDF.

Cover story
SAF BAKAL MENDAPATKAN KENDERAAN PERANG INFANTRI BARU, 2 LAGI KAPAL SELAM; MEMBINA KEUPAYAAN TANPA PEMANDU
PEOPLE
06 Jun 2022

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menekankan pendekatan jangka panjang SAF untuk membina pasukan pejuang generasi akan datang, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan mengenai belanjawan pertahanan.

Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
PEOPLE
06 Jun 2022

MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
PEOPLE
06 Jun 2022

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
PEOPLE
06 Jun 2022

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.