PEOPLE
KISAH BAR
31 May 2019
Ahli perhubungan awam profesional yang menjadi jurumasak kemudian pelayan bar, 2WO (NS) David Koh menyediakan koktel yang ditempah dengan sentuhan unik.
Ahli perhubungan awam profesional yang menjadi jurumasak kemudian pelayan bar, 2WO (NS) David Koh menyediakan koktel yang ditempah dengan sentuhan unik.
Seorang jurumasak memasuki sebuah bar. Kisah ini tidak berakhir dengan bahagian yang melucukan, sebaliknya dengan kisah kejayaan Pegawai Waran 2 (2WO) (NS) David Koh. Lelaki yang berusia 38 tahun ini telah menukar dua daripada minat beliau menjadi perniagaan koktel tempahan yang unik.
Apabila anda memasuki Bar Stories, sebuah bar selesa di tingkat dua sebuah rumah kedai Haji Lane, jangan harapkan menu. Sebaliknya, anda akan ditegur sapa dengan senyuman mesra daripada pemiliknya, 2WO (NS) Koh sementara beliau mencatatkan perisa kegemaran anda untuk menghasilkan koktel yang disesuaikan mengikut cita rasa anda.
Meningkatkan standard
Bekas jurumasak ini mendapat kerjayanya di Bar Stories, salah satu perintis koktel kraf di Singapura, secara kebetulan. Pengurus ketika itu terdengar bahawa beliau ingin meninggalkan kerjaya restoran dan menawarkan beliau kerja di belakang bar. Ini berlaku pada 2010 dan beliau masih kekal di sana.
Dua tahun yang lalu, beliau telah membeli bar tersebut dengan dua rakan kongsi.
Kemahiran masakan beliau amat berguna. "Pengalaman di dapur memberi saya rasa deria rasa dan deria estetik… Kami menghasilkan teknik untuk mengekstrak perisa dengan cara yang terbaik. Sebagai contoh, kami menekan sejuk nanas dan mengisar serta menapis buah markisah. Cara kami menghias dan menyusun koktel kami juga serupa seperti yang dilihat di restoran."
Hasilnya? Sejenis koktel khas dan setiap ramuan dikendalikan dengan sangat teliti — anggur dicampuradukkan (dihancurkan) dan ubi bit dibakar masin; bahan lain disediakan secara sous vide (makanan dikedap vakum kemudian dimasak dalam takungan air) atau basuhan lemak. Ia kemudiannya dicampur dan disajikan seperti hidangan gourmet.
Penggemar F&B (makanan dan minuman keras)
Menganggap dirinya sebagai penggemar makanan, 2WO (NS) Koh pernah memasak untuk rakan-rakan dalam Khidmat Negara (NS) dan universiti sebelum mencuba dapur profesional.
Sebuah kejadian semasa NS telah menarik minatnya ke arah kerjaya sebagai pelayan bar: "Kami mengadakan parti dan rakan saya membuat minuman semasa saya sibuk di dapur barbeku. Beliau menarik perhatian semua gadis dan saya sedar, ‘Saya salah pilih kerja!' (tertawa) Jadi saya cuba belajar membuat minuman."
Namun jangan salah anggap, menguruskan bar tanpa menu bukan kerja yang mudah.
"Ia sebenarnya banyak kerja keras kerana anda perlu bersedia untuk hampir segala kemungkinan," jelas beliau.
Beliau mengingati pesanan paling ganjil yang pernah diterima: "Seseorang meminta rasa lautan. Secara kebetulan saya mempunyai landak laut, jadi kami membuat sesuatu seperti Bloody Mary: kami menambah tomato panggang, landak laut, tequila, bawang hitam dan miso serta wasabi untuk mempunyai rasa Jepun. Mereka menyukai minuman itu."
Walau bagaimanapun, jangan minta kegemaran warga Singapura: "Apa-apa sahaja".
"Orang mungkin menganggap kami dapat melakukan apa-apa jenis minuman dengan mudah. Namun, andaikan saya membuatkan ia manis dan anda tidak menyukai koktel manis, ini bukanlah minuman yang anda mahu. Kami menyukai apabila pelanggan memberi kami hala tuju umum," kata beliau.
Sebaliknya, beliau menyukai pelanggan yang bersifat suka ambil risiko dan "sanggup menaruh sedikit kepercayaan" terhadap perisa baharu.
Minuman ucap selamat kepada persaudaraan
Apabila 2WO (NS) Koh tidak menyediakan campuran minuman baharu, beliau sibuk sebagai Sarjan Mejar Rejimen (RSM) Batalion 772, Rejimen Infantri Singapura (772 SIR).
Malah, ini merupakan lawatan bertugas kedua beliau — Anggota Infantri ini telah menyelesaikan kewajipan NS beliau pada 2012 sebagai Sarjan Mejar Kompeni 680 SIR, namun terus berkhidmat di bawah skim Askar Simpanan Dalam Khidmat Simpanan Lanjut Sukarela (ROVERS).
Ditanya tentang perkara yang masih menarik beliau kembali, jawapannya mudah: anggota lain, terutamanya rakan-rakan daripada 680 SIR.
Beliau mengingati ketika beliau "memaksa" masuk ke ICT: "Saya sedang belajar di luar negeri dan secara kebetulan kembali untuk bercuti apabila unit saya menjalani ICT. Saya diberitahu bahawa saya tidak perlu hadir, tetapi saya tidak mahu terlepas dan ditugaskan ke unit lain.
Jadi pada hari itu saya hadir sahaja! (tertawa) Akhirnya, saya berjaya masuk ke Tentera Simpanan MINDEF dengan unit saya."
"Saya menganggap ia (NS) sebagai cara saya untuk menyumbang semula kepada negara dan masyarakat," kata beliau.
Sebagai bekas ahli perhubungan awam profesional yang telah bekerja di Amerika Syarikat, beliau menambah: "Saya pernah tinggal di banyak tempat kerana bapa saya seorang diplomat, namun Singapura ialah tanah air saya dan sememangnya tempat yang hebat. Oleh itu saya membuat sumbangan mengikut kemampuan saya."
ALSO READ IN PEOPLE
Membawa kepakaran awam mereka untuk menyumbang lebih banyak dalam NS
22 Jan 2026
Pada 21 Januari, SAF mengalu-alukan kumpulan terbesar anggota NS atau NSmen yang menamatkan pengajian di bawah Skim Pengerahan Kepakaran Dipertingkat. Temui ME4 (NS) Muhammad Arief Aditya dan ME4 (NS) Mohamed Najid Bin Mohamed Sultan, yang merupakan antara pakar tentera yang baru dilantik ini.
Penjaga warisan
15 Dec 2025
Beliau membantu membina pesawat pertama RSAF. Beliau pula merupakan antara wanita pertama yang menyertai tentera laut. Beliau menguruskan krisis komunikasi ketika bunyi bip pager membawa masalah. Temui veteran-veteran ini yang melihat Singapura melalui zaman pergolakan untuk membina SAF yang kuat.
Bangkit mengatasi arus & melangkah ke hadapan untuk memimpin
13 Dec 2025
Mereka antara kumpulan graduan pegawai SAF yang terbaru tahun ini. Temui 2LT Mohamad Wira Kuriniawan dan 2LT Ryan Ong, yang masing-masing akan mengetuai Skuadron 180 Tentera Laut dan Batalion Pertama, Pengawal Singapura.




