KHOR-LING KAMI BERPAKAIAN HUJAU

07may21news1_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/07may21news1_photo1.jpg?sfvrsn=8965310_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/KHOR-LING-KAMI-BERPAKAIAN-HUJAU
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/KHOR-LING-KAMI-BERPAKAIAN-HUJAU
KHOR-LING KAMI BERPAKAIAN HUJAU
07 May 2021 | PEOPLE

KHOR-LING KAMI BERPAKAIAN HUJAU

// KISAH TEO JING TING

// FOTO KENNETH LIN & IHSAN 3WO ER

Sesudah 32 tahun berkhidmat dalam Tentera Darat, 3WO Alice Tan kini seorang ibu yang bangga dengan dua anak lelaki yang mengikuti jejak langkahnya.

Sekeluarga dalam tentera darat: Anak sulung 3WO Tan KPT Khor (kanan) pegawai yang bertugas di Markas Polis Tentera manakala anak lelakinya yang lebih muda 3SG Khor (kiri) kini menjalani Perkhidmatan Negara sebagai sarjan detashmen di Batalion Komando Pertama.

Sejuk lagi mata memandang: dua anak lelaki sedang bersibuk-sibuk dengan ibu mereka sebelum sesi foto. Anak lelaki yang lebih tua Kapten (KPT) Khor Qi Xiong sedang membetulkan beret Pegawai Waran ke-3 (3WO) Alice Tan, manakala anak lelaki yang lebih muda Sarjan ke-3 (SG) Sean Khor sedang meluruskan pakaian seragamnya.

Selepas itu, mereka duduk bersama di sofa untuk sesi foto. Suasana yang rancak dengan perbualan dan gelak ketawa, jelas anak-beranak ini mempunyai hubungan yang rapat dan mesra –3WO Tan adalah ikatan yang menyatukan mereka.

Kegemaran terhadap Tentera Darat

Sejak kecil lagi, 3WO Tan sering kagum dengan mereka yang berpakaian seragam tentera semasa bertugas. Meskipun permohonan pekerjaan pertamanya ke Tentera Udara Republik Singapura ditolak, dia tidak sekalipun melepaskan impian untuk menyertai angkatan tentera.

Pada 1988, dia berjaya menyertai Tentera Darat. Setelah berkhidmat sebagai anggota pasukan keselamatan di Markas Polis Tentera (MP), dia ditawarkan jawatan pentadbiran di Pusat Pengambilan Tentera (ARC) dan kini masih tetap bertugas di sana.

Penyelia pentadbiran 3WO Tan (paling kiri) telah bertugas di ARC selama 32 tahun. [Foto diambil pada 2017]

Tentera Darat, kediamannya yang kedua

Daripada memproses permohonan pengambilan spesialis, pegawai waran dan pegawai sehingga menjadi ketua kerani dan akhirnya memainkan peranan sebagai waran publisiti sejak dua tahun yang lalu, 3WO Tan menganggap pejabatnya sebagai kediamannya yang kedua.

Dalam"kediaman" inilah anak-anak dia dibesarkan juga. Sewaktu mereka masih muda, suaminya akan menjemput mereka dari sekolah dan menghantar mereka ke pejabatnya. Mereka akan menunggunya sehingga dia habis bekerja untuk pulang bersama.

"Semasa saya kecil dulu, pejabatnya bagaikan sebuah rumah terbuka! Sambil menunggu ibu menyelesaikan kerjanya, saya akan berjalan-jalan di sekeliling pejabat, melihat poster-poster dan membayangkan apakah pekerjaan yang akan saya lakukan apabila saya mendaftar," kata 3SG Khor sambil mengenang semula.

Anggota berusia 23 tahun itu kini menjalani Perkhidmatan Negara (NS) sebagai sarjan detasemen di Batalion Komando Pertama dan KPT Khor, 30, pula pegawai yang bertugas di Markas MP.

Tiga anak beranak ini mempunyai hubungan yang mesra dan erat.

Bukan Ibu tentera yang tipikal

Walaupun bertugas di tentera darat, 3WO Tan tidak pernah sekalipun mengenakan peraturan atau disiplin ala ketenteraan terhadap anak-anaknya. Meskipun tegas, tetapi tindakannya adalah dari perspektif seorang ibu.

"Tiada tempat tidur berasingan atau apa-apa pun, saya cuma mendisiplinkan mereka sebagaimana seorang ibu akan mengajar anak-anaknya, tiada kaitan dengan gaya tentera langsung," kata 3WO Tan sambil bergelak.

3SG Khor pula kurang setuju. "Si nakal" dalam keluarga, dia sering menguji kesabaran ibunya semasa kecil dan kerap dimarah ibunya kerana melakukannya.

"Apabila saya melakukan sesuatu yang tidak menepati standardnya, dia akan melakukannya sekali dan menunjukkan kepada saya. Jika saya silap lagi, dia akan mula meleter. Ia seakan-akan seperti keadaan dalam Tentera Darat," kata 3SG Khor.

Tambahan pula, ada juga "rantaian perintah" di mana KPT Khor sering diseret untuk menurut serta. Sebagai anak lelaki yang lebih tua, dia selalu disuruh untuk menasihati adiknya apabila kata-kata 3WO Tan tidak diendahkan.

"Biasanya bila ibu menegurnya, dia tidak akan dengar. Justeru, saya pula 'disuruh' bercakap dengannya dan menjadi pendisiplinnya, " kata CPT Khor sambil tersenyum sinis.

Ibu bapa yang bangga: Ibu bapa KPT Khor mengenakan tab Pengawal padanya di majlis tamat Kursus Penukaran Pengawal pada November 2015.

Menjadi askar

Apabila KPT Khor mendaftar untuk Perkhidmatan Negara, 3WO Tan hanya menasihatkatnya untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh.

Pegawai berusia 54 tahun itu mungkin tidak banyak cakap, tetapi dia sering mengambil kesempatan untuk melawatnya semasa dia menjalani Latihan Asas Tentera di Pulau Tekong, dan seterusnya, semasa latihan pegawai di Sekolah Pegawai Kadet (OCS).

"Pada masa itu, saya mengendalikan ceramah-ceramah perekrutan di ARC dan kami akan pergi ke sekolah-sekolah SAF yang berlainan. Jadi saya akan pergi ke Tekong atau OCS jika kami menuju ke sana dan mengambil peluang untuk melawat Qi Xiong," jelas 3WO Tan.

Tambah KPT Khor: "Rakan-rakan saya terkejut melihat saya bercakap dengan seorang pegawai wanita dan lebih tercengang apabila mendapat tahu dia ibu saya. Mereka betul-betul kagum!"

Apabila KPT Khor memutuskan untuk mendaftar sebagai Pengawal pada 2010, dia juga membincangkan tentang keputusannya dengan ibunya.

"Saya nasihatkan dia, ini adalah kerjaya kamu, dan bila kamu mendaftar, inilah pekerjaan yang kamu akan lakukan setiap hari. Oleh itu, kamu perlu suka dan serasi dengan pekerjaan kamu. Jika kamu tidak ada keberatan untuk menjalani latihan dan tinggal di sana, teruskanlah," kata 3WO Tan.

Pada hal, ada banyak yang ingin diperkatakan oleh 3WO Tan dalam beberapa bulan sebelum anak keduanya mendaftarkan diri. Memandangkan 3SG Khor menghadapi berat badan berlebihan, dia menasihatkannya untuk menurunkan berat badan dan lulus Ujian Kecekapan Jasmani Keseorangan (IPPT) untuk mengelakkan diri daripada mendaftar lebih awal.

3SG Khor tergelak kecil: "Jadi saya mula berlatih, turunkan berat badan dan lulus IPPT saya. Memang berbaloi tindakan saya itu kerana saya ditempatkan di Komando dan latihannya memang lasak!"

Pada Oktober lalu, 3SG Khor menerima beret merahnya dan sedang mempertimbangkan untuk mendaftar sebagai anggota tetap.

Kebanggaan seorang ibu

Pada Disember lalu, tiga anak-beranak ini mengambil foto dalam pakaian seragam mereka sebagai sebahagian daripada perayaan Tentera Darat 55 dan 3SG Khor menampal foto itu dalam lokar kemnya.

Apabila rakan-rakannya melihat foto itu, mereka terkejut mendapat tahu wanita dalam foto ialah ibunya.

"Mereka akan katakan: 'Wah, ibumu seorang pegawai waran? Jadi bila kamu nak daftar masuk?" kata 3SG Khor sambil bergelak.

Dia juga menyimpan salinan lain dalam dompetnya, manakala KPT Khor akan meletakkan fotonya dalam pejabatnya juga.

Foto ini bertujuan untuk mengingatkan KPT Khor dan 3SG Khor tentang kebanggaan mereka terhadap ibu mereka.

Walaupun ia satu foto yang ringkas, namun ia memaparkan rasa bangga terhadap ibu mereka. Bagi 3SG Khor, ia juga membawa kenangan manis apabila 3WO Tan mengenakan pakaian seragam No.3nya dan menunggu bas sekolah bersamanya semasa dia di sekolah rendah.

"Semasa kecil dulu, saya berasa bangga ibu saya bertugas di tentera darat kerana pada masa itu memang jarang dan tidak selalu anda akan melihat seorang wanita berpakaian seragam hijau," kenang 3SG Khor.

"Saya masih lagi ingat ada rakan-rakan sekolah rendah saya bertanya kenapa ibu saya kelihatan canggih dalam pakaian seragam dan saya kata kepada mereka, ibu saya bertugas di Tentera Darat!"

"Keserupaan dalam kelainannya": ibu dan anak-anak melaksanakan pekerjaan yang berlainan di Tentera Darat.

Kini tiba pula giliran 3WO Tan untuk berasa bangga terhadap kedua-dua anaknya yang sudah dewasa dan berjaya.

"Hari ini, kami semua berada dalam Perkhidmatan yang sama dan semuanya memakai pakaian hijau. Satu adalah pegawai Pengawal dan yang satu lagi bertugas di Komando. Apa lagi yang nak dipinta oleh seorang ibu?"

Suggested Reading
Cover story
BAWAAN UDARA!
PEOPLE
07 May 2021

Mencapai 10 tahun Disember ini: Kemudahan latihan unik Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) mempersiapkan pelatih untuk menjadi askar bawaan udara yang cekap dan yakin.

Terbang Tinggi dengan Inovasi Pertahanan
PEOPLE
07 May 2021

Sebuah UAV hibrid dengan keupayaan penerbangan yang dipertingkatkan dan sistem perisian yang menganalisis data daripada Internet untuk mengesan ancaman keganasan dalam talian – inilah antara projek yang diketengahkan pada majlis anugerah Hadiah Teknologi Pertahanan tahun ini. 

Cover story
TENTERA LAUT SINGAPURA TAMATKAN PERKHIDMATAN KAPAL SELAM KELAS CHALLENGER YANG TERAKHIR
PEOPLE
07 May 2021

RSS Conqueror dan RSS Chieftain telah ditamatkan perkhidmatannya hari ini di Pangkalan Tentera Laut Changi, menutup lembaran sejarah lebih dua dekad perkhidmatan kapal selam pertama Singapura.

MENGATASI KEHILANGAN UNTUK BERKHIDMAT DENGAN KUAT
PEOPLE
07 May 2021

Kenangan terhadap arwah ibunya menjadi sumber kekuatan terbesar 3SG Reshma a/p Pulanthiradas apabila dia mengatasi cabaran untuk berjaya sebagai Pakar Logistik di dalam Angkatan Bersenjata Singapura SAF.

克服失去亲人的悲伤,坚强的服役
PEOPLE
07 May 2021

对已故母亲的记忆成为Reshma d/o Pulanthiradas三级上士最大的力量源泉,她克服了挑战并在新加坡武装部队以一名后勤专业军士的身份毕业。

BERSEDIA UNTUK LATIHAN MELEPASKAN DIRI DARI KAPAL SELAM
PEOPLE
07 May 2021

Dapatkan pandangan dalaman bagaimana Tentera Laut melatih kru kapal selamnya dengan teknik kelangsungan hidup, untuk melepaskan diri, sebagai persediaan menghadapi kecemasan.

PEMBELA SIBER MENGHADAPI ANCAMAN BARU DALAM CLOUD DAN AI DALAM LATIHAN KEBANGSAAN
PEOPLE
07 May 2021

Latihan Pertahanan Infrastruktur Kritikal (CIDeX) ketiga menghimpunkan pembela siber dari seluruh Singapura untuk menghadapi cabaran ancaman digital yang sentiasa berkembang.

Cover story
SELAMAT DATANG KE KEM TILPAL
PEOPLE
07 May 2021

Bagaimanakah anda menempatkan kira-kira 6,000 orang dan memberi mereka makan selama tiga bulan? Anda membina "bandar" pop timbul - lengkap dengan penginapan dan keselesaan asas rumah - untuk beribu-ribu askar SAF yang berlatih setiap tahun di Queensland, Australia.

GRADUAN MAKTAB MARKAS DAN STAF BERSEDIA MENGAMBIL PERANAN KEPIMPINAN KANAN
PEOPLE
07 May 2021

Mengimbangi tuntutan keluarga, kerja dan pelajaran adalah sukar, tetapi ia merupakan pengalaman yang memperkayakan bagi kedua-dua MAJ (NS) (Dr) Ramesh Wijaya dan MAJ Muhammad Zacky Bin Razali, yang baru menamatkan pengajian dari Maktab Markas dan Staf Goh Keng Swee.

Cover story
Dua kapal selam kelas Invincible pertama RSN kini beroperasi sepenuhnya
PEOPLE
07 May 2021

Kapal selam kelas Invincible ini adalah kapal selam buatan khas pertama Singapura dan akan meningkatkan keupayaan RSN untuk menjaga perairan kita.