KEPIMPINAN MELALUI TELADAN

PNR19sep19_news_1_hero https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/pnr19sep19_news_1_hero.jpg?sfvrsn=14c6bd20_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/KEPIMPINAN-MELALUI-TELADAN
KEPIMPINAN MELALUI TELADAN https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/KEPIMPINAN-MELALUI-TELADAN
19 Sep 2019 | PEOPLE

KEPIMPINAN MELALUI TELADAN

Pada tahun lepas sahaja, Mejar (MAJ) Jason Chai mengetuai empat operasi Bantuan Kemanusiaan dan Bantuan Bencana (HADR) untuk Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF).

// CERITA OLEH CHIA CHONG JIN

// GAMBAR OLEH CHAI SIAN LIANG & IKHSAN DARIPADA RSAF

Mejar Chai (kiri) menerima OSM beliau dari Dr Ng.
English 华文
English 华文

Pada tahun lepas sahaja, Mejar (MAJ) Jason Chai mengetuai empat operasi Bantuan Kemanusiaan dan Bantuan Bencana (HADR) untuk Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF).

Beliau ditugaskan ke Taiwan selepas Taiwan dilanda gempa bumi bermagnitud 6.4 pada Februari 2018, Laos selepas kegagalan empangan pada Julai 2018, dan paling penting, dua kali ke Indonesia selepas Indonesia dilanda gempa bumi dan tsunami yang besar pada September 2018. Beliau adalah Ketua Misi bagi ke semua empat operasi HADR.

"Sebagai Ketua Misi, peranan saya adalah untuk memastikan usaha bantuan dilakukan dengan selamat dan tepat pada masanya," kata Mejar Chai.

"Melalui perancangan yang terperinci, penyediaan yang mencukupi untuk menangani ketidakpastian, risiko mitigasi dan pelaksanaan yang sewajarnya, berserta kerjasama dari pasukan multinasional, kami berhasrat untuk mencapai objektif misi kami dengan berkesan dan selamat."

Mejar Chai dan pasukannya dihantar ke Palu, Indonesia pada 2 Oktober 2018, di mana mereka menyampaikan pakej bantuan yang terdiri daripada khemah, bekalan makanan, air botol dan bekalan perubatan kepada mangsa gempa bumi berskala magnitud 7.5 yang melanda Indonesia pada 28 Sep 2018.

Mejar Chai (13 dari kiri) dan pasukan yang dikerahkan ke Palu, Indonesia pada 2 Oktober 2018.

"Terdapat banyak ketidakpastian kerana kami adalah tentera asing pertama yang tiba di Palu untuk usaha bantuan, hanya beberapa hari selepas gempa bumi dan tsunami melanda Indonesia," jelas pemuda 38 tahun itu.

"Dengan penyediaan dan perancangan yang teliti, serta bantuan dari rakan-rakan Indonesia kami, kami dapat mengatasi cabaran yang kami hadapi sepanjang perjalanan untuk mencapai misi kami dengan selamat dan berkesan."

Beliau menghabiskan masa selama 33 hari di Palu, dari 2 hingga 26 Oktober 2018 dan 21 hingga 28 November 2018.

Pasukan ini terus memberi bantuan sehingga akhir bulan November, menyumbang keupayaan pengangkatan udara yang sangat diperlukan untuk menyokong usaha bantuan bencana dan untuk memindahkan mereka yang dipindahkan dari kawasan yang dilanda bencana.

"Penduduk setempat sangat menghargai dan berterima kasih atas bantuan kami dan mereka akan menghampiri kami dan berulang-ulang kali mengucapkan terima kasih kepada kami," katanya.

"Orang-orang yang terpaksa kami pindahkan dari rumah akan berjabat tangan dengan kami ketika mereka turun daripada pesawat kami dan ada juga yang meminta untuk mengambil gambar bersama kami sebagai kenang-kenangan.

"Melihat penduduk tempatan menarik nafas lega ketika mereka naik dan turun dari pesawat kami yang membuat setiap minit operasi ini bermakna. Saya gembira kerana kami dapat membantu jiran-jiran kami pada masa-masa yang diperlukan dan membuat perubahan kepada kehidupan orang ramai. Panggilan tugas untuk melindungi dan menyelamatkan nyawa adalah sesuatu yang tidak boleh diukur dan memberikan pengertian yang benar kepada semua orang. "

Mejar Chai membantu orang-orang yang dipindahkan untuk turun dari pesawat pengangkutan RSAF C-130. Lebih daripada 800 orang dipindahkan oleh RSAF.

Mejar Chai adalah salah seorang daripada 95 kakitangan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) untuk menerima Pingat Perkhidmatan Luar Negara SAF pada majlis yang diadakan di Kementerian Pertahanan pada 19 September.

Dua puluh tujuh pingat dianugerahkan sebagai pengiktirafan sumbangan untuk usaha bantuan bencana di Palu, Indonesia; dan 68 pingat dianugerahkan kepada kakitangan SAF sebagai pengiktirafan sumbangan mereka dalam usaha kerjasama gabungan multinasional untuk memerangi Negara Islam di Iraq dan Syria di Timur Tengah.

Bercakap pada majlis itu, Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen memuji kakitangan SAF atas profesionalisme dan sumbangan mereka dalam operasi-operasi tersebut.

Beliau berkata: "Anda mewakili Singapura dan SAF dengan bangganya, mengibarkan bendera kami dengan tinggi melalui profesionalisme dan tindakan anda, dan menghabiskan misi dalam keadaan yang sukar."

"Sebagai hasilnya, anda mendapat pujian dari angkatan pasukan tentera yang lain ... (dan) anda juga mendapat penghargaan daripada orang yang anda bantu dan kerajaan tempatan di sana."

Mejar Chai dengan OSM beliau.

Ditanya bagaimana beliau merasakan sumbangannya kepada usaha bantuan bencana di Indonesia, Mejar Chai berkata: "Saya benar-benar berbesar hati untuk mengetuai pasukan profesional ini ke Palu untuk membantu Indonesia dalam usaha bencana mereka. Saya turut merasa rendah diri kerana berpeluang mengubah kehidupan mereka yang terjejas oleh bencana yang malang ini."

Suggested Reading
Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
PEOPLE
19 Sep 2019

MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
PEOPLE
19 Sep 2019

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
PEOPLE
19 Sep 2019

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.

DUA KALI KEKUATAN, GANDAKAN KEBANGGAAN
PEOPLE
19 Sep 2019

3SG Irfan dan 3SG Iryan Hidayat telah menempuh laluan yang hampir sama sepanjang hidup mereka —daripada bersekolah di sekolah yang sama hinggalah mendaftar ke NS dan, kini, menamatkan pengajian sebagai sarjan yang baru dilantik bersama-sama.

Feature
SELEPAS “SELAMA-LAMANYA”
PEOPLE
19 Sep 2019

Daripada kawan baik kepada pasangan kekasih, dan kini ibu bapa kepada dua anak (dengan ketiga dalam perjalanan!): Pasangan tentera CPT Nuraishah dan 3WO Shahibul berkongsi bagaimana cinta mereka masih kukuh.

Feature
SG bersedia untuk gangguan dalam latihan Pertahanan Mutlak di seluruh negara
PEOPLE
19 Sep 2019

Latihan SG Ready kembali untuk edisi kedua, dengan mobilisasi SAF dan fokus pada gangguan kuasa.

Feature
Berlabuh dalam cinta
PEOPLE
19 Sep 2019

Bagi pasangan Tentera Laut ini, cinta bukan hanya tentang gerak isyarat yang hebat. Ia mengenai perkongsian, persefahaman dan mencari kegembiraan dalam detik-detik kecil.

Cover story
PENDAFTAR PERTAMA TAHUN 2025
PEOPLE
19 Sep 2019

Selamat datang ke BMT: Sertai kumpulan pertama pendaftar tahun baru semasa mereka memulakan perjalanan NS mereka di Pulau Tekong

Feature
Kapal tanpa pemandu Tentera Laut meronda perairan S'pura
PEOPLE
19 Sep 2019

Kapal Permukaan Tanpa Pemandu Keselamatan Maritim (USV MARSEC) RSN adalah yang pertama seumpamanya beroperasi secara autonomi di kawasan yang sesak seperti Selat Singapura.

BERKHIDMAT UNTUK TUJUAN YANG LEBIH BAIK
PEOPLE
19 Sep 2019

ME4 Fion Lim Jia Hui dan ME4 Yee Jia Jun kedua-duanya memilih untuk menyahut panggilan untuk berkhidmat dengan cara mereka sendiri – dengan mencurahkan pengetahuan teknikal mereka ke dalam pertahanan Singapura.