TECHNOLOGY

KEMULIAAN MENGAWAL NEGARA

09 Jul 2017

09jul17_news1.JPG

// Laporan oleh Thrina Tham 

// Gambar ikhsan daripada SIR 9


Pasukan Batalion ke-9, Rejimen Infantri Singapura (SIR 9) berkhidmat untuk melindungi pemasangan awam utama (KIN) negara, mengawal Lapangan Terbang Changi, Pulau Jurong dan Dermaga Sembawang. 

Dengan rutin yang sama diamalkan setiap hari, terdapat kecenderungan untuk rasa berpuas hati sewaktu masa aman. 

"Jadi kami tidak membiarkan rasa berpuas hati atau sikap leka menjalar ke dalam diri kami," ujar CPL K Surendran. "Kami memastikan bahawa kami terus menjalankan tugas kami dengan penuh kewaspadaan; dan perkara ini dikuatkuasakan melalui komander dan rakan sepasukan kami." 

Sebagai contoh, tiada ancaman yang berpotensi boleh diabaikan. Sewaktu tempoh khidmat negara sepenuh masa beliau bersama SIR 9, CPL Surendran telah berurusan dengan beberapa senario keselamatan – daripada mengendalikan bagasi yang mencurigakan di lapangan terbang kepada melakukan koordinasi dengan Pengawal Pantai Polis apabila kapal yang tidak dibenarkan memasuki kawasan perairan berhampiran Pulau Jurong. 

Sebagai sebahagian daripada tugas keselamatan, CPL Surendran telah menjalani latihan baton, latihan pertahanan kimia dan juga pelbagai operasi bandar yang melakukan simulasi operasi masa nyata. 

Anggota pasukan yang berumur 19 tahun ini berasa bangga mengawal KIN ini kerana "sebarang insiden di tempat-tempat ini boleh menjejaskan keselamatan Singapura": 

" Saya telah diamanahkan dengan tanggungjawab yang amat besar untuk menjaga Singapura untuk memastikan semua orang boleh tidur dengan nyenyak di rumah … jadi saya rasa ini satu penghormatan dan keistimewaan untuk menjadi sebahagian daripada SIR 9."

CPL Surendran percaya bahawa kewaspadaan adalah kunci dalam tugas beliau sebagai anggota pasukan keselamatan.
Share this story:

Got a great story to share?
Send it our way — we might feature it!

Share Your Story