KEMBALI BERKHIDMAT

People-Arthur-Chia https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/people-arthur-chia.jpg?sfvrsn=73ed82d8_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/KEMBALI-BERKHIDMAT
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/KEMBALI-BERKHIDMAT
KEMBALI BERKHIDMAT
01 Mar 2019 | PEOPLE

KEMBALI BERKHIDMAT

// CERITA OLEH CHIA CHONG JIN

// GAMBAR KENNETH LIN & IKHSAN SARJAN 3 CHIA

1-UP-B-caption

Selepas menghabiskan sebahagian besar hidupnya di luar negara, Sarjan 3 (3SG) Arthur Chia kembali ke Singapura untuk berkhidmat untuk negaranya.

Ia dilambangkan sebagai upacara ke arah kedewasaan kerana banyak sebab. Malah bagi mereka yang menghabiskan seluruh hidup mereka di Singapura, Perkhidmatan Negara (NS) boleh datang sebagai kejutan budaya yang besar.

Bayangkan bagaimana keadaannya untuk Sarjan 3 Chia, yang tinggal di New Zealand sejak berusia lima tahun.

Sebelum mendaftar pada tahun 2018, dia tidak tahu apa yang boleh dijangkakan. Anak berusia 19 tahun itu hanya mempunyai kisah-kisah yang dikongsi oleh bapanya untuk mendapat imbasan tentang apa yag beliau jangkakan dalam fasa hidup yang seterusnya.

"Ibu bapa saya selalu memberi semangat kepada saya," kata Sarjan 3 Chia. "Walaupun mereka berada di New Zealand, mereka memanggil saya dengan kerap untuk memastikan saya dapat bertahan menjalani kursus NS."

Seorang yang pendiam dan bersuara lembut, Sarjan 3 Chia pada mulanya mendapati sukar untuk berhubung dengan orang lain.

Tetapi pada satu malam semasa di kem Latihan Asas Ketenteraan (BMT), telah membantunya untuk menjalinkan persahabatan dengan rakan di dalam bahagiannya.

"Hujan turun dengan lebat pada malam itu dan kami berkumpul di bawah pokok," katanya.

"Kami bergurau dengan satu sama lain dan mengekalkan semangat kami, walaupun ia amat menyedihkan semasa di dalam latihan.

"Dari pengalaman itu, saya merasa termilik dan rasa lebih senang untuk bercakap dengan orang-orang dari pelbagai lapisan masyarakat. Saya rasa saya banyak berubah dan pastinya menjadi lebih baik."

Sarjan 3 Chia bersama ibu bapa dan nenek beliau (kiri) di Perbarisan Hari Graduasi Kadet Pakar pada 22 Nov 2018.

Belajar Untuk Menjadi Seorang Pemimpin

Selepas BMT, pencapaian seterusnya untuk Sarjan 3 Chia ialah untuk melalui Sekolah Kadet Pakar (SCS).

Mungkin cabaran yang paling sukar semasa kursus selama 22 minggu itu adalah untuk mengendalikan tanggungjawab menjadi pemimpin.

"Saya sangat bimbang jikalau saya tidak dapat memenuhi jangkaan anggota-anggota di bawah saya atau saya sendiri," kata Sarjan 3 Chia. "Jadi, saya selalu berunding dengan rakan-rakan dan komander saya, dan mereka memberi saya petua yang berguna untuk menjadi pemimpin yang baik."

Dia menambah: "Saya mahu memanfaatkan masa saya semasa di NS, dan saya telah mencapai beberapa perkara yang saya fikir saya tidak dapat lakukan."

Mendapat markah Perak bagi Ujian Kemahiran Fizikal Individu (IPPT) adalah salah satu daripada pencapaian ini, kerana beliau telah dimasukkan ke dalam kumpulan obes untuk BMT.

"Sebelum menginjak kaki di Pulau Tekong, saya tidak pernah berlatih untuk IPPT, jadi latihan itu sangat memenatkan dan saya bergelut untuk bersaing," kata Sarjan 3 Chia.

Motivasi dari kawan-kawannya memainkan peranan yang penting dalam kejayaannya: "Rakan-rakan sekumpulan dan kawan saya sentiasa menjaga saya dan sentiasa memberi galakan kepada saya ... Ini mendorong saya untuk melakukan yang terbaik kerana saya tidak mahu menghampakan mereka."

Sarjan 3 Chia hilang 15kg dalam tempoh 13 bulan di NS, dan kecergasannya terus meningkat.

Melindungi Pangkalan Udara

Sebagai Pakar Polis Tentera di Pangkalan Udara Tengah, Sarjan 3 Chia mengetuai pasukan seramai tiga orang untuk mengawal pangkalan udara dan mengawasi penceroboh atau dron yang tidak dibenarkan.

"Ia mengambil saya sedikit masa untuk membiasakan diri dengan persekitaran yang baru tetapi, berbanding dengan sebelum ini, lebih mudah untuk menyesuaikan diri dengan tugas saya di sini, terima kasih kepada keyakinan diri yang saya bina sepanjang beberapa bulan di SCS."

Masa syif beliau adalah kira-kira lapan hingga 12 jam, di mana dia perlu memberi perhatian kepada setiap maklumat kakitangan yang memasuki pangkalan udara, untuk memastikan keselamatan tidak dicerobohi.

Walaupun pada awalnya agak sukar untuk Sarjan 3 Chia (dua dari kiri, gambar bersama rakan-rakannya dari New Zealand) untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di Singapura, dia merasakan bahawa NS telah membantunya untuk berkembang dan menjadi lebih matang.

Lebih Dekat Dengan Rumah

"Bahagian paling memuaskan tentang berkhidmat di dalam NS adalah bagaimana saya mendapat rasa kepunyaan dan kesetiaan yang kuat untuk Singapura," kata Sarjan 3 Chia.

"Semasa saya belajar di New Zealand, sebenarnya Singapura berada agak jauh dari fikiran saya, dan saya tidak pernah merasakan saya mempunyai kepentingan di sini."

Oleh kerana dapat melihat dan memahami bagaimana Angkatan Bersenjata Singapura berfungsi menjadikan beliau amat menghargai masa beliau di dalam NS, dan lebih memahami keperluan untuk menjaga kesejahteraan Singapura. Beliau berkata: "Jika bukan kita yang hendak melindungi negara kita, siapa yang akan berbuat demikian?"

Apabila ditanya apakah perubahan terbesar yang dia pernah lakukan, Sarjan 3 Chia menjawab: "Jika saya tidak kembali berkhidmat di dalam NS, saya fikir saya masih akan menjadi seorang yang pendiam seperti di New Zealand.

"Kursus NS mematangkan saya dan membolehkan saya menjadi lelaki seperti sekarang, dan ia juga mengajar saya nilai-nilai seperti keazaman yang kuat, yang mungkin saya tidak pelajari jika saya tidak kembali berkhidmat untuk negara saya."

Suggested Reading
Cover story
BAWAAN UDARA!
PEOPLE
01 Mar 2019

Mencapai 10 tahun Disember ini: Kemudahan latihan unik Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) mempersiapkan pelatih untuk menjadi askar bawaan udara yang cekap dan yakin.

SEMUANYA WARISAN KELUARGA
PEOPLE
01 Mar 2019

Anak keempat dalam set kembar lima pertama Singapura, LTA Annabelle Chin Li En membuat perubahan di pertengahan kerjayanya untuk mengikut jejak langkah ibu bapanya dan berkhidmat untuk negara.

Terbang Tinggi dengan Inovasi Pertahanan
PEOPLE
01 Mar 2019

Sebuah UAV hibrid dengan keupayaan penerbangan yang dipertingkatkan dan sistem perisian yang menganalisis data daripada Internet untuk mengesan ancaman keganasan dalam talian – inilah antara projek yang diketengahkan pada majlis anugerah Hadiah Teknologi Pertahanan tahun ini. 

Cover story
TENTERA LAUT SINGAPURA TAMATKAN PERKHIDMATAN KAPAL SELAM KELAS CHALLENGER YANG TERAKHIR
PEOPLE
01 Mar 2019

RSS Conqueror dan RSS Chieftain telah ditamatkan perkhidmatannya hari ini di Pangkalan Tentera Laut Changi, menutup lembaran sejarah lebih dua dekad perkhidmatan kapal selam pertama Singapura.

MENGATASI KEHILANGAN UNTUK BERKHIDMAT DENGAN KUAT
PEOPLE
01 Mar 2019

Kenangan terhadap arwah ibunya menjadi sumber kekuatan terbesar 3SG Reshma a/p Pulanthiradas apabila dia mengatasi cabaran untuk berjaya sebagai Pakar Logistik di dalam Angkatan Bersenjata Singapura SAF.

克服失去亲人的悲伤,坚强的服役
PEOPLE
01 Mar 2019

对已故母亲的记忆成为Reshma d/o Pulanthiradas三级上士最大的力量源泉,她克服了挑战并在新加坡武装部队以一名后勤专业军士的身份毕业。

BERSEDIA UNTUK LATIHAN MELEPASKAN DIRI DARI KAPAL SELAM
PEOPLE
01 Mar 2019

Dapatkan pandangan dalaman bagaimana Tentera Laut melatih kru kapal selamnya dengan teknik kelangsungan hidup, untuk melepaskan diri, sebagai persediaan menghadapi kecemasan.

PEMBELA SIBER MENGHADAPI ANCAMAN BARU DALAM CLOUD DAN AI DALAM LATIHAN KEBANGSAAN
PEOPLE
01 Mar 2019

Latihan Pertahanan Infrastruktur Kritikal (CIDeX) ketiga menghimpunkan pembela siber dari seluruh Singapura untuk menghadapi cabaran ancaman digital yang sentiasa berkembang.

Cover story
SELAMAT DATANG KE KEM TILPAL
PEOPLE
01 Mar 2019

Bagaimanakah anda menempatkan kira-kira 6,000 orang dan memberi mereka makan selama tiga bulan? Anda membina "bandar" pop timbul - lengkap dengan penginapan dan keselesaan asas rumah - untuk beribu-ribu askar SAF yang berlatih setiap tahun di Queensland, Australia.

GRADUAN MAKTAB MARKAS DAN STAF BERSEDIA MENGAMBIL PERANAN KEPIMPINAN KANAN
PEOPLE
01 Mar 2019

Mengimbangi tuntutan keluarga, kerja dan pelajaran adalah sukar, tetapi ia merupakan pengalaman yang memperkayakan bagi kedua-dua MAJ (NS) (Dr) Ramesh Wijaya dan MAJ Muhammad Zacky Bin Razali, yang baru menamatkan pengajian dari Maktab Markas dan Staf Goh Keng Swee.