PEOPLE
KELOMPOK PERINTIS PAKAR DIS TAMAT LATIHAN
17 Nov 2022
3SG Philemon Tei merupakan dalam kalangan graduan DIS, yang terpaksa berhadapan dengan pemergian orang tersayang semasa menjalani latihan tetapi akhirnya, dia muncul sebagai penerima Bayonet Perak.
Semasa menjalani latihan sebagai kadet pakar dalam Perkhidmatan Digital dan Perisikan (DIS), Sarjan Ketiga (3SG) Philemon Tei menerima berita sedih tentang pemergian neneknya.
"Nenek saya seorang wanita yang pendiam dan tegap. Dia selalu memberi saya makanan dan apabila dia lebih berumur dan saya pula semakin dewasa, kami bertukar peranan – saya mula memberinya makanan sambil makan bersama-samanya.
"Saya tidak bersedia menerimanya apabila mendapat tahu tentang pemergian nenek saya. Tetapi...saya menerima layanan mesra dan sokongan padu daripada organisasi dan rakan sebaya saya," katanya.
Pemain berusia 21 tahun itu tidak menghadiri latihan sehari semasa diberi cuti belas kasihan. Ia memberi banyak tekanan kerana latihannya meliputi misi latihan yang berturut-turut.
"Pada hari pertama selepas cuti, saya terpaksa mengendalikan beberapa penyelidikan perisikan yang sangat intensif. Memang sukar bagi saya untuk menangani kesedihan dan latihan... Aliran maklumat yang bertahap tinggi adalah (juga) sesuatu yang saya bergelut untuk mengendalikannya," katanya.
3SG Tei meluangkan lebih masa untuk mengikuti pelajarannya. Syukurlah, dia mendapat sokongan rakan sekelompok, yang menemaninya.
Dia berjaya dengan cemerlang dalam kursusnya dan kemudian muncul sebagai penerima Bayonet Perak, menamatkan pengajian dalam kelompok pertama pakar DIS pada 17 Nov.
Sebagai Pakar Penyelidikan Perisikan, 3SG Tei akan mengetuai dan merancang tatacara penyelidikan ke arah mempertahankan Singapura daripada ancaman digital.
Daripada tercicir kepada graduan terbilang
Rakan pakar baharu 3SG Lukman Nur Hakim Bin Azizian berasa ragu-ragu bila mula menerima tawaran untuk mengikuti Kursus Kadet Pakar (SCC).
Memandangkan dia tidak melengkapkan pengajian diploma Filem, Bunyi dan Video, pemain berusia 23 tahun itu berasa tidak yakin dan tidak berupaya untuk memikul peranan kepimpinan.
Tetapi abangnya, yang empat tahun lebih tua daripadanya, meyakinkannya untuk mempertimbangkannya.
"Katanya kegagalan boleh…juga menjadi suatu peringatan yang positif. Dia berkata saya telah memberitahu diri saya akan cuba melakukan dengan sebaik-baiknya, dan inilah masanya untuk menunaikan kata-kata saya," kata 3SG Lukman.
Bukan sahaja prestasinya bertambah baik, malahan dia mengungguli kursusnya sebagai penerima Bayonet Perak. NSF akan terus berkhidmat sebagai Sarjan Kuarter Besar Kompeni untuk Batalion Ke-8, Rejimen Infantri Singapura.
Menurut 3SG Lukman tempoh SCC selama 22 minggu mengajarnya untuk berdaya tahan dan pintar akal.
Antara kemuncak kursusnya adalah termasuk menyokong latihan di medan lapangan, di mana dia perlu mencari set isyarat, wayar concertina dan lebih 60 jerry can.
"Jika saya membuat kesilapan, pengajar saya tidak akan berkata, 'Anda harus dihukum', sebaliknya mereka akan bertanya 'Bolehkah anda melakukannya dengan lebih baik?' Ini banyak membantu saya," kata 3SG Lukman yang bercadang untuk memasuki semula politeknik untuk melanjutkan pengajiannya di peringkat diploma Pembangunan Masyarakat selepas tamat kursus perkhidmatan negaranya.
Walaupun pada suatu masa dahulu, dia mengelak daripada kepimpinan atau tanggungjawab, kini dia mendapati dirinya mengambil lebih banyak inisiatif.
"Sekarang, bila saya melihat ada sesuatu yang perlu dilakukan, saya akan melakukannya – walaupun ia sesuatu yang remeh seperti mengemas stor yang berselerak.
"Walaupun ia bukan tugasan saya, saya akan tetap melakukannya kerana saya boleh."
Pemimpin baharu
Seramai 795 kadet tamat pengajian sebagai Pakar dan Pakar Tentera Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) di satu perbarisan yang berlangsung di Kem Pasir Laba.
Daripada bilangan itu, 656 datangnya daripada Tentera Darat, 34 daripada Tentera Laut, 57 daripada Tentera Udara dan 48 daripada DIS.
Semasa berucap kepada kadet, Menteri Negara, Pendidikan merangkap Tenaga Manusia, Cik Gan Siow Huang, mengingatkan mereka tentang tanggungjawab sebagai pemimpin dalam SAF.
Cik Gan, yang sebelum ini memegang pangkat Brigedier-Jeneral sebagai Ketua Staf – Staf Udara, berkata: "Memandangkan lelaki dan wanita yang dipertanggungjawabkan kepada anda akan merujuk kepada anda untuk bimbingan dan kepimpinan, oleh itu, jadilah model peranan kepada mereka."
"Ingat untuk memimpin dengan sikap empati, mengambil berat terhadap orang anda, dan memastikan langkah-langkah wajib diaturkan untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan mereka. Dengan berbuat demikian, saya yakin anda dan pasukan anda akan mencapai kejayaan misi dan mendukung standard latihan," tambahnya.
ALSO READ IN PEOPLE
Saya sentiasa menyokong anda
11 Feb 2026
Dia seorang pegawai Tentera Darat, dan dialah anggota (NS) yang menyokong impiannya. CPT Koh Xinci dan 3SG (NS) Nitro Chan berkongsi kisah cinta mereka dengan kami – termasuk perkahwinan mereka yang unik!
Beliau seorang Komando NSF & pemain lawan pedang yang memenangi pingat
28 Jan 2026
Pasukannya memenangi pingat emas di Sukan SEA 2025, dan beliau berharap dapat mewakili Singapura dalam lebih banyak pertandingan akan datang. Temui pemain lawan pedang CPL Samuel Elijah Robson, yang berkhidmat sebagai Komando semasa NS sepenuh masanya.
Membawa kepakaran awam mereka untuk menyumbang lebih banyak dalam NS
22 Jan 2026
Pada 21 Januari, SAF mengalu-alukan kumpulan terbesar anggota NS atau NSmen yang menamatkan pengajian di bawah Skim Pengerahan Kepakaran Dipertingkat. Temui ME4 (NS) Muhammad Arief Aditya dan ME4 (NS) Mohamed Najid Bin Mohamed Sultan, yang merupakan antara pakar tentera yang baru dilantik ini.

