KARYA SENI NOSTALGIA

12aug20-photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/12aug20-photo17fb9be47-7edd-47f4-8545-67000e801056.jpg?sfvrsn=3889f468_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/KARYA-SENI-NOSTALGIA
KARYA SENI NOSTALGIA https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/KARYA-SENI-NOSTALGIA
12 Aug 2020 | PEOPLE

KARYA SENI NOSTALGIA

Artis tempatan Yip Yew Chong menghidupkan kenangan melalui mural bertemakan nostalgia.

// BERITA OLEH TEO JING TING

// FOTO OLEH KENNETH LIN & IHSAN ENCIK YIP

English 华文
English 华文
Mural pasar tentera merupakan satu daripada tiga mural yang dilukis oleh Encik Yip pada Mei 2016.

Setiap anak Singapura mengetahui atau sekurang-kurangnya pernah mendengar mengenai Pasar Tentera ikonik di Beach Road. Terletak di Pusat Makanan Golden Mile, ia merupakan kedai sehenti untuk para anggota perkhidmatan negara untuk menambah stok atau menggantikan item bertemakan tentera yang penting.

Bagi Encik Yip Yew Chong, ia lebih daripada itu. Walau sebelum menyertai Perkhidmatan Negara (NS), dia selalu pergi ke sana untuk membeli peralatan berkhemah seperti khemah, dapur gas dan kasut but trek.

"Semasa zaman Maktab Rendah dan universiti saya akan ke sana untuk membeli jaket pemutus angin dan beg galas untuk kembara rentas hutan. Itulah tempatnya untuk membeli barang-barang kembara pada waktu itu."

Memelihara warisan Singapura

Kerana memori indah ini, Encik Yip memutuskan untuk melukis Pasar Tentera sebagai salah satu daripada tiga mural di 51 Waterloo Street pada 2016. Selebih duanya ialah Perpustakaan Negara lama, dan Teater Odeon yang telah diruntuhkan pada 1984.

Dia juga melukis mural Perpustakaan Negara lama di Orchard Road (gambar di atas) dan Teater Odeon (gambar di bawah) di 51 Waterloo Street.

Artis berusia 51 tahun telah menerima tempahan oleh pemilik bangunan untuk merakam ciri-ciri lama kawasan itu. Bersama-sama dengan rakan artis, mereka membuat tiga keping setiap seorang.

"Saya cuba merakam perkara yang mempunyai hubungan peribadi dengan diri saya dan inilah kawasan di mana saya selalu melepak semasa muda," terang Encik Yip.

Selepas bekerja keras selama empat hujung minggu, mural warisan ini telah dilancarkan pada 21 Mei 2016.

1-UP-B-caption

Menghidupkan kembali kenangan lama

Bapa kepada dua orang anak ini memang sejak dahulu lagi berbakat dalam seni lukis, namun hasil karya seninya hanya meraih populariti pada akhir 2015, selepas melukis beberapa mural di Everton Road.

Ketika menjadi Pengarah Kewangan di sebuah syarikat kewangan berpangkalan di United Kingdom, Encik Yip membuat keputusan untuk bercuti panjang untuk melukis. Selepas mendapat kebenaran daripada pemilik rumah di Everton Road, dia mula melukis mural awam pertamanya – Amah – yang menggambarkan suasana ah ma (bahasa percakapan untuk nenek) membasuh baju.

Dilukis pada Ogos 2015, Amah menandakan penglibatan pertama Encik Yip dalam seni awam.

"Ia daerah lama dan saya ingin melukis adegan yang sepadan dengan persekitaran. Mural ini meraih populariti melalui media sosial tak lama selepas itu, orang mula menempah daripada saya untuk membuat lukisan nostalgia," kata Encik Yip sambil ketawa.

Namun semasa zaman mudanya, kemahirannya disedari oleh mereka yang mengenalinya.

Semasa zaman kadet-nya di Sekolah Pegawai Kadet (OCS), Encik Yip membuat tanglung naga bagi mewakili Syarikat Delta untuk jamuan makanan tamat pengajian. Mentornya mereka bentuk rangka naga menggunakan wayar, sementara dia melukis kulit naga pada kertas.

"Sebagai kadet, saya tidak banyak waktu rehat antara latihan… dan saya melakukannya sama ada pada hujung minggu atau ketika semua orang sedang tidur," kata Encik Yip.

Pada 1988, Encik Yip ketika muda (kiri) melukis kulit naga pada untuk jamuan makan tamat pengajian OCS.

Menikmati masa-masa yang sukar

Apabila ditanya mengenai kenangan kegemarannya semasa di NS, dan dia terus menyebut semasa dia menjadi pegawai yang bertugas di Batalion ke-589, Rejimen Infantri Singapura.

Dia menjalani Latihan Dalam Kem selama tiga minggu pada 1999, yang terdiri daripada dua minggu perancangan di Kem Clementi dan satu minggu mengorek parit di Pulau Tekong.

"Isteri saya ketika itu mengandung anak kedua, semasa peringkat perancangan, saya akan pulang setiap malam untuk bersama dengannya. Ia sungguh memenatkan kerana saya akan merancang (untuk latihan) sepanjang malam sebelum pulang ke kem keesokan harinya," Encik Yip yang dahulunya memegang jawatan Kapten, mengingati kembali.

"Kami memang kurang tidur tetapi apabila mengimbau kembali, ia memang menyeronokkan kerana tugas seperti menggali parit ini anda tidak akan buat dalam kehidupan sebagai orang awam."

Encik Yip (tengah) sedang memberi taklimat balapan halangan standard semasa menjadi jurulatih di OCS.

NS juga mengajarnya berinteraksi dengan semua lapisan masyarakat – pelajaran yang berguna kepada pegawai yang masih muda dan mentah.

"Saya masih ingat memberi syarahan kepada keseluruhan kompeni yang terdiri daripada 150 anggota. Semasa saya mula bercakap, saya sangat kaku dan formal. Tetapi selepas beberapa lama, saya menyuntik humor, mengambil pendekatan ringan dan bertutur dalam bahasa yang mereka fahami – ketika itulah mereka mula menikmati syarahan itu," kata Encik Yip.

Dia mungkin telah menyertai pasukan Simpanan (menyertai Simpanan MINDEF) namun kenangan ini amat dihargainya.

"NS merupakan sebahagian hidup saya yang unik dan tidak dapat dilupakan. Saya belajar untuk bukan sahaja menghadapi, tetapi menikmati melalui latihan yang mencabar dengan rakan-rakan saya, ada antara mereka yang menjadi rakan karib saya.

"Inilah pengalaman yang anda tidak akan temui di tempat lain."

 

Suggested Reading
SEMAKIN KUAT UNTUK LULUS SEBAGAI PEGAWAI
PEOPLE
12 Aug 2020

Cover story
ADIK BERADIK TENTERA
PEOPLE
12 Aug 2020

Seorang memijakkan kakinya dengan kukuh pada tanah, seorang lagi dahagakan pengembaraan – CPT Rebekah Abbott dan CPT (Dr) Hannah Abbott berkongsi kegembiraan membesar dan mendaftar dengan tentera.

Cover story
EMPAT WANITA, 4 PERKHIDMATAN, 19 TAHUN PERSAUDARAAN
PEOPLE
12 Aug 2020

Temui ME6 Toh Bao-En, LTC Nah Jinping, LTC Tong Wei Lynn dan SLTC Tung Wanling.

Feature
SAF BERSEDIA UNTUK MEMPERLUASKAN KAWASAN LATIHAN PULAU TEKONG; SAFTI CITY DIBUKA UNTUK LATIHAN
PEOPLE
12 Aug 2020

Pulau Tekong akan diperluaskan hingga 10km, dan merupakan sebahagian daripada pelaburan SAF dalam infrastruktur latihan untuk latihan yang lebih berkesan dan realistik.

Feature
ELAUN NS NAIK DARI 1 JULAI 2025
PEOPLE
12 Aug 2020

Kenaikan itu adalah antara siri pelbagai langkah untuk meningkatkan pengalaman Perkhidmatan Negara (NS) dan mengiktiraf sumbangan anggota kerahan.

PERUBATAN TEMPUR BELAJAR MENYELAMATKAN NYAWA DALAM PENEMPATAN SAF-SCDF
PEOPLE
12 Aug 2020

LCP Chen Anhong melangkah ke atas untuk merawat pesakit dan menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan selama enam bulan bersama SCDF.

Cover story
SAF BAKAL MENDAPATKAN KENDERAAN PERANG INFANTRI BARU, 2 LAGI KAPAL SELAM; MEMBINA KEUPAYAAN TANPA PEMANDU
PEOPLE
12 Aug 2020

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menekankan pendekatan jangka panjang SAF untuk membina pasukan pejuang generasi akan datang, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan mengenai belanjawan pertahanan.

Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
PEOPLE
12 Aug 2020

MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
PEOPLE
12 Aug 2020

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
PEOPLE
12 Aug 2020

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.