MILESTONES

KAPAL RSS TENACIOUS MENANG GELARAN UNIT ARMADA TERBAIK

28 Jun 2022

This is the frigate's second win in the SAF's Best Combat Unit competition.

28jun22news2_photo1

// KISAH KOH ENG BENG

// FOTO CHAI SIAN LIANG & IHSAN ANGKATAN TENTERA LAUT REPUBLIK SINGAPURA


English 华文
English 华文

Krew kapal frigat RSS Tenacious telah menghabiskan sebanyak hampir empat bulan di laut dalam tahun yang lalu untuk latihan di luar negara. Berjauhan daripada keluarga untuk tempoh yang lama agak sukar bagi mereka. Tetapi apa yang dilakukan adalah semata-mata untuk orang yang disayangi – untuk berlatih dengan baik dan melindungi rumah mereka, iaitu Singapura.

Usaha mereka membuahkan hasil: Kapal RSS Tenacious dinobatkan sebagai Unit Armada Terbaik dalam Pertandingan Unit Tempur Terbaik Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) tahun ini.

Pertandingan ini diperkenalkan pada 1969 dan mengiktiraf unit yang gemilang dalam bidang kesediaan tempur, kecekapan operasi dan kecemerlangan pentadbiran. Kali terakhir Kapal RSS Tenacious menggondol anugerah Unit Armada Terbaik adalah pada 2015.

Pegawai Pemerintah Leftenan Kolonel (LTC) Tung Wanling, 35, berkata: "Anugerah itu memberi pujian yang paling hebat atas segala daya usaha mereka untuk mengekalkan kesediaan operasi semasa waktu yang mencabar dan tempo yang begitu mendesak."

Tempo latihan yang mendesak

Untuk mengasah keupayaan peperangan mereka, anak kapal berlatih bersama beberapa Angkatan tentera laut yang terbaik di dunia dalam beberapa latihan bertahap tinggi.

Pada Jun tahun lalu, kapal RSS Tenacious mengetuai tiga kapal RSN dalam pelayaran ke Guam untuk Latihan Pacific Griffin. Pengerahan selama dua bulan itu memaparkan latihan RSN bersama Angkatan Tentera Laut Amerika Syarikat dan Angkatan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF).

Kapal RSS Tenacious menembak peluru berpandu harpoon anti-kapal dalam serangan yang diselaraskan dengan frigat RSS Stalwart dan jet pejuang RSAF di Latihan Pacific Griffin 2021.

Dalam masa sebulan selepas tamat Latihan Pacific Griffin, anak kapal menyertai Latihan Helang Indopura bersama Angkatan Tentera Laut Indonesia.

Kapal RSS Tenacious (kanan sekali) dan kapal dari RSN dan Angkatan Tentera Laut Indonesia di Latihan Eagle Indopura 2021.

Dan hanya enam minggu kemudian, anak kapal memulakan pelayaran ke Western Circuit Deployment merentasi Lautan Hindi dan kembali.

Mengambil masa hampir sebulan, litar itu merangkumi Kerahan Latihan Laut Midshipmen (MSTD) dan Latihan Maritim Singapura-India-Thailand (SITMEX) di Laut Andaman

Para kelasi dalam kapal RSS Tenacious berkomunikasi dengan rakan sejawat mereka dari Angkatan tentera laut India dan Thailand dengan mengguna bendera semasa SITMEX.

Awal tahun ini, Kapal RSS Tenacious belayar merentasi Lautan Hindi sekali lagi – kali ini untuk Latihan MILAN, latihan pelbagai hala yang melibatkan lebih 40 negara.

Anak kapal RSS Tenacious mengendalikan latihan perang anti-udara dan bawah permukaan di Pusat Maklumat Tempur frigat semasa Latihan MILAN.

Budaya keluarga

Sifat yang mendorong lebih daripada 70 anak kapal ini menjalani latihan bertempo tinggi adalah budaya keluarga yang mantap dalam kapal.

Penyelia sistem senjata Pakar Tentera (ME) 2 G K Kaviraj berkata: "(Latihan) bukan sahaja menjerihkan dari segi fizikal malahan ia meletihkan dari segi mental. Kesemua pencapaian penting ini tidak mungkin mampu dikecapi tanpa anak-anak kapal saling membantu satu sama lain."

ME2 Kaviraj menyenggara dan mengendalikan pelbagai sistem senjata frigat seperti OTO Melara Gun 76mm (dalam gambar).

Sebenarnya, ME2 Kaviraj menjadi Anggota Tetap disebabkan oleh persekitaran yang saling menyokong dalam kapal. Perjalanannya bersama Kapal RSS Tenacious bermula sembilan tahun lalu apabila dia ditugaskan di frigat sebagai Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF).

"Saya menghadapi pelbagai cabaran sebagai NSF. Tetapi apa yang mendorong saya untuk menjadi Anggota Tetap ialah anak kapal RSS Tenacious dan budaya bersifat keluarga dalam kapal – ia bukan sesuatu yang anda boleh diperoleh di luar," kata anggota yang berusia 28 tahun itu.

Apabila Ketua Sistem Senjatanya menghidap COVID-19, dan tidak dapat belayar untuk Latihan MILAN awal tahun ini, ME2 Kaviraj ditugaskan untuk menyandang jawatan Pemangku Ketua.

Ia merupakan satu peningkatan yang besar – daripada mengawasi lima kelasi sebagai penyelia, kepada kira-kira 40 kelasi sekarang. "Tetapi dengan adanya bantuan ketua-ketua lain dalam kapal, kami bersama-sama memastikan kesemuanya berjalan lancar," kata ME2 Kaviraj.

Melanjutkan khidmat NS sebanyak dua kali

Budaya keluarga yang kukuh adalah juga sebab utama 3SG (NS) Tan Zhirong melanjutkan Perkhidmatan Negara Sepenuh Masanya (NS) sebanyak dua kali – tiga bulan setiap kali – untuk belayar dengan Kapal RSS Tenacious bagi Latihan Eagle Indopura dan Western Circuit Deployment.

Sebagai pengendali Sistem Elektrik & Kawalan, 3SG (NS) Tan mengawasi pelbagai sistem kejuruteraan kapal seperti penjanaan kuasa dan penulenan air.

"Anak kapal membuat saya berasa begitu selesa," kata anggota yang berusia 21 tahun itu.

"Apabila kami melengkapkan misi kami dengan berjaya, semua orang (akan) duduk dan minum, dan bersembang mesra dengan satu sama lain, dari hati ke hati. Ia membuatkan saya berasa sangat selesa dan saya tidak dilayan seperti orang luar tetapi seperti ahli keluarga."

Menurut 3SG Tan, yang dianugerahkan NSF Tahunan pada tahun lalu, seperkara penting dalam perjalanan NSnya ialah memperoleh pemahaman tentang pertahanan negara dengan lebih mendalam.

"Saya lebih memahami kenapa kami melakukan (apa yang kami lakukan) daripada ketua-ketua dan penyelia saya. Mereka menerangkan kepada saya (iaitu) tentang diplomasi dan pencegahan – (kami perlu) menunjukkan kami berupaya mempertahankan diri," katanya.

Kepada LTC Tung, anugerah Unit Armada Terbaik juga merupakan penghargaan kepada isi keluarga anak kapal atas sokongan padu mereka.

Pulang bersama-sama

Apabila ditanya tentang apakah perkara yang paling memuaskan dalam pencapaian anak kapal tahun lalu, LTC Tung berkata: "Setiap kali kami berlabuh di (pangkalan tentera laut) selepas pengerahan adalah sesuatu yang paling memuaskan bagi saya.

"Perasaan pulang ke rumah bersama setiap orang dalam kapal… Ia merupakan detik-detik bila anda berasa lega dan menikmati betapa manisnya kejayaan itu.

"Keghairahan apabila peluru berpandu meninggalkan pelancar seperti yang dirancang, tepat pada minit, pada saat, adalah menakjubkan. Tetapi perkara yang paling dihayati adalah apabila semua orang pulang ke rumah bersama-sama, dan minum bersama-sama pada akhir pengerahan yang sibuk sekali."

Share this story:

Got a great story to share?
Send it our way — we might feature it!

Share Your Story