JURUTERBANG KETIGA DALAM KELUARGA

23oct21_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/23oct21_photo1.jpg?sfvrsn=66d1bbb0_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/JURUTERBANG-KETIGA-DALAM-KELUARGA
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/JURUTERBANG-KETIGA-DALAM-KELUARGA
JURUTERBANG KETIGA DALAM KELUARGA
23 Oct 2021 | PEOPLE

JURUTERBANG KETIGA DALAM KELUARGA

// KISAH GABRIEL LEE

// FOTO IHSAN ETHAN LUI & SYFC

Ethan Lui adalah di antara 14 graduan PPL di Majlis Anugerah Penerbangan SYFC tahun ini.

Menyertai Kelab Terbang Remaja Singapura dan mendapat Lesen Juruterbang Persendirian (PPL) merupakan suatu perkara biasa untuk Ethan Lui. Ini adalah kerana remaja berusia 19 tahun itu berasal dari keluarga juruterbang.

"Minat kami dalam penerbangan dipupuk sejak usia muda – saya dan abang saya secara tidak sedar dipengaruhi oleh pilihan kerjaya ayah saya dalam penerbangan.”

Bapa Ethan, LTC (Bersara) Geoffrey Lui, berlatar belakangkan KC-135, semasa zamannya di 112 SQN.

Orang pertama yang membentuk keputusannya ialah bapanya, Leftenan Kolonel (LTC) (Bersara) Geoffrey Lui, bekas juruterbang Tentera Udara Republik Singapura (RSAF). Bapanya pernah menerbangkan KC-135 Stratotankers, dan juga berkhidmat sebagai Pegawai Pemerintah pertama Skuadron 112.

"Ayah saya, memang tahu saya dan abang-abang saya berminat dalam penerbangan, dan sering menggalakkan kami untuk mendaftar untuk latihan penerbangan. Baginya SYFC adalah tempat latihan yang baik kerana kebanyakan jurulatih mereka adalah bekas juruterbang RSAF."

Ethan (dua dari kanan) bersama-sama (dari kiri) abang 2SG (NS) Lui, bapa LTC (Bersara) Lui, ibu Tonya dan adik lelaki Lucas semasa perayaan Tahun Baru Cina tahun ini.

Abangnya, Sarjan Kedua (NS) Russell Lui, yang memperoleh PPLnya pada 2016, menggalakkannya untuk menyertai juga. Abangnya kini seorang mahasiswa di Universiti Nasional Singapura.

Mengatasi cabaran

Sebelum Ethan mendapat lesen PPL yang menjadi rebutan ramai, dia perlu menjalani kursus penerbangan dan lulus tujuh peperiksaan darat berasaskan teori yang ditadbir oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS), serta Ujian Pengendalian Akhir praktikal oleh CAAS.

Di samping menyesuaikan pengajiannya dengan pelajaran terbang, penuntut Anglo-Chinese Junior College itu terpaksa menghadapi cabaran disebabkan oleh penularan COVID-19 yang berterusan, seperti gangguan semasa fasa awal latihannya.

"Semasa Pemutus Litar tahun lepas, latihan dibatalkan dan kami langsung tidak melakukan penerbangan. Kami hanya boleh berlatih secara mental di rumah, di mana kami menyelesaikan masalah dalam kepala kami."

Oleh sebab itu, dia memakan masa setahun setengah untuk menghabiskan kursus PPL yang lazimnya boleh disiapkan dalam setahun.

Ethan (dua dari kanan) bersama dengan tiga rakan kursus PPLnya di Pertunjukan Udara Singapura 2020.

Apabila latihan disambung semula selepas tempoh Pemutus Litar, Ethan berjaya mengasah kemahiran penerbangannya dengan bantuan rakan sekursusnya. "Kami buat kesilapan, belajar daripadanya dan sama-sama menambahbaikkan prestasi diri," katanya.

Ethan menerima Sayap Juruterbang SYFC daripada Tetamu Kehormat, Cik Gan Siow Huang, Menteri Negara Pendidikan dan Tenaga Manusia di Majlis Anugerah Penerbangan SYFC pada 23 Oktober.

Juruterbang keempat

Dia telah mengambil banyak pengajaran hidup dan daripada kursus PPL. "Pembelajaran terbesar saya ialah cara menangani situasi dalam keadaan terdesak. Saya juga sedar selagi saya tabah dan terus berazam, saya boleh mencapai apa yang saya inginkan."

Melangkah ke hadapan, Ethan merancang untuk mengikut jejak bapanya dan menyertai RSAF sebagai juruterbang. Menurutnya: "Saya ingin menyumbang kepada pertahanan negara saya di samping mengejar impian zaman kanak-kanak saya sebagai juruterbang."

Dia juga ingin memberi adik lelakinya, Lucas Lui, 17 tahun, yang sedang menjalani Kursus Asas Terbang SYFC, sokongan yang sama seperti yang diterimanya semasa latihan.

Contohnya, abangnya akan menghabiskan masa berjam-jam mengulangkaji teknik-teknik dengan Ethan agar dia dapat melakukannya dengan lancar, sambil berkongsi petua latihan yang penting bersamanya.

"Saya juga ingin menggalakkan adik saya melalui Kursus Asas Penerbangan, semoga dia berjaya menjalani kursus PPL dan menjadi juruterbang berlesen seperti saya," katanya.

Suggested Reading
SEMAKIN KUAT UNTUK LULUS SEBAGAI PEGAWAI
PEOPLE
23 Oct 2021

Cover story
ADIK BERADIK TENTERA
PEOPLE
23 Oct 2021

Seorang memijakkan kakinya dengan kukuh pada tanah, seorang lagi dahagakan pengembaraan – CPT Rebekah Abbott dan CPT (Dr) Hannah Abbott berkongsi kegembiraan membesar dan mendaftar dengan tentera.

Cover story
EMPAT WANITA, 4 PERKHIDMATAN, 19 TAHUN PERSAUDARAAN
PEOPLE
23 Oct 2021

Temui ME6 Toh Bao-En, LTC Nah Jinping, LTC Tong Wei Lynn dan SLTC Tung Wanling.

Feature
SAF BERSEDIA UNTUK MEMPERLUASKAN KAWASAN LATIHAN PULAU TEKONG; SAFTI CITY DIBUKA UNTUK LATIHAN
PEOPLE
23 Oct 2021

Pulau Tekong akan diperluaskan hingga 10km, dan merupakan sebahagian daripada pelaburan SAF dalam infrastruktur latihan untuk latihan yang lebih berkesan dan realistik.

Feature
ELAUN NS NAIK DARI 1 JULAI 2025
PEOPLE
23 Oct 2021

Kenaikan itu adalah antara siri pelbagai langkah untuk meningkatkan pengalaman Perkhidmatan Negara (NS) dan mengiktiraf sumbangan anggota kerahan.

PERUBATAN TEMPUR BELAJAR MENYELAMATKAN NYAWA DALAM PENEMPATAN SAF-SCDF
PEOPLE
23 Oct 2021

LCP Chen Anhong melangkah ke atas untuk merawat pesakit dan menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan selama enam bulan bersama SCDF.

Cover story
SAF BAKAL MENDAPATKAN KENDERAAN PERANG INFANTRI BARU, 2 LAGI KAPAL SELAM; MEMBINA KEUPAYAAN TANPA PEMANDU
PEOPLE
23 Oct 2021

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menekankan pendekatan jangka panjang SAF untuk membina pasukan pejuang generasi akan datang, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan mengenai belanjawan pertahanan.

Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
PEOPLE
23 Oct 2021

MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
PEOPLE
23 Oct 2021

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
PEOPLE
23 Oct 2021

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.