MILESTONES

JURUTERA, SAINTIS PERTAHANAN TERIMA ANUGERAH KEMUNCAK KERANA KUKUHKAN KESELAMATAN SINGAPURA

20 Oct 2017

Lebih daripada 20 tahun sebagai jurutera pertahanan dan En. Leong See Sum masih bersemangat dengan kerja beliau seperti sebelumnya.

20oct17_news1

// Laporan oleh Tan Jun An
 
// Gambar oleh Kenneth Lin


Lebih daripada 20 tahun sebagai jurutera pertahanan dan En. Leong See Sum masih bersemangat dengan kerja beliau seperti sebelumnya.

"Singapura tidak mempunyai sumber semula jadi, jadi saya percaya bahawa kita perlu menerima inovasi untuk negara kita berkembang maju. Ini dibuktikan dalam bidang info-komunikasi, kerana dengan mempunyai rangkaian yang mantap akan membenarkan kita melakukan lebih banyak perkara dengan sumber yang kurang," ujar Pengarah Infrastruktur InfoComm Agensi Sains & Teknologi Pertahanan (DSTA), yang menerima Hadiah Teknologi Pertahanan pada majlis anugerah tahun ini yang telah dilangsungkan di DSO National Laboratories (DSO).

Penerima Anugerah Individu (Kejuruteraan) memainkan peranan penting dalam membina keupayaan rangkaian untuk Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), dengan membangunkan sistem rangkaian operasi dan pentadbiran yang selamat, teguh dan berdaya tahan yang sedang digunakan hari ini.

En. Leong ialah di antara dua individu dan lima pasukan yang menerima anugerah daripada Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen pada 20 Okt.


Berucap pada majlis tersebut, Dr Ng memuji sumbangan yang dibuat oleh saintis dan jurutera pertahanan apabila mereka mengerah tenaga dan keringat di sebalik tabir bagi mengatasi isu-isu berkaitan pertahanan yang berkaitan.

Dr Ng juga mengakui usaha komuniti pertahanan dalam membangunkan platform, misalnya sistem Army Battlefield Internet (Internet Medan Perang Askar), yang telah meningkatkan saling boleh kendali SAF sebagai pasukan bersatu yang melaksanakan operasi dengan lebih berkesan.

" Tetapi seperti dan mungkin lebih penting daripada mengakui usaha individu atau pasukan, saya rasa fungsi anugerah-anugerah ini ialah menggalakkan semangat dan budaya yang betul -- satu budaya inovasi – di dalam Komuniti Teknologi Pertahanan," tambah Dr Ng.

Kata-kata ini sebati dengan En. Leong. Sebagai Pengarah Infrastruktur InfoComm, beliau bertanggungjawab dalam mereka bentuk dan mengendalikan infrastruktur info-komunikasi pertahanan generasi akan datang yang berdaya tahan dan pintar. Ia telah mendorong beliau menerajui projek-projek inovatif seperti Pusat Data Generasi Akan Datang.

Beliau menyatakan: "Pusat Data Generasi Akan Datang menggabungkan ciri-ciri yang meningkatkan keselamatan dan kecekapan operasinya, misalnya mempunyai reka bentuk bermodul dengan sistem mekanikal dan elektrik yang dapat diukur. Ia menawarkan fleksibiliti bagi penggunaan teknologi baru dan menyokong pertumbuhan masa depan tanpa mengganggu operasi."

Teknologi penjejakan Pengenalan Frekuensi Radio ditambah bagi mengukuhkan keselamatan pusat data, di samping mengoptimumkan sumber tenaga kerja. Reka bentuk "palang bas berganda" juga telah diterapkan untuk sistem penjana pusat, bagi membekalkan bekalan kuasa berterusan semasa penyelenggaraan atau ujian.

Walaupun dengan faedah inovasi tersebut, sistem-sistem ini sering memerlukan perhatian khas bagi memelihara dan mengekalkannya.

En. Leong menyatakan: "Untuk mengatasi perkara ini, saya dan pasukan menghasilkan panduan reka bentuk dan seni bina rujukan. Kami juga menubuhkan forum seni bina di mana pengguna boleh membincangkan amalan terbaik dan isu-isu, serta mengumpul pengetahuan."

Pasukan juga berusaha untuk mencapai kecemerlangan operasi dengan melantik seorang pengurus sistem bagi menangani masalah dan isu-isu sistemik dengan mengkaji semula insiden dan proses masa lalu. Usaha ini membantu memastikan kesilapan tidak akan berulang.

Bagi En. Tay Poh Kok, Ketua Pasukan bagi Pasukan Sistem Pengawasan Udara yang menerima Anugerah Pasukan (Kejuruteraan), beliau berpuas hati melihat usaha inovatif pasukan beliau telah membuahkan hasil.

Pasukan yang pelbagai, yang mana anggotanya terdiri daripada DSO, DSTA dan Pasukan Tentera Udara Republik Singapura, berganding bahu membangunkan sistem pengawasan mudah alih dan dapat diukur, berupaya mengesan objek terbang kecil dan perlahan di atas kawasan berkepentingan.

Menerangkan keperluan untuk sistem sedemikian, Pengurus Program daripada DSO menyatakan: "Projek kami bermula dua tahun lalu apabila terdapat peningkatan dalam penggunaan drone. Drone, apabila diubah suai untuk membawa bahan letupan malah senjata kimia, menimbulkan risiko yang amat besar terhadap keselamatan kita."

Menambah kerisauan beliau, En. Tay mendapati bahawa sistem pengawasan yang digunakan sekarang hanya boleh mengesan pesawat besar dan laju, bukan menggunakan drone. Sistem yang terdapat di pasaran juga tidak mencukupi kerana ia tidak dapat mengesan drone yang diubah suai dan sesetengahnya mengganggu gelombang radio yang digunakan bagi transmisi komersil, misalnya isyarat siaran televisyen.

Beliau menyatakan: "Kami memutuskan untuk memikul tugas membangunkan sistem pengawasan yang disesuaikan dengan persekitaran bandar. Sistem kami juga boleh dihubungkan dengan sistem komand dan kawalan bagi membeikan pengawasan di sepanjang masa dengan memaklumkan pengguna jika sebarang kejanggalan atau pencerobohan dikesan. Kemudian pengguna boleh merancangan tindakan yang perlu diambil dalam menangani drone yang tidak dibenarkan."

Namun begitu, En. Tay dan pasukan beliau tidak bercadang untuk berhenti setakat itu. Mereka berhasrat untuk mengendalikan sistem bagi memberikan liputan pengawasan di kawasan-kawasan kritikal misalnya di kawasan pemasangan utama negara.

Tambah beliau: "Kami juga merancang untuk meningkatkan reka bentuk sistem bagi kemudahan penggunaan yang lebih baik dan akhirnya …menyediakan pengawasan di seluruh pulau."

En. Leong (tengah) memegang anugerah yang beliau terima daripada Dr Ng (kiri). Bersama mereka ialah Ketua Saintis Pertahanan Quek Gim Pew.
Dr Ng menyampaikan anugerah kepada En. Tay (kanan).
Sifat rangkaian yang mengandungi dokumen-dokumen yang sangat sensitif.
Rangkaian yang menyimpan dokumen kepekaan perantaraan akan mempunyai set ciri-ciri ini.
Dokumen yang kurang sensitif akan ditemui dalam rangkaian dengan sifat sedemikian.
Sistem Pengawasan Udara yang dibangunkan olejh En. Tay dan pasukan beliau boleh mengesan pelbagai pergerakan sekaligus, seperti 0.25m kali 0.25m drone (warna merah), pergerakan berkenderaan (warna ungu) dan pergerakan burung (warna hijau).
Dr Ng berucap pada majlis anugerah, di mana beliau memuji dedikasi, kerja keras dan ketabahan jurutera dan saintis pertahanan dalam menghasilkan penemuan baru dan kejayaan untuk Komuniti Teknologi Pertahanan.
Reka bentuk ''palang bas berganda'' Pusat Data Generasi Akan Datang telah diguna pakai supaya bekalan kuasa tidak akan terganggu semasa penyelenggaraan atau ujian.
Salah satu projek En. Leong termasuk mereka bentuk rangkaian data untuk SAF. Faktor-faktor ini (seperti dalam gambar) adalah paling penting dalam menentukan jumlah keseluruhan rangkaian yang diperlukan, serta saiz setiap rangkaian. Reka bentuk rangkaian ini telah membantu meningkatkan keteguhan rangkaian dan membenarkan pemantauan dan penyelenggaraan rangkaian yang lebih berkesan dan cekap.
Share this story:

Got a great story to share?
Send it our way — we might feature it!

Share Your Story