TECHNOLOGY

JURUTERA DRON DSO TERBANG TINGGI

18 Feb 2022

Jurutera pertahanan ini mungkin seorang peminat dron yang paling serius di Singapura.

18feb22_news1_photo1-thumbnail

//KISAH OH ENG BENG

//FOTO KENNETH LIN & IHSAN KPT (NS) YONG


Jurutera pertahanan ini mungkin seorang peminat dron yang paling serius di Singapura.

KPT (NS) Yong bersama prototaip dron yang dikerjakan di Politeknik Ngee Ann.

Lelaki ini memang amat berminat terhadap penerbangan dan dron. Semasa di sekolah menengahnya, dia telahpun mula mereka bentuk, membina dan menerbangkan pesawat model.

Semasa menuntut di politeknik, dia menerima anugerah perak Tan Kah Kee Young Inventors dengan mencipta bersama sistem dron.

KPT (NS) Yong ditauliahkan sebagai pegawai tentera pada 2005. Dia berkhidmat di Batalion Risikan Ketenteraan semasa menjalani Perkhidmatan Negara sepenuh masa.
Menerbangkan pesawat Piper Archer.

Dengan kepakarannya, dia direkrut dan dilatih untuk menjadi jurulatih juruterbang Pesawat Tanpa Pemandu (UAV) semasa menjalani Perkhidmatan Negara (NS).

Dia juga belajar menerbangkan pesawat yang sebenar semasa menuntut ijazah kejuruteraan aeroangkasa di Amerika Syarikat.

KPT (NS) Yong, yang digambarkan pada paparan statik RSAF dalam Pertunjukan Udara Singapura 2022 tahun ini, merupakan pemegang biasiswa Agensi Sains dan Teknologi Pertahanan.

Pada masa sekarang, KPT (NS) Jonathan Yong, 36 adalah pengarah program robotik udara di DSO National Laboratories, yang menerajui pembangunan UAV bagi Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).

Dia menganggotai pasukan DSO yang bekerja bersama Tentera Darat, DSTA dan ST Engineering untuk mencipta Veloce 15 (V15) mini-UAV (mUAV) - sistem Berlepas dan Mendarat Secara Menegak Bersayap Tetap hibrid pertama yang direkacipta secara tempatan.

"Saya amat berminat dalam bidang penerbangan sejak kecil lagi," katanya. "Pada masa itu, ia bukan lebih pada dron untuk pengawasan atau fotografi udara, sebaliknya ia lebih terhadap minat dalam penerbangan, keterujaan yang dinikmati apabila kami melakukan 'pertempuran' terbang."

Apakah kehebatan UAV ini?

V15 boleh berlepas dan mendarat secara menegak, menjadikan ia sesuai untuk operasi dalam ruang sempit. Ia juga ada daya tahan yang lebih tinggi berbanding dengan mUAV Army sebelumnya, Skyblade III, dan boleh dikawal 87 peratus lebih jauh dari jarak sejauh 15km.

Dan mUAV yang ringan hanya memerlukan 10 minit untuk dipasang di medan lapangan.

V15 adalah yang terbaharu dalam rangkaian alat pengesan Angkatan Tentera.

"Ini membolehkan SAF mengumpul risikan dengan lebih pantas, dan juga bertindak balas terhadap ancaman dengan lebih berkesan," kata KPT (NS) Yong, yang berkhidmat sebagai pegawai tenaga kerja atau S1 batalion NS.

Mengatasi halangan

Pembangunan V15 yang bermula pada 2015, mengambil tempoh tiga tahun untuk disiapkan oleh KPT (NS) Yong dan rakan-rakannya.

Sepanjang perjalanan, mereka terpaksa mengatasi bermacam-macam rintangan – antaranya semasa demonstrasi penerbangan luar negara 2018. Prototaip V15 membuat penurunan pantas yang tidak diduga, lantas menyebabkan pendaratan keras.

"Kami sebenarnya gagal teruk di depan KPE kami," kata KPT (NS) Yong, pada masa itu, juruterbang ujian.

KPT (NS) Yong (berdiri, kiri) menyokong pengguna V15 daripada Angkatan Tentera dalam suatu latihan di luar negara pada 2020.
KPT (NS) Yong bersama rakan-rakan sekerja DSO di Exercise Forging Sabre 2021. V15 membuat kemunculan pertama kalinya yang berjaya dalam latihan yang diadakan di Amerika Syarikat.

Akhirnya, pasukan itu menemui punca masalah dan menyediakan penyelesaian.

Pengalaman itu tidak menghalang pasukan daripada mengambil "risiko yang terhitung" dalam usahanya untuk membuat inovasi, kata KPT (NS) Yong.

"Semenjak itu, setiap kali kami menghadapi cabaran, kami berasa yakin, kami boleh menanganinya."

Tambahnya lagi: "Dalam tugasan kami, kami tidak berjaya setiap kali; kegagalan yang dihadapi sepanjang jalan membantu kami untuk memajukan diri."

Cabaran kejuruteraan

Cabaran utama yang dihadapi oleh anggota pasukan adalah semasa mencipta UAV yang berdaya tahan lama serta keupayaan berlepas dan mendarat secara menegak.

Secara tradisinya, sekiranya anda inginkan UAV yang boleh terbang untuk masa yang panjang, anda bina UAV sayap tetap, jelas KPT (NS) Yong.

Sebaliknya, sekiranya anda inginkan keupayaan berlepas dan mendarat secara menegak, anda harus bina UAV sayap putar, yang mempunyai daya tahan yang lebih singkat.

Tetapi selepas berusaha keras selama bertahun-tahun, para jurutera DSO berjaya membina mUAV sayap tetap yang boleh berlepas dan mendarat secara menegak, dengan ketahanan yang lama sehingga tiga jam – salah satu yang paling panjang dalam golongannya.

Ia dijayakan dengan adanya penemuan penyelidikan dan pembangunan mereka dalam sistem aerodinamik dan pendorong, tambahnya.

Mencari penyelesaian yang mesra alam

Setiap kali KPT (NS) Yong menghadapi masalah kejuruteraan yang sukar, dia menoleh ke arah alam semula jadi untuk mendapat ilham.

"Lebih-lebih lagi dalam bidang penerbangan, kami boleh mendapat ilham dengan memerhati bagaimana burung menggaris arus diri mereka, dan kami boleh mengikut gaya mereka untuk menjadikan perkakasan kami lebih efisien," katanya.

KPT (NS) Yong melengkapkan pendidkan peringkat siswa dan pascaijazah dalam bidang aeroangkasa di Universiti Illinois di Urbana-Champaign di Amerika Syarikat.

Dia juga memanfaatkan kepakaran jurutera dan penyelidik di seluruh DSO, dan berganding bahu dengan para penyelidik dari universiti tempatan.

Untuk mengikuti penemuan dan perkembangan baru di serata dunia, dia sering membaca berita tentang teknologi.

Pegawai dan pengendali keselamatan mUAV V15 yang menjalankan pemeriksaan pra-penerbangan sebelum dron digunakan dalam misi pengesan di Exercise Forging Sabre 2021.

Detik-detik paling hebat dalam kerjayanya setakat ini? Menyaksikan kemunculan V15 untuk pertama kalinya di Exercise Forging Saber di Amerika Syarikat tahun lepas.

"Menyaksikan hasil usaha pasukan melancar naik ke langit, itulah yang memberi kegembiraan dan keterujaan kepada saya," katanya.

"Saya berharap dapat membangunkan sistem robotik UAV generasi seterusnya untuk SAF."

Share this story:

Got a great story to share?
Send it our way — we might feature it!

Share Your Story